Sinar Harian :: Suara Cakna |
Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT Merokok boleh akibatkan buta
SINGAPURA - Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dan doktor tempatan terhadap 200 perokok berumur antara 14 dan 83 tahun menunjukkan akibat tabiat tidak sihat itu boleh menyebabkan mereka menjadi buta. Hasil tinjauan mereka mendapati salah satu penyebab penyakit Age-related Macular Degeneration (AMD) yang sering kali menyerang individu berumur 50 tahun ke atas dan mengakibatkan penglihatan menjadi tidak jelas akibat kerosakan pada retina mata adalah disebabkan tabiat merokok. Kini, lebih 30 juta orang di seluruh dunia menghidap AMD dan jumlahnya dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 25 tahun akan datang. Selain daripada berhenti merokok, pengambilan diet yang sihat juga dapat mencegah penyakit AMD. |
Virus jarang ditemui makin merebak Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT Virus jarang ditemui makin merebak
WASHINGTON - Sejenis virus jarang ditemui semakin merebak selepas ia didakwa telah menyebabkan tiga terkorban dan hampir 100 orang di beberapa negara turut dijangkiti wabak itu sejak dua tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan, kelmarin. Laporan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit dan Pencegahan AS (CDC) yang diterbitkan oleh Morbidity and Mortality Weekly mendedahkan virus digelar sebagai HEV68 tersebut dipercayai berbahaya kepada kanak-kanak kerana ia akan menyerang sistem saluran pernafasan mereka. Pada awalnya, pesakit biasanya akan mengalami simptom seperti batuk dan kesukaran untuk bernafas. Virus HEV68 tersebut mula ditemui pada 1962 iaitu selepas empat kanak-kanak di California mengalami masalah radang paru-paru. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |