SH |
Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Dua beradik trauma
KOTA BHARU- Malang menimpa dua beradik, apabila mereka diragut oleh dua pemuda yang juga menaiki motosikal di Jalan Salor-Pintu Geng di sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa Siti Farizat Mustapha, 22, bersama kakaknya, Siti Sarina Mustapha, 23, hilang kawalan dan terseret sehingga menyebabkan kedua-keduanya mengalami kecederaan pada muka dan badan. Ketika kejadian, Siti Sarina, membonceng motosikal yang ditunggang adiknya, menuju ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menjalani latihan praktikal di stesen terbabit. Siti Sarina berkata, dia tidak menyedari diekori oleh dua lelaki dari arah belakang sehinggalah kedua-dua suspek terbabit meragut salah satu beg tangan dalam raga motosikal yang dinaikinya itu. "Ketika sampai hanya beberapa meter dari bangunan RTM berkenaan, dua lelaki menghampiri kami dan terus merentap beg dari arah belakang dan menyebabkan motosikal yang ditunggang adik saya hilang kawalan. "Saya cuba berteriak menyuruh adik saya berhenti lalu adik saya membrek secara mengejut sehingga menyebabkan kami jatuh," katanya kepada Sinar Harian. Siti Sarina berkata, adiknya cedera muka dan tangan manakala dia hanya cedera bahagian mata. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistant Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 sebagai jenayah samun. "Kedua-dua suspek dipercayai memecut motosikal melarikan diri ke arah jalan Salor-Wakaf Che Yeh. "Setakat ini kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Zaid Ahmad, berkata, adik mangsa di tempatkan di Wad 28 dan kini dilaporkan stabil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan