SH |
Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT Setengah juta dirampas
IPOH – Tindakan sebuah firma perundingan kejuruteraan menjalankan perniagaan menggunakan perisian cetak rompak membawa padah apabila premis itu diserbu oleh pihak berkuasa di sini, kelmarin.
Serbuan pada jam 1 petang itu dilakukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri dengan kerjasama Persekutuan Perisian Perniagaan (BSA) Malaysia. Ketua Pegawai Penguatkuasaan, Rosli Ahmad berkata, pasukan itu menemui 64 perisian tiruan yang disyaki salinan langgaran serta 15 unit komputer yang keseluruhannya bernilai RM570,300. "Aduan yang dilakukan oleh BSA, serbuan dilakukan lima anggota bersama tiga wakil BSA berakhir lima jam kemudian. "Operasi yang dijalankan di Jalan Labrooy itu menemui beberapa perisian cetak rompak antaranya Autodesk AutoCAD, Corel Winzip, Microsoft Windows dan Microdoft Office," katanya pada sidang media Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak di sini, semalam. Menurutnya, semua perisian dan komputer dirampas dibawa ke pejabat PPDNKK manakala, pemilik firma itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 iaitu memiliki salinan langgaran palsu. "Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara maksimum lima tahun. "Ini merupakan rampasan terbesar dalam lima bulan ini melibatkan perisian komputer. Pihak kami akan jalankan siasatan terperinci bagi mengesan individu dan syarikat lain yang melakukan perkara yang sama," katanya. Katanya, sebanyak 557 kes tindakan telah diambil kepada peniaga di negeri ini atas pelbagai kesalahan bernilai RM1.8 juta sejak Januari lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan