Rabu, 1 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

718 awam terkorban serangan Nato

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

718 awam terkorban serangan Nato TRIPOLI - Seramai 718 orang awam di Libya terkorban manakala 4,067 lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bagi tempoh 10 minggu, menurut kenyataan jurucakap kerajaan, kelmarin.

"Sejak 19 Mac sehingga 26 Mei lalu, ratusan orang awam tidak berdosa telah terbunuh dan jumlah tersebut tidak termasuk pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi yang turut sama terkorban," menurut Mussa Ibrahim.

Beberapa jam selepas sidang media itu diadakan, sebanyak empat letupan kuat menggegarkan Tripoli dan serangan tersebut didakwa adalah yang paling besar dilancarkan Nato dalam tempoh lebih seminggu.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyifatkan serangan bertalu-talu oleh Nato yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut seakan menjejaskan usaha beliau sebagai orang tengah untuk melaksanakan gencatan senjata di Libya.

Rundingan yang diadakan antara Zuma dan Gaddafi, Isnin lalu, menyaksikan pemimpin Libya itu akhirnya bersetuju dengan pelan damai yang dicadangkan Kesatuan Afrika (AU) tetapi ia ditolak oleh Nato dan kumpulan pemberontak di negara tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, semalam, Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengumumkan mereka memutuskan untuk melanjutkan operasi di Libya kepada 90 hari atau sehingga akhir September.

Rasmussen menyatakan kononnya Nato berazam mahu meneruskan misi utama mereka untuk melindungi rakyat Libya di negara bergolak itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kan enggan letak jawatan

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

Kan enggan letak jawatan TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, semalam, menolak panggilan letak jawatan apabila pembangkang, yang mengkritik cara beliau mengendali bencana Mac lalu, bersedia memfailkan usul tidak percaya dalam Parlimen.

Terdahulu, Kan dikritik kerana kurangnya kepimpinan dalam krisis gempa bumi Jepun pada 11 Mac lalu, diikuti tsunami yang :menyebabkan lebih 24,000 orang maut atau hilang serta melumpuhkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Namun, Kan mengatakan beliau akan terus mengekalkan jawatannya dan membantu menangani krisis nuklear tersebut serta memulihkan beberapa kawasan yang terjejas.

Menurut pakar, Kan dijangka mampu bertahan terhadap usul itu tetapi beberapa ahli Parlimen berkuasa akan menekan beliau untuk letak jawatan segera, satu langkah yang boleh memecah belah partinya pimpinannya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved