Rabu, 21 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Puluhan mayat dibuang

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Puluhan mayat dibuang MEXICO CITY - Penemuan sebanyak 35 mayat berhampiran sebuah lori di laluan lebuh raya timur Mexico, kelmarin dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan kumpulan jenayah terancang.

Pendakwa raya negeri, Reynaldo Escobar berkata, saksi mendakwa kesemua mayat itu dibuang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata berhampiran pusat membeli-belah di Boca del Rio, bersebelahan Veracruze.

"Pihak berkuasa telah mengenal pasti tujuh mayat dan mereka dipercayai mempunyai rekod jenayah dan pernah menjadi ahli kumpulan sindiket," menurut Escobar lagi.

Media tempatan melaporkan 12 daripada mayat tersebut adalah wanita dan identiti beberapa mayat dikenal pasti sebagai banduan yang melarikan diri daripada tiga penjara di Veracruz, Isnin lalu.

Sebahagian daripada mayat bergelimpangan itu turut didera sebelum dibunuh kerana terdapat kesan tangan mereka diikat.

Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengesan individu atau kumpulan yang bertanggungjawab melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Kira-kira 42,000 orang telah dibunuh sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan satu kempen membanteras kegiatan sindiket dadah di negara itu, akhir 2006 dan hampir kesemua kejadian keganasan berlaku di sempadan utara Amerika Syarikat.

1.2 juta penduduk diarah pindah

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

1.2 juta penduduk diarah pindah BEIJING - Sekurang-kurangnya 1.2 juta penduduk beberapa wilayah di China terpaksa berpindah selepas banjir semakin buruk menyebabkan kejadian tanah runtuh di seluruh negara, kelmarin.

Kementerian Hal Ehwal Awam melaporkan lebih 120,000 buah rumah turut musnah dan kerugian dianggarkan mencecah AS$2.7 bilion (RM8.4 bilion).

Kementerian itu turut menyatakan mereka telah menubuhkan kumpulan sukarelawan untuk membantu mengagihkan ribuan khemah-khemah, kot, selimut dan pakaian.

Minggu lalu, pegawai-pegawai di Dazhou dan Guangan Sichuan mengeluarkan arahan pemindahan ke atas lebih 600,000 penduduk kerana paras air sungai utama Yangtze, berada pada tahap bahaya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Harga tiket feri dibantah lagi

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Harga tiket feri dibantah lagi KUAH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik mengadakan bantahan aman menggesa pengusaha feri penumpang menarik balik pembatalan harga tiket istimewa kepada penduduk Langkawi yang dinikmati sejak 2007.

Lebih 100 ahlinya berhimpun membantah tindakan pengusaha feri menarik balik diskaun sebanyak RM3 khusus untuk penduduk tempatan yang menggunakan khidmat feri ke tanah besar atau sebaliknya.

Perhimpunan aman bermula 9.30 pagi itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama anjuran Pemuda Umno Bahagian Langkawi, Sabtu lalu.

Beberapa sepanduk bertulis 'Kembalikan Hak Kami', 'Kembalikan Segera Harga Tiket Untuk Penduduk Langkawi', 'Neutralkan Semula Harga Tiket Feri' serta 'Kami Bukan Orang Kaya' ditujukan kepada syarikat feri penumpang yang menaikkan harga tiket secara mengejut membabitkan perjalanan pada hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum.

Ketua Pemuda Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan ketika ditemui di pekarangan Jeti Kuah berkata, syarikat feri menaikkan harga kepada penduduk Langkawi sejak Jumaat lalu sedangkan sejak empat tahun lalu, penduduk dan pemegang kad pengenalan beralamat di Langkawi diberi harga istimewa dengan potongan RM3 bagi setiap perjalanan berbanding harga pelancong.

"Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut digesa mengambil tindakan segera. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kebajikan penduduk di sini," katanya.

Hadir sama pada perhimpunan itu, Yang Pertua Pas Langkawi, Zuber Ahmad dan Timbalan Pengerusi PKR Cabang Langkawi, Razali Abas.

Nor Saidi berkata, walaupun berbeza fahaman politik tetapi sebagai penduduk Langkawi, semua parti politik bersatu demi untuk kepentingan penduduk pulau ini.

"Kami yakin jika bantahan ini tidak dilakukan, pengusaha feri akan sewenang-wenangnya menaikkan tambang selepas ini dan ini membebankan pengguna," katanya.

Zuber berkata, pihak pengurusan feri perlu sedar bahawa majoriti penduduk tempatan kini kurang senang dengan tindakan mereka menamatkan pemberian tambang diskaun itu.

"Keputusan drastik tanpa memberi notis awal menyebabkan pengguna yang tiba di jeti pada Jumaat lalu terpinga-pinga dan ini tidak wajar," katanya.

Sementara itu, Razali menyifatkan langkah terbaru pengusaha feri itu membebankan pengguna, khususnya penduduk tempatan yang berulang-alik setiap hujung minggu menggunakan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

"Pengusaha feri perlu faham, mereka boleh berniaga kerana adanya penumpang terdiri daripada pelancong dan penduduk tempatan. Mereka boleh buat untung tapi jangan sampai menyusahkan penduduk," katanya.

Tambang tiket sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM23 tetapi penduduk Langkawi diberi harga istimewa, RM20 manakala dari Kuala Perlis ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM18 harga biasa, RM15 untuk penduduk Langkawi.

Wakil ketiga-tiga parti politik itu kemudian menyerahkan memorandum daripada penduduk Langkawi kepada pengusaha syarikat feri, antaranya merayu syarikat terbabit menimbang semula pemberian harga istimewa itu.

Mengulas perkara sama, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Laut, Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri dan pengusaha syarikat feri serta wakil penduduk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Melalui perbincangan sahaja akan dapat selesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua pihak. Namun Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian," katanya.

Sementara itu, wakil sebuah syarikat feri, Ng Ean Soon berkata, kenaikan harga dibuat berikutan tidak lagi mendapat subsidi minyak diesel daripada kerajaan.

"Harap kerajaan dapat menimbang pemberian subsidi minyak kepada syarikat feri penumpang untuk membolehkan kami memberi harga istimewa kepada penduduk Langkawi," katanya.

» selanjutnya...

Kadar sewa perlu munasabah

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kadar sewa perlu munasabah

SHAH ALAM - Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaik taraf tiga bangunan utamanya, awal tahun hadapan, dijangka akan menjejaskan penyewa sedia ada di premis perniagaan berkenaan.

Pensyarah Ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Amir Baharuddin berkata, sekiranya kadar sewa mahal, peniaga pastinya akan berpindah ke pusat membeli belah yang lain.

Menurutnya, PKNS sewajarnya mengetahui kesan sampingan akibat usaha menaik taraf bangunan menerusi kaedah pelaburan, kerana sekiranya peniaga berkurangan, ia akan menjejaskan jumlah pengunjung yang datang ke bangunan PKNS.

"Langkah tersebut tidak wajar kerana peniaga akan lari disebabkan sewa tapak yang mahal dan mereka mempunyai pilihan di lokasi yang lain.

"Saya berpendapat nilai bangunan PKNS sekarang agak sukar untuk dinaikkan, ini kerana bangunannya yang masih tidak berubah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah PKNS melakukan proses pengambilalihan tiga bangunan PKNS, iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

Tindakan tersebut langkah tersebut telah menyebabkan kenaikan harga sewa sedia ada, contohnya dari RM2.20 kepada RM3.50 bagi penyewa di tingkat satu bangunan PKNS.

Kelmarin, PKNS menerusi Pengurus Korporat PKNS, Noorhisham Mohd Ghouth menjelaskan bahawa pengambilalihan ini bertujuan untuk menjana jumlah pendapatan PKNS sedia ada.

Menurutnya, menerusi pelaburan dalam Real Estate Invesment Trust (Reit), PKNS telah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai 4 bilion, kepada jumlah yang lebih besar.

Sementara itu, rata-rata peniaga menyambut baik pengambilalihan pengurusan oleh Arreit tetapi berharap kadar baru sewa mulai Januari 2012 tidak membebankan.

Peniaga, Mohd Aizat Mohd Amin berkata, usaha membantu peniaga itu tindakan yang bijak tetapi kenaikan kadar sewa yang mendadak perlu dipertimbangkan semula.

"Tidak dinafikan sudah lebih enam tahun kadar sewa tidak dinaikkan tetapi berharap agar pihak pengurusan dapat menaikkannya secara perlahan agar tidak membebankan peniaga," katanya.

Sementara itu, Noraslinda Mohd Delan berkata, cadangan penempatan semula kedai juga di lihat dapat memudahkan peniaga dan orang awam untuk berurus niaga.

"Saya cadangkan agar setiap aras mempunyai kedai fotostat dan berada dalam jarak yang jauh antara satu sama lain supaya pengunjung boleh pergi ke kedai yang terdekat," katanya.

Bagi Naharuddin Mohd Zain, pihaknya sentiasa menyokong setiap usaha yang dilakukan untuk membangunkan Kompleks PKNS asalkan tidak membebankan peniaga.

"Pengubah suai bangunan mungkin dilakukan secara keseluruhan dan mengambil tempoh yang lama diharapkan pihak pengurusan boleh menyediakan tapak sementara kepada peniaga untuk berniaga seperti biasa sehingga ia siap sepenuhnya," katanya.

Mekanik terlepas tali gantung

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mekanik terlepas tali gantung IPOH – Seorang mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang pemilik kedai runcit di Sungai Tiang, Rungkup dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie sehingga menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh S Murugan, 34.

Sehubungan itu, Zainal Adzam mengarahkan Murugan dilepaskan daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Murugan didakwa membunuh Ong She Swoi, 63, bersama seorang lagi tertuduh, J Rawichandar, 36, di Lot 4013, Jalan Baru Selekoh, Sungai Tiang, Rungkup antara jam 8 hingga 11 pagi, 23 Disember 2009.

Bagaimanapun, rakan tertuduh, Rawichandar tidak sempat dijatuhi hukuman kerana mati sewaktu berada dalam tahanan pada 12 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala Murugan diwakili peguam T Ellanggovan dan Khairul Anuar Musa.

Dalam prosedur penghakiman, Zainal Adzam berkata kenyataan saksi yang juga isteri mangsa bercanggah dengan pegawai penyiasat.

Menurutnya, kawad cam yang dibuat saksi pada 20 Januari 2010 turut menimbulkan beberapa keraguan munasabah menyebabkan ia tidak menyokong kenyataan saksi dalam kes berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, senjata yang digunakan tertuduh tidak ditemui di lokasi kejadian dan ia sukar untuk membuktikan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, Murugan kelihatan gembira dan tersenyum lebar selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Rogol anak saudara di bangsal

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rogol anak saudara di bangsal KUALA TERENGGANU - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama 'Boyeng' di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu.

Peneroka saman Felda

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Peneroka saman Felda TEMERLOH – Seramai 550 peneroka Felda di beberapa tanah rancangan dekat Bera semalam memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd dengan nilai tidak kurang RM300 juta.

Kesemua peneroka terbabit diwakili peguam Nasar Khan Mirbas Khan memfailkan saman mereka di Mahkamah Tinggi Temerloh di sini pagi semalam.

Nasar Khan berkata, kesemua plaintif memfailkan writ saman mereka terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd kerana didakwa menipu serta pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred hasil (KPG) sawit mereka sejak 1995.

Menurutnya, mereka juga mendakwa ditipu kedua-dua defendan yang tidak membuat bayaran bagi hasil isirong sawit yang sepatutnya dibayar kepada peneroka terbabit.

"Kami juga menuntut bayaran bagi abu tandan dan keladak yang ditolak sedangkan defendan memperoleh keuntungan daripada hasil tersebut," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan mahkamah, semalam.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Suhaimi Said.

Nasar Khan sebelum itu tidak memberi nilai sebenar tuntutan tetapi menganggarkan jumlah tuntutan tidak kurang RM300 juta berdasarkan penipuan yang didakwa dilakukan sejak 1995.

Pada 7 Jun lalu seramai 711 peneroka dari 16 tanah rancangan di Jengka, memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd kerana didakwa menipu dan pecah amanah KPG hasil sawit mereka bernilai RM344 juta.

Kesemua mereka melalui peguam R Sivarasa memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh berasaskan tuduhan penipuan dan pecah amanah oleh dua defendan yang sama mengikut perkiraan selama 15 tahun sejak 1995.

Sivarasa berkata, Felda hanya membayar KPG pada kadar 18.5 peratus sejak 15 tahun lalu sedangkan apabila sampel buah kelapa sawit dihantar bagi ujian makmal mendapati hasil purata yang diperoleh sebanyak 31.59 peratus.

Tuntutan itu kemudian turut mendapat perhatian peneroka-peneroka lain di gugusan Jengka yang kemudian turut memfailkan saman mereka.

Kesemua peneroka yang menuntut hak mereka di gugusan Jengka kini meningkat kepada 1,061 peneroka.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Lelaki lumpuh menang kes saman polis, dapat ganti rugi RM900,000

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki lumpuh menang kes saman polis, dapat ganti rugi RM900,000

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata, perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28 jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Katanya, semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata, walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggung jawabnya begitu saja malah bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan," katanya.

Bagaimanapun, ketika kejadian pada 23 Oktober 2004, defendan berkata, plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terbabit pada hari itu", katanya.

Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh selepas ditembak di belakang dan mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata, tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri, selain cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan, Mariam Hasanah Othman mewakli defendan. - Bernama

Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka

MELAKA - Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten, di sini, hari ini.

Mayat Soon Fee Lim, 67, dari Bukit Piatu di sini ditemui sepasukan anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, pada jam 12.45 tengah hari ini.

"Lelaki itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman.

Pegawai Bomba Kanan, Razali Che Ari ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, seramai 10 anggota bomba bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat itu menghadapi kesukaran kerana terdapat cerucuk, konkrit dan sampah di dasar sungai itu, katanya. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mekanik dituduh merompak

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mekanik dituduh merompak KOTA BHARU – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana dituduh melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang pemuda di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu di sini, dua tahun lalu.

Nik Mohd Zainudin Nik Mat, 35 dituduh melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi rakannya antara jam 10.30 malam dan 10.40 malam pada 10 Julai 2009.

Berikutan itu, tertuduh berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan yang dikemukakan, tertuduh merompak Rafizudin Abd, 24 di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan mengambil wang tunai RM1,100 milik mangsa.

Dalam kejadian itu, tertuduh turut melarikan tiga telefon bimbit jenis Nokia N95, N70 dan 2600 milik Rafizudin.

Pada prosiding 12 tengah hari semalam, Nik Mohd Zainudin di hadapan Hakim Zainal L. Saleh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, Zainal menangguhkan kes untuk serahan dokumen pada 24 Oktober depan.

"Jaminan tidak ditawarkan," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari.

Maut disambar petir

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Maut disambar petir GELANG PATAH - Hasrat tiga sahabat untuk memancing ikan di kawasan perairan Tanjung Nelayan, berhampiran Tanjung Kupang, di sini, berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya maut disambar petir, semalam.

Mangsa, Mat Desa Hashim, 52, yang juga seorang nelayan, maut di tempat kejadian, manakala dua rakan lainnya, Hamidon Mohamad, 31, dan Tarmizi Jailani, 50an, sekadar trauma dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu.

Hamidon berkata, sudah menjadi kebiasaan baginya bersama Allahyarham dan Tarmizi untuk memancing ikan di Tanjung Nelayan setiap minggu.

Bagaimanapun katanya, tidak disangka aktiviti berkenaan yang dilakukan setiap kali tiba hari cuti menjadi yang terakhir buat sahabat karibnya itu.

"Sekitar jam 10.30 pagi, kami keluar ke Tanjung Nelayan dan sebaik sahaja tiba, kami bertiga menjala udang untuk dijadikan umpan memancing.

"Kami sempat berehat seketika di sebuah rumah rakit milik rakan apabila hujan turun.

"Sekitar jam 12.30 tengah hari, saya bertiga kembali ke tengah perairan untuk memancing dan dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat (petir) berserta cahaya secara tiba-tiba berhampiran kami ketika sedang sibuk menyediakan kelengkapan," katanya ketika ditemui di perkarangan kediaman Mat Desa di Taman Nusa Perintis 1, dekat sini, semalam.

:Hamidon berkata, dia berpaling dan melihat keadaan Tarmizi sudah terduduk, manakala Allahyarham tercampak ke laut.

Katanya, dia bertindak terjun dan mencapai kaki rakannya itu seterusnya dibawa ke atas bot.

"Saya segera menghubungi isteri untuk menghantar ambulans ke Jeti Tanjung Nelayan. Ketika dalam perjalanan ke jeti, saya sedaya upaya beberapa kali menekan dada arwah, namun tiada sebarang denyutan jantung dan nadi dirasai.

"Sudah tiba ajalnya di sini. Saya sendiri tidak dapat menolak ketentuan Illahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat hendaknya," katanya.," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fauziah Yahya, 49, dan dua cahaya mata, Mohd Amirul, 15, serta Mohd Asyraf, 10.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesah kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).

"Saya menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan sebarang aktiviti di kawasan lapang atau memancing di kawasan perairan memandangkan cuaca yang kurang elok," katanya.

Isteri jurufoto Sinar Harian terima RM68,960

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Isteri jurufoto Sinar Harian terima RM68,960 SHAH ALAM – "Arwah selalu pesan beri keutamaan pendidikan anak-anak," kata Nor Asiah Mohd Noor, isteri kepada jurufoto Sinar Harian, Abdul Latiff Zakaria, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan daripada bekas majikan suaminya, Kumpulan Media Karangkraf, berjumlah RM68,960 yang disampaikan Pengarah Urusan, Datuk Hussamuddin Yaacub di sini semalam.

Noor Asiah berkata, wang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anaknya.

"Saya begitu terharu dan bersyukur atas sumbangan itu. Kami amat memerlukannya," kata Nor Asiah, yang mengambil upah menjahit baju bagi menyara hidup setelah kematian suami.

Dua hari sebelum Aidilfitri lalu (28 Ogos), syarikat memberi RM10,000 kepada keluarga Abdul Latiff, disampaikan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Mohd Nasir Hamzah.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Media Karangkraf, Ahmad Nazri Mohd Nor berkata, sumbangan diberikan syarikat itu bagi membantu meringankan beban keluarga arwah dari segi pendidikan, keperluan asas dan lain-lain.

Syarikat juga sudah berjaya memproses pencen Pertubuhan keselamatan Sosial (Perkeso), untuk keluarga arwah.

"Malah, Datuk Hussamuddin turut mengingatkan keluarga arwah agar tidak putuskan hubungan dengan syarikat dan kita akan memantau dari semasa ke semasa, memandangkan anak- anak arwah masih kecil lagi," katanya.

Abdul Latif meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas di rumah sewanya di sini selepas beberapa hari ditukarkan dari Kelantan ke ibu pejabat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak.

'Pas Kelantan tidak bersalah'

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

'Pas Kelantan tidak bersalah' KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam.

"Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini.

"Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja "Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan" di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.

"Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.

"Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas," katanya.

Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.

Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.

Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Pekerja, penuntut A-Level ditahan

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pekerja, penuntut A-Level ditahan KLANG – Polis menyerbu stor simpanan yang berselindung di sebalik premis jual besi buruk dan merampas pelbagai kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam serbuan di Jalan Sungai Jati, kira-kira jam 10.30 pagi semalam, polis menahan dua pekerja lelaki termasuk seorang anak pemilik premis, masing-masing berusia 44 dan 19 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Nik Ros Azahan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya melakukan intipan, sebelum menyerbu premis itu, bersama lapan anggota daripada TNB dan TM.

Beliau berkata, ketika diserbu terdapat dua pekerja dan anak pemilik premis yang juga penuntut A-Level di dari sebuah kolej di Kuala Lumpur, sedang sibuk memunggah barangan lusuh daripada lori untuk disimpan dalam stor khas di belakang premis.

Menurutnya, dua pekerja terbabit ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui banyak kabel TNB dan TM, besi perencah dan antena dan tong gas.

"Premis jual besi buruk itu beroperasi sejak lapan tahun lalu, tanpa lesen sah. Namun kegiatan beli barangan lusuh yang dicuri, disyaki dilakukan sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui semalam.

Nik Ros Azahan berkata, dua pekerja terbabit, ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 6, Akta Barang Lusuh 1946, "katanya.

Sementara itu, anak kepada pemilik premis berkata, dia tidak mengetahui barangan di stor milik ayah itu adalah barangan curi.

"Saya cuma tolong ayah sebab pekerja tak ramai. Saya tidak tahu barang curi atau tak. Selama ini, barangan itu, semua ayah uruskan," katanya.

Ibu didakwa subahat

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ibu didakwa subahat

SHAH ALAM - Seorang penyelia syarikat teksi, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan bersubahat dengan teman lelaki, membiarkan anaknya berumur 13 tahun, dirogol, tiga tahun lalu.

Ibu beranak empat itu, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Wanita berusia 29 tahun itu, dituduh bersubahat dengan Ma Kasim Sirat, 43, yang bekerja sebagai petani, merogol anaknya, pada jam 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor,

Timbalan Pendakwa Raya, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor, tidak menawarkan ikat jamin terhadap wanita berkenaan kerana kesalahan dilakukan adalah serius, tambahan pula mangsa adalah anak kandungnya.

"Saya bimbang keselamatan mangsa terjejas, sekiranya tertuduh dikenakan ikat jamin,"katanya.

Dalam prosiding itu, tertuduh memohon ikat jamin kerana perlu menyara dua anak kecilnya.

Bagaimanapun, kekasihnya, Ma Kasim mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merogol remaja bawah umur.

Mahkamah menetapkan 21 Oktober depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Nota persinggahan dari Istanbul

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ralat: Ruangan minggu lepas ditulis dari Qatar, bukan Abu Dhabi. Pohon maaf. Senja di Istanbul indah sekali. Tiada kosa kata dapat menggambarkan kota yang menyimpan sejarah lebih dari 3000 tahun ini. Merdu laungan azan sahut-menyahut dari ratusan menara masjid di sekitar Sultanahmet. Paling jelas di telinga sekarang, panggilan menunaikan solat Maghrib dari masjid terletak antara Universiti Istanbul dan Grand Bazaar. Terhenti seketika segala tuntutan dunia.

Istanbul yang terbahagi antara benua Eropah dan Asia, menjadi rumah kepada lebih 3,000 masjid dan 600 daripadanya dibina pada zaman empayar Ottoman. Majoriti penduduk kota ini beragama Islam, tetapi mereka juga tinggal harmonis dengan orang Kristian dan Yahudi.

Tetapi yang paling istimewa petang tadi, apabila perasaan jadi halus setenang dinihari tatkala melangkah masuk di mimbar masjid paling gargantuan di kota ini, Masjid Sultanahmet, atau lebih popular dengan nama 'Masjid Biru'. Mercu tanda Istanbul ini dibina Sultan Ahmet I berdasarkan pelan asal yang dilakar oleh arkitek bernama Mehmet Aga.

Mengambil masa tujuh tahun untuk siap, masjid berusia lebih 400 tahun ini digelar 'Masjid Biru' kerana rona sama mengusai mimbar masjid apabila 20,000 jubin di bumbung setinggi 43 meter tersimbah panahan matahari. Kemilau biru dan cahaya lampu di mimbar sahaja sudah cukup memberi khabar hebatnya masjid ini di hati penduduk Turki.

Ada cerita sebalik pembinaan masjid dengan enam menara ini. Ketika baru siap, kontroversi berlaku kerana enam menara itu menyerupai Masjidil Haram di Mekah. Akibat kritikan yang sama, Sultan Turki hantar arkitek beliau untuk menambah menara ketujuh di masjid tanah haram.

Bertentangan Masjid Biru, Hagia Sofia (atau 'Aya Sofya' dalam bahasa Turki) turut menjulang langit. Aya Sofya asalnya dibina sebagai gereja oleh Constantine the great di atas kawasan berhala zaman jahiliah. Apabila Constantinople (nama lama Istanbul) jatuh ke tangan Ottoman Turk di bawah pimpinan Sultan Mehmet II, Aya Sofya telah ditukar menjadi masjid imperial. Arkitek berjari emas, Mimar Sinan, telah menambah tiga lagi menara di sekitar Aya Sofya. Aya Sofya kekal sebagai masjid sehingga 1935 apabila Kamal Atartuk memerintah agar Aya Sofya dijadikan sebuah muzium. Pengaruh Kristian dan Islam ada di setiap sudut, sungguh istimewa sekali, tidak pernah saya saksikan di mana-mana sebelum ini.

Berbicara tentang Turki, tidak sah jika nama Selat Bosphorus tertinggal. Setiap hari sejak sampai di sini, Bosphorus dan Laut Marmara pasti saya kunjungi. Selat Bosphorus membelah antara Turki Eropah dan Timur - pemisah antara benua. Terusan selat yang sama turut menghubungkan Laut Hitam dan Marmara, seterusnya mengalir ke Mediterranean.

Rakan saya di Istanbul, Kerem, memandu berjam-jam lama dari pusat bandar raya ke suatu sudut terceruk bernama Rumeli Feneri. Oh, hampir terlupa, sekiranya kita rasa lalu-lintas kenderaan di Kuala Lumpur amat teruk, di Istanbul jarak satu inci antara kenderaan sudah dikira selamat. Kus semangat! Rumeli Feneri - perkampungan kecil yang menjadi titik antara Selat Bosphorus dan Laut Hitam. Jadi hari itu saya minum teh di anjung kedai kopi Turki sambil melihat Laut Hitam.

Semasa kecil dahulu saya bayangkan Laut Hitam ini berwarna hitam pekat seperti dakwat, tapi saya salah. Menurut cerita lagenda, nama Laut Hitam itu diberi oleh pelayar dan lanun yang terperangkap dengan gelora di mana air bertukar jadi hitam. Sementara pelayar Yunani pula menamakan laut ini 'Pontos Axenos' bermaksud inhospitable sea. Mungkin warna nilam pekat laut ini disebabkan oleh kedalaman setinggi 1,271 meter.

Istanbul juga menyimpan khazanah dan budaya untuk jualan di pasar besar yang mereka termakan sebagai 'Kapali Carsi'. Pasar ini mempunyai 66 lorong kecil dengan lebih 4,000 kedai kecil menjual seribu satu macam barang-barang seperti karpet, set cawan teh tembikar Turki, paip tembakau, paip air (shisa) dan jajan untuk pelancong bawa pulang.

Ketika sesat dalam pasar besar ini, saya tiba di persimpangan antara Masjid Beyazit dan Universiti Istanbul di mana saya berjumpa dengan syurga dunia, The Old Book Bazaar, menjual ratusan jenis tafsir Al-Karem, buku-buku lama, lukisan Ottoman dan peta antik. Tapi hati-hati di sini, kebanyakan penjual hanya ingin membuat wang segera. Peta Turki lama zaman Byzantine yang dilukis atas kulit kambing diletak harga sebanyak 220 lira Turki! Walau hati berkenan saya lupakan sahaja. Sampai ketemu lagi minggu hadapan.

* Elviza juga seorang peguam yang sedang berkicau di http://twitter.com/elviza

Masa untuk mendepani zaman

Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kontroversi kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tentang insiden Bukit Kepong dan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendominasi Syawal tahun ini.

Berkenaan kenyataan Mat Sabu, mesej utama yang harus difahami semua ialah kita sewajarnya mengiktiraf semua pejuang kemerdekaan negara. Tidak kisahlah mereka itu kanan atau kiri, Umno mahupun Putera, AMCJA mahupun MCA.

Hakikatnya, golongan kirilah yang pertama sekali memikirkan bahawa Tanah Melayu sewajarnya Merdeka menerusi Perlembagaan Rakyat yang diusulkan oleh pakatan Putera-AMCJA.

Hakikatnya, Putera-AMCJA telah ditakuti oleh pihak British. Apa yang tidak disedari ialah golongan kiri sendiri memilih pelbagai jalan untuk menghadapi tekanan British.

Contohnya tiga pemimpin Awas (yang sebahagian daripada Putera): Aishah Ghani, Khatijah Sidek dan Shamsiah Fakeh selepas 1948. Aishah menyertai Umno – menjadi Menteri Kabinet dan Ketua Wanita Umno.

Khatijah juga menyertai Umno dan menjadi Ketua Kaum Ibu Umno (nama lama Wanita Umno). Beliau dikenali kerana ketegasannya dan keprihatinannya terhadap isu-isu wanita dan akhirnya dipecat daripada parti. Beliau menyertai Pas, memimpin Kaum Ibu Pas (nama lama Muslimat Pas) dan menjadi Ahli Parlimen Dungun.

Shamsiah Fakeh pula memilih Rejimen Melayu Parti Komunis Malaya. Selepas mereka terpaksa berundur ke sempadan Thai, beliau ke China untuk bekerja dengan jentera propaganda di sana. Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa beliau kemudian berbeza pendapat dengan Chin Peng. Memandangkan tidak boleh pulang, beliau dan keluarganya menjadi pekerja biasa di China sebelum dibenarkan pulang ke tanah air pada 1994.

Siapakah kita untuk hukum Ibu-Ibu Kemerdekaan yang memilih jalan berbeza selepas Awas? Mereka tiada ilmu untuk membaca masa hadapan, justeru bagaimanakah mereka tahu pada ketika itu parti mana akan memimpin Tanah Melayu selepas Merdeka dan parti mana akan kekal dengan idealisme mereka? Kita seharusnya memahami keputusan itu dari konteks zaman mereka, bukan zaman kita. Pada masa sama, kita juga tidak boleh memperlekeh golongan kanan.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, seorang anak raja meninggal dunia tanpa harta yang banyak. Harta-bendanya dikorbankan demi perjuangan dan tidak kayakan dirinya seperti sesetengah pemimpin hari ini.

Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak Hussein ialah Menteri Dalam Negeri pada 13 Mei 1969, tetapi ketokohannya menangani insiden tersebut membolehkan beliau dihormati semua kaum.

Ketika DEB diperkenalkan, beliau berada di barisan hadapan perancangan dan pelaksanaan, namun menegaskan bahawa dasar tersebut bersifat sementara demi kebaikan orang Melayu sendiri.

Sudah semestinya, tafsiran sejarah yang lebih luas dan adil diperlukan memandangkan generasi muda kita mungkin dipengaruhi versi berat sebelah yang diajar di sekolah-sekolah, universiti-universiti, kem-kem BTN dan media arus perdana. Tafsiran semula sejarah merupakan proses semula jadi yang sewajarnya dialu-alukan.

Tapi kita biarkanlah tugas itu kepada sejarawan. Politikus sewajarnya menekankan cabaran hari ini dan masa hadapan. Malaysia hadapi pelbagai cabaran berat pada masa tidak menentu. Bukankah lebih afdal kita selesaikan masalah ini daripada diheret perbahasan tak sudah?

Pengumuman Hari Malaysia Najib ialah contoh yang baik. Alhamdulillah, selepas lebih 50 tahun merdeka, PM akhirnya akui kebenaran perjuangan rakyat selama ini untuk menghapuskan tahanan tanpa bicara dan bebaskan undang-undang media.

Kami mahu bersangka baik dengan cadangan PM. Malangnya rakyat biasa kecewa berkali-kali dengan perubahan separuh masak atau tak kesampaian langsung. Rakyat tidak lupa bagaimana Mahathir dan Abdullah pernah bermula dengan imej perubahan pada awal pemerintahan mereka.

Bukan mudah untuk PM meyakinkan kelompok ekstrem Umno tentang keperluan perubahan ini. Umno-BN telah selesa dengan undang-undang zalim sebegini, dengan berhujah bahawa ia penting demi keselamatan negara. Malah ada menyatakan ia penting bagi kelangsungan Ketuanan Melayu.

Justeru, banyak inisiatif perubahan ataupun reformasi gagal memandangkan inisiatif ini bertentangan dengan pihak berkepentingan.

Malaysia tidak dapat mendepani zaman dengan kepalsuan sebegini. Negara kita memerlukan kepimpinan yang bersandarkan hati berani dan minda yang jelas. Dasar-dasar tidak boleh dilakarkan berdasarkan turun naik kadar sokongan rakyat.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved