SH |
Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT Pemandu tak ubah sikap
IPOH – Dalam tempoh masa tiga hari Ops Sikap 24 dilaksanakan terdapat peningkatan dari segi statistik kemalangan, kemalangan maut dan jumlah saman.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam tempoh tiga hari tersebut peningkatan jumlah kemalangan yang berlaku dapat dilihat jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Mengikut statistik, sebanyak 361 kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan dan jumlah tersebut didapati meningkat sebanyak 84 kes berbanding tahun 2010. "Peningkatan tersebut sememangnya diberikan perhatian serius di samping turut melibatkan agensi-agensi kerajaan lain dalam usaha melancarkan Ops Sikap 24," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam. Shukri berkata, selain itu, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak enam kemalangan maut telah dicatatkan dan jumlah tersebut turut menunjukkan peningkatan empat kes berbanding tahun sebelumnya. "Oleh itu, kita harap lebih ramai pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan agar kita dapat mengelak daripada terlibat dalam kejadian yang tidak diingini," katanya. Tambahnya lagi, malah dalam tempoh tiga hari Ops Sikap ini dilaksanakan iaitu bermula 23 Ogos lalu terdapat kira-kira 3, 121 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan. "Daripada jumlah tersebut memang berlaku peningkatan terhadap pengeluaran saman sebanyak 2, 095 berbanding tahun sebelumnya hanya 1, 026 saman dikeluarkan bagi tempoh yang sama," katanya. Jelasnya, dalam usaha bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya, sikap dan rasa kesedaran masyarakat untuk mematuhi setiap undang-undang adalah amat perlu. "Tidak ada guna kita laksanakan pelbagai kempen dan pencegahan, jika sikap masyarakat itu sendiri tidak mampu diubah. "Bahkan didapati bahawa daripada 10 pengguna jalan raya, terdapat kira-kira sembilan daripadanya melakukan kesalahan iaitu tidak memakai tali pinggang keledar," katanya. Beliau berkata, dalam masa yang sama, peningkatan jumlah kenderaan juga sebenarnya bukan faktor utama yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes kemalangan tetapi ia berpunca daripada sikap seseorang pengguna itu sendiri. "Saya harap semua pengguna lebih berhati-hati ketika memandu dan lebih penting untuk pastikan agar penyelenggaraan awal terhadap kenderaan juga telah dibuat. "Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa bersabar ketika memandu kerana kebiasaannya masing-masing terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya terutama apabila perayaan semakin hampir," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan