Rabu, 6 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua abang belasah adik

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dua abang belasah adik SEGAMAT - Dua lelaki bertindak ganas memukul adik perempuannya sendiri dengan menggunakan topi keledar dan batu-bata setelah permintaan mereka untuk mendapatkan wang daripada mangsa tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan perlakuan dua abangnya yang masing-masing berumur 28 dan 32 tahun, mangsa yang berumur 18 tahun itu bertindak membuat laporan polis pada jam 6.10 petang, 2 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai itu telah membuat laporan berkenaan kerana sering dipukul abangnya sendiri.

"Bertindak atas laporan, polis menahan kedua-dua suspek kerana memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar dan batu-bata sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian siku dan lebam di bahagian matanya.

"Suspek yang berumur 32 tahun itu tidak mempunyai sebarang :pekerjaan dan hasil dari siasatan, kita dapati suspek mempunyai tiga rekod lampau atas dua kesalahan jenayah dan satu kesalahan pecah rumah," katanya di sidang media Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat, semalam.

Seorang lagi suspek (28 tahun) katanya, turut mempunyai satu rekod jenayah berkenaan penyalahgunaan dadah.

Katanya, jika disabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun dan sebatan atau kedua duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved