Jumaat, 5 Ogos 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tak takut hukuman gantung

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak takut hukuman gantung TANJUNG BUNGAH – 'Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut'. Itulah jawapan berani seorang lelaki apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) malam kelmarin.

Kedua-duanya sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan mendaftar masuk ke hotel yang semurah RM50 semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, hampir 14 penguat kuasa menyerbu sebuah hotel bajet di Pantai Miami Tanjung Bungah.

Didapati dalam sebuah bilik di tingkat satu hotel sepasang lelaki dan wanita Islam duduk berdua-duaan dan gagal membuktikan masing-masing mempunyai pertalian yang sah di sisi agama.

Ketika dicekup, lelaki berkenaan kelihatan seperti biasa dan mengikut semua kehendak penguat kuasa JAIPP, namun keadaannya berubah secara tiba-tiba apabila dikatakan hendak dibawa ke balai kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang atas kesalahan berkhalwat.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Lelaki itu dengan tiba-tiba memberontak dan dengan beraninya berkata jika hukuman gantung sekalipun dia tidak takut, malah Mahkamah Tinggi juga dia sudah biasa.

Bukan sahaja bertindak seakan menjerit dalam bilik hotel, lelaki itu turut menolak tangan tidak mahu dipegang penguat kuasa.

Manakala teman wanitanya yang turut ditahan bersama hanya mampu memujuk lelaki itu supaya bersabar.

Ketika dibawa turun, wanita itu mengaku datang ke hotel kerana bergaduh dengan keluarganya.

"Memang saya ada gaduh dengan keluarga, sebab itu datang ke hotel dan saya bayar separuh duit hotel sementara separuh dia bayar sebab saya tidak bawa duit banyak kerana keluar dari rumah tiba-tiba," katanya.

Kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIPP Lebuh Pantai untuk disoal siasat dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk dibuat laporan polis.

Operasi yang bermula jam 10 malam itu dinamakan Ops Santai dan diketuai Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan.

Turut sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa, Jaafar Ismail dan 14 anggota penguat kuasa.

Khairul Azman berkata, ia adalah operasi Seksyen 27 atas kesalahan khalwat dan juga Seksyen 29 iaitu melakukan perkara tidak sopan di tempat awam serta yang pertama kali diadakan pada Ramadan kali ini.

Menurutnya, seramai tiga pasangan ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

"Dua pasangan di kawasan lapang Queensbay Mall, dan sepasang lagi di Bayan Indah berhampiran Pantai Jerejak, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara.

"Manakala bagi Seksyen 27 atas kesalahan berkhalwat pula seramai dua pasangan yang ditahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penduduk hargai jasa MBI

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penduduk hargai jasa MBI IPOH - Penduduk Taman Buntong Jaya boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja pemasangan longkang-longkang besar bagi mengatasi masalah banjir yang melanda sejak dua tahun lalu, sedang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Wakil penduduk, A.Nadarajah, 49 berkata, sebelum pemasangan longkang-longkang besar itu, kawasan sekitar taman berkenaan sering mengalami masalah banjir sehingga mengakibatkan penduduk berdepan masalah air bertakung dan melimpah ke dalam rumah.

Katanya, selain itu takungan air juga menghanyutkan sampah sarap hingga meninggalkan kesan-kesan kotoran di kawasan rumah penduduk serta di jalan-jalan raya sekitar Pesiaran Buntong Jaya 11, 13, 17, 20, 22, dan 22 di sini.

"Kami telah menyuarakan masalah ini sejak dua tahun lalu. Sejak tempoh berkenaan pihak MBI telah turun padang bagi meninjau sebelum menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Pada hari ini kerja-kerja itu telah pun selesai. Pemasangan longkang-longkang besar berkenaan juga telah membantu pengaliran air lebih sempurna dari Pesiaran Buntong Jaya 22 hingga Pesiaran Buntong Jaya 6," katanya.

Sehubungan itu, dia yang mewakili penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBI yang telah membantu menyelesaikan masalah banjir ini hasil pemasangan longkang-longkang besar itu.

Sementara itu, Nadarajah berkata, pihaknya turut memohon bantuan daripada pihak MBI untuk menurap jalan-jalan di sekitar taman berkenaan yang tidak pernah berturap.

Katanya, pihaknya juga memohon agar longkang-longkang di kawasan berkenaan dicuci dengan lebih kerap oleh pihak MBI bagi memastikan kawasan berkenaan sentiasa dalam keadaan baik dan yang terjaga kebersihannya.

"Kerjasama daripada semua penduduk di taman ini perlu untuk bekerjasama menjaga kebersihan dengan tidak lagi membuang sampah di merata-rata tempat, khususnya ke dalam longkang bagi membantu mengekalkan kebersihan di kawasan ini," katanya.

Rahsia hidup mewah terbongkar

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rahsia hidup mewah terbongkar PETALING JAYA – Rahsia kehidupan mewah dua pelajar warga Afrika terbongkar selepas mereka diberkas bersama dadah disyaki syabu bernilai hampir RM300,000, di Mentari Court, PJS8 di sini, kelmarin.

Suspek lelaki yang berusia masing-masing 26 dan 23 tahun itu adalah pelajar sebuah institusi swasta di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berumur 26 tahun diberkas, kira-kira jam 6.10 petang, di tempat letak kereta.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui dua peket dadah disyaki syabu seberat 1.59 kilogram.

Susulan itu katanya, polis menyerbu rumah sewa suspek di sebuah kondominium di Taman Sri Subang dan memberkas rakannya bersama 59 gram dadah sama.

"Siasatan mendapati suspek daripada kumpulan pengedar yang sama. Kita percaya suspek menjual dadah ini dalam kalangan pelajar asing.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek hidup senang dengan hasil yang diperoleh berikutan beberapa resit keluar masuk wang ditemui di dalam rumah tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun lalu.

Suspek ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Guru maut ketika jemput isteri

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Guru maut ketika jemput isteri SUNGAI TONG – Seorang guru, Ahmad Yusrizal Yusuf, 33, maut apabila kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sawit dalam kejadian pada jam 1.25 petang kelmarin di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Sungai Tong.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, kejadian yang berlaku itu disebabkan pemandu Perodua Viva gagal mengawal keretanya ketika ingin memotong kereta di hadapannya sebelum bertembung dengan lori tangki minyak.

"Berdasarkan siasatan, lori tangki minyak yang datang dari arah kilang sawit di Sungai Tong menghala ke Kota Bharu tidak dapat mengelak kereta Perodua Viva yang tiba-tiba memasuki laluan bertentangan walaupun ketika itu lori terbabit sudah hampir.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, Perodua Viva itu melanggar lori terbabit sehingga menyebabkan bahagian depan kereta remuk teruk dan lori tangki minyak itu terbabas ke kanan jalan.

"Pemandu kereta terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan manakala pemandu lori yang berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Rohaizat berkata, selepas kemalangan itu, pemandu lori tangki telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, mangsa merupakan seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkap dalam perjalanan pulang dari sekolah untuk mengambil isterinya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong.

"Mangsa yang tinggal di Tok Jiring, Kuala Terengganu sentiasa menggunakan laluan ini untuk berulang-alik pada setiap hari dan saya tidak menyangka ajalnya hari ini (kelmarin) walaupun jarang berjumpa mangsa.

"Saya mendapat maklumat ini setelah dihubungi rakan yang menyatakan Cikgu Mat (panggilan mesra untuk arwah) terlibat dalam kemalangan dan ketika sampai, saya terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Dua beradik trauma

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik trauma KOTA BHARU- Malang menimpa dua beradik, apabila mereka diragut oleh dua pemuda yang juga menaiki motosikal di Jalan Salor-Pintu Geng di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa Siti Farizat Mustapha, 22, bersama kakaknya, Siti Sarina Mustapha, 23, hilang kawalan dan terseret sehingga menyebabkan kedua-keduanya mengalami kecederaan pada muka dan badan.

Ketika kejadian, Siti Sarina, membonceng motosikal yang ditunggang adiknya, menuju ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menjalani latihan praktikal di stesen terbabit.

Siti Sarina berkata, dia tidak menyedari diekori oleh dua lelaki dari arah belakang sehinggalah kedua-dua suspek terbabit meragut salah satu beg tangan dalam raga motosikal yang dinaikinya itu.

"Ketika sampai hanya beberapa meter dari bangunan RTM berkenaan, dua lelaki menghampiri kami dan terus merentap beg dari arah belakang dan menyebabkan motosikal yang ditunggang adik saya hilang kawalan.

"Saya cuba berteriak menyuruh adik saya berhenti lalu adik saya membrek secara mengejut sehingga menyebabkan kami jatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Siti Sarina berkata, adiknya cedera muka dan tangan manakala dia hanya cedera bahagian mata.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistant Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 sebagai jenayah samun.

"Kedua-dua suspek dipercayai memecut motosikal melarikan diri ke arah jalan Salor-Wakaf Che Yeh.

"Setakat ini kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Zaid Ahmad, berkata, adik mangsa di tempatkan di Wad 28 dan kini dilaporkan stabil.

Impi kehidupan lebih sempurna

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Impi kehidupan lebih sempurna SUNGAI MOK – Sebanyak empat keluarga Orang Asli yang memeluk Islam sejak lapan tahun lalu di Kampung Sungai Mok, di sini, mengimpikan kehidupan lebih sempurna sama seperti masyarakat Islam lain.

Mereka mahu mengubah tradisi warisan lama diamalkan sejak dahulu kepada budaya kehidupan masyarakat Melayu dan Islam seluruhnya selepas berpindah ke kampung itu sejak lebih dua bulan lalu.

Mereka semua sebelum ini tinggal di Kampung Orang Asli, Bukit Lepas, namun mengambil keputusan untuk 'berhijrah' ke penempatan baru bagi menambah sumber pendapatan lebih baik.

Bagaimanapun, nasib empat saudara baru itu masih tidak berubah apabila hanya bergantung harap kepada hasil hutan untuk menyara hidup memandangkan sumber ekonomi terhad di kampung itu.

Masih dihimpit kesusahan

Seorang penduduk, Ramli Mohamad, 46, berkata, kehidupan mereka masih dihimpit kesusahan walaupun terdapat usaha dilakukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Mok untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Ramli berkata, dia hidup dalam tekanan kerana terpaksa menanggung tujuh daripada 10 anak yang masih tinggal bersamanya memandangkan dia hanya bergantung harap kepada hasil hutan.

Menurutnya, sebelum ini, dia dan keluarga lain tinggal di penempatan Orang Asli Kampung Bukit Lepas, namun akibat dihimpit kemiskinan, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah.

"Kami mahu menjalani kehidupan baru dan keluar daripada kepompong kemiskinan, namun nasib kami masih tidak berubah walaupun sudah berpindah ke kawasan baru," katanya kepada Sinar Harian.

Harap ihsan JKKK Sungai Mok

Isterinya, Lela Tintang, 38, berkata, penempatan yang baru didudukinya itu tidak mempunyai bekalan air bersih seperti dinikmati dahulu, namun mereka terpaksa juga meneruskan kehidupan.

Menurutnya, mereka terpaksa bergantung harap kepada sumber elektrik menggunakan generator yang ditarik dari kampung berdekatan untuk menerangi kegelapan malam di kawasan itu.

"Kami terpaksa mengangkut air dari kampung berdekatan, manakala menggunakan air parit di Ladang Yayasan Kemelai untuk keperluan mandi dan membasuh pakaian akibat ketiadaan bekalan asas ini," katanya.

Menurutnya, masalah itu mendapat perhatian JKKK Sungai Mok yang sanggup mendirikan rumah pondok bagi memenuhi keperluan masyarakat itu menjalani kehidupan, namun mereka masih menagih keperluan rumah lebih selesa.

"Rumah pondok kayu ini adalah hasil usaha JKKK Sungai Mok yang sanggup menerima kehadiran kami di kampung ini, namun kami berharap ada penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Tidak ikut ajaran Islam

Asia Mohamad, 39, berkata, dia dan keluarganya juga tidak lena tidur akibat sering digigit nyamuk setiap malam, tambahan pula kawasan itu dikelilingi hutan dan semak.

Kami terpaksa memasang unggun api setiap malam untuk mengelakkan digigit nyamuk, namun sampai bila kami terpaksa berhadapan dengan masalah ini yang masih tiada penyelesaian?" katanya.

Asia yang memeluk Islam pada 3 Jun 2004 berkata, dia juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat Islam lain, malah tidak dapat mengikuti ajaran yang disyariatkan Islam terhadap penganutnya

Menurutnya, masalah itu berpunca akibat kurangnya bimbingan agama kepada saudara baru hingga perkara-perkara asas dalam Islam tidak diketahuinya, malah amalan seperti menunaikan solat dan puasa Ramadan ditinggalkan.

"Kurangnya perhatian daripada pihak tertentu khususnya pihak berkuasa agama menyebabkan kami di sini masih kabur mengenai rukun Islam dan tidak menghayati agama suci ini dengan baik," katanya.

Onos Jonus, 45, berkata, mereka memang masih belum mendalami ajaran Islam sebenar tetapi tidak mahu menyalahkan pihak berkenaan.

Menurutnya, dia dan keluarganya masih tidak berpuasa, malah masih mengekalkan budaya tradisi yang banyak bercanggah dengan Islam memandangkan tidak mendapat bimbingan secukupnya.

"Walaupun kami Islam, namun kami mengaku tidak pernah berpuasa sejak dulu hingga sekarang kerana tiada bimbingan dan saya amat kesal kerana kami dibiarkan tanpa bimbingan sewajarnya," katanya.

JKKK harap atasi segera masalah berkaitan

Pengerusi JKKK Sungai Mok, Jamaluddin Baya mahu pihak berwajib khususnya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberi penekanan lebih serius kepada saudara baru.

Jamaluddin berkata, mereka yang berpindah ke kampung itu kecewa kerana masih tidak mempunyai sumber ekonomi tetap di kampung lama meskipun dijanjikan dengan peluang ekonomi lebih baik sebelum ini.

"Mereka kecewa kerana masih dihimpit kemiskinan dan terpaksa berpindah ke kampung baru yang mana mereka mempunyai talian saudara dengan penduduk di kampung ini," katanya.

Lagi pelajar dakwa didera

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lagi pelajar dakwa didera

SKUDAI – Selepas dua laporan kes pelajar sekolah didakwa didera, kini satu lagi laporan membabitkan dakwaan dikasari pelatih kem motivasi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai (SMKTDS).

Ketua Biro Pengaduan Awam Johor, Kua Song Tuck yang mendedahkan perkara itu berkata, segelintir pelajar ini telah melaporkan bahawa dikasari dan dilemparkan kata-kata kesat ketika :mengikuti kursus motivasi di Ulu Tiram pada 18 hingga 21 Julai tahun lepas yang membabitkan 44 pelajar sekolah itu

"Ada aduan mengenai mereka didera dan dilayan dengan kasar. Saya lihat kem ini ada bagusnya namun pengisian perlu diperbaiki.

"Ini kerana pegawai ini sudah terbiasa dengan tindakan kasar, namun apabila pelajar sekolah ini yang mengikuti itu tidak terbiasa akan persekitaran sebegitu," katanya yang ditemui di luar :perkarangan SMKTDS, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang pelajar SMKTDS, Chua Jun Wen, 16, mendakwa dipukul di kepala termasuk di bahagian muka hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

"Ada sahaja kesalahan yang dilakukan meskipun kecil, kami akan dipukul. Ada juga pelajar yang melakukan kesalahan membawa rokok telah dipaksa untuk menghisap sekotak rokok sehingga habis," katanya.

Menurut ibunya, Chan Sok Kim, 38, dia sama sekali tidak bersetuju apabila anaknya diperlakukan dengan kasar ketika mengikuti kursus berkenaan.

"Jika ada kem sebegini lagi, saya tidak akan menghantar anak saya untuk menyertainya. Saya tidak suka anak saya dipukul sesuka hati," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Surat untuk PM dihantar Isnin

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Surat untuk PM dihantar Isnin SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) akan hantar surat kepada Perdana Menteri Isnin ini, mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat berkaitan isu sekumpulan pemegang status penduduk tetap (PR) didakwa dapat kewarganegaraan dalam tempoh singkat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menuntut sidang tergempar itu setelah tidak mendapat jawapan yang meyakinkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu terbabit.

"Isu kewarganegaraan adalah satu perkara yang sangat serius. Oleh itu, ia tidak boleh dibiarkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Salahuddin memberi tempoh seminggu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab surat tuntutan supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu berkenaan.

Beliau turut mendedahkan hasil semakan mereka yang mendakwa, sehingga kini, sejumlah 1,597 kes seumpama itu dikesan di seluruh negara.

Salahuddin mendakwa sindiket terancang terlibat kerana individu terbabit bukan sahaja diberikan kewarganegaraan dalam masa singkat malah didaftarkan sebagai pengundi.

"Angka ini diperolehi hasil siasatan unit khas kami untuk mengesan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. Maklumat itu juga secara jelas dapat dilihat di laman web JPN, KDN dan SPR.

"Masyarakat umum juga sendiri boleh melihat sendiri perubahan ini, seperti jumlah PR yang mendapat Mykad dalam masa yang singkat dan senarai nama yang sama sebagai pengundi," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa, ada tangan ghaib di dalam agensi terbabit yang dilindungi pihak tertentu menjayakan konspirasi itu.

Katanya, sidang tergempar perlu diadakan segera bagi bolehkan segala persoalan dijawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Putus tiga jari akibat main mercun

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Putus tiga jari akibat main mercun KOTA BHARU - Akibat mercun meletup di tangan, hasrat seorang remaja untuk berseronok bertukar duka sepanjang hayat apabila kehilangan tiga jari dalam satu kejadian di Dewan Beta di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, dikatakan membonceng motosikal bersama seorang rakan sambil membakar mercun, namun ia gagal membaling sebelum meletup dijarinya.

"Belum sempat saya baling mercun terbabit, ia meletup sehingga menyebabkan tiga jari kiri termasuk jari telunjuk, hantu dan ibu jari hancur," katanya ketika ditemui di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Menurutnya, sebelum ini dia sering bermain mercun terbabit dan kejadian itu adalah pengalaman pertamanya yang menyebabkan dia kehilangan jari.

"Selepas kejadian ini, saya serik bermain mercun kerana peristiwa itu memeritkan dan sehingga hari ini (semalam), saya masih menanggung kesakitan kesan letupan mercun itu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad berkata, kes itu adalah kejadian kedua diterima hospital berkenaan.

Menurutnya, kejadian pertama melibatkan remaja berusia 20 tahun yang mengalami kecederaan mata dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Ini kes pertama menyebabkan kehilangan jari diterima," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan unsur negatif pupuk kesedaran

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bukan unsur negatif pupuk kesedaran SENAI – Tindakan diambil pihak berkenaan terhadap pelajar yang mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lalu, bertujuan meningkatkan kesedaran untuk berubah ke arah kebaikan dan bukanlah berunsur negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, segala aktiviti diadakan adalah untuk menanamkan keinsafan kepada pelajar terlibat.

Menurutnya, ia bertujuan mendidik pelajar supaya menjauhi perlakuan jenayah kerana tindakan tidak bermoral itu pasti mendatangkan kesan tidak baik.

"Kami minta ibu bapa tenang dan memahami matlamat sebenar kepada pengisian program yang bertujuan me-ngubah kelakuan pelajar kepada tingkah laku yang baik supaya lebih berdisiplin.

"Ini adalah antara bentuk kesedaran yang melatih pelajar untuk mengikuti peraturan ditetapkan bukan sahaja pada masa sekarang, malah untuk kesan kebaikan jangka masa panjang," katanya.

Maulizan berkata, perkara itu dihantar kepada pihak Jabatan Pelajaran atau ke peringkat kementerian untuk difahami lebih jelas dan buat masa ini masih menunggu tindakan susulan diambil sama ada program sedemikian masih dapat diteruskan atau sebaliknya.

"Kita tunggu sahaja pihak berkenaan memutuskan sama ada kursus terbabit diteruskan atau sebaliknya, tetapi apa yang jelas matlamat kursus itu bukan untuk mendera pelajar.

"Bukan itu sahaja, pengisian program itu turut dikawal guru yang ditugaskan dan setiap pelajar perlu mengikuti pelbagai aktiviti ditetapkan dalam jadual," katanya.

Beliau berkata, tidak timbul isu mereka dilayan seperti banduan, bahkan mereka bukan mengikutinya di dalam penjara, tetapi di lokasi lain yang lebih selamat sekadar memupuk semangat jati diri.

Beliau mengulas dakwaan pelajar beberapa sekolah yang melaporkan bukan sahaja dibotakkan, sebaliknya turut dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk, ditendang dan dipaksa menggunakan pakaian banduan semasa menghadiri kursus terbabit.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seramai 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda didakwa didera secara fizikal ketika mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Timbalan Pengarah Veterinar dibunuh

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Timbalan Pengarah Veterinar dibunuh IPOH – Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPVN), Dr Rohani Kasim, 38, ditemui maut dalam gulungan selimut di Pangsapuri Permai Lake View, Ulu Kinta, semalam.

Mayat mangsa ditemui seorang pegawai keselamatan ketika melakukan rutin rondaan di pangsapuri didiami mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian jam 4.30 pagi itu ada kaitan dengan unsur jenayah.

"Polis menangkap dua lelaki berumur 26 tahun tidak lama kemudian berhampiran kawasan berkenaan.

"Suspek ketiga berusia 21 tahun ditahan di Tanjung Malim pada kira-kira jam 4.20 petang dan ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Menurutnya, polis kini giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih disiasat.

"Orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan A Nirmala di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2531500," katanya.

Sementara itu, di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, semalam, suasana pilu menyelubungi ahli keluarga dan rakan pejabat yang sabar menanti bedah siasat selesai dilakukan.

Keluarga Dr Rohani menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon dan Pengarah JPVN, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Zambry turut memberi sumbangan RM8,000 kepada keluarga mangsa.

Menerusi jumlah itu, RM5,000 adalah bantuan atas tragedi yang berlaku dan RM3,000 untuk bantuan pengurusan jenazah pegawai awam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rancakkan dialog antara agama

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Benarkah Islam menjadi ancaman besar sehingga ada usaha besar-besaran di Barat untuk menghapuskannya? Di Amerika Syarikat, ada ahli politik yang mencadangkan pembinaan masjid diharamkan. Ada paderi membakar Quran. Presiden George W Bush pernah menggunakan istilah 'perang salib' semasa melancarkan perang terhadap keganasan sejagat, kemudian menghantar bala tentera ke Iraq, Pakistan dan Afghanistan.

Anders Behring Breivik, pembunuh 77 orang termasuk beberapa Muslim di Norway 22 Julai lalu, berikrar menghapuskan Islam daripada negara itu dalam manifesto 1,300 muka surat yang disiarkan di internet. Padahal, orang Islam berjumlah hanya 100,000 daripada lima juta penduduk Norway. Ada kebimbangan dalam kalangan agensi keselamatan Eropah pelampau Kristian lain meniru serangan yang beliau lakukan.

Tahun lalu, beberapa masjid di Beit Fajjar, Tebing Barat dan Groningen, Belanda telah diconteng, kemudian dibakar.

Di Belanda, pembenci Islam paling besar ialah Geert Wilders, seorang ahli Parlimen yang mahu mengharamkan kemasukan imigran Islam, pembinaan masjid dan pemakaian burqa. Dia anggap Islam adalah fasisme, dan mahu semua Quran, yang disamakan dengan Mein Kampf karya Hitler, dibakar.

Semasa melawat Jerman, beliau mendesak rakyat negara itu menubuhkan parti anti-Islam dan mengambil tindakan sama. Negara yang banyak masjid dan orang memakai burqa bukanlah Jerman yang diidamkan Goethe, Schiller, Bach dan Mendelssohn, tegasnya.

Pendirian Wilders ditentang oleh Parti Rakyat Eropah, yang menggabungkan 73 parti berfahaman kanan. Mereka anggap Wilders seorang rasis dan zenofobik.

Tindakan diskriminasi terhadap Islam dan serangan terhadap Muslim juga berlaku di Australia, Perancis, United Kingdom dan beberapa negara Eropah lain. Antara lain, ini berpunca daripada tanggapan mereka bahawa orang Islam terbabit dengan keganasan dan imigran Muslim tidak dapat asimilasi dengan penduduk tempatan. Ahli lembaga bank pusat Jerman, Thilo Sarrazin, dalam bukunya, menuduh pendatang Muslim sebagai punca ekonomi Jerman merosot.

Benarkah Islam punca segala masalah keganasan dan kemerosotan dunia? Aman damaikah dunia ini jika tidak ada agama Islam?

Graham E Fuller, dalam bukunya World Without Islam (New York, 2010) berpendapat punca pelbagai krisis dunia bukan agama – jauh sekali Islam. Perbezaan politik, kepentingan ekonomi dan pergeseran antara budaya yang telah berlarutan ribuan tahun adalah punca pelbagai konflik yang wujud hari ini. Pada luarannya, sesuatu krisis adalah kerana agama tapi sebenarnya berpunca daripada prejudis tebal dan perseteruan yang begitu lama.

Tidak ada apa yang tidak kena dengan Islam. Bukan agama puncanya. Islam tidak mendorong keganasan, kerosakan atau kacau bilau. Malah, asas agama Islam ialah keselamatan, keamanan, kestabilan dan perpaduan.

Malaysia mengambil pendekatan praktikal berhubung agama, Inilah pendekatan kita sejak Merdeka. Di bawah Perlembagaan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi, agama lain boleh dianuti dan diamalkan secara bebas. Warganegara pelbagai bangsa dan agama hidup berbaik-baik, generasi demi generasi.

Datuk Seri Najib Tun Razak menganjurkan kesederhanaan. Katanya, Islam bukanlah ancaman dan Islamophobia hanya wujud dalam kalangan pelampau. Dunia seharusnya melihat Malaysia sebagai contoh terbaik, di mana rakyat pelbagai kaum dan agama hidup aman damai. Dalam mencari jawapan kepada keadaan di benuanya, Kesatuan Eropah bolehlah mengadakan dialog dengan negara moderat seperti Malaysia. Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai sekretariat jawatankuasa ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sering mengadakan dialog, forum dan persidangan. Aktiviti sebegini, selain yang bersifat komuniti, kebajikan dan pendidikan, perlu digiatkan lagi. Badan lain seperti Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), universiti, think tank dan NGO juga boleh memainkan peranan meningkatkan persefahaman agama, menggalakkan muhibah antara kaum dan keharmonian antara agama.

Pendirian Perdana Menteri dan pendekatan Malaysia diterima baik di peringkat antarabangsa. Setelah melawat negara dan rantau ini, Senator Christopher Bond dan Lewis Simons, dalam buku The Next Front (New Jersey, 2009) berpendapat, Malaysia dan Asia Tenggara boleh menjadi pusat kebangkitan Islam yang sederhana.

Sempena Ramadan yang jatuh pada bulan kemerdekaan, marilah kita bertekad menjadi Muslimin yang baik, bertoleransi dan saling menghormati penganut agama lain. Bagi yang bukan Islam, harus mempunyai tekad sama dan menjadi warganegara yang patuh kepada Perlembagaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved