Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Bot bawa pendatang asing karam, 11 diselamatkan, 18 masih hilang Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT
The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.
| Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Please try the following:
Technical Information (for support personnel)
|
Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Piala FA dan Liga Super Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Piala FA dan Liga Super KUALA TERENGGANU - Pemain bola sepak Terengganu dijanjikan hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara berganda dalam perlawanan akhir Piala FA dan Liga Super nanti. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super. Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA. Beliau berkata, demikian pada majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada Ketua Kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi. Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri Terengganu akan mengekalkan ganjaran wang tunai seperti sebelum ini kepada atlet yang berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Sukan Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan. Insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,OOO gangsa sekiranya kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 2 hingga 12 Jun itu. "Jika sebaliknya, ganjaran RM3,000 akan diberi kepada mereka yang meraih pingat emas, RM2,OOO perak dan RM1,OOO gangsa," katanya. Pada kejohanan kali ini, Terengganu diwakili oleh 214 atlet yang akan beraksi dalam 15 daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 27 pingat emas, 18 perak dan 12 gangsa.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan