SH |
Posted: 26 Sep 2011 05:00 PM PDT Jurujual kejar peragut
JOHOR BAHRU – Tindakan nekad seorang jurujual mengejar dan merempuh motosikal peragut yang merampas beg tangan miliknya berbaloi apabila bukan sahaja mendapat kembali tas tangannya malah penjenayah itu turut dicekup.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, di Jalan Maju, Taman Pelangi, mangsa, Cindy Tan, 52, sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego. Menceritakan kembali detik cemas itu, katanya, dia dihampiri sebuah motosikal berkuasa tinggi dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangannya yang diletakkan di bakul hadapan. "Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh. "Lepas itu saya terus bangun dan capai beg tangan saya, sebelum lari ke dalam restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Cindy berkata, peragut tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal. Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu segera memberikan bantuan sebelum menyerahkan lelaki terbabit ke balai polis berhampiran. Kejadian diragut katanya, adalah kali kedua yang berlaku ke atas dirinya dan kali pertama ia berlaku pada 2005 di Taman Megah Ria, dekat sini. "Insiden seperti ini berlaku kepada saya pada tahun 2005 di mana peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. "Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan motosikalnya juga tidak mempunyai rekod kesalahan," katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mengakibatkan kecederaan. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan