SH |
Tidak sempat beraya di kampung Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT Tidak sempat beraya di kampung
BENTONG - Hasrat tiga sekeluarga untuk pulang ke kampung meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila salah seorang dari mereka maut dalam kemalangan yang berlaku petang semalam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sarani Mahmud, 56, beralamat di Felda Kechau 1, Padang Tengku dan merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Kechau 1. Isteri mangsa yang dikenali sebagai Umi Khalsom berkata, dia bersama suami dan anak dalam perjalanan dari Felda Kechau ke Sungai Besar, Selangor untuk bercuti raya selama seminggu. Menurutnya, mereka bertolak dari Felda Kechau selepas menjemput anak dari sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari. "Semuanya berlaku begitu pantas, saya hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata manakala anak terpaksa mendapat rawatan susulan di Hospital Bentong," katanya kepada Sinar Harian. Dua kereta bertembung Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kemalangan berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa dinaiki bersama dua ahli keluarga dan Kia Citra bersama 10 penumpang terdiri dari pemandu dan isteri, ibu pemandu dan tujuh anak berusia di bawah 14 tahun. Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 14.5 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 2.15 petang semalam. "Hasil siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong dipercayai terbabas ke kanan jalan kemudian masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Kia Citra. "Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya. Mohamad Mansor berkata, pemandu Kia Citra yang dalam perjalanan dari arah Bentong ke Raub itu pula mengalami kecederaan patah tangan kiri. Menurutnya, kes kemalangan ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 20 minit keluarkan mangsa Manakala Ketua Operasi Menyelamat dari Balai Bomba Bentong, Abdul Moati Abdul Rashid berkata, pihaknya dengan kekuatan satu jentera dan enam orang anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat. Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mangsa masih berada di dalam kereta Iswara manakala ahli keluarga lain dikeluarkan oleh orang awam. "Kami mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan pemandu. "Manakala anak mangsa dan pemandu Kia Citra hanya mengalami kecederaan serta terpaksa dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan," katanya. Jalan sesak Tinjauan Sinar Harian mendapati, jalan di kedua-dua arah sesak hampir empat kilometer akibat kemalangan itu. Kepantasan anggota bomba dan penyelamat serta pihak polis menjalankan tugas berjaya menyelesaikan tugas menyelamat dengan cepat dan jalan kedua-dua arah kembali lancar seperti biasa kira-kira jam 3.00 petang semalam. |
Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT Tidak sempat beraya di kampung

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan