Rabu, 6 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Penduduk Rusia mohon tambah kuota haji

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Penduduk Rusia mohon tambah kuota haji

NALCHIK - Pemimpin umat Islam Rusia meminta Presiden Dmitry Medvedev mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk menambah bilangan kuota jemaah yang mahu menunaikan haji di Makkah, kelmarin.

Hampir tiga juta umat Islam mengerjakan haji setiap tahun menyebabkan Riyadh terpaksa mengenakan kuota terhad bagi setiap negara.

Mufti Rusia, Ismail Berdiyev, pemimpin masyarakat Islam di Karachay-Cherkessia berkata, hanya 20,000 jemaah haji dibenarkan melaksana rukun Islam kelima itu setiap tahun sedangkan terdapat kira-kira 20 juta orang Islam di negara itu.

Keputusan cadangan penambahan kuota itu turut dibincangkan bersama beberapa pemimpin di kawasan lain yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Medvedev menyambut baik cadangan itu dan berjanji akan membincangkannya dalam pertemuan akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tabloid didakwa godam talian telefon

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tabloid didakwa godam talian telefon

LONDON - Skandal mengenai cara laporan berita syarikat media gergasi News Corporation milik usahawan Rupert Murdoch semakin buruk apabila akhbar terbitan syarikat itu didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan peti mel suara pelajar perempuan yang dibunuh kejam.

Kes itu mendapat perhatian Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menggesa syarikat itu menyiasat mengenai tuduhan akhbar tabloid terbitannya, News of the World menggodam telefon bimbit mangsa, Milley Dowler selepas dia diculik pada Mac 2002.

"Jika dakwaan itu benar, ia adalah tindakan paling teruk kerana mereka langsung tidak melaporkan perkara itu kepada polis," menurut Cameron, kelmarin.

Sebelum ini, akhbar itu didakwa menggunakan penyiasat persendirian untuk menggodam telefon bimbit ahli politik dan selebriti Britain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved