Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Surat untuk PM dihantar Isnin
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) akan hantar surat kepada Perdana Menteri Isnin ini, mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat berkaitan isu sekumpulan pemegang status penduduk tetap (PR) didakwa dapat kewarganegaraan dalam tempoh singkat.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menuntut sidang tergempar itu setelah tidak mendapat jawapan yang meyakinkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu terbabit. "Isu kewarganegaraan adalah satu perkara yang sangat serius. Oleh itu, ia tidak boleh dibiarkan," katanya ketika dihubungi, semalam. Kelmarin, Salahuddin memberi tempoh seminggu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab surat tuntutan supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu berkenaan. Beliau turut mendedahkan hasil semakan mereka yang mendakwa, sehingga kini, sejumlah 1,597 kes seumpama itu dikesan di seluruh negara. Salahuddin mendakwa sindiket terancang terlibat kerana individu terbabit bukan sahaja diberikan kewarganegaraan dalam masa singkat malah didaftarkan sebagai pengundi. "Angka ini diperolehi hasil siasatan unit khas kami untuk mengesan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. Maklumat itu juga secara jelas dapat dilihat di laman web JPN, KDN dan SPR. "Masyarakat umum juga sendiri boleh melihat sendiri perubahan ini, seperti jumlah PR yang mendapat Mykad dalam masa yang singkat dan senarai nama yang sama sebagai pengundi," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa, ada tangan ghaib di dalam agensi terbabit yang dilindungi pihak tertentu menjayakan konspirasi itu. Katanya, sidang tergempar perlu diadakan segera bagi bolehkan segala persoalan dijawab. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Putus tiga jari akibat main mercun Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Putus tiga jari akibat main mercun
KOTA BHARU - Akibat mercun meletup di tangan, hasrat seorang remaja untuk berseronok bertukar duka sepanjang hayat apabila kehilangan tiga jari dalam satu kejadian di Dewan Beta di sini, malam kelmarin.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, dikatakan membonceng motosikal bersama seorang rakan sambil membakar mercun, namun ia gagal membaling sebelum meletup dijarinya. "Belum sempat saya baling mercun terbabit, ia meletup sehingga menyebabkan tiga jari kiri termasuk jari telunjuk, hantu dan ibu jari hancur," katanya ketika ditemui di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam. Menurutnya, sebelum ini dia sering bermain mercun terbabit dan kejadian itu adalah pengalaman pertamanya yang menyebabkan dia kehilangan jari. "Selepas kejadian ini, saya serik bermain mercun kerana peristiwa itu memeritkan dan sehingga hari ini (semalam), saya masih menanggung kesakitan kesan letupan mercun itu. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad berkata, kes itu adalah kejadian kedua diterima hospital berkenaan. Menurutnya, kejadian pertama melibatkan remaja berusia 20 tahun yang mengalami kecederaan mata dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. "Ini kes pertama menyebabkan kehilangan jari diterima," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan