SH |
Guru maut ketika jemput isteri Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Guru maut ketika jemput isteri
SUNGAI TONG – Seorang guru, Ahmad Yusrizal Yusuf, 33, maut apabila kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sawit dalam kejadian pada jam 1.25 petang kelmarin di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Sungai Tong.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, kejadian yang berlaku itu disebabkan pemandu Perodua Viva gagal mengawal keretanya ketika ingin memotong kereta di hadapannya sebelum bertembung dengan lori tangki minyak. "Berdasarkan siasatan, lori tangki minyak yang datang dari arah kilang sawit di Sungai Tong menghala ke Kota Bharu tidak dapat mengelak kereta Perodua Viva yang tiba-tiba memasuki laluan bertentangan walaupun ketika itu lori terbabit sudah hampir. "Disebabkan jarak yang terlalu dekat, Perodua Viva itu melanggar lori terbabit sehingga menyebabkan bahagian depan kereta remuk teruk dan lori tangki minyak itu terbabas ke kanan jalan. "Pemandu kereta terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan manakala pemandu lori yang berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. Rohaizat berkata, selepas kemalangan itu, pemandu lori tangki telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, mangsa merupakan seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkap dalam perjalanan pulang dari sekolah untuk mengambil isterinya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong. "Mangsa yang tinggal di Tok Jiring, Kuala Terengganu sentiasa menggunakan laluan ini untuk berulang-alik pada setiap hari dan saya tidak menyangka ajalnya hari ini (kelmarin) walaupun jarang berjumpa mangsa. "Saya mendapat maklumat ini setelah dihubungi rakan yang menyatakan Cikgu Mat (panggilan mesra untuk arwah) terlibat dalam kemalangan dan ketika sampai, saya terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Guru maut ketika jemput isteri

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan