Sinar Harian :: Suara Cakna |
Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT AS, China berperang
BEIJING - Dua kuasa besar dunia bakal terjebak ke dalam perang perdagangan apabila China menentang rang undang-undang baru Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan cukai kepada negara yang merendahkan nilai mata wang, tindakan dilihat sengaja dilakukan bagi menggangu perkembangan ekonomi China.
Kementerian Luar China, semalam, memberi amaran kepada AS supaya tidak mempolitikkan isu mata wang selepas Senat AS membentangkan rang undang-undang itu, kelmarin. "AS menggunakan mata wang sebagai alasan. Mereka sebenarnya cuba melindungi syarikat negara tersebut, iaitu sesuatu yang mencabuli peraturan perdagangan antarabangsa. Tindakan ini akan menjejaskan hubungan perdagangan serta ekonomi AS-China," menurut kementerian itu. Kelmarin, Senat AS bersetuju memulakan debat mengenai Akta Perubahan Semakan Nilai Tukaran Mata Wang 2011 yang akan membolehkan AS mengenakan cukai ke atas produk dari negara luar yang didapati merendahkan mata wang bagi menggalakkan eksport. Beijing kerap menafikan dakwaan AS bahawa nilai mata wang renminbi yang rendah menjejaskan ekonomi AS, dan bank pusat China turut menegaskan pembentangan rang undang-undang tersebut tidak akan menyelesaikan punca sebenar masalah ekonomi AS seperti hutang tinggi dan pengangguran. "Akta itu akan memberi kesan serius kepada usaha China untuk mengubah nilai tukaran wang yuan dan mungkin akan mencetuskan perang perdagangan," menurut bank pusat China, semalam. | |
Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT Thaksin ganggu Yingluck
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra perlu keluar daripada pengaruh abangnya, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra jika beliau mahu dianggap setaraf dengan pemimpin wanita lain di seluruh dunia, menurut satu seminar di Bangkok, kelmarin.
|
Pengarah Biro Keamanan dan Pentadbiran di Institut Raja Prajadhipok berkata, beberapa negara di dunia kini dipimpin wanita dan rakyat Thailand berharap Yingluck akan menjadi pemimpin berkaliber di negara itu. "Kebimbangan utama rakyat adalah sama ada Yingluck boleh mengatasi pengaruh Thaksin dan campur tangan bekas pemimpin tersebut di dalam pentadbiran baru negara ini," menurutnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |