Rabu, 6 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celcom anjur Liga EPL lawan Malaysia

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Celcom anjur Liga EPL lawan Malaysia Memeriahkan lagi perlawanan antara pasukan kebangsaan menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Chelsea pada 13 dan 21 Julai depan, Celcom Axiata Berhad menganjurkan kempen Who Will Win, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, kempen berbentuk pengundian itu membolehkan pelanggan mengambil bahagian secara tidak langsung dalam sebarang program kesukanan atau gaya hidup.

"Who Will Win sesuai untuk golongan berpemikiran aktif dalam gaya hidup mereka kerana kami akan membawa pelanggan mengalami sendiri pengalaman menarik.

Pada masa sama, Shazalli berkata, Celcom bangga menjadi syarikat telekomunikasi rasmi perlawanan Malaysia menentang Arsenal dan Chelsea yang dibawakan secara eksklusif ProEvents International Sdn Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn Bhd, Julian Kam berkata, pihaknya bangga kerana bersama Celcom menganjurkan pertandingan bersejarah bagi peminat bola sepak tempatan.

Menurutnya, membawa dua kelab terbaik EPL beraksi membuktikan komitmen Celcom kepada pelanggan.

Jumlah dagangan negara RM101.7b

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jumlah dagangan negara RM101.7b MALAYSIA mencatatkan jumlah dagangan RM101.7 bilion Mei lalu, naik 5.5 peratus berbanding RM96.433 bilion dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, eksport meningkat 5.4 peratus kepada RM55.09 bilion daripada RM52.28 bilion dicatatkan sebelumnya.

Dalam kenyataan mengenai perangkaan perdagangan luar Malaysia bagi Mei, beliau berkata, import berkembang 5.6 peratus kepada RM46.61 bilion berbanding dengan RM44.15 bilion sebelumnya.

"Sebanyak RM8.49 bilion lebihan dagangan dicatatkan pada Mei, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-163 bulan berturut-turut sejak November 1997 berbanding April 2011, eksport susut 4.7 peratus, manakala import turun 0.4 peratus dengan jumlah dagangan berkurangan 2.8 peratus," katanya.

Menurutnya, bagi tempoh lima bulan terkumpul, jumlah dagangan meningkat 8.0 peratus kepada RM507.24 bilion, disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam eksport sebanyak 6.2 peratus kepada RM279.25 bilion, dan import 10.3 peratus kepada RM227.99 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, barangan utama yang menyumbang kepada kenaikan eksport pada Mei ialah barangan elektrik dan elektronik (RM19.08 bilion), minyak kelapa sawit (RM5.33 bilion), kimia dan bahan kimia (RM4.03 bilion), petroleum mentah (RM3.17 bilion), gas asli cecair (RM3.17 bilion), keluaran petroleum bertapis (RM3.12 bilion), jentera, perkakasan dan peralatan (RM2.00 bilion), barangan perkilangan logam (RM1.64 bilion) dan barangan optik dan saintifik (RM1.46 bilion) serta barangan kayu bernilai RM1.3 bilion.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved