Rabu, 1 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kurangkan subsidi gas

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

Kurangkan subsidi gas SHAH ALAM – Kerajaan di saran melaksanakan cukai keuntungan berlebihan (windfall tax) kepada penjana kuasa bebas bagi mengurangkan nilai subsidi gas negara ini.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, ini disebabkan mereka menggunakan gas pada harga subsidi dengan mengaut keuntungan yang tinggi.

"Ini adalah kaedah terbaik kerana perjanjian pembekalan kuasa antara mereka dan agensi kerajaan yang terlibat adalah mustahil untuk dipinda kerana mengambil jangka masa panjang.

"Saya yakin jika ini dilaksanakan, nilai penjimatan subsidi kerajaan akan mencapai keuntungan berbilion ringgit," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau juga berasa kesal dengan keputusan kerajaan semalam kerana menaikkan tarif elektrik kerana kenaikan harga gas yang mendadak.

"Pengguna industri yang terbeban dengan kenaikan tarif elektrik akan memindahkannya kepada pengguna.

"Ini kerana pasar raya pasti akan menaikkan harga barangan jualan kerana kos elektrik yang meningkat," katanya.

Menurutnya, situasi tersebut akan merancakkan kenaikan kadar inflasi negara dan membebankan rakyat.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail berkata, kaedah tersebut wajar dilaksanakan kerana berpotensi memberi faedah kepada negara.

"Kerajaan perlu mengkaji semula perjanjian dengan penjana kuasa bebas tanpa memberi kesan kepada pelabur yang melihat negara sentiasa berubah polisi.

"Kita juga perlu meyakinkan pelabur dan swasta bahawa pelaksanaan itu akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang, Norman Zahalan turut bersetuju dengan saranan Khairun supaya kerajaan mengenakan cukai keuntungan berlebihan kepada penjana kuasa.

"Saya yakin jika rancangan ini dilaksanakan kerajaan akan memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda terutama dalam menjimatkan subsidi negara

"Bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan ia tidak menjejaskan pihak swasta dan pelabur asing untuk melabur terhadap negara," katanya.

Beliau juga menyarankan kerajaan mengkaji semula kenaikan tarif elektrik kerana beban yang terpaksa ditanggung pengguna apabila kenaikan harga barang berlaku kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved