Sabtu, 27 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dana mudah cara bantu syarikat bumiputera berdikari

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dana mudah cara bantu syarikat bumiputera berdikari

IPOH - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata penubuhan dana mudah cara berjumlah RM2 bilion bertujuan mengupayakan syarikat-syarikat Bumiputera bagi membolehkan mereka berdikari.

Beliau berkata keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) itu adalah bagi membolehkan syarikat-syarikat Bumiputera berdikari dan tidak lagi mengharapkan bantuan dari kerajaan.

"Dana ini boleh digunakan untuk menguatkan pasaran, aset dan ekuiti syarikat Bumiputera dalam bersaing di pasaran global," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 103 penerima di Dewan Serbaguna Kampung Manjoi di sini.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun, berkata usahawan Bumiputera digesa supaya menggunakan sepenuhnya peluang itu bagi memperkasakan syarikat mereka.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan dana berkenaan kepada syarikat Bumiputera yang berkelayakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Penubuhan dana itu hasil usahasama antara Teraju dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) bagi menyediakan sokongan kepada inisiatif pembiayaan swasta PFI Bumiputera.

Dana ini dijangka menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk mengendalikan projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan RM20 juta.

Penubuhan dana ini juga diharap dapat memberi impak pelaburan dan manfaat kepada syarikat Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan.- Bernama

Palanivel saran atlet kaum India ikut jejak atlet terdahulu

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Palanivel saran atlet kaum India ikut jejak atlet terdahulu

PETALING JAYA - Atlet negara dari kaum India perlu bekerja keras untuk mencapai status yang pernah dicapai oleh atlet terdahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel, hari ini.

Beliau yang juga Presiden MIC berkata prestasi atlet tempatan kini tidak setanding berbanding bekas juara dahulu seperti `doktor terbang' Tan Sri Dr M. Jegathesan, Datuk M. Rajamani dan beberapa yang lain yang memecah rekod.

"Oleh itu pertubuhan sukan perlu fokus dalam menyediakan jurulatih baik, pelatih dan kemudahan untuk melahirkan atlet yang hebat," katanya selepas merasmikan Kejohanan Belia India Malaysia-Tamilnadu-Singapura 2011 anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) di Subang Jaya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi MIYDF, S.A. Vigneswaran dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan. Kejohanan selama tiga hari itu yang bermula semalam mempertandingkan acara karate, tenis, skuasy, boling, badminton, renang dan bola sepak. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved