SH |
Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT Mekanik terlepas tali gantung
IPOH – Seorang mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang pemilik kedai runcit di Sungai Tiang, Rungkup dua tahun lalu.
|
Hakim, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie sehingga menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh S Murugan, 34. Sehubungan itu, Zainal Adzam mengarahkan Murugan dilepaskan daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Murugan didakwa membunuh Ong She Swoi, 63, bersama seorang lagi tertuduh, J Rawichandar, 36, di Lot 4013, Jalan Baru Selekoh, Sungai Tiang, Rungkup antara jam 8 hingga 11 pagi, 23 Disember 2009. Bagaimanapun, rakan tertuduh, Rawichandar tidak sempat dijatuhi hukuman kerana mati sewaktu berada dalam tahanan pada 12 Disember tahun lalu. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala Murugan diwakili peguam T Ellanggovan dan Khairul Anuar Musa. Dalam prosedur penghakiman, Zainal Adzam berkata kenyataan saksi yang juga isteri mangsa bercanggah dengan pegawai penyiasat. Menurutnya, kawad cam yang dibuat saksi pada 20 Januari 2010 turut menimbulkan beberapa keraguan munasabah menyebabkan ia tidak menyokong kenyataan saksi dalam kes berkenaan. Selain itu, beliau berkata, senjata yang digunakan tertuduh tidak ditemui di lokasi kejadian dan ia sukar untuk membuktikan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan tersebut. Sementara itu, di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, Murugan kelihatan gembira dan tersenyum lebar selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan