Rabu, 6 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Masih curigai Bersih

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Masih curigai Bersih

KUANTAN - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang tetap curiga dengan keputusan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang difahamkan bersedia untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium sebagai gambaran mereka akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, pihak berkuasa perlu berhati-hati dan pastikan perhimpunan itu benar-benar berlaku dalam stadium.

Menurutnya, Pemuda UMNO Pahang bimbang, perhimpunan mungkin akan berlaku lebih awal di perkarangan atau mungkin mereka akan berarak beramai-ramai dari satu lokasi menuju ke stadium.

"Kami akan bersiap sedia bagi memastikan demonstrasi itu hanya berlaku di dalam stadium.

"Pemuda UMNO Pahang percaya mereka ada muslihat dan tidak boleh dipercayai," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Abu Jimi berkata, Pergerakan Pemuda UMNO yang bergerak atas nama Patriot berjaya mendesak Bersih supaya membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

"Tujuan kami jelas untuk menentang semua anasir yang cuba menggugat keharmonian negara melalui demonstrasi jalanan.

"Kami akan memberi gambaran kepada penyokong Bersih, rakyat dan masyarakat dunia bahawa perhimpunan itu bukan pilihan rakyat secara keseluruhannya sebaliknya ramai yang tidak bersetuju dengan demonstrasi seperti itu," katanya.

Beliau berkata, Pemuda Umno Pahang mencabar mana-mana pihak yang bercadang untuk menganjurkan perhimpunan haram supaya mengadakan di negeri yang dikuasai pembangkang.

"Sekurang-kurangnya kerajaan negeri terlibat tahu dan faham kesusahan yang terpaksa ditanggung akibat perhimpunan seperti itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved