Sinar Harian :: Suara Cakna |
Menteri Kewangan Rusia letak jawatan Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT Menteri Kewangan Rusia letak jawatan
MOSCOW - Menteri Kewangan Rusia, Alexei Kudrin meletak jawatan, kelmarin selepas digesa Presiden Dmitry Medvedev kerana menentang usul beliau yang mencadangkan mentornya, Vladimir Putin untuk bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya Mac depan.
"Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan dan ia diterima tanpa sebarang bantahan," menurut Kudrin. Terdahulu, Medvedev menegaskan protes Kudrin itu seakan mencabar kredibilitinya sebagai pemimpin tertinggi di negara tersebut. "Jika sesiapa tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan presiden dan yang sedang dilaksanakan kerajaan, mereka hanya ada satu pilihan iaitu meletak jawa-tan," menurutnya lagi. Protes Kudrin yang mencetuskan kemarahan presiden itu dipercayai berpunca akibat rasa tidak senang terhadap perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pemimpin tersebut. Sementara itu, keputusan Putin yang kini memegang jawatan perdana menteri untuk kembali menjadi presiden turut mencetuskan perasaan tidak senang negara Barat yang menganggap bekas ejen perisikan Rusia itu lebih bersifat anti-Barat berbanding Medvedev. | |
Pengebom gereja Indonesia suspek paling dikehendaki Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT Pengebom gereja Indonesia suspek paling dikehendaki
JAKARTA - Pengebom berani mati yang menyerang sebuah gereja, Ahad lalu dan menyebabkannya terbunuh serta mencederakan 28 yang lain didakwa tersenarai sebagai suspek paling dikehendaki di Indonesia, menurut polis, semalam.
|
Ahmad Yosepa Hayat, 31, atau Ahmad Urip dipercayai terlibat dengan serangan berani mati di negara itu, kira-kira lima bulan lalu. Jurucakap polis, Anton Bachrul Alam berkata, ujian cap jari dan DNA menunjukkan Ahmad adalah ahli kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT) yang diasaskan oleh pemimpin kumpulan militan, Abu Bakar Bashir. Abu Bakar telah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara, Jun lalu selepas disabitkan bersalah kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap negara Barat dan pemimpin politik. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan