Ahad, 21 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


GCM gesa dakwa DUMC

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

GCM gesa dakwa DUMC SHAH ALAM – Gerakan Cegah Murtad (GCM) menggesa penganjur majlis makan melibatkan 12 orang Islam di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) Damansara Utama, Petaling Jaya, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, DUMC melakukan perbuatan mengguris hati orang Islam serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, mereka boleh disabitkan hukuman penjara selama dua hingga lima tahun di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati dan prejudis berdasarkan agama.

"Seksyen itu melarang perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warganegara atau sekumpulan warganegara.

"GCM mendesak pihak berwajib menangani isu ini dengan cermat tetapi tegas agar keharmonian, perpaduan dan keamanan di negara ini dapat terus terpelihara. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Program itu, katanya, bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada, termasuk Perkara 3, 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan bukan Islam) Negeri Selangor 1988 serta Kanun Keseksaan.

Hamidzun berkata, GCM mengulangi keyakinan bahawa masjid, surau, tokong, kuil serta gereja tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagaimanapun katanya, masalah tersebut ditimbulkan DUMC melalui program 'Thanks Giving Dinner' yang dilaksanakan 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, program yang berlangsung di DUMC itu tidak sepatutnya merosakkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini.

"Umum berpendapat program tersebut telah menimbulkan salah faham yang melampau, kekeliruan dan keresahan serta prejudis dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Nyanyian lagu Alhamdulillahlah dan Allahuakbar serta kuiz Islam dalam program tersebut adalah menghina dan mempermainkan Akidah Islam dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lulus segera akta murtad

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lulus segera akta murtad IPOH – Akta Murtad perlu diluluskan segera bagi menyekat dan menghalang mana-mana pertubuhan agama bukan Islam mempengaruhi umat Islam supaya memeluk agama mereka.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, senario hari ini memperlihatkan umat Islam terlalu bertolak ansur atau berkompromi dengan pihak terbabit sehinggakan mereka berani bertindak sedemikian.

Menurutnya, kerajaan perlu tegas terhadap kumpulan yang wujud atas platform pergerakan agama, khususnya apabila cuba mengambil kesempatan mempersoalkan kesucian agama Islam serta dalam masa sama mempengaruhi orang Islam memeluk agama lain.

"Apabila kita terlalu berlembut, ia sekali gus membuka ruang kepada mereka memurtadkan lebih ramai orang Islam.

"Perkara ini perlu ditangani bagi mengelakkan ia berpanjangan seterusnya menimbulkan kebimbangan dan kemarahan umat Islam," katanya kepada :Sinar Harian:.

Tegas Harussani, isu murtad tidak akan berlaku jika kerajaan bertegas dengan apa digariskan dalam perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi agama lain boleh diamalkan orang bukan Islam tanpa mempertikaikan kedudukan agama Islam serta mempengaruhi orang Islam memeluk agama mereka.

Katanya, peristiwa berlaku mutakhir ini menyaksikan kebangkitan badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi aman menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kontroversi pemeriksaan terhadap sebuah gereja dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam adalah isu membimbangkan.

"Ketiadaan akta murtad menyebabkan kumpulan itu mengambil kesempatan memperdaya umat Islam memeluk agama mereka.

"Sebab itu, akta murtad perlu diwujudkan kerana Islam adalah agama rasmi negara dan hakikat ini tidak boleh dipertikaikan sesiapapun," katanya.

Mengulas mengenai isu pemeriksaan ke gereja Methodist oleh Jais, katanya, tindakan berkenaan adalah tepat dan betul.

Dalam masa sama, menurutnya, kesedaran harus wujud dalam kalangan umat Islam bahawa mereka mesti mencintai dan menyayangi agama Islam.

Harussani juga menggesa institusi zakat supaya mengutamakan fakir miskin bagi menghindarkan golongan itu didekati pihak yang cuba mempengaruhi mereka untuk memeluk agama lain.

"Utamakan fakir miskin, selain daripada yang lain, kita tak boleh buat masjid dengan duit zakat, buat sekolah de-ngan wang zakat selagi ada fakir miskin yang memerlukannya.

"Maka itu mestilah didahulukan fakir miskin supaya jangan ada yang sampai terjual agama," katanya.

Dengan nada kerisauan, beliau menyatakan isu murtad di Malaysia bukan perkara baru malah ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu tetapi ia dijalankan secara sulit.

"Golongan sasaran mereka, belia terutama bekerja di kilang termasuk yang menyertai kegiatan muzik black metal di lokasi hiburan dan sebagainya.

"Di situ anak belia Melayu ini dipengaruhi hingga ada dalam kalangan mereka yang berjaya dipengaruhi telah ambil tindakan koyak dan membaling al-Quran,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved