Rabu, 6 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rampas syabu RM1.8j di KLIA

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rampas syabu RM1.8j di KLIA SHAH ALAM – Polis memberkas dua lelaki warga Nigeria bersama dadah jenis syabu hampir RM1.8 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Suspek berumur 34 dan 24 tahun diberkas selepas tiba pada Jumaat dan Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua suspek bekerja sebagai penjual kain ditahan kira-kira jam 4.50 petang dan 9.30 pagi.

Menurutnya, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA melihat suspek dalam keadaan mencurigakan selepas tiba menaiki pesawat dari Accra, Afrika dan Ethopia.

"Pemeriksaan terhadap suspek menemui dadah syabu yang disembunyikan dalam ruangan khas beg, iaitu masing-masing seberat 4.1 kilogram (kg) dan 3kg.

"Dadah tersebut boleh digunakan 24,000 penagih syabu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek baru pertama kali masuk ke negara dengan tujuan untuk menghantar beg kepada kawan dan ingin membeli barangan elektronik.

"Modus operandi sindiket penyeludupan dadah kini memilih warga Afrika sedangkan sebelum ini dari Iran," katanya.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, sepanjang awal tahun sehingga 17 Jun lalu, sebanyak 43 kes tangkapan dengan rampasan 118.8kg dadah syabu dan 32.3kg dadah Ephredrine dengan 37 lelaki dan 11 wanita warga asing diberkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya ajal pisahkan 2 kembar

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hanya ajal pisahkan 2 kembar DUA situasi berbeza apabila pasangan kembar dari Terengganu menemui ajal dalam tragedi kebakaran, manakala sepasang lagi terselamat dalam kejadian ribut di Rompin.

Dalam kejadian di Kuala Terengganu, permintaan pasangan kembar yang mahu bapa mereka menghantar ke klinik dan tidak mahu pulang adalah petanda terakhir, apabila mereka terkorban dalam kejadian kebakaran di Kampung Durian Mas, Manir, dekat sini, kira-kira jam 9.18 pagi semalam.

Nur Fatin Farhana dan Nur Fatin Farhanah masing-masing berusia tiga tahun, tiga bulan, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati ketika sedang berpelukan di atas timbunan pakaian yang hangus terbakar dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Ketika kejadian, bapa mangsa pengidap Epilepcy, Hamid Mustafa , 44, sedang tidur di ruang tamu hanya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan sepupunya, Wan Norizan Wan Ismail, 40, kebetulan berada di rumah sebelah.

Manakala, ibu mangsa, Suriani Sulong, 40, tiada dirumah ketika kejadian kerana sedang bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

Hamid berkata, ketika kejadian anak kembarnya itu sedang tidur di dalam bilik, manakala dia berada di ruang tamu.

"Saya hanya menyedari kejadian setelah Norizan menjerit yang rumah kami sedanf dijilat api dan ketika itu saya cuba mencari mereka berdua dengan memanggil nama kedua-dua mereka tetapi tiada jawapan.

"Saya dan Norizan cuba masuk ke dalam bilik itu, tapi gagal sebab api terlalu marak, kami terpaksa keluar minta bantuan jiran-jiran," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Hamid, sebelum itu, anaknya enggan tidur sehingga jam 4 pagi dan meminta untuk dihantar ke klinik setelah di serang demam sejak dua hari lalu.

Difahamkan, pasangan kembar itu adalah anak bongsu daripada tujuh beradik tetapi hanya empat daripada mereka termasuk Nor Fatin Farzana dan Nor Fatin Farzanah tinggal bersama Hamid dan isteri manakala selebihnya tinggal bersama saudara mereka yang lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas menerima panggilan pada jam 9.23 pagi bersama 20 anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian rumah mangsa sudah 95 peratus terbakar dan pihaknya mengambil masa selama 10 minit mengawal kebakaran, bagaimanapun Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dihuni keluarga malang itu.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan nilai kerugian dianggarka bernilai RM 50,000,"katanya.

Mayat pasangan itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Manakala di Rompin, nasib menyebelahi sepasang kembar berusia, 10 hari , apabila terselamat dari kejadian hujan batu dan ribut di Kampung Janglau, dekat sini,

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, angin kencang disusuli hujan air batu menggemparkan penduduk di situ yang terkejut dengan fenomena luar biasa melanda kampung berkenaan, menyebabkan 11 rumah rosak.

Ibu bayi itu, Izawati Saad, 26, yang baru bersalin sepasang anak kembar dan suaminya, Mohd Erwan Shah Abd Manaf, 28, dikejutkan dengan bunyi zink tercabut di tingkat atas sebuah rumah kayu bapanya sebelum bertindak menyelamatkan diri bersama anaknya di ruang berdekatan dapur rumah terbabit.

Menurutnya, dia terkejut apabila hujan lebat dan ribut itu disusuli bunyi yang kuat seperti peluru menghujani bumbung rumah bapanya itu sebelum melarikan diri ke dapur rumah.

"Kami hanya mampu berdoa bagi mengelakkan sebarang mala petaka lebih-lebih lagi dalam keadaan anak kambar kami, Mohd Danish Firas dan Noraina Qaisara baru mengenali dunia," katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kes kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu, malah penduduk kampung menyifatkan bencana itu adalah kejadian kali kedua terburuk sejak tahun 1970-an.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved