Ahad, 21 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Kebuluran di Somalia: Lapar dan Kuasa

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kebuluran di Somalia: Lapar dan Kuasa Sekali lagi, dunia menyaksikan bencana dahsyat di Somalia dan bahagian lain di Tanduk Afrika yang kini digelar oleh kebanyakan petugas media sebagai Tanduk Kebuluran.

Krisis kebuluran yang melanda wilayah itu meragut 29,000 nyawa kanak-kanak Somalia berumur lima tahun ke bawah, hanya dalam tempoh tiga bulan lalu.

Seramai 12 juta penduduk Somalia memerlukan bantuan makanan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memohon sumbangan ASD2.4 bilion (RM7.16 bilion) daripada negara anggotanya namun sehingga kini, badan dunia itu hanya berjaya mengumpul separuh daripada jumlah itu.

Kita semua perlu lebih berusaha untuk membantu penduduk Somalia dan rantau itu.

Negara kaya khususnya mempunyai kewajipan moral untuk membantu rakyat Somalia yang kebuluran dan menderita.

Bagi umat Islam kaya pula, kesengsaraan penduduk Somalia - kebanyakannya umat Islam - membawa mesej penting kerana ini adalah bulan Ramadan iaitu bulan yang menyaksikan umat Islam di seluruh dunia berpuasa dari waktu subuh sehingga senja.

Jika salah satu tujuan berpuasa adalah untuk memahami dan menyelami kesusahan golongan miskin dan kebuluran, krisis di Somalia ini menawarkan peluang kepada yang kaya untuk bermurah hati menyumbang kepada program bantuan makanan PBB.

Dalam krisis ini, adalah penting bagi setiap individu biasa dan komuniti bertindak balas terhadap bencana di Somalia dengan semangat perpaduan yang paling menyentuh jiwa.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun di Ghana, Andrew Adansi-Bonnah melancarkan kempen untuk memungut 20 juta cedi Ghana (kira-kira RM39 juta) untuk projek "Selamatkan Kanak-Kanak Somalia daripada Kebuluran."

Satu lagi badan kebajikan di Gaza, Palestin menamakan kempennya sebagai "Dari Gaza: Bersama Menyelamatkan Kanak-Kanak Somalia."

Apabila golongan dengan keadaan hidup yang terhad dan tanpa sebarang harta bersedia berkorban untuk orang lain yang berada dalam keadaan lebih teruk berbanding mereka, ia memberi harapan kepada kemanusiaan.

Apa punca sebenar?

Sementara kita menunjukkan komitmen kepada kesusahan penduduk Somalia, kita juga perlu cuba memahami punca sebenar kebuluran itu berlaku.

Kemarau, seperti yang ditonjolkan media, tidak dinafikan menjadi punca. Tetapi, ia bukanlah satu-satunya punca krisis itu.

Somalia tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi.

Sepanjang tempoh 20 tahun lalu sejak Presiden Said Barre digulingkan, negara itu hanya dicemari kekacauan dan anarki.

Jika Somalia mempunyai kerajaan yang melaksanakan undang-undang dan peraturan, mungkin kebuluran besar-besaran ini tidak akan berlaku.

Semasa pertengahan 70-an, kemarau berpanjangan berlaku di Somalia tetapi ia tidak menyebabkan kebuluran di seluruh negara kerana ada kerajaan yang bertindak pantas menanganinya pada waktu itu.

Kebuluran di Somalia juga berpunca daripada campur tangan kerap kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara.

Bertopengkan program kemanusiaan PBB, Amerika Syarikat (AS) cuba menentukan arah tuju politik Somalia pada 1992 dan 1993.

Potensi minyak di Somalia didakwa menjadi satu daripada dua sebab campur tangan AS itu.

Satu lagi sebab adalah kerana kedudukan strategik Somalia yang digelar Tanduk Afrika itu.

Namun campur tangan AS itu gagal malah menyebabkan kekacauan lebih buruk di Somalia.

Kerajaan boneka AS

Selepas pengeboman berkembar kedutaan AS di Kenya dan Tanzania yang didakwa dilakukan kumpulan militan Al-Qaeda pada 1998, dan diikuti serangan 9/11 pada 2001, AS sekali lagi masuk campur dalam urusan Somalia. Washington memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan Sementara (TFG) Somalia bagi menghalang kebangkitan Kesatuan Pengadilan Islam (UIC) yang semakin popular.

UIC berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil pada 2006 yang menjamin undang-undang dan ketenteraman awam buat sementara waktu sebelum AS, melalui kerjasama rapat dengan kerajaan Ethiopia menggulingkan kumpulan Islam itu dengan mendakwa pertubuhan itu mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Bekas anggota UIC kemudian membentuk pergerakan gerila secara besar-besaran dan mengawal sebahagian besar negara termasuk kebanyakan kawasan di ibu negara Somalia, Mogadishu pada Mei 2009.

Perang saudara yang sedang berlangsung inilah menjadi halangan besar kepada penghantaran bekalan makanan kepada rakyat kebuluran.

Selain itu, penghantaran makanan juga diganggu dengan sekatan dikenakan AS-PBB sebelum ini ke atas kawasan yang dikawal salah satu cabang kumpulan UIC, iaitu Al-Shabaab.

Kumpulan Al-Shabaab didakwa menghalang agensi bantuan makanan antarabangsa daripada mencapai kubu kuat mereka kerana khuatir akan kehilangan kawalan di kawasan itu.

Dan ini menyebabkan penduduk Somalia yang miskin dan kelaparan menjadi mangsa dalam perebutan kuasa ini.

Krisis Somalia ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mempunyai sebuah kerajaan berfungsi yang mampu menjaga rakyatnya dan pada masa yang sama bukan juga menjadi boneka kepada kuasa asing.

120 pejuang Palestin ditahan Zionis

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

120 pejuang Palestin ditahan Zionis TEBING BARAT - Tentera Israel menahan 120 pejuang Hamas di selatan Tebing Barat, semalam, beberapa jam selepas rejim itu menuduh anggota Hamas di Gaza melancarkan roket ke Israel.

Menurut pasukan keselamatan Palestin, askar rejim memasuki Tebing Barat dalam satu operasi waktu malam dan mencabuli perjanjian gencatan senjata antara kedua pihak yang dipersetujui April lalu.

Ahli Parlimen Hamas, Mohammed Motlaq Abu J'heisha antara individu ditahan dalam operasi itu yang turut dicemari keganasan apbila rejim ganas itu melepaskan tembakan peluru getah ke arah belia Palestin dan mencederakan seorang remaja.

Ketegangan semakin memuncak di sempadan Israel-Gaza apabila serangan udara bertubi-tubi rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu membunuh 15 penduduk Gaza termasuk tiga kanak-kanak.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sempat asmara sebelum sahur

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sempat asmara sebelum sahur GEORGETOWN - Kebiasaannya umat Islam mengaji atau melakukan qiamullail sebelum bersahur, namun berbeza dengan pasangan kekasih ini apabila sanggup menunggu waktu bersahur dengan berasmara di atas tembok pantai.

Pengakuan berkenaan dibuat setelah kedua-duanya dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dalam Ops Santai di Lebuh Sungai Pinang Bandar Sri Pinang Jelutong.

Mereka yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini mengaku ingin bersahur, namun waktu terlalu awal untuk ke kedai makan dan mengambil kesempatan melepaskan penat di tembok pantai seawal jam 2 pagi.

:Ketika ditahan, si gadis berbaring dan kepalanya diletakkan di celah riba kekasihnya, namun perbuatan mereka lebih mencurigakan apabila butang baju wanita sedikit terbuka sementara tudung yang dipakai sudah terbuka.

Seorang penguat kuasa kemudiannya menegur ada tudung terjatuh di bahagian belakang tembok dan pelajar wanita itu mengaku tudung itu miliknya.

"Saya pening kepala sebab itu tudung dibuka dan kami duduk di sini untuk berehat sahaja," katanya kepada penguat kuasa.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu bagaimanapun hanya tersenyum sahaja ketika ditanya kenapa duduk di tempat yang gelap dan berdua-duaan bersama kekasihnya.

Namun, gadis yang berusia 18 tahun dan berasal dari Johor itu agak kasar ketika menjawab soalan penguat kuasa di lokasi kejadian.

"Kamu tahu apa kesalahan kamu duduk berdua-duaan di tempat gelap ini, dan kenapa mahu berdua-duaan di sini menunggu waktu bersahur.

"Kamu berdua tidak takut kena rompak atau samun?," tegur seorang penguat kuasa JAIPP.

Mereka kemudiannya diberikan notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas perbuatan kurang sopan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Turut hadir dalam operasi berkenaan, Ketua Unit Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan dan hampir 20 penguat kuasa JAIPP.

» selanjutnya...

Laluan bahaya dikenal pasti

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Laluan bahaya dikenal pasti IPOH – Bagi memastikan penurunan kes kemalangan pada musim cuti perayaan Aidilfitri, polis telah mengenal pasti beberapa lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, seramai 234 anggota polis trafik ditempatkan di lokasi berkenaan sempena Ops Sikap ke-24 yang bermula 22 Ogos hingga 16 September.

"Laluan tersebut ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.

"Lokasi lain adalah Seri Manjung-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya mensasarkan penurunan kemalangan sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu di negeri ini melalui Ops Sikap ini.

"Ops Sikap ke-22, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan tahun ini kita optimas sasaran yang sama akan dicapai," katanya,

Ops Sikap ke-24 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan dilancarkan di seluruh negara oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin ini.

Polis edar lakaran wajah empat lelaki

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis edar lakaran wajah empat lelaki KAMPUNG RAJA - Polis hari ini mengedarkan lakaran wajah empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes jenayah jala-nan iaitu ragut termasuk samun yang berlaku di daerah ini sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, polis percaya semua lelaki berketurunan Melayu terbabit berumur lingkungan 30-an ke bawah.

Menurutnya, lakaran wajah tiga suspek tersebut diperoleh daripada mangsa membabitkan kes samun di Kampung Gong Bayor, Gong Duek dan terbaru, kes samun bersenjata membabitkan seorang guru wanita di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih, Selasa lalu.

"Sebanyak lima kes samun berlaku sepanjang Julai dan Ogos lalu membabitkan kerugian lebih RM15,000 dan hasil kerjasama mangsa, polis memperoleh gambar lakaran dipercayai mirip suspek yang terlibat dalam kejadian itu," katanya.

Kamaruddin berkata, mereka dipercayai kumpulan sama dan polis giat memburu suspek terbabit.

Katanya, walaupun setiap gambar lakaran tidak tepat seratus peratus tetapi ia diharap dapat membantu polis mengesan dan menjejaki suspek.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Lelaki culik dan jadikan mangsa sebagai tebusan ditahan

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lelaki culik dan jadikan mangsa sebagai tebusan ditahan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menculik dan melarikan seorang wanita sebelum menjadikan rakannya sendiri dan ibu wanita itu sebagai tebusan, ditahan polis dalam satu kejadian di Alam Damai dekat Taman Bukit Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pedang samurai itu berjaya ditahan polis selepas proses memujuk dan rundingan memakan masa hampir tiga jam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh berkata kejadian bermula kira-kira pukul 1 pagi di hadapan rumah mangsa di Gombak apabila suspek berusia 32 tahun melarikan dan menculik seorang wanita yang dikenalinya.

"Mangsa baru pulang dari kerja sebelum suspek tiba-tiba masuk ke dalam kereta BMW mangsa sebelum mengugut mangsa agar memandu kereta menuju ke rumah suspek di Alam Damai di Cheras dan mangsa yang ketakutan hanya mampu menurut arahan," katanya kepada pemberita di Balai Polis Alam Damai, di sini hari ini.

Mohan berkata setibanya di rumah suspek, lelaki itu bertindak mengurung mangsa yang berusia 24 tahun yang menguruskan perniagaan sendiri itu di dalam rumah teres dua tingkat tersebut.

Beliau berkata dalam masa yang sama ibu mangsa berusia 42 tahun yang menyedari kehilangan anak perempuannya itu berjaya mengesan lokasi kedua-dua mereka sebelum bertindak menghubungi polis daerah Gombak kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, suspek yang kemudiannya menyedari kehadiran polis bertindak menghubungi dua orang rakannya untuk membantunya melarikan diri sebelum rakannya tiba dengan memandu sebuah Honda Accord dan salah seorang masuk ke dalam kereta milik mangsa.

"Suspek dan mangsa kemudiannya masuk ke tempat duduk belakang kereta BMW itu sambil mengacukan pedang samurai ke leher mangsa dan ibu mangsa cuba memujuk suspek bahawa dia sedia bertukar tempat dengan anaknya sebelum suspek bersetuju melepaskan mangsa dan menarik masuk ibu mangsa ke dalam kereta," katanya.

Beliau berkata ketika suspek cuba melarikan diri, kereta polis dari Gombak, Cheras dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kemudiannya bertindak mengepung bahagian depan dan belakang kereta BMW tersebut.

"Suspek kemudiannya menyuruh polis untuk membiarkan dia lepas dari sekatan dan mengacukan pedang tersebut ke leher ibu mangsa sebelum suspek turut mengacukan pedang dan mengugut untuk membunuh rakannya yang memandu kereta tersebut.

"Polis bagaimanapun cuba berunding dengan suspek bagi membebaskan ibu mangsa dan juga rakannya, hinggalah kira-kira tiga jam kemudian suspek akur mencampakkan senjata dan berjaya ditahan," katanya.

Beliau berkata suspek mengalami kecederaan dan luka-luka di badannya akibat terkena pedang yang dipegangnya dan juga pergelutan ketika cuba ditahan dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Katanya, bagaimanapun kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua rakan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun ditahan sebagai saksi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek yang merupakan ceti haram (Ahlong) dan mempunyai rekod jenayah itu, menemui tiga bilah parang, selaras pumpgun palsu dan pisau lipat di dalam poket suspek.

"Motif sebenar mangsa diculik sedang disiasat tetapi polis tidak menolak ia mungkin mempunyai kaitan dengan cinta dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Akta Kanun Keseksaan (KK) kerana culik, Seksyen 307 KK cubaan membunuh, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 342 KK kerana membuat kurungan secara salah," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali berkata suspek itu adalah kenalan keluarganya.- Bernama

Polis kesan kes penipuan menerusi internet di Kelantan

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis kesan kes penipuan menerusi internet di Kelantan

KOTA BAHARU - Kes penipuan pembelian barangan menerusi Internet merupakan antara enam jenis jenayah komersial yang berlaku di Kelantan yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata kes itu melibatkan 30 kes dengan jumlah kerugian RM42,989 apabila pemesan barang melalui Internet tidak menerima barang yang telah mereka bayar.

Turut berlaku 65 kes di mana mangsa diperdaya melalui pujukan supaya menyerahkan nombor pin akaun bank mereka yang mana kes ini melibatkan kehilangan wang sebanyak RM196,745, katanya.

"Terdapat juga sindiket yang menipu wanita yang kesunyian melalui kenalan laman web sosial yang dikatakan bakal menerima hadiah berharga dari luar negara, tetapi telah ditahan oleh pihak kastam kerana tidak dibayar cukai.

"Mangsa diminta supaya membuat bayaran untuk menebus hadiah itu di mana mangsa akhirnya mendapati diri mereka tertipu.

"Kes-kes ini melibatkan kerugian RM260,950," kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 63 kes dengan kerugian sebanyak RM209,049 juga dilaporkan berlaku dengan mangsa diperdaya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya menebus hadiah peraduan yang kononnya mereka telah menangi.

Berlaku juga 13 kes yang membabitkan RM37,970 kerugian menerusi kewujudan laman web perbankan palsu yang meminta maklumat akaun bank melalui e-mel mangsa.

Mazlan berkata kes lain membabitkan 10 kes penyamaran anggota sindiket sebagai pegawai polis atau Bank Negara yang meminta mangsa memindah wang mereka ke dalam akaun yang diberikan, sekiranya tidak mahu wang simpanan mereka dibekukan.

Kes ini membabitkan kerugian RM199,568. Beliau berkata kesemua kes penipuan itu berlaku dari bulan Januari sehingga Ogos tahun ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Jenayah
Komputer 1997. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemandu, penunggang maut

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pemandu, penunggang maut JELI- Dua maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan dan satu motosikal di Kilometer 88.3 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik dekat Gemang jam 8.10 pagi semalam.

Mangsa, Zazemi Mat Yusof, 27, pemandu kereta jenis Kancil dan penunggang motosikal, Aniq Arshad Mohd Roseli, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kereta dan motosikal yang datang dari arah Tanah Merah menuju ke arah Gerik bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Dearah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila kereta Kancil yang dipandu Zazemi terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Apabila nampak kereta tersebut masuk ke laluan bertentangan, lori yang datang dari arah Gerik itu lalu membunyikan hon dan cuba mengelak. Namun tidak sempat sehingga bertembung dan terseret ke sebelah kanan jalan, penunggang motosikal yang berada di belakang kereta itu turut terbabit.

"Pemandu kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian kerana kecederaan serius manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Che Engku Chik berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.06 minit dan sampai ke tempat kejadian enam minit kemudian.

"Operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Kancil agak sukar kerana kereta remuk dan terperosok bawah lori. Hampir 20 minit kami berusaha menarik keluar kereta dan mangsa dari dalam kereta setelah tersepit daripada paras pinggang ke bawah.

"Bagaimanapun, dengan sembilan anggota bomba dan enam anggota bomba sukarela bersama dua buah jentera, operasi menyelamat berjalan dengan lancar," katanya.

Isteri kepada arwah Zazemi, Zanariah Mohd Zamri, 25 ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jeli kelihatan masih bersedih dan terkejut dengan kejadian tersebut.

"Arwah suami merupakan seorang tentera sebelum ini bertugas di Sungai Petani, baru dua bulan berkhidmat di Kelantan. Malam kelmarin dia baru pulang dari Kuala Lumpur atas urusan kerja dan pagi semalam dia keluar dari rumah dengan menaiki kereta Kancilnya menuju ke Banding.

"Arwah memang minat mencari ikan, jadi dia berhasrat untuk ke Banding namun hasratnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan," katanya.

Menurut Zanariah, arwah merupakan seorang suami dan ayah yang baik buat anak tunggal mereka, Nur Zakirah Najwa, 3.

"Sukar untuk terima kenyataan ini namun saya harus tabah hadapi dugaan kerana masih mempunyai anak dan keluarga yang sentiasa memberikan semangat.

"Tidak banyak perubahan yang ditunjukkan arwah namun sebelum ini kami sempat membeli baju raya untuk anak," kata Zanariah.

GCM gesa dakwa DUMC

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

GCM gesa dakwa DUMC SHAH ALAM – Gerakan Cegah Murtad (GCM) menggesa penganjur majlis makan melibatkan 12 orang Islam di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) Damansara Utama, Petaling Jaya, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, DUMC melakukan perbuatan mengguris hati orang Islam serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, mereka boleh disabitkan hukuman penjara selama dua hingga lima tahun di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati dan prejudis berdasarkan agama.

"Seksyen itu melarang perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warganegara atau sekumpulan warganegara.

"GCM mendesak pihak berwajib menangani isu ini dengan cermat tetapi tegas agar keharmonian, perpaduan dan keamanan di negara ini dapat terus terpelihara. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Program itu, katanya, bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada, termasuk Perkara 3, 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan bukan Islam) Negeri Selangor 1988 serta Kanun Keseksaan.

Hamidzun berkata, GCM mengulangi keyakinan bahawa masjid, surau, tokong, kuil serta gereja tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagaimanapun katanya, masalah tersebut ditimbulkan DUMC melalui program 'Thanks Giving Dinner' yang dilaksanakan 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, program yang berlangsung di DUMC itu tidak sepatutnya merosakkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini.

"Umum berpendapat program tersebut telah menimbulkan salah faham yang melampau, kekeliruan dan keresahan serta prejudis dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Nyanyian lagu Alhamdulillahlah dan Allahuakbar serta kuiz Islam dalam program tersebut adalah menghina dan mempermainkan Akidah Islam dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lulus segera akta murtad

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lulus segera akta murtad IPOH – Akta Murtad perlu diluluskan segera bagi menyekat dan menghalang mana-mana pertubuhan agama bukan Islam mempengaruhi umat Islam supaya memeluk agama mereka.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, senario hari ini memperlihatkan umat Islam terlalu bertolak ansur atau berkompromi dengan pihak terbabit sehinggakan mereka berani bertindak sedemikian.

Menurutnya, kerajaan perlu tegas terhadap kumpulan yang wujud atas platform pergerakan agama, khususnya apabila cuba mengambil kesempatan mempersoalkan kesucian agama Islam serta dalam masa sama mempengaruhi orang Islam memeluk agama lain.

"Apabila kita terlalu berlembut, ia sekali gus membuka ruang kepada mereka memurtadkan lebih ramai orang Islam.

"Perkara ini perlu ditangani bagi mengelakkan ia berpanjangan seterusnya menimbulkan kebimbangan dan kemarahan umat Islam," katanya kepada :Sinar Harian:.

Tegas Harussani, isu murtad tidak akan berlaku jika kerajaan bertegas dengan apa digariskan dalam perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi agama lain boleh diamalkan orang bukan Islam tanpa mempertikaikan kedudukan agama Islam serta mempengaruhi orang Islam memeluk agama mereka.

Katanya, peristiwa berlaku mutakhir ini menyaksikan kebangkitan badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi aman menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kontroversi pemeriksaan terhadap sebuah gereja dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam adalah isu membimbangkan.

"Ketiadaan akta murtad menyebabkan kumpulan itu mengambil kesempatan memperdaya umat Islam memeluk agama mereka.

"Sebab itu, akta murtad perlu diwujudkan kerana Islam adalah agama rasmi negara dan hakikat ini tidak boleh dipertikaikan sesiapapun," katanya.

Mengulas mengenai isu pemeriksaan ke gereja Methodist oleh Jais, katanya, tindakan berkenaan adalah tepat dan betul.

Dalam masa sama, menurutnya, kesedaran harus wujud dalam kalangan umat Islam bahawa mereka mesti mencintai dan menyayangi agama Islam.

Harussani juga menggesa institusi zakat supaya mengutamakan fakir miskin bagi menghindarkan golongan itu didekati pihak yang cuba mempengaruhi mereka untuk memeluk agama lain.

"Utamakan fakir miskin, selain daripada yang lain, kita tak boleh buat masjid dengan duit zakat, buat sekolah de-ngan wang zakat selagi ada fakir miskin yang memerlukannya.

"Maka itu mestilah didahulukan fakir miskin supaya jangan ada yang sampai terjual agama," katanya.

Dengan nada kerisauan, beliau menyatakan isu murtad di Malaysia bukan perkara baru malah ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu tetapi ia dijalankan secara sulit.

"Golongan sasaran mereka, belia terutama bekerja di kilang termasuk yang menyertai kegiatan muzik black metal di lokasi hiburan dan sebagainya.

"Di situ anak belia Melayu ini dipengaruhi hingga ada dalam kalangan mereka yang berjaya dipengaruhi telah ambil tindakan koyak dan membaling al-Quran,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Wanita maut ketika melintas di Jambatan Pulau Pinang

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Wanita maut ketika melintas di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Seorang wanita berusia 37 tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala ke Butterworth dekat sini malam tadi.

Jurucakap Polis Trafik Seberang Perai Tengah berkata mangsa, yang dikenali sebagai S. Sasikala, dipercayai keluar daripada kenderaannya di susur keluar jambatan itu dan menuju ke pintu Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertemu saudaranya yang berada dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun ketika melintas jalan, dia dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju.

"Pada kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa dari Seberang Prai maut ditempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan tangan kanannya hampir putus," kata jurucakap polis itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan terbabit ditahan polis untuk siasatan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Chaah flood victims have not gotten their Wang Ikhsan

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Chaah flood victims have not gotten their "Wang Ikhsan"

Press Statement by Dr Boo Cheng Hau, DAP Johor State Chairman on restructuring of Johor Corp's debt by selling Sindora Berhad's shares and 33,800 acres of estate land to Kulim on 19th August 2011 at a press conference in Kedai Kopi Sin Chuan Fong, Chaah, Labis, Johor visiting flood victims during the big flood on Jan 30, 2011 and Tenang By Election who claimed the authorities have failed to allocate "wang ikhsan" to a substantial number of flood victims.

Dr. Boo Cheng Hau is accompanied by Senator S Ramakhrisnan, Johor DAPSY Secretary Andrew Chen Kai En, DAP Labis Branch Chairperson Tan Chin Guan, Bekok Branch Chairman Ng Chai Eng, Former DAP Chaah Branch Chairman Lee Ah Kaw.

In view of Johor Corp having a total debt of RM 6.6 billion by the end of 2009, with an amount of RM 2.6 billion Islamic bonds expired next year and only RM 705 million in cash reserve, I call upon Johor Corp to be transparent and prudent in its effort to restructure its financial standings.

Kulim (M) Bhd signed sales and purchase agreements with JCorp to acquire over 33,800 acres of estate land in Johor for RM 700 mil cash with an average RM 20,710 per acre.

As the Chairman for JCorp, Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman is obliged to table a white paper to the Johor Sate Assembly in next September so as to the detailed valuation of lands sold to Kulim and how the actual deal would benefit JCorp and the State Government.

I call upon Abdul Ghani Othman to explain to the public as to how the land deal was not open to bidding and awarded to the highest bidder was done for the best benefit for JCorp.

As Kulim has offered RM 3 cash per share for the 21.6 million shares or 22.5 percent of Sindora Bhd.

I would like to advise JCorp and Johor State Government that any shares of JCorp and its subsidiaries should be offered to the highest bid for the best position for JCorp to restructure its debts.

Sindora share value has soared since the announcement and reached as high as RM 2.95 yesterday from RM 2.65 pre-announcement and RM 1.80 for most of this year.

I call upon Abdul Ghani also to present a white paper on winding up of Dana Johor and Amanah Saham Johor (ASJ) as to why the discrepancy exists when Pelaburan Johor Berhad offers RM 0.50 and RM 1 to buy back shares from Dana Johor and ASJ shareholders in the midst of winding them up.

I call upon Menteri Besar Johor to present a white paper on the matter detailing ASJ and Dana Johor's investments that resulted in losses of unit values and their eventual closure.
The public would like to know as to why Pelaburan Johor Bhd decided not to consider the option of letting ASJ and Dana Johor continue to float on the market or being taken over by private trust funds in view of reviving the two trust funds.

ASJ and Dana Johor have caused many pensioners in dismay and they have lost dearly to years of paying loan installments and interests to the lender banks. Therefore, the Johor state Government is obliged to be accountable to Johoreans the reasons as to why ASJ and Dana Johor has slumped.

The Johor State Government needs to impose stringent transparency in running its GLCs in order to ensure investors confidence in the future of Iskandar Malaysia.

Ramakhrishnan stated that he will bring the matter to the attention of the National Security Council, Prime Minister's Department and aim to resolve the discrepancies in giving out flood relief allocations to the victims.

Up to 11am today, about 200 families have signed up for the list that flood victims have not been given wang ikhsan after January 30 big flood during the Tenang By Election.

Dipetik daripada blog DAP Johor State Chairman, Dr. Boo Cheng Hau

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Sonia Gandhi, Rahul Gandhi

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

India menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 minggu lepas. Sama tua dengan Anwar Ibrahim adalah demokrasi yang terbesar di seluruh alam. Masa parti Kongres memerintah tamat 2014, Barisan Nasional/Umno 2013. Kedua-dua pilihan raya umum mungkin berlaku lebih awal. Di Malaysia mungkin kesaat akhir!

Sonia Gandhi kelahiran Itali, pemalu, tidak suka menonjolkan diri adalah balu Perdana Menteri Rajiv Gandhi yang dibunuh, menantu Perdana Menteri Indira Gandhi yang juga diassassinasikan adalah Presiden Parti Kongres yang antara pengasasnya moyang Rajiv.

Tok Rajiv, Pandit Nehru Perdana Menteri India yang pertama. Kini Sonia gering. Sedang berehat di Amerika Syarikat (AS) selepas pembedahan (operations) yang berjaya di sebuah hospital yang dirahsiakan juga penyakitnya. Di India, kesihatan pemimpin politik juga status perkahwinan, sex life adalah 'off-limits' yakni tidak menjadi isu seperti kelaziman di Barat.

Di negara kita pula seks, kesihatan, private lives kalau pun tidak menjadi isu besar seperti di Barat tidak juga macam India! Dalam pemerhatian saya, penyakit barah sosial dan kurang iltizam wujud di India dan di negara kita: rasuah di merata dan di semua peringkat. Pemimpin anti rasuah India Anna Hazare, yang ditahan kerana memimpin gerakan demonstrasi anti rasuah, telah dibebaskan. Jangan-jangan pula selepas demonstrasi Bersih ada 'copycat' demonstrasi antirasuah. Rasuah isu teragung dan wajar dikendali dan dihapuskan atau paling minima dikurangkan secepat mungkin. Di India, parti pembangkang mengganggu sesi parlimen yang sedang bersidang dengan lakonan protes (theatrical protests) meluah perasaan benci, dendam kesumat yang mendalam dan lama terhadap menteri dan pemerintah. Suasana diperkuatkan oleh satu poll nasional yang kesimpulannya: kredibiliti pemerintah (Parti Kongres dan sekutunya) telah menurun, rosak kerana beberapa skandal besar. Pengkritik, sekutu dan penyokong pemerintah pula mengadu tentang wujudnya vacuum (kekosongan) dalam kepimpinan parti dan pemerintah. Tiada arah hala tuju, tanpa semangat yang ketara dan memberangsangkan.

Tiada iltizam di kemuncak kepimpinan. Sepatutnya Sonia jadi PM tetapi dia terang Speaking, 'shrewd by not appointing herself PM though she has twice delivered power to the Congress – dia politikus pintar mempunyai pertimbangan betul tidak jadi PM walaupun dia dua kali memenangi pilihan raya umum bagi partinya'. Bayangkan jika situasi sama wujud di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved