Sabtu, 27 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

False news on TV1

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

False news on TV1

Media Statement by Tony Pua, DAP National PublicitySecretary and Member of Parliament for Petaling Jaya Utara in Kuala Lumpur on Sunday, 28 August 2011

Rais Yatim must take responsibility for the most despicable piece ofincendiary false news reporting on national TV and ensure that thoseresponsible for it are sacked immediately.

TV1 last nite reported in its 8pm prime-time newson the existence of "Murtads in Malaysia & Singapore" Facebookgroup.

What is most despicable andsickening is TV1 highlighting the alleged association of DAP leaders such asTan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau, Ean Yong Hian Wah with theGroup. TV1 even placed the spotlight onthe chairman of Parti Socialis Malaysia (PSM) and ADUN for Kota Damansara DrNasir Hashim insinuating the betrayal of his own faith.

The "news" report is obviously calculated toinflame sentiments and anger among Malays and Muslims in the country,especially towards Pakatan Rakyat whose leaders' names were "found" to be part of the group.

The problem is those responsible in TV1 obviouslydid not bother to find the truth to the story but went ahead to make the baselessinsinuations above. TV1 either were tooignorant to know, or did not want to know the fact that the "add to group"function in Facebook is such that you cannot prevent a group administrator fromadding you to any group.

There is norequirement to secure one's permission or approval for adding a Facebook memberto a Group.

Therefore all of the accused "supporters" of theFacebook page did not intend to, or never knew they had "joined" the Group. TV1 was completely unethical in its reportingby not first verifying the above information with the relevant people who were "implicated"by the Facebook page, especially since they were Pakatan Rakyat leaders whowere easily accessible.

Hence instead of making a news report to cite theexistence of the "Murtads in Malaysia & Singapore" Facebook page andcriticising the administrators for wantonly adding Pakatan Rakyat leaders tothe page and to cause anger among the people, TV1 chose to emphasize thesupposed support shown by these leaders to the page. TV1 must be charged for making anddisseminating false news to incite hatred among ordinary Malaysians.

The false TV1 news report follows closely anotherfake news aired by TV3 on 21 August which claimed the proselytization by atuition centre in Old Klang Road after complaints by a non-existent "SurauAl-Musyrikin".

It is absolutely clear that the above incendiaryand seditious false news reports by the Government-owned and UMNO-associatedmedia organisations are part of a systematic and orchestrated campaign todivide the people and retain power for Barisan Nasional in the next generalelections.

The desperation of the Najibadministration is so deep that "to win at all cost", BN is willing to not onlyspread false news, but also to use the highly-charged religious sentiments totear the country apart.

We condemn the actions of the TV stations in the strongestpossible terms and demand that the Minister of Information, Communications andCulture Dato' Seri Dr Rais Yatim apologise on behalf of the TV stations formaking false and seditious news reports.

Dr Rais must also conduct an immediate investigation into the completelylack of professionalism in both TV1 and TV3 and insist that the responsibleparties are removed from the posts.

Dipetik daripada blog Lim Kit Siang

Warga Thailand dipenjara enam bulan, denda RM10,000 kerana rasuah penjawat awam

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Warga Thailand dipenjara enam bulan, denda RM10,000 kerana rasuah penjawat awam

ALOR SETAR - Seorang warga Thailand dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memberi rasuah kepada seorang penjawat awam dua hari lepas.

Hakim Indra Nehru Savandiah memerintahkan Ibrahim Habyusoh, 38, yang berasal dari Satun, selatan Thailand dipenjarakan daripada tarikh dia ditangkap iaitu 26 Ogos lepas.

Ibrahim mengaku bersalah memberi suapan wang tunai RM200 kepada Sarjan Mejar Tajudin Ladzim sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menyeludup mercun di sekatan jalan raya di Km1.3, Jalan Bukit Kayu Hitam Changlun pada kira-kira 6 pagi, Jumaat lepas.

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu dan tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand.

Ketika merayu hukuman ringan, Ibrahim berkata dia menanggung seorang isteri dan dua anak yang masih kecil dan bersekolah dan diberikan hukuman ringan bagi membolehkannya balik berhari raya di kampungnya.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi pula meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi tertuduh.

Katanya kesalahan memberi rasuah kepada penjawat awam adalah kesalahan serius dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam daripada melakukan kesalahan yang sama.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Selami keperitan hidup

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Selami keperitan hidup TIKAM BATU – Dengan kekuatan lebih 50 orang menggunakan kira-kira 15 kenderaan termasuk disertai Skuad Promosi Sinar Harian Utara, Kelab Rekreasi Avanza Utara (NARC) dan Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka, semua kenderaan bergerak dari Balai Polis Tikam Batu pada jam 12.40 tengah malam untuk konvoi amal.

Walaupun perjalanan disusuli dengan hujan lebat, namun semua peserta masih bersemangat menyampaikan sumbangan kepada golongan sasaran.

Pengurus Kanan Operasi Sinar Harian Utara, Rusmin Fadzil berkata, Program Jom Sahur kali ini agak berlainan apabila peserta berpeluang merasai keperitan dan kepayahan hidup penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan istimewa.

"Istimewa bermaksud dari segi cabaran yang ditempuh membuatkan sesiapa sahaja yang melawat tersentuh, apatah lagi mendengar sendiri pengalaman yang dirasai mereka dalam mengharungi kehidupan seharian," katanya.

» selanjutnya...

Pemandu tak ubah sikap

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pemandu tak ubah sikap IPOH – Dalam tempoh masa tiga hari Ops Sikap 24 dilaksanakan terdapat peningkatan dari segi statistik kemalangan, kemalangan maut dan jumlah saman.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam tempoh tiga hari tersebut peningkatan jumlah kemalangan yang berlaku dapat dilihat jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Mengikut statistik, sebanyak 361 kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan dan jumlah tersebut didapati meningkat sebanyak 84 kes berbanding tahun 2010.

"Peningkatan tersebut sememangnya diberikan perhatian serius di samping turut melibatkan agensi-agensi kerajaan lain dalam usaha melancarkan Ops Sikap 24," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam.

Shukri berkata, selain itu, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak enam kemalangan maut telah dicatatkan dan jumlah tersebut turut menunjukkan peningkatan empat kes berbanding tahun sebelumnya.

"Oleh itu, kita harap lebih ramai pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan agar kita dapat mengelak daripada terlibat dalam kejadian yang tidak diingini," katanya.

Tambahnya lagi, malah dalam tempoh tiga hari Ops Sikap ini dilaksanakan iaitu bermula 23 Ogos lalu terdapat kira-kira 3, 121 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah tersebut memang berlaku peningkatan terhadap pengeluaran saman sebanyak 2, 095 berbanding tahun sebelumnya hanya 1, 026 saman dikeluarkan bagi tempoh yang sama," katanya.

Jelasnya, dalam usaha bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya, sikap dan rasa kesedaran masyarakat untuk mematuhi setiap undang-undang adalah amat perlu.

"Tidak ada guna kita laksanakan pelbagai kempen dan pencegahan, jika sikap masyarakat itu sendiri tidak mampu diubah.

"Bahkan didapati bahawa daripada 10 pengguna jalan raya, terdapat kira-kira sembilan daripadanya melakukan kesalahan iaitu tidak memakai tali pinggang keledar," katanya.

Beliau berkata, dalam masa yang sama, peningkatan jumlah kenderaan juga sebenarnya bukan faktor utama yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes kemalangan tetapi ia berpunca daripada sikap seseorang pengguna itu sendiri.

"Saya harap semua pengguna lebih berhati-hati ketika memandu dan lebih penting untuk pastikan agar penyelenggaraan awal terhadap kenderaan juga telah dibuat.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa bersabar ketika memandu kerana kebiasaannya masing-masing terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya terutama apabila perayaan semakin hampir," katanya.

Tergamam ketika ditahan polis

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tergamam ketika ditahan polis KAJANG – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan makmal pemprosesan dan pengedaran ubat batuk apabila menahan dua lelaki bersama beberapa peralatan dan bahan yang digunakan untuk memproses dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa teres dua tingkat di Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan polis, serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) yang diketuai Asisten Superintenden Mohd Husni Manaf dilakukan kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.

"Ketika serbuan dilakukan kedua lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an tergamam dengan kehadiran polis kerana sedang asyik memproses bahan campuran untuk dijadikan ubat batuk.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai 44 gelen warna putih mengandungi cecair warna putih disyaki dadah 'Codein' bersama bahan campuran dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bahan berkenaan.

"Berdasarkan harga pasaran, kesemua barangan berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM22,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Menurutnya, polis percaya dua suspek yang berasal dari Pantai Timur dalam proses membawa ubat batuk berkenaan untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk dijual kepada pelanggan.

"Bahan berkenaan juga dipercayai untuk diedarkan sekitar kawasan setempat dan kita percaya kegiatan pemprosesan ubat batuk berkenaan baru enam bulan beroperasi.

"Kedua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan komuniti setempat yang banyak membantu menyalurkan maklumat," katanya kepada Sinar Harian.

‘Pulanglah Atuk'

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Pulanglah atuk'

KEMAMAN – Seorang warga emas yang tidak pulang ke rumah dan menghilangkan diri sejak lebih sebulan lalu, dirayu kembali segera ke pangkuan keluarga bagi menyambut Aidilfitri.

Mohamad Muda, 68, keluar dari rumah di Lot 1228, Lorong 12, Kampung Besut, Chukai pada 9 Julai lalu untuk ke kedai berhampiran kira-kira jam 3 petang, sebelum menghilangkan diri.

Cucu lelakinya, Izzat Zuhairi Mohd Syarifuddin, 23, berkata, sejak datuknya hilang, mereka sekeluarga berusaha mencarinya di merata-rata tempat termasuk sekitar bandar Kuantan dan Dungun dan di beberapa rumah kenalan datuknya itu sekitar bandar Chukai.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Dana mudah cara bantu syarikat bumiputera berdikari

IPOH - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata penubuhan dana mudah cara berjumlah RM2 bilion bertujuan mengupayakan syarikat-syarikat Bumiputera bagi membolehkan mereka berdikari.

Beliau berkata keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) itu adalah bagi membolehkan syarikat-syarikat Bumiputera berdikari dan tidak lagi mengharapkan bantuan dari kerajaan.

"Dana ini boleh digunakan untuk menguatkan pasaran, aset dan ekuiti syarikat Bumiputera dalam bersaing di pasaran global," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 103 penerima di Dewan Serbaguna Kampung Manjoi di sini.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun, berkata usahawan Bumiputera digesa supaya menggunakan sepenuhnya peluang itu bagi memperkasakan syarikat mereka.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan dana berkenaan kepada syarikat Bumiputera yang berkelayakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Penubuhan dana itu hasil usahasama antara Teraju dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) bagi menyediakan sokongan kepada inisiatif pembiayaan swasta PFI Bumiputera.

Dana ini dijangka menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk mengendalikan projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan RM20 juta.

Penubuhan dana ini juga diharap dapat memberi impak pelaburan dan manfaat kepada syarikat Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan.- Bernama

Palanivel saran atlet kaum India ikut jejak atlet terdahulu

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Palanivel saran atlet kaum India ikut jejak atlet terdahulu

PETALING JAYA - Atlet negara dari kaum India perlu bekerja keras untuk mencapai status yang pernah dicapai oleh atlet terdahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel, hari ini.

Beliau yang juga Presiden MIC berkata prestasi atlet tempatan kini tidak setanding berbanding bekas juara dahulu seperti `doktor terbang' Tan Sri Dr M. Jegathesan, Datuk M. Rajamani dan beberapa yang lain yang memecah rekod.

"Oleh itu pertubuhan sukan perlu fokus dalam menyediakan jurulatih baik, pelatih dan kemudahan untuk melahirkan atlet yang hebat," katanya selepas merasmikan Kejohanan Belia India Malaysia-Tamilnadu-Singapura 2011 anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) di Subang Jaya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi MIYDF, S.A. Vigneswaran dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan. Kejohanan selama tiga hari itu yang bermula semalam mempertandingkan acara karate, tenis, skuasy, boling, badminton, renang dan bola sepak. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan beli tiket palsu

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jangan beli tiket palsu KOTA BHARU - Berhati-hati tiket palsu! Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tiket bas palsu yang berkemungkinan dijual pihak tertentu atau ulat tiket bertujuan mengaut keuntungan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Abd Ghani Che Kassim berkata, dalam usaha pihak berkuasa mengelak fenomena penumpang terkandas menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, penumpang yang memilih perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman wajar memastikan tiket yang dibeli sah.

"Bas catar yang biasa digunakan pengusaha untuk menampung masalah kekurangan bas lebih cenderung menggunakan bas persiaran atau bas institusi pengajian tinggi sebagai bas tambahan setiap kali tiba musim perayaan.

"Bas ini mempunyai permit catar yang boleh mengambil penumpang di semua laluan dengan syarat perlu ada senarai penumpang dan jadual destinasi, senarai ini pula biasanya ada pada ketua rombongan," katanya kepada pemberita selepas Program Tabung Insaniah Harapan JPJ Kelantan di Sekolah Kebangsaan Sabak, di sini, kelmarin.

Dalam majlis berkenaan, seramai 35 murid yatim dan anak miskin serta 10 warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan penduduk sakit menerima sumbangan daripada Tabung Insaniah Harapan JPJ Kelantan.

Abd Ghani berkata, bagi bas tambahan dari bas sekolah atau bas kilang ia mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang permitnya dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau mengingatkan supaya orang ramai mendapatkan tiket bas pada kaunter sah dan elak membeli tiket daripada ulat tiket bagi kes penumpang bas terkandas berulang.

Bagi Ops Aidilfitri 2011 yang dilancarkan sejak 14 Ogos lalu, sejumlah 1,091 kenderaan diperiksa termasuk bas, 146 diambil tindakan, 187 jumlah kes dan 165 saman dikeluarkan sehingga 22 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, 140 bas diperiksa di depoh, 137 bas diperiksa di terminal, lapan saman tiada lesen memandu, 28 kes cukai jalan tamat dan 75 bagi kesalahan lain.

Tidak sempat beraya di kampung

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak sempat beraya di kampung BENTONG - Hasrat tiga sekeluarga untuk pulang ke kampung meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila salah seorang dari mereka maut dalam kemalangan yang berlaku petang semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sarani Mahmud, 56, beralamat di Felda Kechau 1, Padang Tengku dan merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Kechau 1.

Isteri mangsa yang dikenali sebagai Umi Khalsom berkata, dia bersama suami dan anak dalam perjalanan dari Felda Kechau ke Sungai Besar, Selangor untuk bercuti raya selama seminggu.

Menurutnya, mereka bertolak dari Felda Kechau selepas menjemput anak dari sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari.

"Semuanya berlaku begitu pantas, saya hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata manakala anak terpaksa mendapat rawatan susulan di Hospital Bentong," katanya kepada Sinar Harian.

Dua kereta bertembung

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kemalangan berlaku

melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa dinaiki bersama dua ahli keluarga dan Kia Citra bersama 10 penumpang terdiri dari pemandu dan isteri, ibu pemandu dan tujuh anak berusia di bawah 14 tahun.

Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 14.5 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 2.15 petang semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong dipercayai terbabas ke kanan

jalan kemudian masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Kia Citra.

"Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Mohamad Mansor berkata, pemandu Kia Citra yang dalam perjalanan dari arah Bentong ke Raub itu pula mengalami kecederaan patah tangan kiri.

Menurutnya, kes kemalangan ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

20 minit keluarkan mangsa

Manakala Ketua Operasi Menyelamat dari Balai Bomba Bentong, Abdul Moati Abdul Rashid berkata, pihaknya dengan kekuatan satu jentera dan enam orang anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mangsa masih berada di dalam kereta Iswara manakala ahli keluarga lain dikeluarkan oleh orang awam.

"Kami mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan pemandu.

"Manakala anak mangsa dan pemandu Kia Citra hanya mengalami kecederaan serta terpaksa dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Jalan sesak

Tinjauan Sinar Harian mendapati, jalan di kedua-dua arah sesak hampir empat kilometer akibat kemalangan itu.

Kepantasan anggota bomba dan penyelamat serta pihak polis menjalankan tugas berjaya menyelesaikan tugas menyelamat dengan cepat dan jalan kedua-dua arah kembali lancar seperti biasa kira-kira jam 3.00 petang semalam.

Tidak perlumajlis khas

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak perlu majlis khas SHAH ALAM - Umno tidak perlu menubuhkan sebuah majlis khas untuk meletakkan ulama, kerana prinsip Umno terbuka dan tidak mempunyai kasta bagi melabelkan seseorang individu.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Idris Haron berkata, ulama di dalam parti sama seperti ahli parti lain.

"Jika berdaftar sebagai ahli Umno, mereka sama seperti ahli Umno lain, bezanya cuma mereka mempunyai kepakaran di dalam ilmu agama.

"Secara peribadi saya melihat ulama yang berpolitik sama seperti ahli politik yang lain. Jika mereka mahu menjadi ulama tidak perlu masuk politik." katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Umno tidak memerlukan badan khas untuk menjadi penasihat parti kerana Umno terbuka dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa sahaja.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata, peranan ulama besar di dalam parti mahupun kerajaan.

Namun, katanya Umno tidak perlu mengikut rentak Pas dengan menubuhkan majlis ulama atau majlis syura.

"Kita tidak mahu ulama politik. Biarlah ulama kekal dengan peranan mereka. Kita sudah ada institusi yang boleh memberikan pandangan, seperti majlis fatwa, jawatankuasa hal ehwal Islam dan sebagainya.

"Umno bersedia menerima pandangan daripada institusi ini untuk mengguna pakai apa yang perlu, dan menolak perkara yang tidak perlu. Di samping itu Umno juga ada biro agama yang mempunyai peranan besar di dalam parti, "katanya.

Menurut beliau, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan majlis agama di setiap negeri juga diasaskan oleh Umno dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja .

Guna dinar, dirham bayar zakat

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Guna dinar, dirham bayar zakat KOTA BHARU – Penggunaan mata wang syariah dalam kehidupan sepertimana yang dilaksanakan pada program Hari Zakat Dinar dan Dirham, di sini, semalam, dilihat sebagai peristiwa politik teragung yang boleh dibanggakan umat Islam pada abad ini.

Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Gold Trade (KGT), Senator Mumtaz Md Nawi berkata, pembayaran zakat dengan menggunakan dinar dan dirham seperti yang diperkenalkan Kerajaan Negeri setahun lalu, mampu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan menguatkan ekonomi umah secara menyeluruh.

Menurutnya, mata wang syariah itu lebih kukuh nilanya, berbanding wang kertas konvensional kerana mampu mengharungi zaman dengan nilai kekal di tengah gelombang inflasi.

"Dalam cerita pemuda Kahfi menjelaskan, wang perak yang ada dalam simpanan mereka masih boleh digunakan, stabil dan sah laku untuk membeli makanan ketika itu walaupun mereka tertidur selama 309 tahun," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua lelaki miliki pistol ditahan

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua lelaki miliki pistol ditahan JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan polis dari Ibupejabat Daerah (IPD) Nusajaya selepas memiliki sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Taman Pulai Jaya, di sini, 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff berkata, polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis Colt, tujuh butir peluru jenis 45 auto Q S&B dan tiga buah telefon bimbit dalam serbuan jam 10.30 pagi itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (penalti lebih berat) 1971 dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

"Suspek yang berusia 25 tahun ditahan reman bermula 23 Ogos sehingga 28 Ogos 2011 dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau hasil semakan dibuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, hasil soal siasat polis dari IPD Ledang dengan seorang lelaki berusia 41 tahun membawa kepada penemuan sepucuk pistol automatik dan 32 butir peluru di Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak, Ledang.

Mohd Mokhtar berkata, sepucuk pistol automatik berwarna hitam dirampas bersama empat butir peluru jenis 12 Bore, 30 butir peluru jenis 45, sepasang gari dan sebuah kereta.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali sekiranya sabit :kesalahan.

"Polis menahan suspek pada 21 Ogos lalu sekitar jam 2.50 pagi. Hasil daripada soal siasat membawa kepada penemuan pistol dan peluru.

"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan :hukuman hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, suspek mempunyai empat rekod :kesalahan lampau hasil daripada :semakan oleh pihaknya.

"Suspek amat dikehendaki dalam yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada awal Januari 2011 di daerah Muar dan tiga kes di bawah Seksyen 6 (1) ARPT 1969 di Batu Pahat pada tahun 2001 dan 2006.

Sambutan Kemerdekaan tetap bersemarak walaupun Hari Raya

KUALA LUMPUR - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tetap bersemarak dengan kibaran Jalur Gemilang.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata malah sambutan kempen "1Rumah, 1Bendera" juga amat menggalakkan apabila warga Malaysia yang beragama Islam turut menghias rumah mereka dengan bendera di samping hiasan raya.

"Kita lihat kini sambutan Hari Kemerdekaan sangat menggalakkan apabila ramai orang telah memasangkan bendera di premis dan rumah mereka di kebanyakan tempat termasuk di Puchong dan Klang," katanya selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam dan pemilik premis perniagaan di sekitar Pasar Sentul di sini hari ini.

Pertembungan sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan buat pertama kali bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan Hari Raya malah turut memantapkan semangat patriotik di kalangan rakyat, katanya.

Majlis anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) bahagian Batu itu turut dihadiri Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan dan sebanyak 800 bendera telah diedarkan. - Bernama

Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri

KULIM - Memberi sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik tidak terhad kepada pemberian wang serta barangan semata-mata, tetapi boleh juga dalam bentuk lain.

Bersandarkan kepada falsafah itu Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung membawa tukang gunting rambut berpengalaman ke Asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Persatuan Bekas Perajurit Malaysia di sini, untuk menggunting rambut penghuninya sempena Aidilfitri.

Menurutnya, seramai 25 penghuni lelaki dan 27 perempuan menerima perkhidmatan itu, selain sumbangan kuih raya dan alat tulis menerusi program yang julung kali diadakan dan berharap program gunting rambut itu anak yatim terbabit dapat tampil kemas dan bersih terutama pada pagi Syawal ini.

Selain itu katanya, pihaknya juga menghulur bantuan kepada lebih 200 penerima daripada kalangan tidak bernasib baik di kawasan Parlimen Padang Serai bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadan ini. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved