Sabtu, 27 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua lelaki miliki pistol ditahan

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua lelaki miliki pistol ditahan JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan polis dari Ibupejabat Daerah (IPD) Nusajaya selepas memiliki sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Taman Pulai Jaya, di sini, 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff berkata, polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis Colt, tujuh butir peluru jenis 45 auto Q S&B dan tiga buah telefon bimbit dalam serbuan jam 10.30 pagi itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (penalti lebih berat) 1971 dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

"Suspek yang berusia 25 tahun ditahan reman bermula 23 Ogos sehingga 28 Ogos 2011 dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau hasil semakan dibuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, hasil soal siasat polis dari IPD Ledang dengan seorang lelaki berusia 41 tahun membawa kepada penemuan sepucuk pistol automatik dan 32 butir peluru di Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak, Ledang.

Mohd Mokhtar berkata, sepucuk pistol automatik berwarna hitam dirampas bersama empat butir peluru jenis 12 Bore, 30 butir peluru jenis 45, sepasang gari dan sebuah kereta.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali sekiranya sabit :kesalahan.

"Polis menahan suspek pada 21 Ogos lalu sekitar jam 2.50 pagi. Hasil daripada soal siasat membawa kepada penemuan pistol dan peluru.

"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan :hukuman hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, suspek mempunyai empat rekod :kesalahan lampau hasil daripada :semakan oleh pihaknya.

"Suspek amat dikehendaki dalam yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada awal Januari 2011 di daerah Muar dan tiga kes di bawah Seksyen 6 (1) ARPT 1969 di Batu Pahat pada tahun 2001 dan 2006.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved