Rabu, 7 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

23 maut,60 cedera dalam serangan bom berkembar

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

23 maut,60 cedera dalam serangan bom berkembar QUETTA - Sekurang-kurangnya 23 maut, manakala kira-kira 60 lagi cedera selepas kereta dipenuhi bom menya-sarkan pasukan keselamatan di barat daya Quetta, meletup, semalam.

Pegawai kanan polis, Hamid Shakil berkata, kejadian berlaku di luar kediaman Timbalan Ketua Polis Sempadan disusuli dengan insiden pengeboman berani mati di dalam rumah beliau.

Serangan itu menyebabkan isteri dan dua anak Timbalan Ketua Polis serta pegawai yang berada di tempat kejadian terkorban.

Insiden keganasan tersebut, didakwa berpunca daripada penahanan pemimpin kanan kumpulan militan Al-Qaeda, Younis Al-Mauritani bersama dua lagi pengikutnya oleh Perkhidmatan Risikan Pakistan, Isnin lalu.

Pihak berkuasa tidak menolak kejadian serangan itu mungkin bermotifkan balas dendam.

Anjing makan tuan

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Anjing makan tuan JAKARTA - Tujuh ekor anjing yang ditinggalkan tanpa makanan dan minuman selama dua minggu, bertindak membaham tuannya sendiri, selepas dia pulang bercuti ke rumahnya di Manado, menurut polis, kelmarin.

Jiran mangsa yang curiga mengenai kehilangan mangsa dikenali sebagai Andre Lumboga, 50, bertindak melaporkan perkara itu kepada polis, selepas terhidu bau busuk dan turut menemui beberapa buah beg pakaian di luar rumahnya.

Ketua polis tempatan di Pulau Batam, Eriyana berkata, polis menemui kepala mangsa di dapur, manakala badannya pula di bahagian luar rumah, Isnin lalu.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, Andre dipercayai pulang ke rumahnya minggu lalu, sebelum kesemua anjing peliharaannya bertindak menyerangnya secara tiba-tiba.

Mereka turut menemui serpihan tulang dua lagi anjing yang menjadi hidangan kesemua haiwan menderita kebuluran tersebut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Wang penduduk dicuri toyol?

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Wang penduduk dicuri toyol? BAGAN AJAM - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang simpanan disedari hilang.

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, Abdul Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300.

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal," katanya.

Peniaga kedai makan, Norzuliatun Nordin, 35, turut mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar.

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50," katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Lima kali wang hilang

BAGI Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil berbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk mengeluh

DALAM pada itu, kunjungan Sinar Harian ke beberapa rumah penduduk tiga kampung berkenaan mendapati kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang diambil toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku yang kemudiannya diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang.

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika kita meletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.

» selanjutnya...

Rugi barang elektrik meletup

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rugi barang elektrik meletup PUCHONG – Kira-kira 70 penduduk di Bandar Puteri 11 di sini mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila hampir kesemua peralatan elektrik di dalam rumah mereka terbakar dan mengalami kerosakan.

Difahamkan, kejadian berlaku dipercayai selepas kabel di sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran rumah mereka dikatakan terbakar awal pagi kelmarin.

Penduduk, Khor Ling Ling berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan percikan api yang keluar daripada kipas siling dalam bilik tidurnya.

"Saya terperanjat apabila melihat percikan api di kipas sebelum bangun mendapatkan anak. Malah anak saya juga terkejut melihat suis komputer mengeluarkan percikan api sama dan terdengar beberapa bunyi letupan selepas itu.

"Pemeriksaan ke atas semua barang elektrik di rumah mendapati, kebanyakan daripadanya rosak termasuk set audio di bilik atas," katanya yang memaklumkan kerugian hampir RM18,000.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Puteri 11, Alice Choo berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi mengejutkan penduduk di tiga deretan rumah teres tiga tingkat di kawasan berkenaan.

"Kejadian berlaku kurang dua minit dan selepas dimaklumkan penduduk, pemeriksaan di sub stesen mendapati kabel sudah terbakar," katanya selepas mengadukan perkara itu kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo di sini, semalam.

Alice berkata, pihaknya juga berharap wakil TNB akan melakukan pemeriksaan di rumah yang terlibat.

Dalam pada itu, Gobind Singh menggesa TNB mengadakan perjumpaan dengan penduduk untuk memberi penerangan jelas berhubung insiden yang berlaku.

"Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku akibat ada peralatan dicuri di 'feeder pillar' pencawang elektrik (sub station) TNB berkenaan. Namun persoalan bagaimana ia dicuri timbul kerana kawasan perumahan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan selain kunci pintu pagar kotak pencawang yang tidak mempunyai kesan pecah masuk.

"Kalau kecurian berlaku, saya minta pihak itu jelaskan bagaimana ia berlaku. Ini bukan kali pertama saya mendapat laporan seperti ini di kawasan Puchong," katanya.

Beliau yang bertemu penduduk di sini turut mempersoalkan tahap keselamatan penduduk.

"Bolehkah mereka terus menggunakan elektrik kerana kerosakan berlaku bukan kecil.

"Saya juga mahu tahu sama ada penduduk diberi pampasan atas kerugian ditanggung," katanya yang memaklumkan satu laporan polis dibuat untuk memberi ruang kepada pihak keselamatan itu untuk menyiasat sama ada benar atau tidak kecurian berlaku di pencawang elektrik.

Sementara itu, Jurucakap TNB yang dihubungi berkata, kejadian 'overvoltage' berlaku disebabkan kecurian busbar di 'feeder pillar' oleh pihak ketiga yang menceroboh perkarangan pencawang.

Menurutnya, pihak TNB Selangor akan berhubung dengan persatuan penduduk untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya mengenai perkara itu.

Mangsa air pasang

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mangsa air pasang KEMAMAN – Hasrat seorang pemuda keluar rumah untuk meraikan hari raya bersama teman bertukar tragedi apabila dia lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bukit Kuang, Chukai, dekat sini, dalam kejadian ketika air pasang pada petang Ahad lalu, sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Rizal Ismail @ Ibrahim, 31, (gambar kecil) yang tinggal bersama keluarga di Lot 6387-1, Chukai lemas setelah dihanyutkan arus ke tengah sungai selepas terjatuh.

Meskipun pahit, dugaan itu diterima keluarga mangsa dengan reda walaupun kejadian lemas yang meragut nyawa seorang ahli keluarga mereka itu menyebabkan kegembiraan menyambut Syawal tahun ini berakhir dengan duka.

Bapa mangsa, Ismail @ Ibrahim Dollah, 64, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anak bujangnya yang bekerja sendiri itu adalah sebelum arwah keluar dari rumah kira-kira jam 12 tengah hari (Ahad).

Muka disambar bunga api

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Muka disambar bunga api KOTA BHARU - Seminggu selepas sambutan Aidilfitri, kecederaan akibat tragedi main mercun terus berlaku yang mencatatkan 10 kes sebelum ini

Kes terbaru membabitkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) melecur seluruh muka dan cedera di tangan selepas dipercayai terkena belerang yang dibakar lalu menyambar mukanya dalam kejadian di Kampung Banggol Ara, Chica, Pasir Mas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Mohd Shafiq Mohd Laili, 9, yang mengalami kecederaan itu dikejarkan oleh ibu bapa mereka ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang murid tahun tiga, Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim II itu, telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk mendapatkan rawatan susulan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ibu mangsa, Masnizawati Abdul Manaf, 28, berkata, kejadian disedarinya sebaik dia keluar dari rumah untuk melihat Mohd Shafiq yang bermain di sebuah bangsal berhampiran rumahnya bersama-sama adik beradiknya.

Dia berkata, sebaik keluar dari rumah, dia didatangi anak pertamanya, Maisarah, 10, yang berlari sambil menangis lalu memberitahu adiknya terkena bunga api.

"Saya bergegas menghampiri Mohd Shafiq dan mendapati dia dalam keadaan terbaring sambil menutup mukanya dengan baju.

"Sebaik melihat dia hanya berseluar tanpa baju, pada masa sama saya lihat bajunya digunakan untuk menutup muka lalu saya membuka baju itu dan mendapati seluruh muka anak saya melecur," katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

Katanya, menyedari kejadian itu, dia kemudian mengangkat anaknya pulang ke rumah dan ketika itu anaknya tidak menangis walaupun cedera teruk di mukanya.

Masnizawati berkata, sebelum kejadian, anak keduanya itu ada meminta duit daripada sebanyak 50 sen untuk membeli gula-gula di salah sebuah kedai berdekatan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang Mohd Syafiq dikatakan menemui bunga api jenis roket yang dibuang oleh orang lain di kawasan itu.

"Saya difahamkan oleh salah seorang anak saya, Mohd Syafiq telah mengopek bunga api itu sebelum mengeluarkan belerang dan membakarnya.

"Saya juga difahamkan belerang itu telah diletakkan di atas sekeping kertas lalu dia membakarnya dan secara tiba-tiba percikan bunga api itu menyambar muka anak saya," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Laili Abdul Ghani, 43, berkata, ketika kejadian, dia tidur kerana kepenatan selepas baru pulang dari bertugas di Johor Baharu.

"Saya hanya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan oleh isterinya dan memaklumkan mengenai kejadian menimpa anak saya," katanya yang tidak menyangka anaknya itu mampu bertindak seperti itu.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

AS jangka pasaran Asean kian penting

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

AS jangka pasaran Asean kian penting

Syarikat Amerika menjangkakan pasaran Asean akan menjadi kian penting untuk perniagaan masing-masing, demikian menurut hasil Kaji Selidik Tinjauan Perniagaan Asean 2011.

Sebahagian besar syarikat atau kira-kira 73 peratus responden kaji selidik berkata, mereka mengharapkan kepentingan Asean kepada perniagaan masing-masing akan meningkat dalam tempoh dua tahun ini, dengan 85 peratus daripada perancangan mereka ialah untuk mengembangkan perniagaan mereka di Asean.

Menurutnya, tiada syarikat yang merancang membuat sebarang pemotongan atau pengurangan.

Kaji selidik turut mendedahkan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean penting untuk perniagaan AS, dengan 80 peratus responden menyatakan syarikat mereka mengguna kelebihan tarif FTA Asean selesai dengan rakan dagangannya.

"FTA Asean-China juga mendapat penarafan tinggi dengan 49 peratus syarikat menggunakan manfaat itu," dedah kaji selidik itu.

Kaji selidik Tinjauan Perniagaan Asean, yang kini dalam tahun ke-10, mahu mendapatkan tinjauan ke atas pertumbuhan perniagaan dan persepsi melakukan perniagaan di Asean.
Ia menemu ramah 327 eksekutif kanan dari syarikat AS di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Kaji selidik itu dikendalikan Dewan Perdagangan Amerika di Singapura (AmCham Singapura) de-ngan kerjasama syarikat lain berkaitan persatuan dan dewan.

Sementara itu, mengenai Malaysia, kaji selidik itu berkata, Malaysia lebih baik dari segi bilangan faktor perniagaan tempatan seperti ketersediaan bahan mentah dan kos buruh rendah.

Naib Presiden AmCham Malaysia, Datuk Tim Garland berkata, unjuran perniagaan positif dan pengembangan syarikat di Malaysia bukti hebat kepada pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"AmCham Malaysia teruja menjadi sebahagian daripada pengembangan korporat Malaysia di Asean," katanya. -Bernama

Celcom tawar Celcom Biz pada profesional media

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Celcom tawar Celcom Biz pada profesional media

Celcom Axiata Bhd memperkenalkan Celcom Biz untuk pelan Media, yang disasarkan secara eksklusif pada profesional media dalam negara.

Dalam satu kenyataan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata, pelan berkenaan akan memudahkan keperluan media seperti 24 jam akses kepada penyambungan Internet dan maklumat yang membolehkan mereka mendapat berita untuk disiarkan di laman web pelan boleh didapati kini.

"Dengan pakej smartphone, Blackberry dan jalur lebar Celcom yang banyak, ia akan menjadi perkakasan tepat bagi petugas media untuk bekerja dari mana sahaja mereka berada melalui rangkaian data Celcom yang luas," kata Ketua Pegawai Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jaga sensitiviti umat Islam

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jaga sensitiviti umat Islam BANDAR TEMERLOH - Isu gerai menjual daging khinzir di belakang pasar besar, dekat sini, masih menjadi bualan hangat dalam kalangan umat Islam yang mengunjungi pasar itu setiap hari.

Masalah gerai menjual daging khinzir itu pernah disiarkan akhbar ini pada Februari 2010.

Dalam laporan itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Zulkifli Yaakob.

Zulkifli berkata, pihak MPT sedang menunggu peruntukan untuk membina gerai menjual daging khinzir itu berjauhan daripada pasar besar itu pertengahan 2010.

Namun, sehingga kini gerai menjual daging khinzir itu dilihat masih beroperasi dan orang ramai minta supaya MPT segera mengalihkan gerai terbabit.

Aktivis masyarakat, Zainor Rashid Abdullah, 50, berkata, sepatutnya MPT sudah membina gerai tersebut berjauhan daripada pasar besar itu seperti yang dikatakan.

Menurutnya, gerai itu tidak seharusnya berada dalam kawasan pasar besar walaupun ia terletak di bahagian belakang.

"Kita perlu peka pada sensitiviti umat Islam yang lalu lalang di belakang pasar itu mencari kawasan parkir kereta.

"Diharapkan MPT dapat segera membina gerai menjual daging khinzir itu berjauhan daripada pandangan umat Islam," katanya.

Suri rumah, Jamilah Mohamed Jantan, 34, berkata, sebagai suri rumah tangga sudah pasti dia akan ke pasar itu setiap dua atau tiga hari untuk mencari lauk dan sayuran.

Menurutnya, setiap kali melalui belakang pasar itu dia terasa loya dan tidak mahu memandang ke arah gerai menjual daging khinzir itu.

"Kita harap sangat MPT mengambil tindakan segera memindahkan pasar itu kerana ia sudah lama beroperasi.

"Jika ia dipindahkan pasti memberikan keselesaan kepada orang ramai terutama umat Islam untuk mencari lauk di pasar itu," katanya.

Angkara khianat

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Angkara khianat PASIR GUDANG – Tiga rumah terbakar dipercayai perbuatan khianat dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1.50 pagi turut memusnah dan merosakkan beberapa buah kenderaan iaitu tiga kereta, sebuah van dan dan tiga motosikal milik tiga keluarga terbabit.

Seorang mangsa, Ahmad Yakob, 58, mendakwa punca kebakaran itu adalah perbuatan khianat daripada seseorang yang dikenali.

Menurutnya, anak perempuannya, Nor Nabilah Ahmad, 21, terdengar bunyi motosikal melalui di hadapan rumahnya dari tingkat satu dan selang beberapa minit kemudian anaknya terdengar bunyi percikan api.

Semasa kejadian berlaku katanya, dia ada bersama tiga anaknya di rumah dan sedang nyenyak tidur di tingkat bawah sebelum terjaga apabila kakinya terasa panas.

"Saya terbangun dan melihat api marak dan bergegas memanggil anak-anak saya yang berada di tingkat atas untuk turun menyelamatkan diri. Kami terpaksa melarikan diri melalui pintu belakang rumah kerana api di bahagian depan rumah semakin marak dan tidak selamat.

"Kami hanya sempat membawa telefon bimbit keluar dari rumah dan barang-barang lain telah hangus dijilat api termasuklah kenderaan kami," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Hukuman lebih berat

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hukuman lebih berat

KUALA LUMPUR - Penganiaya haiwan boleh dikenakan tindakan lebih berat apabila pindaan Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), yang kini di peringkat terakhir perbincangan oleh pihak berkenaan, dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, di bawah pindaan itu, penganiaya binatang boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Ada beberapa klausa yang kita kena pinda, jadi kita kena bawa ke Parlimen... kita akan buat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan ibu pejabat baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Jalan Salahuddin di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh pada Ahad lepas.

Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan, kekejaman terhadap haiwan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan dengan penganiaya haiwan dikenakan hukuman RM200 atau penjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Namun, banyak permintaan dikemukakan pelbagai pertubuhan dan pencinta haiwan supaya akta itu disemak dan dipinda sejak 2006.

Mengenai bangunan baru LPP, Noh berkata ia diharap dapat melahirkan identiti baru kepada institusi itu dan seterusnya memacu industri agro makanan negara.

"Kewujudan bangunan ini juga amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada sektor pertanian di dalam negara kita... tidak dinafikan sektor pertanian merupakan pangkalan kepada makanan menjadi faktor yang penting selari dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)," katanya.

Bangunan LPP, yang dibina di atas tapak seluas 2.14 hektar, mengandungi 11 tingkat dan mampu menampung 847 orang. Ia dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini selepas mula dibina pada 2008.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus berkata bangunan itu sudah 98 peratus siap dan hanya perlu menjalani ujian dan pengesahan jabatan penguat kuasa.

"Bangunan ini sebenarnya sudah siap, cuma beberapa bekalan utiliti dan juga ujian sistem keselamatan, pendingin hawa, penyembur automatik dan sebagainya masih belum dapat dilaksanakan," katanya. - Bernama

Mat Sabu kemuka bukti lemah

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mat Sabu kemuka bukti lemah

SENAI – Buku Pengukir Nama Johor tidak layak dijadikan bukti bagi mengangkat nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Akbal Abdullah (gambar) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan.

Beliau yang juga ahli panel penulis buku Siri Tokoh Johor berkata, Mat Sabu tidak boleh menggunakan tulisan itu sebagai hujah kerana tidak mampu meletakkan Mat Indera sebagai pejuang.

"Tidak memadai dengan tulisan 10 halaman saja untuk kita anggap Mat Indera pejuang kerana dia (Mat Sabu) sepatutnya baca tesis dan buat penyelidikan sendiri.

"Jika tulisan sebanyak itu dijadikan rujukan, ia terlalu lemah dari segi ilmiah. Saya tak kata lemah hingga perlu kita tolak tapi perlu dibuktikan. Apa lagi menggunakan artikel Mat Indera sebagai hujah adalah kurang tepat dan tidak sempurna dari segi ilmu sejarah," katanya, semalam.

Mohd Akbal berkata, beliau mengenali penulis buku itu, Ismail dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin menulis.

"Apa yang saya tahu, Ismail hanya merujuk kepada Internet tanpa membuka dokumen rasmi kerajaan dan ia dilahirkan daripada pandangan beberapa pihak serta bukan pandangan majoriti," katanya.

Menurutnya, Ismail berkhidmat dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan jawatan timbalan pengarah.

Mohd Akbal mempersoalkan, jika benar Mat Sabu mahu mengangkat hero kemerdekaan, mengapa pula beliau menolak perjuangan Datuk Onn Jaafar yang turut ditulis dalam buku tersebut.

"Saya mohon Mat Sabu jangan politikkan buku ini dan kaitkan siapa-siapa (penulis) atau Kerajaan Johor, kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataannya mengangkat komunis," katanya.

Buku Pengukir Nama Johor merupakan buku siri ketiga yang diterbitkan iaitu dua siri sebelum ini iaitu Pejuang Terbilang Johor dan Tokoh Ternama Johor yang dimasukkan dalam Siri Tokoh Johor yang mula diterbitkan pada 2002.

Penulis yang dilantik menyumbang karya dalam buku tersebut terdiri daripada Ahli Persatuan Sejarah, Persatuan Penulis, peminat sejarah Johor yang mempunyai kemampuan menulis.

Mohd Akbal berkata, dakwaan Kerajaan Negeri mengiktiraf Mat Indera selaku pejuang menerusi terbitan YWJ yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman adalah tidak benar.

"Buku tersebut merupakan pendapat penulis tentang Mat Indera di mana kami kumpulan penulis dan Ismail dipilih YWJ.

"Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan idea serta segala apa yang ditulis hanya pendapat penulis, bukannya pendapat Kerajaan Negeri dan pasukan penulis Pewaris. Dengan jelasnya, tidak semestinya pendapat penulis dan pendapat Kerajaan Negeri adalah sama," katanya.

Mohd Akbal berkata, kumpulan penulis yang terdiri daripada 20 orang itu telah dibentuk enam tahun sebelum percetakannya yang dipilih dari segi kemahiran dan pengetahuan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Nyaris maut terminum racun

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nyaris maut terminum racun

KOTA BHARU - Seorang wanita dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selepas terminum racun semut disangka sirap dibancuh suaminya di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini, semalam.

Norhafiza Badli Afendi, 27, mengalami kekejangan dan mulut berbuih selepas terminum racun itu dalam kejadian pada 11 pagi.

Suaminya, Mohd Din Yusof, 27, berkata, sebelum itu beliau membancuh racun semut itu yang berwarna hijau dan memasukkannya dalam gelas dan diletakkan di atas meja makan.

"Saya keluar bagi mengambil pam penyembur racun dan tidak sangka isteri saya yang menyangka ia sejenis sirap pandan telah meminumnya ketika saya keluar sebentar.

"Isteri saya sukar bercakap dan terketar-ketar selepas meminumnya. Keadaan dia sekarang sukar untuk bercakap dan darah mengalir dari mulut dia," kata Mohd Din ketika ditemui di wad kecemasan hospital itu.

Pasangan itu mempunyai empat anak, dua daripadanya sudah bersekolah.

Mohd Din berkata bahawa sebelum ini racun itu tidak dibancuh menggunakan air dan dia hanya menabur serbuk racun dibeli di pasar malam itu di seluruh kawasan rumah.

"Tapi kali ini saya rasa nak guna air dan menyembur pula sebab sebelum ini nampak tidak berkesan," katanya kepada Sinar Harian.

Remaja Orang Asli bebas tuduhan

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Remaja Orang Asli bebas tuduhan

MARAN - Mahkamah Majistret di sini membebaskan seorang remaja Orang Asli berusia 15 tahun dengan bon jaminan berkelakuan baik terhadap dua pertuduhan, membunuh tanpa niat dan memiliki senjata api buatan sendiri.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membuat keputusan itu mengikut Seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak tanpa cagaran selama dua tahun untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan di dalam kamarnya.

Bagi pertuduhan pertama, remaja itu mengaku bersalah tertembak adik perempuannya berusia 10 tahun apabila senjata api sedang dibersihkannya selepas memburu babi tiba-tiba meletup sendiri.

Kejadian itu berlaku di rumah tidak bernombor di Kampung Bagas, Kuala Sentul di sini pada 26 Julai lepas antara 7 malam dan 8.15 malam.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, remaja itu dituduh memiliki dua laras senapang buatan sendiri pada tarikh dan tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata (Akta 206) yang membawa hukuman penjara setahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos lepas, remaja itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kerana hukuman diterima remaja itu dilihat tidak setimpal dengan kesalahan dilakukannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Waktu-waktu yang terhenti...

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Salam dari tanah tinggi.

Jujur kata, rasanya sudah bosan berkunjung di puncak Cameron Highlands setiap kali musim cuti tiba. Tapi walau sudah jelak menyumbat jagung lemak manis dan strawberi ke mulut, saya dan keluarga tetap kerap ke sana. Mungkin faktor logistik dan kewangan yang tidak melampau serta bayu dinihari yang dingin kerap memanggil kami untuk kembali.

Tapi kunjungan kali ini agak istimewa kerana saya terjumpa suatu tempat di Brinchang - bukan ladang teh, rumah hijau strawberi atau gerai sayuran-sayuran segar yang klise. Didorong rasa bosan berkurung di bilik hotel semata, saya dan kakak ipar memandu tanpa arah di sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Bosan memandu, kami mencari tempat parkir, mungkin sudah tersurat, kami berhenti betul-betul di muka pintu sebuah tempat bernama Time Tunnel. Tempat apa ini? Saya bertanya dalam hati.

Setelah berpisah dengan RM5, saya dibenarkan masuk ke dalam perut mini muzium di bawah tanah itu. Dalam ruangan yang sebenarnya tidak layak dipanggil muzium itu, berumah segala macam cerita dan peralatan masa lampau yang dipulihara molek.

Bermula dengan segmen memaparkan sejarah dan cara hidup Orang Asli di Cameron Highlands, berselit pula dengan kendi lama, cermin, periuk belanga dari era seawal 40-an, tempat ini buat saya sungguh di luar dugaan. Berdiri lama di hadapan imej dua Orang Asli menyumpit di gigi air terjun, saya menyedari tiada larangan untuk membawa kamera dan merakam gambar di sini seperti mana rata-rata muzium lain di kota besar dunia. Tanpa melengahkan masa lagi, lensa dan shutter button kamera saya kerah untuk bekerja lebih masa bagi merakamkan artifak dan imejan-imejan dipamerkan.

Sekiranya anda membesar pada era 50-an, akan menghargai artifak-artifak dipaparkan secara rawak di muzium ini. Sebelum masuk ke dalam sebentar tadi, si penjaga kaunter memaklumkan bahawa mini muzium ini dimiliki dan dibiayai oleh orang perseorangan, tanpa bantuan dana daripada mana-mana pihak. Setelah pulang, saya cepat-cepat melayari laman lebai Google untuk mencari informasi terperinci tentang muzium ini.

Ditubuhkan pada Januari 2007, pemilik muzium See Kok Suen, membuka pintu Time Tunnel kepada umum dengan modal RM20,000 sahaja. Berbekal barang-barang koleksi persendirian dan hadiah rakan-rakan, Kok Suen membawa pengunjung Time Tunnel mengimbau kenangan lama dan sejarah penduduk setempat pada waktu yang sama.

Buat saya, apa teristimewa di muzium ini ialah bahagian yang dikhususkan untuk mendiang James H W Thompson. Thompson yang dinobat raja kain sutera Siam menjadi terkenal kerana menubuhkan The Thai Silk Company pada 1940; beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan kain sutera di busana fesyen antarabangsa dan dalam industri filem Barat. Menjelang lewat 50-an, kain sutera menjadi komoditi perniagaan terkenal seantero dunia.

Thompson mendapat sudut tersendiri di Time Tunnel bukan kerana kreativiti beliau memberi nafas baru kepada industri sutera Thai, tetapi kerana beliau hilang dari hutan Cameron Highlands dan gagal dikesan sejak 44 tahun lalu. Tiada mayat; tiada bayang; tiada kesan dijumpai. Hanya teori kehilangan Thompson mendominasi laporan media tempatan dan antarabangsa. Teori diperoleh daripada ratusan bomoh, pawang, ahli psikik, Orang Asli, penduduk setempat dan pasukan penyelamat tanpa disokong apa-apa bukti kukuh.

Tanggal 26 Mac 1967, Thompson yang sedang bercuti bersama rakan-rakan, pergi berjalan-jalan di kawasan hutan berdekatan chalet The Moonlight Cottage. Thompson yang menyedari mereka sesat, mencadangkan mengikuti arus sungai untuk mencari jalan keluar.

Tetapi pada hari kedua, Thompson hilang begitu sahaja ketika rakan-rakan yang lain sedang tidur.

Walaupun misi pencarian secara besar-besaran dilancarkan di sekitar hutan berdekatan The Moonlight Cafe, Thompson atau mayatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Oh, berdiri tegak bulu roma di lengan saya ketika habis membaca sejarah kehilangan Thompson.

Secara keseluruhannya, mini muzium ini memberi keunikan dari sudut berbeza kepada Cameron Highlands yang lazimnya terkenal dengan ladang teh dan saujana landskap hijau untuk santapan mata semata. Cuma dari segi label dan informasi untuk setiap artifak yang dipamerkan perlu dikemas kini bagi membantu pengunjung asing lebih memahami cara hidup masa lampau orang kita.

Islam, perkauman dan konspirasi

Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT

Antara buku yang memberikan kesan besar kepada idealisme politik saya ialah the Autobiography of Malcolm X yang saya ambil daripada seorang teman di MCKK ketika usia 14 tahun. Saya memang seorang ulat buku dan teman tersebut memberikan kepada saya.

Malcolm X merupakan pemimpin Nation of Islam sebuah kumpulan kulit hitam yang bukan sahaja berasaskan ajaran songsang Islam, tetapi juga Ketuanan Kulit Hitam. Bagaimanapun Malcolm meninggalkan kumpulan tersebut dan menunaikan ibadah haji sebagai seorang Muslim pada 1964 – satu pengalaman benar-benar meninggalkan kesan besar kepada dirinya.

Pengalamannya menyaksikan masyarakat pelbagai kaum dapat menunaikan rukun Islam tersebut dengan aman damai di Mekah mengubah persepsinya terhadap isu kaum dan beliau menolak ideologi Ketuanan Kulit Hitam.

Sejak itu, saya yakin bahawa Islam sendiri menolak perkauman dan menitikberatkan prinsip keadilan.

Baru-baru ini, di Singapura, saya singgah di kedai buku Islam Wardah Books berhampiran Masjid Sultan. Bagi mereka yang menghargai pilihan buku Islam Bahasa Inggeris di Kinokuniya KLCC, Wardah Books asalnya merupakan pembekal kepada toko buku tersebut. Selain membeli pelbagai buku, saya turut ternampak CD syarahan Imam Zaid Shakir, seorang sarjana Islam dari Amerika Syarikat bertajuk What Would Malcolm Say?

Setelah mendengar CD seorang ulama Amerika yang menyampaikan syarahannya dalam Bahasa Inggeris loghat kulit hitam berkali-kali, terutamanya selepas kontroversi gereja dan azan ketika Ramadan lalu di Malaysia, saya merasakan mesejnya teramat sesuai untuk umat Islam Malaysia hari ini.

Zaid Shakir memetik pandangan dua ahli akademik Henry Louis Gates Jr. dan Cornel West yang mengkritik masyarakat kulit hitam Amerika kerana gemar menyalahkan pihak lain sahaja dalam menghadapi masalah mereka.

Dua ahli akademik tersebut menyeru agar masyarakat kulit hitam berhadapan dengan kedua-dua realiti perkauman kulit putih dan kegagalan kulit hitam sendiri untuk mengambil inisiatif dan memecahkan kitaran kemiskinan serta keluar daripada kemelut mereka hari ini.

Tetapi pendekatan lapuk hanya menyalahkan orang Korea, Yahudi, wanita malah pendatang asing kulit hitam kerana kegagalan masyarakat kulit hitam sendiri, tidak lagi boleh diguna pakai. Sebaliknya, masyarakat kulit hitam harus diajar mengambil tanggungjawab atas kelakuan mereka sendiri.

Zaid mengingatkan kita, kritikan yang sama boleh digunakan terhadap umat Islam sendiri. Mendengar CD tersebut saya berasakan nasihat sama juga amat relevan untuk masyarakat Melayu di Malaysia.

Pada masa sama, Zaid mengingatkan umat Islam di Amerika, dalam berhadapan tragedi 11 September 2001 bahawa meskipun Malcolm menyedari pelbagai konspirasi dan perancangan jahat musuh-musuhnya, beliau menekankan tindakan positif. Malcolm tidak menghabiskan masanya memikirkan konspirasi Iluminati, Freemason atau Yahudi tetapi bekerja menyusun organisasi masyarakat kulit hitam Amerika seperti Nation of Islam, Muslim Mosque Incorporated dan Organisation of Afro-American Unity.

Ini, tegas Zaid, merupakan perspektif Islam. Sekiranya betul pun ada konspirasi terhadap umat Islam, bukankah Allah SWT telah berpesan dalam al-Quran:

"Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa." - Surah at-Taariq (Ayat15-17) Lihat sahaja umat Islam di negara ini sekarang. Kita dimomok tentang agenda Yahudi; rancangan Kristian; Cina dan pelbagai lagi konspirasi sehingga kita menghabiskan masa memikirkannya. Buku-buku membicarakan isu-isu ini begitu laku di pasaran.

Apa yang penting kita menumpukan masa, mengubah nasib bukan sahaja umat Islam, tetapi bukan Islam berasaskan keyakinan bahawa Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam.

Bukankah itu pendekatan Rasulullah SAW?

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved