Sabtu, 27 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tergamam ketika ditahan polis

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tergamam ketika ditahan polis KAJANG – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan makmal pemprosesan dan pengedaran ubat batuk apabila menahan dua lelaki bersama beberapa peralatan dan bahan yang digunakan untuk memproses dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa teres dua tingkat di Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan polis, serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) yang diketuai Asisten Superintenden Mohd Husni Manaf dilakukan kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.

"Ketika serbuan dilakukan kedua lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an tergamam dengan kehadiran polis kerana sedang asyik memproses bahan campuran untuk dijadikan ubat batuk.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai 44 gelen warna putih mengandungi cecair warna putih disyaki dadah 'Codein' bersama bahan campuran dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bahan berkenaan.

"Berdasarkan harga pasaran, kesemua barangan berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM22,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Menurutnya, polis percaya dua suspek yang berasal dari Pantai Timur dalam proses membawa ubat batuk berkenaan untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk dijual kepada pelanggan.

"Bahan berkenaan juga dipercayai untuk diedarkan sekitar kawasan setempat dan kita percaya kegiatan pemprosesan ubat batuk berkenaan baru enam bulan beroperasi.

"Kedua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan komuniti setempat yang banyak membantu menyalurkan maklumat," katanya kepada Sinar Harian.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved