Selasa, 27 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Menteri Kewangan Rusia letak jawatan

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Menteri Kewangan Rusia letak jawatan MOSCOW - Menteri Kewangan Rusia, Alexei Kudrin meletak jawatan, kelmarin selepas digesa Presiden Dmitry Medvedev kerana menentang usul beliau yang mencadangkan mentornya, Vladimir Putin untuk bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya Mac depan.

"Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan dan ia diterima tanpa sebarang bantahan," menurut Kudrin.

Terdahulu, Medvedev menegaskan protes Kudrin itu seakan mencabar kredibilitinya sebagai pemimpin tertinggi di negara tersebut.

"Jika sesiapa tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan presiden dan yang sedang dilaksanakan kerajaan, mereka hanya ada satu pilihan iaitu meletak jawa-tan," menurutnya lagi.

Protes Kudrin yang mencetuskan kemarahan presiden itu dipercayai berpunca akibat rasa tidak senang terhadap perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pemimpin tersebut.

Sementara itu, keputusan Putin yang kini memegang jawatan perdana menteri untuk kembali menjadi presiden turut mencetuskan perasaan tidak senang negara Barat yang menganggap bekas ejen perisikan Rusia itu lebih bersifat anti-Barat berbanding Medvedev.

Pengebom gereja Indonesia suspek paling dikehendaki

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pengebom gereja Indonesia suspek paling dikehendaki JAKARTA - Pengebom berani mati yang menyerang sebuah gereja, Ahad lalu dan menyebabkannya terbunuh serta mencederakan 28 yang lain didakwa tersenarai sebagai suspek paling dikehendaki di Indonesia, menurut polis, semalam.

Ahmad Yosepa Hayat, 31, atau Ahmad Urip dipercayai terlibat dengan serangan berani mati di negara itu, kira-kira lima bulan lalu.

Jurucakap polis, Anton Bachrul Alam berkata, ujian cap jari dan DNA menunjukkan Ahmad adalah ahli kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT) yang diasaskan oleh pemimpin kumpulan militan, Abu Bakar Bashir.

Abu Bakar telah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara, Jun lalu selepas disabitkan bersalah kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap negara Barat dan pemimpin politik.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tak perlu sorok fakta

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tak perlu sorok fakta KUALA NERANG - Mengapa Kerajaan Negeri 'tutup mulut' dan gagal menjelaskan ke mana pergi lebihan peruntukan membaiki jalan negeri lebih RM100 juta yang tidak digunakan pada tahun lalu.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tahun lalu, Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan RM170 juta tetapi Kerajaan Negeri hanya menggunakan RM54 juta.

Beliau berkata selebihnya dimasukkan ke dalam sebuah tabung amanah raya yang tidak jelas.

"Tahun 2011 juga tidak jelas ke mana perginya wang peruntukan itu.

"Sebenarnya Kerajaan Negeri patut jelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Tidak perlu sembunyi fakta kerana rakyat sudah muak dengan retorik politik dan janji manis mereka," katanya kepada media pada jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Veteran Umno Padang Terap dan Persatuan Bekas Anggota Polis Daerah Padang Terap di sini semalam.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri diminta menjelaskan kegagalannya membelanjakan peruntukan membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat secara maksimum dan tidak terus menyembunyikan fakta untuk memperdayakan rakyat Kedah.

Menurutnya, peruntukan 2011 Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan membaiki jalan rosak masih 'tergantung' dan tidak digunakan lagi sehingga bulan ini seperti yang difahamkan oleh pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.

Beliau juga difahamkan bahawa Kerajaan Negeri belum membuat lantikan kontrak secara rasmi untuk melaksanakan kerja itu dan ia menimbulkan tanda tanya kepada rakyat kerana hanya mempunyai dua bulan setengah untuk membelanjakan wang tu.

"Saya mengandaikan mungkin ada sedikit kekeliruan dan perbalahan yang menyebabkan tiada lagi kontraktor berkelayakan yang dilantik, kalau pun dilantik, bila pengesahan lantikan atau legal binding dibuat?

"Peraturan kewangan jelas mewajibkan Kerajaan Negeri menggunakan wang peruntukan baiki jalan negeri sehingga 15 Disember ini disebabkan sebarang perbelanjaan wang selepas tarikh itu dipanggil Akaun Kena Bayar (AKB)," katanya.

Menurutnya, jika selepas Januari tahun berikutnya, Kerajaan Negeri perlu memohon untuk menggunakan peruntukan itu (AKB).

Mahdzir yang juga Adun Pedu, turut meragui keupayaan Kerajaan Negeri untuk menghabiskan wang peruntukan membaiki jalan negeri yang diterima dalam tempoh dua bulan setengah. Ini menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri menguruskan pentadbiran dengan baik.

"Bukan Kerajaan Pusat tidak hantar peruntukan (membaiki jalan negeri) tetapi kegagalan Kerajaan Negeri buat keputusan melantik kontraktor bagi melaksanakannya sehingga menjadikan keadaan tidak jelas dan bercelaru.

"Tindakan itu menyusahkan rakyat sama sekali kerana mereka menanti jalan negeri yang rosak diperbaiki demi kemudahan mereka tetapi tidak dilaksanakan Kerajaan Negeri tanpa sebarang alasan atau penjelasan," katanya.

» selanjutnya...

Maut diserang 8 lelaki

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Maut diserang 8 lelaki MENGLEMBU – Sekumpulan lapan lelaki bertindak kejam apabila mengelar dan menetak kepala serta tangan seorang remaja lelaki hingga hampir putus dalam satu kejadian berhampiran Kawasan Perusahaan Menglembu di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.00 malam itu, K Pirathibaraj, 19, dari Taman Buntong Ria yang bermotosikal dipercayai dikejar sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat buah motosikal di persimpangan lampu isyarat antara Falim dan Menglembu.

Bagaimanapun, motosikal mangsa dilanggar sehingga menyebabkan mangsa jatuh, sebelum cuba melarikan diri menuju ke arah salah sebuah kilang di Laluan Perusahaan Menglembu 6.

Malangnya, mangsa yang dikejar kumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pisau itu terperangkap di jalan mati menyebabkannya gagal menyelamatkan diri.

Mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan sepanjang enam inci di belakang kepala malahan pergelangan tangan hampir putus dan beberapa bahagian badan turut dikelar menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Menurutnya, setakat ini polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan itu.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya, semalam.

Sementara itu, abang mangsa, K Magendran, 30, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, adiknya pulang ke Ipoh dua minggu lalu dari Singapura kerana permit kerjanya sudah tamat.

"Sepatutnya, esok (semalam) dia pulang semula ke Singapura untuk memperbaharui permit kerja namun tidak kesampaian kerana mati dalam keadaan yang amat menyedihkan," katanya yang masih terkejut dengan kematian adiknya itu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata adiknya ada menghubunginya kira-kira jam 7.30 malam untuk memberitahu ada sekumpulan lelaki tidak dikenali mengganggunya.

"Namun, adik saya tidak sempat memberitahu lokasi sebenar di mana dia (Pirathibaraj) berada," katanya.

Beliau yang terlalu kecewa dengan kejadian itu berkata adiknya tidak mempunyai musuh di sini kerana sibuk bekerja di Singapura.,

"Saya harap kumpulan lelaki terbabit diberkas segera dan mendapat hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukan," katanya.

Pemandu maut dihempap van

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemandu maut dihempap van SEPANG – Perjalanan dua rakan sekerja membawa muatan rokok untuk diedarkan ke kedai berakhir tragedi apabila van yang dinaiki kedua-duanya terbabas sebelum terjunam berdekatan susur ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan menghala ke Mardi Serdang, pagi, semalam.

Saksi kejadian berkata, sebelum itu van berkenaan dilihat dipandu secara terhuyung-hayang dipercayai selepas salah satu daripada tayar kenderaan terbabit meletup dan pecah.

Akibat kejadian itu, van dipercayai dipandu laju itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terjunam ke satu laluan kecil bersebelahan laluan lebuh raya itu. Penumpang dan pemandu van dikatakan tercampak keluar sebelum kenderaan terbabit menghempap tubuh badan seorang daripada mereka.

"Saya dapat lihat van itu dipandu ke kiri dan ke kanan sebelum terbabas ke tepi jalan dan terus melanggar besi pengadang di tepi jalan.

"Dalam kesibukan orang ramai memberi bantuan, salah seorang daripada mangsa tidak dapat dikeluarkan kerana tersepit di bawah van yang sudah terbalik," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila van terbabit dikatakan terbabas sendiri selepas tayar kenderaan itu pecah.

Katanya, pemandu van, Samsul Taib, 31, maut serta-merta di tempat kejadian manakala kelindannya hanya mengalami cedera ringan.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

"Manakala pemandu van yang terbunuh terpaksa dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat kerana tersepit di bawah van," katanya.

Sedia gempur Skuad Jang

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sedia gempur Skuad Jang KUALA TERENGGANU - Meskipun telah selesa menempatkan diri ke pusingan suku akhir, namun Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memiliki misi tersendiri iaitu mencipta kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.

Tanpa ingin menoleh ke belakang, kekalahan tipis 0-1 kepada skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah di tempat lawan 13 September lalu menjadi pengajaran cukup berguna agar tidak memandang mudah pasukan lawan, sebaliknya perlu mempamerkan aksi terbaik dan seterusnya melonjakkan kehebatan Terengganu dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Justeru, Skuad Penyu akan meneruskan kemenangan dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan malam ini, apatah lagi kelebihan dilihat memihak kepada Terengganu selaku tuan rumah, namun apa yang pasti barisan pemain perlu memberi tentangan habis-habisan.

"Sekarang, kita telah pun berjaya melangkah ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir dan harapan kita kini adalah untuk merebut gelaran juara kumpulan, sekali gus memastikan tiga mata berharga menjadi milik Terengganu.

"Bagaimanapun, saya juga turut mengingatkan pemain agar tidak memandang mudah perlawanan malam ini kerana Negeri Sembilan bukan calang-calang pasukan dan skuad kita telah bersedia sepenuhnya untuk memberi tentangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Ditanya mengenai barisan kemungkinan yang akan diturunkan dalam perlawanan terakhir malam ini, Irfan Bakti memaklumkan bahawa pasukan yang akan bermain merupakan 'barisan biasa' yang diturunkan dalam perlawanan sebelum ini.

Terengganu yang diundi dalam Kumpulan B bersama-sama PKNS, Negeri Sembilan, dan Sime Darby kini menduduki tangga kedua kumpulan berkongsi 12 mata dengan Negeri Sembilan, setelah mengharungi lima perlawanan dan hanya dibezakan dengan jaringan.

Kekang seteru utama

SEMENTARA itu, Ketua Pasukan, Marzuki Yusof, optimis peluang dilihat lebih memihak kepada Skuad Penyu selaku tuan rumah dalam perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.

Menurutnya, bagi memastikan tiga mata penuh berharga itu menjadi milik Terengganu, pasukannya akan bermain bermati-matian dan apa yang paling penting, sokongan moral penyokong akan menaikkan lagi semangat barisan pemain nanti.

"Walaupun peluang beraksi ke peringkat suku akhir berada dalam genggaman, namun kita akan memastikan perlawanan terakhir ini memberi kemenangan kepada Terengganu dan apa yang pasti, semua barisan pemain berada dalam keadaan bersiap sedia.

"Justeru, sokongan padu semua penyokong dengan memenuhi ruang stadium diharap mampu memberi lebih semangat kepada pemain, sekali gus memastikan kemenangan berharga dicipta di laman sendiri nanti," katanya.

Menurutnya, tahap kecergasan pemain yang berada dalam keadaan terbaik juga secara tidak langsung turut membantu dalam memastikan perlawanan bertemu seteru dalam kumpulan itu akan menghadiahkan kemenangan kepada penyokong tuan rumah.

Janda berputih mata

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Janda berputih mata KUANTAN- Seorang wanita bergelar janda nekad membuat laporan polis selepas hilang sabar menunggu teman lelakinya memulangkan barang kemas yang 'dirampas' sejak dua minggu lalu dalam satu kejadian di rumahnya di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Berikutan laporan polis itu, teman lelaki wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan bagaimanapun barang kemas bernilai RM3,000 yang kononnya disimpan lelaki itu rupa-rupanya sudah dijual.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, wanita terbabit hanya mendapat kembali sebuah pemain DVD miliknya yang turut dilarikan lelaki itu dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di sini baru mengenali lelaki itu sejak sebulan lalu.

"Dalam kejadian antara jam 7.30 hingga 8 pagi, 11 September lalu, , mangsa berada di rumah sebelum didatangi lelaki terbabit.

"Niat sebenar lelaki itu datang ke rumah mangsa terbongkar apabila dia secara tiba-tiba bertindak meragut rantai emas yang dipakai wanita itu sebelum melarikan diri bersama barang kemas tersebut dan sebuah pemain DVD," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, mangsa sempat bergelut dengan teman lelakinya bagaimanapun tindakannya itu gagal menghalang suspek daripada merampas barang kemas tersebut.

"Mangsa menghubungi teman lelakinya merayu supaya memulangkan semula rantainya dan lelaki itu berjanji akan memulangkan semula namun banyak alasan diberikan.

"Bosan selepas menunggu lebih dua minggu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin," katanya.

Berliau berkata, susulan itu suspek berjaya dikesan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan lanjut, suspek memberitahu barang kemas tersebut sudah dijual manakala pemain DVD ada di simpan di rumahnya.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Agrobank struktur semula unit perniagaan

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Agrobank struktur semula unit perniagaan Agrobank Malaysia melaksanakan penstrukturan semula unit perniagaannya di seluruh negara bagi mensinergikan tumpuan dan muncul sebagai pemboleh dalam membantu Malaysia merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, langkah itu termasuklah merasionalisasikan rangkaian kawasan bank itu daripada 12 kepada lapan, membuka lapan pusat perniagaan di setiap kawasan dan mengurangkan masa untuk kelulusan pinjaman.

Proton dijangka raih untung besar 2014

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Proton dijangka raih untung besar 2014 OSK Research menjangkakan Proton Holdings Bhd akan meraih keuntungan berlipat ganda menjelang tahun kewangan 2014, disokong oleh kadar penggunaan kilang yang tinggi berikutan kerjasamanya dengan Mitsubishi Motor Corp (MMC).

Bagaimanapun, ia berkata, adalah terlalu awal menyatakan anggaran berapakah keuntungan itu memandangkan butiran akhir mengenai usaha sama itu masih belum dipastikan.

"Lagipun, kami mengingatkan adanya risiko penangguhan dalam pelancaran kereta kompak global baharu Proton yang dijadualkan dikeluarkan pada 2013," katanya dalam nota penyelidikan, semalam.

Proton dan MMC akan mewujudkan syarikat usaha sama di mana syarikat pembuat kereta negara ini kemungkinan menguasai 60-70 peratus kepentingan dengan baki dipegang oleh Mitsubishi.

Butir-butir itu akan diumumkan dalam dua bulan ini dengan kedua-dua pihak akan memuktamadkan status perintis, pelaburan dan insentif elaun cukai.

Pengurusan Proton komited untuk melabur RM800 juta dalam tempoh dua tahun ini bagi usaha sama berkenaan, di mana, Proton akan menghasilkan tren kuasa (pemesinan dan pemasangan) dimajukan Mitsubishi.

Tren kuasa itu akan digunakan untuk pelancaran model baharu akan datang oleh kedua-dua kereta kompak global Proton dan Mitsubishi serta pelancaran modal lain.

Syarikat penyelidikan itu berkata, dengan menghasilkan tren kuasa itu di dalam negara, Proton akan menjimatkan perbelanjaan modal penyelidikan dan pembangunan dan tren kuasa itu berpotensi untuk lebih murah.

"Selain itu, Proton akan memeterai kontrak pemasangan dengan Mitsubishi yang akan menyaksikan jumlah sasaran 60,000 unit setahun menjelang 2013," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tangisan adik jadi penyelamat

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tangisan adik jadi penyelamat KOTA BHARU - Tangisan adik menyelamatkan dua beradik daripada menjadi mangsa kebakaran di Taman Desa Jaya, Taman Tengku Anis di sini, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu hanya disedari Mohd Ashraf Rosdi, 15, yang ketika itu sedang mandi apabila mendengar esakan adiknya Mohd Alif Rosdi, 3.

"Ketika kejadian saya sedang mandi manakala adik saya berada di luar bilik air menunggu saya.

"Setelah mendengar adik menangis saya terus berlari mendapatkannya yang berteriak mengatakan ruang dapur terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Akibat panik setelah melihat api yang tidak tahu puncanya yang bermula di bahagian dapur, Mohd Ashraf terus mendukung adiknya keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.

Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa, Normawati Che Daud, 36, tiada di rumah kerana keluar membeli makanan di pasar raya berdekatan, manakala dua adiknya dikatakan menemui rakan.

"Terkejut bukan kepalang dibuatnya apabila melihat api yang marak dengan begitu cepat sehingga menyebabkan saya tidak dapat menyelamatkan segala barangan dalam rumah," katanya.

"Mujurlah bapa saudara, Khairi Hussin, 40, bertindak cepat menghubungi pihak bomba bagi mengawal api dari merebak ke rumah berdekatan," katanya.

Sementara itu, menurut Normawati, dia hanya menerima panggilan dari salah seorang anaknya dan ketika sampai di rumah rumahnya sudah hangus.

"Saya keluar dari rumah selepas solat isyak kerana anak bongsu (Mohd Ashraf) merengek lapar.

"Sedih teramat sangat apabila melihat rumah didiami sejak 17 tahun lalu musnah," katanya.

Ketua Operasi Bomba Kota Bharu, Wan Hassan Wan Idris berkata, dua jentera dengan 13 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setakat ini punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai RM 100,000," katanya.

Jurujual kejar peragut

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jurujual kejar peragut JOHOR BAHRU – Tindakan nekad seorang jurujual mengejar dan merempuh motosikal peragut yang merampas beg tangan miliknya berbaloi apabila bukan sahaja mendapat kembali tas tangannya malah penjenayah itu turut dicekup.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, di Jalan Maju, Taman Pelangi, mangsa, Cindy Tan, 52, sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego.

Menceritakan kembali detik cemas itu, katanya, dia dihampiri sebuah motosikal berkuasa tinggi dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangannya yang diletakkan di bakul hadapan.

"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan capai beg tangan saya, sebelum lari ke dalam restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Cindy berkata, peragut tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu segera memberikan bantuan sebelum menyerahkan lelaki terbabit ke balai polis berhampiran.

Kejadian diragut katanya, adalah kali kedua yang berlaku ke atas dirinya dan kali pertama ia berlaku pada 2005 di Taman Megah Ria, dekat sini.

"Insiden seperti ini berlaku kepada saya pada tahun 2005 di mana peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan motosikalnya juga tidak mempunyai rekod kesalahan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mengakibatkan kecederaan.

Atasi kebimbangan rakyat

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Atasi kebimbangan rakyat KUALA LUMPUR - Setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, kerajaan kini perlu menumpukan kepada mekanismenangani kesannya dan kebimbangan terhadap keupayaan kerajaan menangani dan mengurus hal ehwal keselamatan negara.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata, walaupun undang-undang dan peraturan ini dimansuhkan, kesannya tetap dirasakan semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan perlu berupaya meyakinkan rakyat bahawa ia mampu mewujudkan keseimbangan di antara memberikan ruang kebebasan dan hak asasi yang meluas dan dalam masa sama berupaya mengurus keselamatan negara.

"Nilai 'psyche' dan kerangka minda legasi pertembungan ideologi komunis-liberal era Perang Dingin yang sekian lama mendasari dan terangkum secara mendalam.

"Ditambah pula dengan pemikiran politik yang bersifat perkauman masih wujud di Malaysia harus ditangani secara bijaksana bagi mengelakkan hasrat mewujudkan demokrasi matang yang progresif di Malaysia tidak terbantut," katanya.

Beliau berkata, kefahaman rakyat tidak harus dibataskan kepada konsep keselamatan semata-mata dengan melihat ancaman bersifat ketenteraan sebagai satu-satunya ancaman di negara ini.

"Isu-isu keselamatan juga meliputi pelbagai ancaman lain seperti keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia dan dadah, ancaman konflik etnik, keselamatan makanan, krisis tenaga dan air dunia, epidemik penyakit, bencana alam berskala besar dan sebagainya kini merupakan aspek-aspek keselamatan yang tidak kurang pentingnya, malah kadangkala lebih menggugat keselamatan negara," katanya.

Oleh itu, MPN mencadangkan agar diwujudkan penyelidikan dan pembangunan sosial, untuk melengkapi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang sedia ada.

"Rasionalnya ialah perpaduan yang Malaysia idamkan masih belum wujud. Yang wujud adalah 'kesepaduan sosial' iaitu suatu keadaan aman dan stabil yang terhasil daripada perundingan, tolak ansur dan rasa muhibah antara etnik yang berlaku berterusan. Tetapi tak semuanya manis dan harmonis, kadang kala berlaku konflik," katanya.

Beliau berkata, perpaduan di Malaysia adalah berbentuk 'work-in-progress' di mana melalui penyelidikan dan pembangunan sosial boleh memantau paras kesepaduan sosial dengan tujuan akhirnya untuk mewujudkan perpaduan.

"Kita perlu nanti menentukan apakah sebilangan teras penyelidikan dan pembangunan sosial itu, jumlah dana diperlukan dan sistem pelaksanaannya, iaitu, dari segi agihan dan penilaian rapi supaya kesan hasilnya dapat membantu memastikan keadaan aman dan stabil berterusan sekali gus membina daya ketahanan masyarakat," katanya.

Shamsul Amri berkata, produk daripada penyelidikan dan pembangunan sosial ini adalah dalam bentuk maklumat, ilmu pengetahuan dan analisis yang boleh membantu kita membangun satu sistem amaran awal sekali gus sistem :'sprinkler sosial' :untuk negara bersiap-sedia berhadapan dengan sebarang cabaran terhadap kesepaduan, keamanan dan kestabilan negara.

Beliau berkata, ISA diwujudkan berlatarbelakangkan era Perang Dingin yang menyaksikan pertembungan ideologi komunis dan demokrasi liberal.

"ISA juga di sepanjang sejarah kewujudannya digunakan untuk mengekang anasir subversif, ekstremis agama dan kaum serta terdapat juga sejumlah kes di mana ia turut digunakan untuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu atas pelbagai alasan yang berkait dengan ancaman keselamatan Negara

"Pelaksanaan ISA dan kewujudan beberapa undang-undang yang mengekang kebebasan awam juga sering menyebabkan demokrasi di Malaysia menerima pelbagai kecaman dan kritikan hebat, sekali gus mencacatkan imej demokrasi dan merencatkan perkembangannya di negara ini," katanya.

Katanya, langkah Perdana Menteri memansuhkan ISA dan beberapa akta lain yang mengekang kebebasan asasi sebagai tepat dan kena pada masanya bersesuaian dengan peredaran masa dan hasrat mewujudkan sebuah negara demokrasi yang matang dan progresif.

Peluang wanita cipta kejayaan

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Peluang wanita cipta kejayaan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini akan menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai ikon wanita dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Perdana Menteri berkata, selain memberi pengiktirafan kepada ikon wanita berjaya, penyampaian kedua-dua anugerah itu juga diharap dapat merangsang lebih ramai kaum wanita untuk berusaha gigih dan mencapai kejayaan seumpamanya.

"Saya fikir kalau ada majlis sebegini yang boleh mengiktiraf tokoh ikonik yang berjaya sebagai usahawan dan pengiat sosial akan juga dapat merangsang lebih ramai wanita untuk berfikir 'kalau mereka boleh lakukannya kenapa tidak saya?'

"Itu semangat yang mahu kita lihat melalui anugerah ini," katanya sempena majlis penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pem�bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Pengerusi Yayasan Sime Darby Tun Musa Hitam.

Pada majlis itu, pengasas syarikat Ken-Rich Chemical Production Sdn Bhd, syarikat pengilang peralatan kimia, Hooi Lai Lin dinobat sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 manakala Presiden Rumah Amal Cheshire Datin Paduka Khatijah Sulaiman@Sulieman memenangi Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi kristal serta seutas jam tangan setiap seorang.

Hooi juga mendapat tajaan penyertaan dalam program pembangunan pengeksport wanita anjuran Matrade dan Khatijah pula mendapat penajaan daripada Tabung Khas Perben�daharaan selama dua tahun bagi menjalankan program atau aktiviti sosial.

Perdana Menteri berkata, peranan kaum wanita kini sudah bergerak jauh daripada ruang lingkup sebagai ibu dan isteri kepada menjadi pengerak sosial dan aktivis politik.

Katanya, mereka kini berada dalam fasa di mana kedudukan mereka semakin tinggi dan telah berjaya melangkah ke dalam arus perdana.

Oleh itu, kata Najib sudah sampai masa untuk kaum wanita di negara ini diberikan peluang dan dorongan yang lebih kuat untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

"Ini penting untuk memperkasakan wanita sebanyak yang mungkin," katanya.

Najib berkata, wanita Malaysia bernasib baik kerana tidak pernah berdepan dengan tekanan untuk memperjuangkan hak asasi mereka seperti mana yang berlaku di negara-negara lain termasuk negara maju.

Mengakui bangga dengan pencapaian yang ditempa kaum wanita negara ini, Perdana Menteri berharap usaha mereka tidak terhenti kerana kerajaan sentiasa menyokong mereka.

Katanya, sasaran kerajaan untuk meletakkan 30 peratus wanita dalam bidang korporat tidak sepatutnya dijadikan isu.

"Ini bukan kuota tetapi sasaran... kita bagi tempat berdasarkan merit. Jika tidak saya rasa wanita pun tidak akan terima jika tidak berdasarkan merit," katanya.

Lebih penting, kata Perdana Menteri wanita perlu dilihat sebagai rakan dalam perjalanan untuk mentransformasikan Malaysia.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Enggan jadi gengster, remaja ditetak

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enggan jadi gengster, remaja ditetak BERCHAM - Seorang remaja hampir putus jari akibat ditetak sekumpulan samseng yang bertindak menyerangnya selepas berang kerana mangsa menolak pelawaan menjadi gengster bersama kumpu-lan itu.

Dalam kejadian jam 12 malam berkenaan, K Sasi Kumar, 19, sedang bekerja di kedai barangan lusuh milik bapa saudaranya, C Ramachandran, 43, ketika didatangi anggota samseng terbabit.

"Seperti biasa, saya melakukan kerja harian dan tiba-tiba kumpulan samseng yang menaiki kereta Perodua Viva itu menyerang pakcik saya yang bersiap-siap untuk menutup kedai.

"Pakcik saya ditumbuk di muka kemudian mereka yang bersenjatakan parang terus menyerang saya," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, dia berasa begitu ngeri apabila teringat arahan 'potong dia! potong dia' yang disebut oleh seorang anggota samseng wanita ketika itu dan kata-kata tersebut masih masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Sasi Kumar berkata, sebelum ini kumpulan itu pernah mempelawanya untuk menyertai kumpulan mereka beberapa kali tetapi dia menolak kerana sedar kegiatan itu tidak memberi faedah kepada masa depannya.

"Malangnya, saya diperlakukan sebegini kerana ingkar permintaan kumpu-lan terbabit," katanya yang hampir kehilangan tiga jari kanan akibat ditetak sepasang suami isteri serta rakan mereka, dipercayai anggota kumpulan samseng di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat motif sebenar kejadian dan menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.

Menang 12 kes di mahkamah

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Menang 12 kes di mahkamah ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berjaya memenangi 12 daripada 19 kes rasuah yang dibawa ke mahkamah.

Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akobe berkata, pihak pendakwa raya berjaya memenangi enam daripada kes berkenaan, manakala enam lagi kes melibatkan pengakuan bersalah individu.

"Kesemua 19 kes dihadapkan ke mahkamah ini melibatkan kes semasa dan kes sebelumnya.

"SPRM kalah tujuh kes, yang mana mahkamah memutuskan untuk melepas dan membebaskan individu terbabit dalam enam kes tanpa dipanggil membela diri, manakala keputusan satu lagi kes dilepas dan dibebaskan selepas membela diri," katanya kepada media pada program Gerak Mesra Hari Raya Aidilfitri SPRM Kedah, semalam.

Menurutnya, seramai 10 individu dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini melibatkan 14 pertuduhan rasuah.

"Terdapat satu kes menerima rasuah disiasat mengikut Seksyen 16A, satu kes mengikut Seksyen 17(a) iaitu kesalahan penjawat awam menerima rasuah dan lapan kes mengikut Seksyen 17 (b) iaitu memberi rasuah kepada penjawat awam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Jangan main-main pasal hudud!

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hudud bukan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat dikuasai Barisan Nasional (BN) ataupun Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Hudud juga bukan isu politik biasa, yang boleh dihujah secara sambil lewa. Ia juga bukan semata-mata isu yang hanya menyentuh hati manusia seperti kisah Mat Indera.

Bercakap mengenai hudud, ertinya perlu bersiap sedia untuk memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan hukum tuhan. Ertinya ketika berkata-kata, perlu diingat akan neraka! Namun apabila isu hudud dijadikan bahan politik, yang bercakap mengenainya pula orang politik, ada yang terlupa. Mereka membahaskannya hanya seperti bergosip mengenai Altantuya.

Namun, polemik mengenai hudud setidak-tidaknya telah memperlihatkan betapa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya adalah seorang ahli politik yang licik dan penuh taktik. Beliau melontarkan isu itu ke tengah gelanggang yang sedang panas dengan polemik mengenai Mat Sabu, setelah isu hudud agak sepi sekian lama.

Lontaran Nik Aziz disambut bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kenyataan membela, Kerajaan Kelantan tidak boleh dipersalahkan kerana tidak melaksanakan hudud setelah 21 tahun memerintah kerana kekangan yang dihadapi bukan mudah untuk diatasi.

Menyusul selepas itu ialah provokasi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan, mengapa Kelantan masih tidak laksanakan hudud sedangkan beliau - yang jadi halangan selama ini - sudah tidak lagi jadi perdana menteri.

Sekutu rapat Nik Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan supaya hudud dilaksanakan.

Nik Aziz kemudian berkata, jika DAP tidak setuju Pas laksanakan hudud, parti itu boleh 'blah' daripada PR.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dua dekad lalu pernah menyatakan, Pas boleh langkah mayatnya dahulu jika mahu tubuhkan negara Islam, bingkas dengan kenyataan, DAP tetap menentang hudud dan negara Islam. Turut senada, Lim Guan Eng.

Karpal turut mengecam Nik Aziz yang disifatkan 'lelaki tua yang mahukan perhatian'. Di seberang sana, apa yang berlaku dalam BN, juga tidak kurang panasnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas isu itu mengakui, sebagai orang Islam, ahli Umno wajib menyokong hudud namun buat masa ini, Kerajaan Pusat masih belum bersedia untuk melaksanakannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun secara berterus terang menyatakan, hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini atas sebab, pelaksanaan sesuatu undang-undang perlu berpaksikan realiti. Makanya, hudud dianggap tidak menepati realiti masyarakat majmuk agama di negara kita.

Kenyataan Najib, seperti yang diakuinya, bersandarkan rujukan kepada ulama yang menyatakan prinsip 'maqasid syariah' yang berteraskan matlamat untuk melindungi nyawa, ekonomi, keharmonian dan sebagainya perlu lebih diutamakan berbanding undang-undang jenayah (hudud).

Setakat ini, perang hujah yang bersandar kepentingan masing-masing, terus berlaku dalam BN mahupun PR. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, terang-terangan memberi 'taklik' kepada Umno bahawa talak akan jatuh jika parti itu mahu melaksanakan hudud.

Alangkah janggalnya amaran itu kerana tidak pernah terbit pun kenyataan mana-mana pemimpin Umno bahawa parti itu mahu melaksanakan hudud. Gerakan yang selama ini seperti tidak bergerak, pun juga melaung amaran sama.

Sikap yang diperlihatkan oleh dua parti bukan Melayu (meskipun Gerakan pada dasarnya adalah parti pelbagai kaum) dalam BN itu cukup untuk menunjukkan bahawa Umno belum bersedia untuk melaksanakan hudud sebagaimana yang dinyatakan Muhyiddin dan kesimpulannya, seperti yang disebut oleh Najib, hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Ini jelas daripada nada terkejut dan reaksi keras ditunjukkan Soi Lek dan Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Dalam PR pula, Guan Eng, dalam kenyataan disiarkan semalam, dengan nada lebih keras menegaskan, semua pemimpin kanan DAP akan letak jawatan jika Pas laksanakan hudud.

Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang itu agak kebudak-budakan kerana mustahil baginya meletak jawatan hanya kerana tidak bersetuju dengan Pas sedangkan partinya menguasai 19 daripada 40 kerusi negeri yang dimenangi seratus peratus pada pilihan raya umum lalu, sedangkan Pas hanya mempunyai satu kerusi.

Justeru, ini boleh dianggap sandiwara semata-mata.

Pertelagahan Pas-DAP berhubung isu hudud sememangnya dijangka tidak lama. Kedua dua pihak boleh tunduk dengan mudah apabila berhadapan dengan Anwar dalam mesyuarat majlis pimpinan PR esok (Rabu). Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti!

Namun kenyataan Presiden MCA yang secara tiba-tiba 'menyerang' Umno berkaitan isu hudud sebaliknya menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hati Soi Lek.

Ataupun paling tidak, beliau seperti mahu ahli partinya bersiap sedia jika ditakdirkan jodoh MCA dengan BN tidak kekal lama. Apa pun, sikap mahu jadi juara isu kaum dan agama seperti ini ketara masih menebal dalam kalangan pemimpin parti politik negara kita. Inilah sesuatu yang harus ditangani segera setelah keadaan nampaknya semakin memburuk selepas pengunduran Dr Mahathir pada 2003.

Dalam keadaan ini, Pas nampaknya paling selesa. Strategi Nik Aziz melontar isu hudud ke tengah gelanggang tatkala PRU-13 semakin menjelang, amat kena pada masanya.

Mereka sedang menghampiri pusingan terakhir bagi satu acara larian jarak jauh yang mana setiap pelumba perlu meningkatkan pecutan jika tidak mahu tewas!

Keputusan menggugurkan slogan negara Islam yang digantikan dengan 'negara berkebajikan' pada muktamar Jun lalu, menyaksikan ramai ahli Pas mulai ragu-ragu akan ketegasan pimpinan parti itu memperjuangkan Islam. Ini ditambah dengan sifat beralah yang jelas apabila berhadapan dengan DAP dan PKR.

Namun, lontaran isu hudud oleh Nik Aziz mampu melenyapkan keraguan itu. Ini ditambah dengan ketegasannya bahawa DAP boleh 'blah' jika tidak setuju dengan usaha Pas mahu laksanakan hudud.

Mengikut congakan politik, perang terbuka Karpal - Nik Aziz yang sedia diketahui bercanggah prinsip, akan menguntungkan kedua-dua pihak untuk menarik sokongan penyokong masing-masing. Ini berbeza dengan amaran MCA dan Gerakan terhadap Umno kerana hujah yang dibawa pemimpin dua parti itu tidak begitu kuat.

Nik Aziz kini boleh sahaja terus menggasak Kerajaan Pusat untuk membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) yang diluluskan DUN pada 1993, sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau boleh memberikan sebab bahawa sokongan rakyat yang berterusan kepada Pas sejak 1990 adalah petunjuk mereka mahukan hudud. Jika mereka menolak, sudah tentu Pas tidak lagi jadi Kerajaan Negeri.

Dan apabila Perdana Menteri mengatakan Pusat tidak akan melaksanakan hudud, ini lebih menguatkan Pas dan Nik Aziz.

Apa yang harus dilakukannya ialah mentarbiah DAP untuk lebih memahami hudud. Begitu juga Umno, harus memahamkan MCA, Gerakan dan MIC serta rakan-rakan bukan Islam lain bahawa hudud bukan semata-mata hukuman potong tangan.

Jika itu tidak dilakukan, sampai bila pun kita tidak akan bersedia sebagaimana kata-kata Muhyiddin.

Harapnya, itu bukan hanya alasan kerana setiap orang Islam harus mempunyai niat dan keazaman untuk melihat undang-undang tuhan itu ditegakkan, tidak kira sama ada ahli Umno ataupun Pas. Itu bagi yang tidak berkuasa manakala bagi pemegang kuasa, mereka perlu berusaha melaksanakannya!

Pernahkah Tanah Melayu dijajah?

Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT

Di Malaysia, masa kini amat mewah dengan maklumat dan penghujahan. Sesetengah hal dibahaskan adalah biasa saja, tetapi sesetengahnya agak baru dan segar. Sesetengahnya menimbulkan kemarahan kerana terdapat hujah yang sensitif, manakala yang lainnya terasa sederhana. Saya akan bicara hujah yang heboh oleh sebab persekitaran dan kerana orangnya.

Profesor Datuk Zainal Kling pernah suarakan pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Beliau bercakap dalam tahun 2009. Hal itu ditegaskannya dalam satu seminar di Ayer Keroh, Melaka. Saya berada dalam majlis itu tidak bangun beri pandangan, sama ada menyokongnya atau menentang. Orang lain ada bercakap, tetapi tidak bahaskannya hingga panas. Dapat dikatakan, hadirin menganggap Zainal beri pandangan tersebut sebagai satu tafsiran, bukan menolak apa-apa yang terjadi dalam masyarakat kita pada masa lampau.

Saya tidak mendengar Zainal bercakap tentang komunis. Beliau juga tidak menyanjung penjajah. Beliau menganggap pihak luar tidak menjajah Tanah Melayu selama 400 tahun seperti selalu disebut orang. Khusus berkaitan dengan British, beliau mengatakan Tanah Melayu pada masa lampau ialah sebuah naungan (protectorate), dan ini bukannya tanah jajahan (colony).

Tidak terdapat sesuatu yang keterlaluan dalam pandangan Zainal. Dalam tahun ini, Zainal ulangi pandangan itu. Para sarjana membicarakan pandangan Zainal dengan berpegang pada ilmu, tetapi sejumlah ahli politik menganggapnya satu gangguan. Pada masa ini, di sana sini orang membicarakan subjek sejarah, kerana mereka menganggap sejarah kita ditulis secara kurang memuaskan. Ada tokoh pembangkang mengatakan sejarah kita ditulis untuk menyanjung pihak yang menyokong kerajaan sekarang, dan mereka akan mengubahnya jika memerintah. Azam begitu tentulah tidak objektif, kerana dalam kerajaan akan datang (jika berlaku perubahan) sejarah akan ditulis untuk menyokong kerajaan baru pula.

Pada masa lepas saya menganggap sejarah adalah laporan yang benar-benar objektif - betul, tanpa pindaan biarpun sedikit. Dalam tahun 1973, setelah membaca buku Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu karya Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, saya sedar bahawa sejarah ialah catatan dan tafsiran perkara-perkara penting dalam masyarakat mengikut masa. Saya masih ingat pandangan Naquib, jika kesemua hal hendak dicatatkan, maka 'amat berlonggokan' bahan yang perlu kita baca. Jadi, kita perlu membaca perkara yang penting saja, dan sejarah bukan ilmu yang menyebut semua hal masa lampau.

Seterusnya, timbul masalah. Pertama, perkara yang dianggap penting oleh seseorang sejarawan, mungkin diketepikan oleh sejarawan lain. Kedua, setelah sesuatu peristiwa dipilih, sejarawan berikan tafsiran. Jadi tafsiran itu pula yang muncul sebagai unsur penting, bukan peristiwa berkenaan.

Dalam satu majlis ilmu, ketika membicarakan peranan wanita dalam perjuangan menentang penjajah, saya beri pandangan - peranan wanita tidak wajar diberikan tajuk besar. Jika dia berjuang, maka kita sebutkan dia berjuang. Saya sengaja hendak mengusik pakar sejarah terkemuka, iaitu Prof Datuk Ramlah Adam. Saya katakan begini: Dalam hal Sasterawan Negara, kita mencari sasterawan yang layak, tidak kira lelaki atau wanita. Kita tidak perlu risau jika sampai kini belum ada sasterawan wanita jadi Sasterawan Negara. Jika seseorang sasterawan itu layak, maka naikkan dia menjadi Sasterawan Negara, tidak kira dia lelaki atau wanita.

Ramlah jawab: sastera lain, sejarah lain. Saya akui sejarah tidak sama dengan sastera. Hal peranan wanita ditutup di situ, tetapi saya mula menekankan, ada perkara yang sama antara sejarah dengan sastera. Perkara itu ialah sama ada kita mentafsirkannya berpusatkan pihak A atau B. Pernah saya baca kenyataan seorang pembicara, dalam hal tafsiran, sejarah berada dalam minda sejarawan.

Pandangan Zainal telah menimbulkan kehebohan. Ada yang menyindir: apakah maknanya sambutan Hari Kemerdekaan jika kita tidak pernah dijajah? Apakah peranan Tunku Abdul Rahman jika Tanah Melayu tidak dijajah ketika itu?

Perkara yang disebutkan di atas ialah soal emosi. Tidak mungkin dengan penegasan Zainal, semua hal akan berubah dengan cara drastik. Zainal setakat ajak masyarakat memikirkan hal-hal tertentu, dan terus mencari fakta yang lebih mantap untuk bantu kita mentafsirkan sejarah.

Kita telah lihat tokoh Pas membuat tafsiran sejarah, dan beliau sedang hadapi kesan daripada tafsirannya itu. Masalah yang timbul di situ ialah siapakah yang bercakap? Biarpun persoalannya tafsiran, masyarakat melihat pemimpin politik tidak wajar membawa perkara sensitif untuk dipermudah. Sejarah hendaklah disuarakan oleh sejarawan, bukan politikawan.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved