Sabtu, 27 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tidak perlumajlis khas

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak perlu majlis khas SHAH ALAM - Umno tidak perlu menubuhkan sebuah majlis khas untuk meletakkan ulama, kerana prinsip Umno terbuka dan tidak mempunyai kasta bagi melabelkan seseorang individu.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Idris Haron berkata, ulama di dalam parti sama seperti ahli parti lain.

"Jika berdaftar sebagai ahli Umno, mereka sama seperti ahli Umno lain, bezanya cuma mereka mempunyai kepakaran di dalam ilmu agama.

"Secara peribadi saya melihat ulama yang berpolitik sama seperti ahli politik yang lain. Jika mereka mahu menjadi ulama tidak perlu masuk politik." katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Umno tidak memerlukan badan khas untuk menjadi penasihat parti kerana Umno terbuka dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa sahaja.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata, peranan ulama besar di dalam parti mahupun kerajaan.

Namun, katanya Umno tidak perlu mengikut rentak Pas dengan menubuhkan majlis ulama atau majlis syura.

"Kita tidak mahu ulama politik. Biarlah ulama kekal dengan peranan mereka. Kita sudah ada institusi yang boleh memberikan pandangan, seperti majlis fatwa, jawatankuasa hal ehwal Islam dan sebagainya.

"Umno bersedia menerima pandangan daripada institusi ini untuk mengguna pakai apa yang perlu, dan menolak perkara yang tidak perlu. Di samping itu Umno juga ada biro agama yang mempunyai peranan besar di dalam parti, "katanya.

Menurut beliau, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan majlis agama di setiap negeri juga diasaskan oleh Umno dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja .

Guna dinar, dirham bayar zakat

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Guna dinar, dirham bayar zakat KOTA BHARU – Penggunaan mata wang syariah dalam kehidupan sepertimana yang dilaksanakan pada program Hari Zakat Dinar dan Dirham, di sini, semalam, dilihat sebagai peristiwa politik teragung yang boleh dibanggakan umat Islam pada abad ini.

Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Gold Trade (KGT), Senator Mumtaz Md Nawi berkata, pembayaran zakat dengan menggunakan dinar dan dirham seperti yang diperkenalkan Kerajaan Negeri setahun lalu, mampu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan menguatkan ekonomi umah secara menyeluruh.

Menurutnya, mata wang syariah itu lebih kukuh nilanya, berbanding wang kertas konvensional kerana mampu mengharungi zaman dengan nilai kekal di tengah gelombang inflasi.

"Dalam cerita pemuda Kahfi menjelaskan, wang perak yang ada dalam simpanan mereka masih boleh digunakan, stabil dan sah laku untuk membeli makanan ketika itu walaupun mereka tertidur selama 309 tahun," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved