SH |
Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT Angkara khianat
PASIR GUDANG – Tiga rumah terbakar dipercayai perbuatan khianat dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini awal pagi tadi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1.50 pagi turut memusnah dan merosakkan beberapa buah kenderaan iaitu tiga kereta, sebuah van dan dan tiga motosikal milik tiga keluarga terbabit. Seorang mangsa, Ahmad Yakob, 58, mendakwa punca kebakaran itu adalah perbuatan khianat daripada seseorang yang dikenali. Menurutnya, anak perempuannya, Nor Nabilah Ahmad, 21, terdengar bunyi motosikal melalui di hadapan rumahnya dari tingkat satu dan selang beberapa minit kemudian anaknya terdengar bunyi percikan api. Semasa kejadian berlaku katanya, dia ada bersama tiga anaknya di rumah dan sedang nyenyak tidur di tingkat bawah sebelum terjaga apabila kakinya terasa panas. "Saya terbangun dan melihat api marak dan bergegas memanggil anak-anak saya yang berada di tingkat atas untuk turun menyelamatkan diri. Kami terpaksa melarikan diri melalui pintu belakang rumah kerana api di bahagian depan rumah semakin marak dan tidak selamat. "Kami hanya sempat membawa telefon bimbit keluar dari rumah dan barang-barang lain telah hangus dijilat api termasuklah kenderaan kami," katanya kepada Sinar Harian semalam. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan