Khamis, 2 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Jepun selamat

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

PM Jepun selamat TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan terselamat daripada undi tidak percaya dalam Parlimen, semalam, selepas beliau memutuskan akan berundur selepas menyelesaikan krisis nuklear dan masalah lain yang dihadapi rakyat akibat bencana berganda pada 11 Mac lalu.

Dewan rakyat menolak usul undi tidak percaya dengan 293 berbanding 152 dalam usul yang dilancarkan parti pembangkang, Parti Demokratik Liberal (LDP).

Kan sebelum ini menyatakan beliau mahu generasi muda mengambil alih tanggungjawabnya hanya selepas krisis di negara tersebut berjaya ditangani.

Keputusan itu diambil selepas menerima kritikan beberapa pihak termasuk daripada parti pimpinannya sendiri yang kini seakan berpecah belah selepas menggesa beliau meletak jawatan.

Parti pemerintah Jepun mula dikecam apabila dikatakan gagal mengendalikan usaha membaik pulih negara selepas gempa bumi berkekuatan 9.0 skala Ritcher melanda negara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak akan dibicara Ogos

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mubarak akan dibicara Ogos KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal akan dibicarakan pada 3 Ogos depan atas dakwaan mengarahkan pembunuhan ratusan penunjuk perasaan, menurut mahkamah, kelmarin.

Ketiga-tiga mereka juga akan didakwa atas tuduhan penipuan semasa perbicaraan yang akan diadakan di mahkamah jenayah Kaherah Utara.

Mubarak, 83, kini berada dalam tahanan di hospital selepas dilaporkan diserang sakit jantung semasa disoal siasat oleh polis mengenai pembunuhan rakyat semasa protes yang menyebabkan beliau digulingkan, 11 Februari lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tukang kebun sorok enam guni ganja

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tukang kebun sorok enam guni ganja ALOR SETAR -Tindakan seorang pengedar dadah cuba menyembunyikan enam karung guni mengandungi 114 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dalam sebuah stor akhirnya berjaya ditumpaskan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata, suspek yang juga seorang tukang kebun berumur 45 tahun ditahan ketika di hadapan rumahnya susulan daripada tangkapan suspek pertama berumur 47 tahun dipercayai rakannya.

Katanya, sebelum ini polis menahan suspek pertama pada 30 Mei jam 5.30 petang di kawasan Merbok ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan selain cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sewaktu operasi polis.

"Ketika melakukan pemeriksaan ke atas motor itu, polis menjumpai satu plastik mengandungi tiga bungkusan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 3.150 kilogram bernilai RM11,000.

"Siasatan yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati dia pernah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2008 dan ujian urin mendapati suspek positif ganja," katanya pada sidang media, semalam.

Ahmad berkata, siasatan lanjut ke atas suspek bekerja sebagai buruh itu turut membongkar aktiviti pengedaran suspek kedua ketika polis menyerbu ke rumahnya di Ladang Sungai Batu.

"Semasa disoal siasat suspek berkenaan membawa polis ke sebuah stor bersebelahan rumah dan menunjukkan enam karung guni yang apabila diperiksa di dalamnya mengandungi 114 ketulan mampat ganja seberat 116.11 kilogram.

"Nilai pasaran keseluruhan ganja yang dirampas dalam stor itu dianggarkan hampir RM400,000," katanya.

Menurutnya, polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Smith & Wesson, 84 butir peluru hidup 9 milimeter dan satu gari di dalam bilik tidur suspek berkenaan.

"Polis turut menyita beberapa harta milik suspek antaranya dua kereta jenis Hilux, empat motosikal dan berangan elektrik berjumlah RM172,800," katanya.

Kedua-dua suspek lelaki itu direman bermula 31 Mei hingga 6 Jun 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Nenek bayi yang meninggal dunia sangkal dakwaan

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nenek bayi yang meninggal dunia sangkal dakwaan IPOH – Bayi berusia sembilan bulan yang dilaporkan mati di rumahnya di Taman Muhibbah, kelmarin bukan didera tetapi disahkan mati mengejut.

Keputusan bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) terhadap mayat Nurliyana Muhammad Hafizi, menunjukkan tiada unsur deraan berlaku.

Laporan itu juga menunjukkan mangsa meninggal dunia dalam tempoh 36 jam sebelum mayatnya ditemui.

Nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizah, 68, menyangkal dakwaan yang mengatakan cucunya, didera anak dan menantu perempuannya.

Beliau yang masih bersedih tidak menyangka kejadian tragis itu menimpa mereka sekeluarga.

Katanya, ibu bapa mangsa memang menghidap 'skizofrenia' tetapi belum sampai tahap sanggup mendera anak sendiri hingga mati.

"Jika benar mereka tidak pandai urus anak, mustahil mereka boleh besarkan kakak mangsa yang berusia dua tahun," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, anak dan menantunya menghidap penyakit itu lebih 10 tahun namun sepanjang berkahwin sejak lima tahun, tiada perkara aneh berlaku.

"Mereka bijak menguruskan anak-anak dan sentiasa mengambil ubat hospital untuk elak sakit jadi serius," katanya.

Bagaimanapun, beliau dan ahli keluarga lain tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku selepas ibu arwah menukar jenis ubat beberapa minggu lalu.

"Setiap kali ambil ubat baru, ibu arwah jadi sugul dan mengantuk serta tidur untuk satu jangka masa lama. Sukar untuk kejutkan dia," katanya.

Sementara itu, di Sungai Siput, Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John, berkata, keputusan bedah siasat mendapati di bahagian badan mangsa tidak mempunyai kesan seperti didera.

Katanya, kesan lebam yang ditemui di bahagian badan mungkin disebabkan mangsa sudah meninggal dunia lebih 12 jam.

"Kita dapati tiada unsur bayi itu mati dicederakan.

"Pasangan berusia 38 dan 29 tahun yang juga ibu bapa mangsa dibebaskan dan menguruskan jenazah anak mereka.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut bukan didera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, polis menahan sepasang suami isteri selepas menemui mayat kanak-kanak perempuan berusia sembilan bulan disyaki mati didera, jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketua Pemuda MCA buat laporan polis

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ketua Pemuda MCA buat laporan polis KUANTAN - Ketua Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota, David Choi meminta polis mengambil tindakan tegas kepada individu yang didakwa menendang kaki kanannya ketika beliau cuba menyerahkan memorandum kepada panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Isnin lalu.

David yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD), di sini, kelmarin berkata, ketika tiba di hotel itu, beliau meminta kebenaran daripada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff untuk menghantar sendiri memorandum tersebut.

Bagaimanapun, permintaannya itu ditolak kerana beliau perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerajaan.

"Akur dengan arahan yang diberi, saya menunggu Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker untuk menyerahkan memorandum itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob untuk disampaikan kepada panel yang terlibat.

"Dalam masa sama, salah seorang daripada sekumpulan pihak yang menyokong IAEA yang dikenali datang ke arah saya dan kami membincangkan tentang projek Lynas ini," katanya.

Beliau berkata, dalam perbincangan itu, terdapat percanggahan pandangan antara mereka kerana masing-masing mempunyai pendapat berbeza.

"Mereka turut mempertikai saya memakai baju MCA datang ke situ. Saya menjelaskan kepada mereka kerajaan telah mengumumkan bahawa organisasi kerajaan mahupun swasta, ahli politik serta rakyat dijemput hadir untuk berjumpa dengan panel pada hari tersebut.

"Justeru, sebagai ahli politik, saya mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam parti yang saya wakili," katanya.

David berkata, individu terbabit turut mengarahkannya untuk menanggalkan pakaian seragam itu.

"Salah seorang daripada kumpulan tersebut meninggikan suara kepada saya dan tiba-tiba lebih kurang 10 orang datang ke arah saya. Mereka cuba untuk memukul saya.

"Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah menyepak kaki kanan saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Luluh hati bapa

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

LHDN teruskan program BPPC 2011

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

LHDN teruskan program BPPC 2011 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pembayar cukai menjelaskan cukai pendapatan daripada punca perniagaan dan mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2010 sebelum atau pada 30 Jun 2011.

LHDN berkata, Program Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai 2011 (BPPC 2011) untuk sesi kedua itu diteruskan sehingga ke tarikh akhir penjelasan cukai tersebut.

"Tumpuan diberikan kepada pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 mereka (Borang B 2010), serta menjelaskan sebarang jumlah cukai perlu dibayar sebelum atau pada 30 Jun 2011.

Ini adalah untuk mengelakkan denda lewat hantar borang nyata dan denda lewat bayar cukai," kata LHDN.

Agensi itu berkata, pembayar cukai boleh membuat pembayaran secara atas talian, di kaunter tambahan untuk perkhidmatan e-Filing dan e-Bayaran, di kesemua 36 Cawangan LHDN di seluruh negara.

Menurutnya, mereka boleh menggunakan perkhidmatan e-Filing dan e-Bayaran melalui capaian terus ke laman rasmi seperti e-Filing di https://e.hasil.gov.my, e-Bayaran di https://epayment.hasil.gov.my atau di LHDN iaitu www.hasil.gov.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Honda Malaysia sambung pengeluaran 1 Ogos

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Honda Malaysia sambung pengeluaran 1 Ogos Kilang Honda Malaysia Sdn Bhd di Alor Gajah menyambung pengeluaran penuh pada 1 Ogos dan meningkatkan unit pengeluaran dengan menambah waktu operasi untuk menampung kekurangan bekalan dari April hingga Julai.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata syarikat sekutu Honda di Jepun bekerja keras bersama pembekal semenjak bencana pada Mac lalu bagi memulihkan bekalan komponen dari negara itu.

"Kami berupaya menyambung semula pengeluaran lebih awal dari jangkaan," katanya.

Menurutnya, syarikat itu akan menyambung pengambilan tempahan model Hybrid baru Honda, Insight, mulai semalam selepas digantung 7 April lalu. Tempahan bagi semua model Honda lain tidak terjejas dan boleh dibuat di pusat pengedar Honda seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Badan terbakar dan terkena cecair tar

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Badan terbakar dan terkena cecair tar MUAR – Seorang pemandu lori tangki menderita apabila 23 peratus badannya terbakar selepas lori tangki yang sarat dengan cecair tar dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua bas dalam kejadian di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, N Sivananda, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, nahas tersebut berlaku apabila salah sebuah bas sekolah yang digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) merempuh belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Lenggeng, Negeri Sembilan ke Pasir Gudang, Johor.

"Akibat pelanggaran ini, lori terbabas manakala tangki yang sarat dengan cecair tar terbalik dan tumpah memenuhi lebuh raya.

"Bas yang merempuh belakang lori tangki ini hilang kawalan dan terbabas ke laluan kanan lebuh raya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan bas sekolah telah melanggar lori tangki itu, sebuah lagi bas persiaran yang turut membawa Pati hilang kawalan dan terbabas kerana cuba mengelak daripada melanggar bas sekolah berkenaan.

"Pasukan polis dari Muar dan Tangkak bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

"Namun, kami bersyukur kerana kesemua yang terlibat dalam insiden ini terselamat walaupun membawa seramai 102 Pati," katanya.

Selain itu, beliau juga hairan bagaimana salah sebuah bas boleh terbabas memasuki lorong kanan lebuh raya menghala arah utara selepas melanggar belakang lori tangki.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas ini berlaku.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pemuda UMNO, Pas bersatu perangi fitnah politik

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pemuda UMNO, Pas bersatu perangi fitnah politik Selain perhatian masyarakat yang semakin meningkat, ditunjukkan dengan bertambahnya bilangan penonton yang hadir setiap kali wacana Sinar Harian dianjurkan, Siri Wacana ke-4 kelmarin mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kalinya, dua pemimpin muda dua parti politik yang paling berpengaruh di tanah air kita berkongsi pentas untuk membahaskan satu isu yang sangat menarik, Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman.

Inilah kali pertama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan duduk bersama untuk melontarkan pandangan masing-masing dalam menuju matlamat yang sama - membebaskan negara daripada gejala rasuah.

Sebagai orang politik, hujah kedua-dua pemimpin muda itu sudah tentu tidak lari daripada menoleh ke dalam bidang mereka sendiri - politik - yang selama ini dianggap lubuk segala rasuah oleh sesetengah pihak.

Dibimbing dan diimbangi oleh pandangan dan nasihat seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta kawalan perbahasan yang kemas dan meyakinkan oleh ahli akademik, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), pengakhiran Siri Wacana Sinar Harian ke-4 ternyata berjaya membuahkan sesuatu yang amat bermakna - semua ahli panel bersepakat untuk menolak rasuah yang dianggap senjata ganas yang boleh menjahanamkan negara.

Kesepakatan ini mungkin boleh diandaikan sebagai bermulanya titik pertemuan dua seteru politik, yang mana di bawah kepimpinan generasi mudanya, sudah mula menampakkan sinar di hujung terowong. Ikuti rakaman semula Siri Wacana ke-4 Sinar Harian yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, 31 Mei lalu.

DR MASZLEE: Setiap panel diminta mengulas serba ringkas mengenai pemahaman fitnah yang menjadi ancaman umat ini?

KHAIRY: Tajuk yang dibincangkan pada hari ini amat bertepatan sekali dengan cabaran politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia kini. Fitnah, sebagaimana yang difahami dalam budaya dan politik ialah satu perkataan atau tuduhan yang tidak benar, diselitkan dengan niat jahat untuk memburukkan perwatakan tidak terhad kepada individu sebaliknya turut dialami oleh kerajaan, institusi dan parti politik.

Kadang-kadang tuduhan dilakukan sebab kita tidak tahu, tidak ada fakta tetapi fitnah ini dibuat dengan niat jahat, bukan tidak sengaja. Walaupun kita tahu ada hujah di pihak yang dituduh menyangkal perkara itu tidak benar, tetapi diteruskan juga fitnah tersebut dengan hujah sendiri. Walaupun ada keraguan, kita tegas dengan pendirian kita bahawa beliau dituduhkan dengan sebab – sebab tertentu. Inilah suatu keadaan yang tidak sihat.

Sebagai ahli politik muda, kita menghadapi masalah untuk mengangkat sistem politik Malaysia daripada sistem politik yang terjerumus dengan lontaran fitnah sesama kita, sama ada dalam parti politik sendiri ataupun di antara parti politik lawan kepada satu sistem politik berdasarkan perbincangan, wacana yang berdasarkan fakta dan ilmu.

Saya selalu sebut di Parlimen supaya jangan kita mengamalkan politik yang menyerang peribadi semata-mata dan tidak melihat isu sebenar, isu yang lebih besar membabitkan rakyat.

Jadi, bagi saya fitnah itu adalah satu perbuatan yang dahsyat terutamanya terhadap parti politik kita, kerana mengelak kepada matlamat yang besar.

NASRUDIN: Fitnah ini kesannya lebih dasyat dari membunuh dan menimbulkan masalah besar kepada tamadun manusia. Mewujudkan persengketaan, pertelagahan dan sampai ke peringkat boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah senjata paling tua atas muka bumi untuk membinasakan pihak lain. Saya lihat ia merupakan suatu senjata sangat berbahaya dan amat berbisa kerana kesannya lebih besar berbanding radiasi nuklear yang boleh membunuh jiwa manusia. Ulama menganggap fitnah paling besar adalah syirik, manifestasi daripada manusia yang menolak Tuhan dan agama sedangkan yang menjadikan manusia lurus hidupnya adalah agama.

Apabila mereka mengetepikan agama, akhirnya manusia bertindak berdasarkan nafsu.

Maka fitnah itu adalah datang daripada nafsu.

DR ASRI: Perkataan fitnah yang disebut al-Quran dan fitnah yang dirujuk orang Melayu adalah berbeza. Orang Melayu kata fitnah itu bermaksud cerita atau tuduhan yang tidak benar terhadap seseorang. Tetapi istilah fitnah dalam al-Quran merujuk kepada kucar-kacir, syirik, kegawatan, musnahkan agama, musnahkan keamanan, itu fitnah. Selalu orang kita bila dia nak kata jangan fitnah, dia kata fitnah lebih dahsyat daripada membunuh (merujuk kepada ayat al-Quran). Sebenarnya al-Quran tidak maksudkan fitnah Melayu ini, tetapi al-Quran maksudkan fitnah kekacauan, hilangnya keamanan. Tetapi ada satu lagi perkara iaitu membuka keaiban orang. Ianya rakan kepada fitnah, Ia juga diharamkan oleh agama jika membawa kepada fitnah yang disebut oleh al-Quran tadi iaitu kekacauan, maka hilang fokus dalam masyarakat. Sebenarnya kedua-dua perbuatan ini adalah fitnah yang mengancam masyarakat.

Dr MASZLEE: Sebelum ini YB Khairy menyebut fitnah bukan sahaja antara parti politik sebaliknya paling hebat adalah dalam parti politik itu sendiri. Persepsi umum daripada trek rekod UMNO melihat parti itu tidak dapat dipisahkan dengan budaya politik fitnah sama ada dengan lawan politik mereka mahupun di kalangan sesama pemimpin terutamanya ketika merebut jawatan tertinggi parti. YB sendiri dilihat 'mangsa fitnah' terutama setelah memenangi kerusi Ketua Pemuda dalam pemilihan lalu di mana gambaran 'KJ Rasuah' berleluasa. Bolehkan YB justifikasikan budaya fitnah dalam UMNO. Adakah YB melihat ini sebagai satu yang salah dan perlu dihapuskan dan apakah YB mampu melaksanakannya dalam sisa- sisa waktu sebagai Ketua Pemuda UMNO?

KHAIRY: Saya harap sisa- sisa waktu itu lama ya (sambil ketawa). Politik fitnah tidak terhad dalam UMNO. UMNO tidak monopoli politik fitnah. Kalau kita lihat tuduhan yang dibuat dalam parti politik lain juga tidak kurang hebatnya. Cuma UMNO sebagai parti yang popular mendapat liputan dan perhatian meluas. Kita tidak menafikan fitnah berlaku dalam parti kita.

Secara umumnya, kita perlu cari jalan bagaimana untuk mengurangkan masalah budaya fitnah ini. Apa yang saya nampak, pertamanya, sikap kita dalam UMNO atau parti lain ialah sikap ketaksuban, bukan terhadap perjuangan untuk membantu rakyat tetapi perjuangan terhadap pemimpin. Banyak fitnah yang diterima adalah daripada pihak lawan, penyokong- penyokong pemimpin lain. Jadi apabila perjuangan kita taksub kepada individu, bukan kepada perjuangan sebenar, maka semua dihalalkan. Saya melihat tidak kira UMNO mahupun pembangkang, kita perlu keluar dari kepompong ini.

Keduanya, budaya politik kita terlalu bergantung kepada fitnah dan rakyat terlalu mudah dipengaruhi fitnah. Rakyat memang tidak selidik , tidak rujuk apa yang didengar, hanya buat keputusan berdasarkan bias dan prejudis. Hujah yang menjadi fakta tidak diterima oleh kerana ketaksuban terhadap individu melebihi parti.

Jadi bagi saya, usaha untuk mengatasinya ialah dengan mewujudkan persekitaran maklumat yang lebih bebas. Saya adalah orang dalam UMNO yang menyokong kebebasan.

Antara sebab saya sertai wacana hari ini, saya hendak tunjuk kepada Pemuda UMNO dan Pas bahawa kita boleh duduk di satu pentas, cari kebenaran dan kita serah kepada rakyat untuk buat penilaian, bukan tuduh menuduh. Akhirnya apabila sebut nama Ustaz Nasrudin, Pemuda UMNO akan tepuk tangan dan apabila menyebut nama saya, Pemuda Pas akan takbir.

DR MASZLEE: Pas merupakan parti Islam. Dasar Pas adalah Islam. Tetapi ini tidak bermaksud segala tindak tanduk pemimpin dan ahli Pas mewakili Islam atau terselamat daripada melakukan kesilapan. Pas juga tidak terlepas daripada isu politik fitnah. Apakah Ustaz boleh justifikasikan politik fitnah dalam Pas. Ustaz lihat ia merupakan perkara silap dan perlu dihapuskan tetapi apa Ustaz mampu lakukan?

NASRUDIN: Berkait dengan fitnah yang berlaku, saya setuju bahawa fitnah itu bersifat umum yang boleh berlaku dalam dan luar parti politik, masyarakat dan boleh juga berlaku kepada seseorang individu.

Tetapi paling penting, setiap manusia mesti memahami bahawa fitnah menyebabkan dia dimurkai Allah SWT. Jadi, apa yang saya lihat hari ini, politik kita terlalu ganas, melepasi batas pertimbangan syurga dan neraka, pahala dan dosa. Akhirnya untuk mencapai cita-cita politik, mereka menggunakan fitnah.

Kita mahu politik telus dan tulus yang mempunyai kredibiliti dan berasaskan hujah serta pandangan bernas. Bukan kepada hasrat untuk menjatuhkan lawan.

Merujuk kepada perkembangan dalam Pas sebagai sebuah gerakan Islam, yang dasarnya adalah Islam, pertama adalah untuk memastikan setiap anggotanya selamat daripada segala kemungkaran serta dan kemaksiatan.

Kedua, untuk memastikan setiap anggotanya meletak landasan bahawa berjuang adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menegakkan syariat di atas muka bumi.

Kelemahan manusia yang melibatkan pergolakan dan persengketaan adalah perkara biasa. Tetapi dengan sebab agama Islam, setakat ini dalam pemilihan parti di peringkat Pas di setiap kawasan adalah terkawal. Setakat berbeza pendapat dan pandangan, saya kira itu biasa.

Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda Pas, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya Pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukan bertunjangkan fitnah.

Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik.

DR MASZLEE: Ada juga orang agama yang melakukan fitnah secara tidak sedar kerana mereka menganggapnya sebagai memperjuangkan Islam. Apakah kita boleh percayakan golongan ini jika mereka masuk ke arena politik?

DR ASRI : Dalam sejarah, golongan politik sering kali menggunakan orang agama untuk mendapatkan pengaruh. Kerana mereka tahu elemen yang mempengaruhi masyarakat itu adalah agama. Apabila disebut sesuatu perkara dan disertai dengan nas agama, maka ramai orang akan terpengaruh. Agama boleh menjadi madu atau penawar yang menyembuhkan penyakit politik tetapi dalam masa sama, jika tidak dikendalikan dengan betul, agama menjadi racun kepada politik. Agama akan menjadi penyebab kepada kacau bilau politik jika tidak diadun dengan cara yang betul. Sebab itu agama perlu berada di atas parti politik, bukan parti politik yang mengendalikan kehendak agama. Agama yang menentukan keputusan terhadap parti politik, bukan parti politik yang mengarahkan para ulama mengeluarkan fatwa sesuai dengan kehendak parti politik. Di situ perlunya kebebasan golongan agama supaya mempunyai sikap yang bebas dan tidak mempertahankan partinya tetapi mempertahankan prinsip. Mengadunkan agama dan politik memerlukan adunan yang benar-benar jujur. Jika tidak, kita akan melihat agama tidak lebih melainkan senjata orang politik dan orang agama juga akan gunakan orang politik yang ada kuasa untuk kedudukan agama dia.

DR MASZLEE: Sebagai ahli politik muda sememangnya YB tidak reda dengan politik Malaysia yang semakin kucar kacir dan keliru. Jika dilihat di negara maju, politik di negara ini agak ketinggalan dengan budaya maki hamun, pendedahan video seks dan sebagainya. Sudah tentunya YB mempunyai idea politik segar dan berdaya maju. Persoalannya, YB sering dilihat keseorangan dan tidak mendapat sokongan Pemuda UMNO. Malah sikap sesetengah media memainkan isu sentimen agama dan perkauman juga ada yang tidak bersetuju. Apakah langkah yang boleh anda lakukan untuk membawa perubahan dalam politik yang lebih matang, politik idea dan bukan politik primitif berdasarkan perkauman dan sebagainya?

KHAIRY: Bagi saya, jika kita mahu membawa perubahan dalam politik Pemuda UMNO, kita memerlukan satu jangka masa panjang, bukannya perubahan sekelip mata. Saya percaya pegangan prinsip saya untuk membawa model politik baru yang tidak tertumpu kepada politik perkauman, tertumpu kepada isu sempit seperti isu etnik, isu agama dan sebagainya. Kita akan fokus kepada isu- isu sejagat, isu- isu yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan ini juga akan mengambil masa.

Jadi, tidak adil mengatakan perjuangan saya bersendirian. Saya rasa perubahan yang dibawa dalam politik Pemuda UMNO hari ini lebih sederhana. Pemuda UMNO boleh menerimanya. Mungkin mereka nampak saya keseorangan sebab politik saya, idea saya terlalu baru, terlalu lain daripada dahulu tetapi saya selalu mengingatkan kepada orang lama dalam UMNO bahawa zaman sudah berubah. Apabila berlaku pemindahan zaman, kita perlu bawa perubahan. Jika tidak dilakukan perubahan, kita tidak akan dapat sokongan daripada anak muda hari ini.

Kita kena bawa satu perjuangan yang lebih inklusif, yang lebih luas keterangkumannya untuk semua dan berhasil. Walaupun tanggapan mengatakan tidak dapat sokongan, tetapi dalam pilihan raya kecil sejak Manek Urai, Kelantan lalu, saluran muda 3 dan 4 semua memihak kepada Barisan Nasional.

DR MASZLEE: Ramai pemerhati politik bersetuju bahawa Ustaz tidak seagresif Ketua Pemuda sebelum ini. Pemuda Pas dilihat lesu dan longlai, malah ada yang bersikap eksklusif. Mungkin penggal lepas hanya menumpukan pembinaan fitrah di peringkat dalaman. Sepatutnya seorang ketua memiliki karakter peringkat nasional, bukan hanya jaguh kampung. Pemuda Pas juga sepatutnya mampu untuk menunjukkan kepimpinan peringkat antarabangsa serta mampu berinteraksi dengan bukan Islam di pelbagai peringkat, jika Pas ingin menggantikan UMNO. Persoalannya, apakah Pemuda Pas terus hilang idealisme? Tidak mampu untuk menjadi alternatif kepada Pemuda UMNO yang ketuanya lebih berketrampilan di peringkat antarabangsa. Adakah Pas sudah tidak mempunyai Pemuda yang lebih berwibawa dan berkualiti? Apakah politik masa depan Pas yang ingin dibawa oleh Pemuda masih dengan retorik 80-an? Ke arah mana Pas sekarang ini? Adakah masih dengan politik negara Islam yang jumud berbanding gerakan Islam yang mula membuat anjakan paradigma?

NASRUDIN: Saya menerima persepsi keadaan Pas sekarang tetapi saya mempunyai pandangan tersendiri dalam memimpin Dewan Pemuda. Kita diberi amanah untuk memastikan anak-anak muda dapat dibimbing.

Saya mulakan langkah iaitu pertamanya, untuk membetulkan akidah, kedua membina fitrah dan ketiga memastikan sahsiah atau akhlak seseorang pemuda itu menepati ajaran Islam.

Saya ingin memastikan pemuda yang saya pimpin mestilah berkualiti, bukan hanya mempunyai suara politik kuat, tapi dalamannya kosong. Oleh sebab itu, ucaptama saya adalah mengenai 'memurnikan perjuangan, memaknakan kemenangan'.

Perjuangan mampu dimurnikan berasaskan akhlak dan apa yang dikehendaki oleh ajaran Islam serta kemenangan dicapai itu adalah untuk menunaikan tanggungjawab. Kita mahu membina kehidupan berpaksikan ajaran Islam dan membina modal insan baik.

DR MASZLEE: Dr Asri menawarkan pandangan ketiga kepada masyarakat di dalam isu-isu agama dan politik. Apakah langkah untuk membawa transformasi daripada politik fitnah kepada politik matang di Malaysia?

DR ASRI: Saya rasa kita perlu keluarkan cara berfikir kita daripada apabila orang sebut, orang politik, bererti dia menjadi ahli kepada mana-mana parti politik. Contohnya bila saya memberi pandangan politik, orang akan cakap saya tidak patut mengeluarkan pandangan seperti itu kerana saya bukan ahli politik. Ini salah. Jika kita kekal dengan pemikiran begini, kita tidak akan dapat mengorak sebuah masyarakat yang matang dalam negara ini. Saya rasa ada satu perkara yang ditekankan pada zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari. Saya tidak bersetuju dengan Islam Hadhari tetapi amat tertarik dengan konsep Ulul Albab, iaitu orang yang mendengar semua pendapat dan mengikut yang terbaik, bukan hanya taksub kepada sesuatu pendapat. Jadi kita memerlukan gerakan yang boleh mengajak rakyat berfikir dan bersedia untuk menghukum parti politik bila-bila masa sahaja apabila kita rasa parti itu gagal. Mesti ada pergiliran politik dan perubahan iklim politik supaya para pemerintah tidak berada dalam suasana terlalu selesa. Kita perlukan gerakan intelektual seperti ini kerana kita yang menentukan masa depan orang politik, bukan orang politik menentukan masa depan kita.

Dr MASZLEE: Penjelasan telah diberikan oleh kesemua panel-panel hebat kita. Oleh demikian, sebagaimana biasa apakah kesimpulan yang akan diberikan setiap panel?

KHAIRY: Saya nak tegaskan kita datang di sini sebahagian adalah dari penyokong politik, ada dari Pemuda UMNO dan juga Pas. Tetapi jika kita hendak mengelak, ingin mengangkat politik kita lebih atas dari budaya fitnah dan sebagainya, kita perlu adil terhadap setiap hujah. Jangan datang dengan idea yang telah kita tetapkan, seakan kita mengubah pandangan walaupun kita berdepan dengan kebenaran. Kita kena adil. Saya datang di sini, jika dahulu sukar untuk dapat pemimpin UMNO datang satu pentas dengan pemimpin Pas. Sebab kita mahu bercakap soal perubahan, mungkin generasi lama tidak melihat percambahan idea. Jadi saya mahu beritahu, sekiranya pemimpin- pemimpin besar kita sama ada parti UMNO ataupun pembangkang enggan berdebat dalam pilihan raya akan datang, kita buat di kalangan Pemuda.

NASRUDIN: Tahniah kepada penganjur Sinar Harian. Bukan senang untuk menganjurkan wacana di mana satu keberanian diperlukan. Saya gembira dapat bertukar pandangan walaupun sedikit sebanyak terdapat kontra tetapi ini dilihat sebagai permulaan untuk kita mencari jalan ke arah politik matang selepas ini. Ianya lebih dewasa dalam menyelesaikan isu yang kita hadapi. Kesimpulan saya ialah untuk melahirkan hasrat bagi melaksanakan syariat Islam di negara kita. Saya percaya hanya dengan syariat Islam, semua permasalahan yang dihadapi akan berjaya diselesaikan.

DR ASRI: Fitnah perlu dihentikan. Parti-parti politik di Malaysia mesti membuang budaya ini dengan menggantikan budaya intelektual yang lebih matang, di mana perbahasan yang lebih ilmiah dan membuka kepada rakyat apa yang menjadi keperluan rakyat bukan membuka kepada rakyat mengenai isu-isu peribadi pemimpin. Tadi kita dengar kedua- dua pemimpin muda telah bersetuju hal ini. Kita perlu buktikan terutamanya pihak kerajaan, fitnah di media ini perlu dihentikan sebagai bukti. Orang politik perlu dipilih kerana kualitinya, idea dan kebijaksanaan nya bukan sebab tiada video lucah membabitkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TUDM tingkat kawalan udara

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

TUDM tingkat kawalan udara BUTTERWORTH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan kawalan udara di sempadan kerana sering berlaku permasalahan tuntutan pertindihan persempadanan.

Bagi memastikan usaha itu tercapai, TUDM bakal menerima kelengkapan inventori pasukan hingga 2015 sebagai usaha meningkatkan keupayaan menjaga kedaulatan ruang udara dari dicerobohi anasir luar.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, untuk menghadapi cabaran keselamatan dan pertahanan negara, TUDM sentiasa peka dengan isu keselamatan di peringkat serantau.

"Isu itu umpamanya permasalahan tuntutan bertindih sempadan, persaingan kuasa ekonomi di Laut China Selatan, aktiviti pencerobohan kawasan maritim dan ruang angkasa.

"Dalam usaha membendung isu itu, TUDM bersama agensi keselamatan lain akan terus memainkan peranan sebagai peneraju unggul dan sentiasa di hadapan untuk menangkis sebarang ancaman dari luar terhadap negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara Butterworth, semalam.

Katanya, bagi merealisasikannya, TUDM akan menerima beberapa radar kawalan bagi melengkapkan penggunaan sistem kawalan udara sedia ada, dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ini berikutan beberapa kawasan terutamanya di Malaysia Timur masih kurang dari segi pengawasan udara.

"Terdapat jurang pengawasan udara di Sabah dan Sarawak. Inisiatif kita dalam tempoh terdekat ini untuk menambah sistem radar bagi mengawasi pergerakan masuk pesawat asing atau yang tidak diingini.

"Sebahagian lagi akan di pasang di Semenanjung. Ingin saya jelaskan bahawa, radar ini sebagai pelengkap untuk memastikan kapasiti kawalan udara dapat diperhatikan sepenuhnya," katanya.

Selain itu, bagi memantapkan lagi kebolehan TUDM beliau berkata, TUDM kini menunggu keputusan Kerajaan untuk meluluskan Sistem Kawalan dan Amaran Udara (AWACS).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Perihal bir halal, bir haram

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

AWAL 70-an, sebagai anak teruna kampung yang baru datang ke KL, saya selalu ingat pesan emak dan abah: Jangan sekali-kali minum arak, sebab itu dosa besar! Maka, tentu saya amat serba salah apabila pada hari ketiga bertugas di meja pemberita Utusan Melayu, bos mengajak saya minum 'beer'.

Dia membawa saya ke sebuah restoran A&W di Petaling Jaya, dan belum apa-apa telah meminta dua gelas besar 'roots beer'. Dia meneguknya tanpa rasa bersalah, sedangkan saya rasa amat berdosa mengingkari perintah orang tua, juga perintah agama.

Macam hendak menangis saya sebab melakukan dosa besar. Air coklat lagi berbuih itu masuk ke tekak saya, bagaikan melonjak-lonjak hendak dimuntahkan. Betapa leganya saya apabila seminggu lepas itu baru mengetahui bahawa 'arak' yang saya teguk itu adalah 'beer' halal.

'Roots Beer' yang kini disebut dalam bahasa Melayu sebagai 'rut bir' (kenapa tidak bir akar!) adalah minuman tanpa alkohol, dan bukan arak. Sengaja saya bangkitkan nostalgia ini untuk membuktikan bahawa empat dekad lalu sudah ada bir halal di tempat kita.

Sebab itu apabila sehari dua ini orang Islam sibuk bercakap mengenai bir halal yang kini dijual secara terbuka di kedai dan restoran, saya tidak terkejut. Sejak 'dosa' pertama bersama bos dulu saya telah meneguk bir halal mungkin lebih 10 tempayan besar.

Masalah timbul apabila pihak berkuasa Islam meragui status halal sejenis bir yang dikatakan mengandungi alkohol melebihi dari paras yang dibenarkan. Peraturan menetapkan bir dikira halal sekiranya kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus.

Pengedar produk Istak menafikan kandungan alkohol dalam bir yang diproses di Iran itu melebihi 0.01 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Malaysia-Iranian Corporation Sdn Bhd, Raja Faizul Effendi Raja Abdul Karim berkata, produk Istak yang mempunyai 12 perisa adalah 100 peratus bebas daripada kandungan alkohol.

Produk itu sekarang dalam proses menunggu kelulusan bagi mengguna pakai logo Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Produk itu juga telah melepasi peraturan piawaian halal bagi membolehkannya menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 di Kuala Lumpur.

Isunya sekarang ialah bir dari Iran itu masih menunggu kelulusan logo halal Jakim. Kalau rut bir restoran hotdog terkenal itu boleh mendapat kelulusan halal Jakim, pasti Istak pun akan menerima sijil halal Jakim sekiranya produk tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Tidak ada apa yang hendak dikontroversikan, peminat bir Iran itu hanya perlu menunggu kelulusan Jakim. Sementara itu minumlah dulu bir halal di restoran makanan segera berasal dari Amerika itu.

Lepas ini jangan ada lagi pengedar yang memasarkan minuman bernama bir, sebab nama itu sendiri mengelirukan. Carilah minuman lain – sirap bandung, air mata kucing, kopi tongkat Ali, teh kacip Fatimah, dan sebagainya – asal jangan bir.

Orang kita pelik dan suka buat sensasi. Tidak lama dulu ada ura-ura untuk memperkenalkan 'bak kut teh halal'. Semua orang tahu 'bak kut teh' itu adalah makanan popular di kalangan masyarakat Cina yang diperbuat daripada daging babi.

Walaupun ramuannya ditukar kepada kambing, ayam, lembu dan sebagainya istilah asal itu tetap membawa erti babi. Mana ada babi halal? Mujurlah cadangan 'bergeliga' lagi 'mengada-ada' itu mendapat tentangan, kalau tidak orang Islam di negara ini akan makan 'babi'.

Sementara bersetuju 100 peratus dengan keprihatinan Jakim supaya orang Islam jangan minum bir halal yang kandungan alkoholnya diragui, saya berharap jabatan tersebut prihatin juga terhadap penjualan arak yang berleluasa di negara kita sekarang.

Arak dijual di mana-mana sahaja, dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Di kedai serbaneka yang dibuka 24 jam, arak diletakkan bercampur dengan minuman-minuman ringan lain.

Sementelahan pula Malaysia mempunyai dua kilang arak berbesar di rantau ini. Maka tidak menghairankan lebih mudah mendapatkan arak daripada hendak membeli kelapa.

Oleh sebab dijual secara terbuka, orang minum arak pun terbuka juga. Memang ada seorang dua yang kena tangkap, tetapi berpuluh ribu lagi terus minum bir haram dengan bangga, tidak ada siapa pun peduli.

Perangkaan menunjukkan dalam tempoh 2004 hingga 2009, sebanyak 1,673 orang Islam dikenakan tindakan di bawah penguatkuasaan minum minuman memabukkan di seluruh negara. Dalam masa lima tahun tidak sampai 2,000 ditangkap sebab minum arak di tempat terbuka. Kelakar!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Si naif, si cerdik mainan bahaya

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Berderau rasa dada apabila membaca berita buruk membabitkan anak kecil. Walaupun berita yang dibaca itu tidak ada kena mengena dengan anak kita, namun emosi kita tetap terganggu memandangkan anak itu tidak berdosa. Sebaliknya ibu bapa dan penjaga yang diharapkan mengawasi si kecil telah melakukan kecuaian dan atas kelalaian itu ada nyawa kanak-kanak yang tergadai.

Apa yang kanak-kanak tahu mengenai kemalangan? Apa yang mereka tahu bahaya main air di lombong? Mereka juga tidak tahu dalam besen yang cetek itu, nyawanya akan melayang sekiranya terjerumus. Mereka juga tidak tahu rupanya ditinggalkan sendirian di rumah sambil bermain mancis, boleh merentungkan seluruh kediaman termasuk tubuhnya.

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Fikiran mereka masih sempit. Pengalaman mereka masih zero. Otak mereka masih belum cukup untuk mengadun yang mana baik, yang mana jahat. Mereka juga tidak dapat bayangkan tali rafia yang kecil itu boleh menjadi tali belati, mencabut nyawanya sendiri.

Mereka masih naif dan apabila ditinggalkan sendirian di dalam kereta, mereka tidak tahu itu boleh mendatangkan bahaya sekiranya kereta dilarikan. Mereka tidak tahu bahawa sekiranya semua tingkap kereta terkatup rapat boleh membuatkan mereka lemas hingga membawa kepada kematian.

Selain itu, sekiranya kita bercuti ke mana-mana di luar bandar, pemandangan biasa yang kita lihat ialah kanak-kanak bawah umur yang belum ada lesen menunggang motosikal di merata tempat. Mereka tidak memakai topi keledar dan dengan tergelak besar. Ada pula sampai tiga orang membonceng motor yang sama.

Sudahlah begitu, tak ikut peraturan lalu lintas dan ada yang bermotosikal melawan arus. Sekiranya kemalangan berlaku di tempat sibuk, kita boleh anggap itu tragedi. Tetapi jika kemalangan juga berlaku di kawasan sunyi seperti di kampung, tentu ada faktor lain yang menjadi penyebabnya.

Antara faktor yang ketara ialah pengguna kenderaan di kawasan pedalaman memang sengaja mengabaikan ciri keselamatan seperti motosikal tiada cukai jalan dan lampu motosikal tidak berfungsi. Ini merangkumi 70 kesalahan utama yang gagal ditangani.

Jalan kampung yang tidak mempunyai lampu juga boleh menjadi penyebab kepada kemalangan, selain kecuaian penduduk kampung yang membiarkan ternakan berkeliaran sehingga mengganggu pengguna jalan. Kita juga biasa melihat sederet pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya, tergesa-gesa menarik tali pinggang keledar masing-masing selepas mendapat tahu ada sekatan polis di hadapan. Buatlah undang-undang apa sekalipun - pemandu kereta termasuk penumpang di belakang mengenakan tali pinggang keledar hanya kerana takut disaman…!

Paling terkilan apabila kebanyakan mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya itu bukan calang-calang orang jika dilihat kepada jenama kereta yang mereka pandu. Saya jadi termalu sendiri apabila suatu masa dulu anak kecil saya memberi komen begini – kereta saja besar tapi otak tak ada. Itu terjadi apabila dia melihat sebuah kereta mahal bergerak laju menggunakan lorong motosikal di lebuh raya.

Sememangnya kita gerun dengan statistik kemalangan yang tidak pernah surut sama ada di jalan bandaran atau jalan persekutuan. Namun sebenarnya eloklah kita gerun dengan kecuaian yang menjadi punya kepada rentetan kemalangan demi kemalangan itu.

Kata-kata, 'ah, dekat saja tak payahlah guna topi keledar' jika mahu ke kedai paling hampir dengan rumah. Ataupun 'bukan jauh, ke surau saja jadi tak perlulah dia ambil lesen kereta'. Eloklah dihentikan saja jika kita tidak mahu kehilangan orang yang tersayang.

Apakah kita mahu lahirkan ramai lagi mat rempit? Ataupun mahu melihat ramainya samseng jalanan? Semua ini terletak dalam tangan wanita dan lelaki yang bergelar ibu dan bapa. Kuasa ada dalam tangan anda – bahawa salah tetap salah.

Atau kita wajar saja bersetuju dengan cadangan Tan Sri Lee Lam Thye suatu masa dulu yang mencadangkan kepada kerajaan supaya sekiranya ada anak yang ditangkap kerana kesalahan jalan raya, maka yang patut dihukum dan dimasukkan ke dalam lokap ialah ibu bapa itu sendiri, bukan si pelaku kesalahan itu…!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bot bawa pendatang asing karam, 11 diselamatkan, 18 masih hilang

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Piala FA dan Liga Super

Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Piala FA dan Liga Super

KUALA TERENGGANU - Pemain bola sepak Terengganu dijanjikan hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara berganda dalam perlawanan akhir Piala FA dan Liga Super nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super.

Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata, demikian pada majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada Ketua Kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri Terengganu akan mengekalkan ganjaran wang tunai seperti sebelum ini kepada atlet yang berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Sukan Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan.

Insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,OOO gangsa sekiranya kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 2 hingga 12 Jun itu.

"Jika sebaliknya, ganjaran RM3,000 akan diberi kepada mereka yang meraih pingat emas, RM2,OOO perak dan RM1,OOO gangsa," katanya.

Pada kejohanan kali ini, Terengganu diwakili oleh 214 atlet yang akan beraksi dalam 15 daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 27 pingat emas, 18 perak dan 12 gangsa.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved