Selasa, 23 Ogos 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terminal bas lumpuh

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terminal bas lumpuh MEDAN GOPENG – Lebih 50 pengusaha bas merancang akan menutup operasi perjalanan bas ekspres ke semua destinasi di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, Jumaat ini, sekiranya bekalan elektrik di terminal berkenaan tidak disambung semula.

Wakil pengusaha bas, Faizal Mustafa berkata, tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memberi arahan memotong bekalan elektrik berkenaan sejak seminggu lalu telah menjejaskan jadual perjalanan bas terutama pada musim perayaan minggu depan.

Menurutnya, ia juga tidak memberi keselesaan kepada penumpang dan pekerja di bangunan itu yang terpaksa memasang lilin untuk menjimatkan penggunaan generator yang menelan kos RM2,000 setiap hari.

"Terminal ini beroperasi 24 jam untuk memberi kemudahan kepada penumpang untuk pulang berhari raya pada musim cuti ini. Namun, tindakan PKNP tanpa memberi apa-apa notis menerusi perintah mahkamah telah menyusahkan beberapa pihak.

"Tindakan itu juga berikutan keengganan pihak kami mematuhi arahan PKNP untuk ditempatkan ke tingkat atas bangunan terminal ini sejak April lalu," katanya di sini, semalam.

Faizal berkata, keadaan bahagian atas terminal dilihat tidak kondusif untuk dijadikan sebagai kaunter tiket dan ruang menunggu penumpang.

"Kami rasakan dari segi prasarana dan kesesuaian tempat itu tidak sesuai langsung untuk penumpang khasnya pada musim hujan ini. Malah, kami terima hakikat bahawa kami akan dipindahkan ke Meru Raya setelah terminal di sana siap.

"Sampai bila kami akan menanggung kerugian ini yang melibatkan kos yang lebih besar. PNKP seharusnya tidak bersikap kejam dengan pengusaha Melayu di sini" katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lebih 100 penumpang terpaksa berurusan dalam gelap untuk membeli tiket ke destinasi masing-masing selain suasana ruang legar yang gelap dan panas.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Khemah kanvas jadi rumah

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Khemah kanvas jadi rumah KUALA LUMPUR - Di celah kepesatan pembangunan ibu kota, masih ada lagi keluarga yang terpinggir mengharungi kehidupan seharian berbumbungkan khemah kanvas untuk berlindung daripada hujan dan panas.

Penderitaan keluarga Ghazali Othman, 55, bukan direka-reka tetapi berpunca daripada janji-janji politik yang dilemparkan kepada penduduk Kampung Berembang satu masa dahulu.

Ghazali berkata, dia tidak meminta kehidupan sedaif begini, tetapi ke manakah keluarganya mahu pergi apabila penempatan Kampung Berembang dirobohkan setelah 28 tahun dia tinggal di situ.

Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kerajaan baru yang mentadbir Selangor melemparkan pelbagai janji manis kepada penduduk antaranya mereka akan dipindahkan ke Pangsapuri Kos Rendah.

"Sudah hendak masuk lima hari raya, satu pembangunan tak pernah wujud di kawasan ini sepertimana yang dijanjikan.

"Untuk keluarga berteduh, saya terpaksa pasang khemah kanvas sebagai rumah sementara untuk berlindung daripada hujan dan panas sekalipun tidak selesa," katanya.

Mekanik, pelajar maut

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mekanik, pelajar maut MARANG – Seorang mekanik bengkel motosikal dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung sebelum waktu berbuka, malam kelmarin.

Mereka yang maut dalam kejadian di Jalan Surau Haji Yaakob ke Titian Baru, Kedai Buluh lebih kurang jam 7 malam itu ialah Mohd Amirulazlan Shafie, 21, dari Kampung Surau Panjang dan Adam Safuan Jaafar, 15, dari Kampung Surau Haji Daud.

Mohd Amirulazlan menaiki Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Adam Safuan menunggang Honda C70 tanpa lesen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd Amirulazlan dalam perjalanan dari Mak Kemas menuju ke Titian Baru manakala Adam Safuan yang menunggang motosikal dengan laju bersama seorang lagi rakannya datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya berkata, kedua-dua mangsa dikatakan bertembung manakala rakan Adam Safuan yang dipercayai mengekori dari belakang sempat mengelak sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menaiki motosikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu kedua-duanya mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan," katanya semalam.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat punca kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan mayat mangsa dihantar ke HSNZ sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian semalam.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Akses mudah kepada Maxis Cloud, dan penyelesaian perisian yang lebih baik, untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel

Maxis Berhad telah melancarkan Maxis Cloud, yang merupakan perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya,  dimana para pelanggannya dapat mengakses melalui rangkaian tulang belakang optic 100 gigabit setiap saat (100G) dan rangkaian HSBB Telekom Malaysia.

Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti MDeC,bagi mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Penjual Perisian Bebas (ISVs). Ini dapat membangunkan rangka kerja dan standard bagi pembangunan keseluruhan untuk industri awan Malaysia sebagai platform untuk amalan ICT yang bertaraf dunia.

Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, "Pelancaran Maxis Cloud pada hari ini direka untuk membolehkan penyelesaian IT yang lebih baik dan memberi sokongan kepada pertumbuhan keperluan perniagaan di Malaysia. Kerjasama yang melibatkan Hewlett Packard juga  akan terus mempercepatkan penggunaan teknologi awan oleh penjual perisian dan perniagaan, dan membuka jalan untuk pelbagai penyelesaian awan bergred perniagaan disediakan kepada perniagaan di Malaysia.

Menurut Ramaswami Venkatesan, Pengurus Besar Negara, Perkhidmatan Teknologi, Hewlett Packard "Pengintegrasian komponen terkini, teknologi dan perkhidmatan Maxis Cloud, dari asas kukuh penyelesaian teknologi melalui rangkaian canggih, membolehkan penawaran terkini IaaS sebagai perkhidmatan awan yang paling canggih, selamat dan mesra untuk pengguna di Malaysia.

Maxis Cloud boleh diakses melalui penyelesaian hubungan perniagaan termasuklah Perniagaan Internet Fiber Maxis yang baru, yang menyediakan perusahaan dengan kelajuan muat turun sehingga 32MB.

Ia juga terdapat dalam pakej pilihan yang mempunyai kelajuan 4Mbps, 8Mbps dan 16Mbps. Maxis dapat menangani keperluan jalur lebar yang semakin meningkat dan penggunaan data yang didorong oleh telefon pintar, tablet, modem dan perkhidmatan fiber-ke-premis, sementara menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dan keupayaan pemulihan automatik kepada perusahaan untuk pusat data dan perkhidmatan seperti perkomputeran awan dan komunikasi mesin ke mesin (M2M).

Tambahan pula, melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, Maxis dapat menawarkan perkhidmatan dalam semua kawasan liputan HSBB di seluruh Malaysia.

KDN akan saman Ketua Wanita PKR

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

KDN akan saman Ketua Wanita PKR

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi ini.

"Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.

"Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Minggu lepas, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca 'skrip bersumpah' dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu, tertulis teks "Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN".

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Lee berkata sebelum ini, pihaknya sudah berulang kali meminta Zuraida mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu namun sehingga kini, tiada.

"Sebab itu, Jabatan Imigresen membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Zuraida," katanya.

Lee berkata, dakwaan yang dibuat oleh Zuraida adalah tuduhan berat kepada kerajaan kerana Program 6P hanya bertanggungjawab mengambil data biometrik untuk rasional keselamatan negara dan setiap PATI didaftarkan tanpa sebarang syarat.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Edar 5,973 pil kuda

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Edar 5,973 pil kuda KOTA BHARU – Angkara dadah, seorang pemuda bakal berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dikaitkan dengan tuduhan mengedar hampir 6,000 biji pil kuda di Jalan Dusun Muda, di sini, tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah dalam keputusan di akhir pendakwaan kes berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan pendakwaan dan saksi-saksi pihak berkenaan di mahkamah itu sebelum ini.

Berikutan itu, Azman mengarahkan Abu Hanifah Abdul Aziz untuk membela diri pada 2 Oktober depan.

"Elemen pemilikan secara langsung berdasarkan motosikal yang ditunggang tertuduh berseorangan semasa tangkapan dibuat dapat dibuktikan dan anggapan mengedar boleh diguna pakai," katanya.

Penganggur berusia 24 tahun itu dituduh mengedar 5,973 biji pil kuda atau seberat 115.9 gram (G) dadah jenis Metamphetamine berhampiran sebuah hotel di Jalan Dusun Muda, di sini, 27 Ogos lalu.

Susulan penahan pada jam 6 petang itu, tertuduh kemudiannya dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Abu Hanifah memilih keterangan bersumpah bagi membela dirinya pada tarikh tersebut sebelum hukuman terhadapnya diputuskan seminggu selepas itu.

Hangus sekelip mata

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hangus sekelip mata Hangus sekelip mata

Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

BATU DUA – Sebanyak empat keluarga dengan 17 isi rumah tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka hangus dalam kejadian kebakaran rumah setinggan, dekat sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Difahamkan, kebakaran bermula dari rumah pertama di deretan kediaman itu yang tidak berpenghuni dan marak dengan cepat di dua lagi kediaman berhampiran.

Mangsa kejadian, V Gobi, 34, berkata, ketika kejadian, dia bersama enam lagi ahli keluarga sedang menonton televisyen dan terkejut apabila ternampak cahaya terang dari rumah jiran.

Menurutnya, dia menjenguk ke luar dan mendapati api marak dengan cepat di rumah jiran sebelah kanan rumahnya, ketika itu juga terdengar teriakan jiran di bahagian kiri rumah memberitahu mengenai kejadian itu.

"Saya sangat panik ketika itu. Jiran menjerit supaya saya arahkan ahli keluarga selamatkan diri.

"Keadaan berlaku amat pantas, tiada apa mampu diselamatkan melainkan kenderaan sendiri. Segala perabot baru, dokumen penting, alatan senaman dan pakaian semuanya hangus tanpa sempat diselamatkan," katanya.

Gobi yang juga peniaga ayam di Bandar Jerantut berkata, dia mengalami kerugian lebih RM30,000 termasuk pelbagai peralatan untuk pemprosesan ayam, selain RM2,000 modal perniagaan yang turut hangus.

"Kami tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara buat seketika," katanya.

Jirannya, K Kannan, 28, berkata, ketika kejadian, dia bersama adiknya tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri di rumah saudara di Taman Damai.

Menurutnya, dia mengetahui rumahnya terbakar setelah dihubungi rakan, lalu bergegas pulang, namun hampa kerana api sudah marak ke rumah ketiga dan keempat.

"Kejadian berlaku ketika saya tiada di rumah. Saya dan adik tinggal sehelai sepinggang dan semalam terpaksa menumpang tinggal di rumah abang.

"Ini kejadian terburuk pernah saya alami sepanjang 28 tahun menetap di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Jerantut, Yahaya Hanafi berkata, satu jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Pada 20 minit pertama, kita mengambil langkah memadam dan memastikan api tidak merebak ke kawasan persekitaran. Operasi pemadaman keseluruhan mengambil masa lebih satu jam.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dengan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Hulur bantuan segera

Kebakaran empat rumah setinggan itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damak, Datuk Lau Lee yang turut melawat ke tempat kejadian malam kelmarin.

Beliau berkata, sumbangan RM1,000 diberikan kepada setiap keluarga mangsa untuk meringankan beban menghadapi musibah itu.

Menurutnya, selain itu, beliau bersama kepimpinan MIC juga kini berusaha mendapatkan lokasi penempatan untuk keluarga mangsa kebakaran supaya mereka boleh berlindung tanpa perlu menumpang.

"Perancangan awal, kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di dewan Kuil Batu Satu. Namun atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan, kita akan mencari lokasi baru untuk menempatkan mereka.

"Kita bersama MIC juga akan cuba berbincang dengan pemilik estet berdekatan untuk membolehkan mangsa menumpang tinggal sementara di kuarters milik mereka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), Siti Zubaidah Aboo Salihu berkata, kesemua mangsa kebakaran menerima bantuan segera berjumlah RM500 setiap keluarga, selain keperluan harian, tikar dan tilam toto.

"PKMD juga akan membuka pusat pemindahan serta menyediakan keperluan makanan harian jika mereka masih tidak mendapat penempatan dan terpaksa tinggal di dewan atau balai raya,"katanya.

Turut hadir menziarahi mangsa kebakaran itu semalam ialah Ketua MIC Bahagian Jerantut, M Vellaithan; Penghulu Mukim, Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil dan Ketua Pemuda MIC Bahagian, R Ganesh.

Terima bantuan gereja kerana desakan hidup

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terima bantuan gereja kerana desakan hidup KUALA LUMPUR - Kesempitan hidup, membuatkan Asmah, 31, menerima apa juga bantuan yang tiba tanpa usul periksa.

Semuanya bermula apabila perniagaan makanan diusahakan jatuh merudum ditambah dengan sakit ketumbuhan di dalam perut membuat hidupnya semakin susah.

"Ketika itu saya mengalami masalah kewangan, perniagaan menghadapi masalah sehinggakan belanja sekolah empat anak dan sewa rumah tidak mampu bayar. Satu hari, sepasang suami isteri Islam datang ke gerai saya dan menawarkan bantuan.

"Katanya, dia tahu saya menghadapi masalah, pasangan itu memberitahu mereka dari pertubuhan kebajikan di Petaling Jaya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, badan kebajikan yang diwakili pasangan terbabit banyak membantunya, sebagai permulaan, mereka membayarkan sewa rumah tertunggak RM1,800, kemudian bantuan bulanan RM500.

Menurutnya, pasangan itu memperkenalkan dia kepada seorang lelaki Kristian yang kononnya mampu menyelesaikan masalahnya.

"Saya dipertemukan dengan seorang pastor, kemudian dia memberikan sebuah buku Kisah Jalan Yang Lurus kata pastor itu, buku itu elok untuk dibaca.

"Pada awalnya saya masih tidak jelas dengan niat mereka, lama kelamaan mereka mesra dengan kami sekeluarga, sehinggakan anak-anak diberikan buku berkisarkan Mariam dan Nabi Isa," katanya.

Menurut Asmah, sejak daripada itu, dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena, dia sempat juga beberapa kali mengikuti kelas anjuran pasa-ngan terbabit di gereja dekat Damansara Utama dan Cheras.

"Setelah pasti dengan apa yang diajar itu salah, saya beberapa kali cuba mengelak untuk tidak sertai kelas tersebut, namun mereka datang mencari sampai ke rumah.

"Pastor yang menjaga saya itu tidak henti-henti menghubungi saya, setelah dua bulan terjebak dengan mereka, penyakit saya semakin serius, mereka juga pernah datang beramai-ramai ke rumah berdoa untuk kesembuhan saya," katanya.

Asmah yang juga anak bekas imam berkata, beliau mula merasa terganggu dan takut dengan gangguan pihak kebajikan dan gereja terbabit dan beberapa kali melarikan diri, namun berjaya di kesan mereka.

"Saya cuba mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, namun diberitahu, saya tidak layak atas alasan masih mempunyai suami.

"Saya diberhentikan kerja ketika itu, akibat sering ambil cuti untuk menjaga suami," katanya.

Asmah ketika ditemui, baru sahaja menjalani pembedahan di perut dan dijangka akan melakukan sekali lagi pembedahan dalam masa terdekat ini.

Tubuh pusat kesan kes murtad

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tubuh pusat kesan kes murtad SHAH ALAM – Sebuah pusat penyelidikan bagi mengesan kes murtad perlu diwujudkan, bagi mengenal pasti kes murtad yang berlaku pada peringkat awal sebelum ia semakin meruncing.

Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, pusat itu perlu berada di bawah salah satu agensi Islam dan disertai jaringan pertubuhan dan individu seluruh negara supaya boleh bertindak segera sekiranya mendapat laporan.

"Saya percaya, pencegahan awal boleh membanteras masalah murtad. Selain itu, pusat ini juga boleh menerima aduan atau lapo-ran orang ramai.

"Setiap kes murtad adalah unik. Saya sarankan, pihak bertanggungjawab perlu menjalankan kajian ke atas mereka yang berisiko tinggi dan terdedah kepada masalah ini. Ia perlu dijalankan bagi memahami apa yang mendorong seseorang membelakangkan agama," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan faktor penyebab utama adalah percintaan, terlanjur, kesempitan hidup, bantuan di saat kesempitan kewangan, konflik keluarga dan pegangan agama yang longgar.

"Sebenarnya seorang Muslim yang menjaga iman dengan teliti, mudah dipesongkan pengaruh yang bukan sahaja datang dari agama lain.

"Amalan, cara hidup, pegangan ideologi serta pengambilan hukum dari sumber lain sehingga bertentangan dengan Islam, jika dilakukan tanpa landasan, boleh membawa kepada syirik atau kufur," katanya.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya umat Islam membina pemahaman, menanam iman yang mendalam serta beramal dengan ajaran Islam dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.

"Kita percaya ini bukan sahaja benteng kukuh dari gejala murtad, syirik atau kekufuran tetapi sebenarnya, ia amalan hidup insan yang diredai Allah. Jadi usaha mendidik ini adalah jalan terbaik bagi jangka masa panjang," katanya.

Zaid berkata, sehingga kini JIM dapat membantu beribu-ribu saudara baru melalui pendekatan Hidayah Centre.

"Alhamdulillah muafakat dan kerjasama dalam kalangan pertubuhan dan agensi Islam menjadikan usaha memberi khidmat kepada saudara baru berjalan dengan baik. Namun, bebanan kerja ini bertambah besar dan masih banyak perlu diperbaiki.

"Setiap orang memeluk Islam melalui berbagai cara. Semuanya mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan menjadi tanggungjawab kita menghulurkan bantuan," katanya.

Beliau berkata, JIM turut menggalakkan ahlinya merebut peluang berdakwah secara peribadi, dengan penuh hikmah kepada rakan sekerja, jiran atau siapa sahaja ditemui.

"Melalui Hidayah Training Centre kita berusaha melahirkan mubaligh. Usaha dakwah secara bersemuka menggunakan buku, risalah dan program berbentuk karnival juga kita laksanakan.

"Kita akan terus berusaha menerangkan keistimewaan Islam berbanding cara hidup dan ideologi lain, memperjuangkan keadilan walaupun tidak memihak kepada keluarga sendiri serta menjunjung al-Quran dan al-Sunnah," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Suntikan awal syawal

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Suntikan awal syawal JOHOR BAHRU - kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 120 anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Majidee apabila diberi peluang membeli belah bagi kedatangan Aidilfitri hujung bulan ini.

Biarpun dalam kepenatan menunaikan ibadat puasa, kanak-kanak ini teruja memilih sepasang baju Melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) serta aksesori seperti songkok dan tudung mengikut pilihan hati mereka.

Guru besar sekolah berkenaan, Zamani Ahmad berkata, pihaknya mahu memberi suntikan keceriaan bagi sambutan Syawal akan datang kerana ada di antara mereka dalam keadaan bersedih teringatkan orang tersayang.

"Manakala ada di antara mereka yang tidak mampu membeli pakaian raya dan sedikit sebanyak sumbangan guru-guru ini dapat memberi erti Hari Raya yang berbeza buat mereka," katanya yang ditemui di Plaza Kotaraya, di sini, semalam.

Sumbangan tersebut merupakan wang tabung kebajikan sekolah dengan seorang murid diberi peruntukan RM40 seorang.

Namun Zamani berkata, ekoran kekangan kewangan yang kecil, guru-guru sekolah itu berinisiatif menambah peruntukan kewangan itu dengan menjadikan dua murid tersebut sebagai anak angkat.

"Tugas guru bukan sahaja mendidik dan mencurahkan ilmu tetapi juga mencurahkan kasih sayang dan jika sebelum ini kita membawa barang-barang keperluan rumah untuk diberikan kepada mereka.

"Tahun ini kita membawa kelainan dengan bawa sendiri pelajar ini untuk memilih apa yang diinginkan mengikut kehendak mereka dan ianya lebih menyeronokkan," katanya.

Bagi Siti Norimah Mohd Noor, 11, berkata sumbangan tersebut cukup bermakna buat dirinya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih atas sumbangan ini, ibu telah membeli kain untuk dibuat baju raya namun belum dijahit, dengan baju baru ini raya saya lebih ceria," katanya.

Manakala bagi, Sharil Shazali, 12, dengan adanya baju ini dapatlah saya menikmati kemeriahan sambutan hari raya pada tahun ini.

"Nenek ada belikan baju Melayu, tapi dengan :sumbangan ini saya ada dua helai baju, rasa lebih meriah biarpun hanya akan beraya bersama ayah dan nenek," katanya.

Bagi guru yang telah 15 tahun berkhidmat di sekolah itu, Asiah Munajam berkata, inisiatif guru turut menyumbang kepada keceriaan murid ini mendapat sambutan yang baik di kalangan mereka.

"Kita sedar sekarang barang keperluan agak tinggi, jadi dengan bonus yang diterima baru-baru ini, kami sedikit sebanyak berkongsi buat murid-murid ini," katanya.

Ops Sikap 24 sasar penurunan

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ops Sikap 24 sasar penurunan PETALING JAYA – Hasil kajian Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, purata kemalangan maut semasa Ops Sikap adalah 15 kematian sehari iaitu penurunan sebanyak tiga kes berbanding hari biasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sepanjang tempoh Ops Sikap berlangsung, ia menunjukkan penurunan walaupun kenderaan di jalan raya meningkat tiga kali ganda semasa musim perayaan.

"Ini menunjukkan Ops Sikap yang dijalankan PDRM dapat mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya semasa berucap di majlis Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat Tahun 2011, di sini semalam.

Menurutnya, Ops Sikap ke-24 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini sehingga 6 September dan PDRM mensasarkan penurunan sebanyak 5 peratus berbanding operasi sebelum ini.

Untuk itu katanya, seramai 10,000 pegawai dan anggota ditugaskan di seluruh negara pada Ops Sikap kali ini

PDRM menetapkan kehadiran polis di 40 lokasi di lebuh raya dan 160 di jalan persekutuan.

Khalid berkata, saman ekor tetap dilaksanakan dan pihaknya akan mempamerkan kamera perangkap laju kepada pengguna jalan raya.

"Pendekatan kali ini kita tidak perlu menyorok sebalik tiang, pokok dan balik semak kerana kita menggunakan kamera baru yang lebih efisien.

"Kita akan letakkan tanda amaran awal di kawasan kamera dipasang tetapi jika masih ingkar, kami akan saman," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, operasi kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta mendidik pengguna-pengguna jalan raya.

"Kita ambil pendekatan memberi peringatan, menasihati dan tingkat kesedaran kepada orang ramai," katanya.

Bapa ugut sembelih anak

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bapa ugut sembelih anak DUNGUN – "Sebaik sahaja saya nampak trak polis, saya nekad menahan dan mereka berhenti lalu bertanya apa yang berlaku, tetapi suami saya terus mengacu parang di leher anak saya.

"Polis minta suami bertenang dan memberitahu saya bahawa mereka akan selamatkan anak saya," kata Hasmah Kadmin, 46, ibu kepada Putri Intan Syawani, 4, ketika menceritakan detik mencemaskan ketika anak perempuannya yang berusia empat tahun itu nyaris disembelih suaminya sendiri yang dikatakan naik angin.

Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku di laluan lebuh raya berdekatan Bukit Besi ketika Hasmah bersama suaminya (suspek) dan tiga anaknya, Putri Intan Syawani, Putri Intan Syawana, 4, dan Putra Mohd Alif, 7, termasuk mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman suaminya di Kedah.

Hasmah yang bekerja sebagai pembantu kedai di Sura Gate itu berkata, sebelum sampai di lokasi terbabit, suaminya dikatakan naik angin lalu mengambil salah seorang anak perempuan kembar mereka di atas riba suami yang sedang memandu.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai berdekatan plaza tol dekat Bukit Besi, suaminya itu dikatakan makin ganas dengan mengambil sebilah parang yang diletakkan dalam keretanya sebelum dipercayai mengugut Hasmah untuk menyembelih anaknya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Cadangan debat @ polemik politik

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pilihan raya mungkin masih jauh, mungkin juga dekat. Cara gaya pihak kerajaan dan pembangkang bertingkah, membayangkan ia sudah agak dekat. Pihak kerajaan, terutama Perdana Menteri, amat akrab dengan rakyat. Memang mungkin juga itu tiada kaitan, iaitu Datuk Seri Mohd Najib merupakan pemimpin yang rajin, bertenaga dan tidak mudah mengantuk. Itu adalah baik untuk rakyat. Pihak pembangkang juga, dengan pertolongan Datuk S Ambiga, amat giat mencari kelemahan perjalanan pengundian. Usaha membaiki perjalanan pilihan raya memang baik, cuma adalah diharapkan agar semuanya berjalan dengan cara yang tidak mengganggu kehidupan rakyat secara keseluruhannya.

Telah berlangsung perhimpunan Bersih dengan baik dan bersesuaian dengan suasana ekposial Malaysia. (Menurut Dr Abu Hassan Hasbullah, ekposial ialah ekonomi, politik dan sosial). Penyokong Bersih tidaklah terlalu berlebih-lebihan, dan polis mengawal kesejahteraan rakyat juga berlaku adil dan baik hati terhadap penyokong Bersih. Segala kehebohan tentang perkara berkenaan adalah politikal, iatu masing-masing mahu mendapatkan political mileage. Kehendak perhimpunan tersebut telah dibincangkan, dan kita sedang melihat ada ura-ura perubahan akan berlaku.

Amatlah negatif jika kita berbicara tentang pilihan raya berasaskan kelemahan pengundian. Jika segalanya buruk dan lemah, maka keseluruhan keputusan pilihan raya selama ini adalah cenderung silap. Kita selama ini memiliki kerajaan yang baik, dan kebaikan amat diakui secara langsung atau tidak langsung, apabila Pas sanggup berada dalam Barisan Nasional, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup jadi Timbalan Perdana Menteri.

Peristiwa-peristiwa itu telah menjadi sejarah yang tidak boleh diubah, baik oleh sejarawan kanan, mahupun kiri. Tidak juga dapat ditolak oleh sejarawan sekular mahupun religius.

Kita hendaklah menerima baik sistem pilihan raya kita, walaupun ada kelemahan. Ertinya, kita hendaklah usaha baiki kelemahan yang ada dengan semangat untuk beri faedah maksimum kepada rakyat, bukan memuaskan nafsu pemimpin, baik kerajaan atau pemimpin pembangkang. Apabila rakyat undi calon yang disukainya, maka tugas pemimpin ialah untuk berbakti kepada rakyat. Itu asas demokrasi.

Keadaan politik kita kini dapat dibandingkan dengan kerbau dahaga. Kerbau itu meluru mendapatkan air di mana-mana tempat berlopak, di kubang, atau di parit, tidak kira air itu bersih atau sebaliknya. Demikianlah tokoh dan parti politik. Perkara yang difikirkan ialah kemenangan, dan strategi untuk itu tidak menghiraukan kebenaran. Kesimpulan ini mungkin tidak tepat, tetapi perbincangan di kalangan rakyat pada masa ini bersifat demikian.

Isi pidato dan tulisan yang mengarah pada hal ehwal pilihan raya yang kita dengari dan baca pada masa-masa terakhir ini tebal dengan tuduh-menuduh pihak lawan, diselang-seli dengan puji diri. Kadangkala isi yang bersifat puji diri melebihi tuduh-menuduh. Rakyat tidak begitu mudah memikirkan kebenarannya, kerana dalam bidang retorik, perkara yang tidak betul dapat menjadi betul oleh kecekapan bicara sehala. Tidak besar jumlah rakyat yang sedar, bahawa keahlian dalam bidang pidato dan penulisan akan beri ruang untuk si pemidato dan penulis berbohong.

Menyedari hakikat di atas, saya ingin cadangkan agar debat politik diadakan. Jika itu sukar dilaksanakan, maka cadangan saya ialah polemik politik. Polemik politik ialah bicara politik secara berjawab-jawapan, misalnya tentang naik turun harga minyak, tentang gaji minimum, tentang negara kebajikan, dan banyak lagi hal yang berkaitan denagan kehidupan rakyat. Polemik ini akan menyebabkan pembaca (rakyat) dapat memahami corak pemikiran dua pihak tanpa kecaman.

Debat politik dan polemik politik juga akan dapat memperjelas makna 1Malaysia, transformasi, reformasi, ketuanan rakyat, anugerah Tuhan, dan sederet lagi ungkapan yang dikemukakan ahli politik, baik secara spontan, mahupun direncanakan. Rakyat perlu fahami arah tuju negara yang berada dalam fikiran pemimpin. Seterusnya, rakyat juga perlu tahu masihkah lagi pemerintah impikan Islam hadhari dan mentaliti kelas dunia.

Mencari publisiti atau dipolitikkan

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Istilah dipolitikkan semakin lumrah disebut-sebut pada bibir rakyat sehingga ramai dalam kalangan kita samar-samar tentang pengertiannya.

Apakah sebarang isu atau kejadian yang ditangani oleh orang politik boleh disifatkan sedemikian? Jika benar, memang terdapat banyak isu melibatkan campur tangan orang politik yang boleh diletakkan dalam kategori dimaksudkan.

Bagi rakyat Malaysia berbilang kaum, meminta bantuan bahkan penyelesaian daripada orang politik, khususnya wakil rakyat dari parti pemerintah atau pembangkang, menjadi suatu kebiasaan saban hari.

Mereka mengharapkan agar isu atau kejadian yang menimpa dapat diberikan perhatian dan seterusnya diselesaikan oleh pihak berkenaan melalui usaha wakil rakyat atau orang politik tertentu.

Orang politik pula guna kesempatan itu untuk hebahkan isu yang diketengahkan melalui media supaya menarik perhatian umum, termasuk juga pihak berkuasa. Namun demikian, kita tetap meragui apakah isu-isu itu benar-benar disusuli secara tuntas yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dan keadilan yang dimahukan? Ataupun tindakan orang politik yang menangani isu-isu itu sekadar mencari publisiti murahan semata-mata?

Publisiti dimaksudkan banyak yang berniat mengejar populariti peribadi; tetapi tidak kurang juga bermotifkan kepentingan politik sesebuah parti. Amalan sedemikian sebenarnya merentasi kaum, agama dan fahaman politik. Oleh demikian, tidak ada maknanya apabila terdapat mana-mana pihak menuding jari kepada pihak lawan dengan tuduhan bahawa sesuatu isu atau kejadian itu dipolitikkan.

Mustahak bagi rakyat adalah kesungguhan dan keikhlasan pemimpin politik untuk mencari penyelesaian. Sebarang dakyah politik untuk mencari populariti peribadi atau pengaruh parti sudah tentu akan ditolak sekiranya didapati berupa tin kosong.

Kepada pihak berkuasa yang sentiasa terkilan atas adanya isu-isu atau kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dipolitikkan oleh pihak lawan, nescaya menuding jari bukanlah penyelesaiannya. Sebaliknya, sikap proaktif untuk mengatasi kelemahan atau menyelesaikan masalah lebih berkesan dalam menyentuh hati rakyat.

Bagaimanapun malang sekali, ketika ini masih kelihatan sindrom penafian (denial syndrome) setiap kali tercetusnya isu yang menggores perasaan rakyat. Dalam keadaan ini, sudah tentu orang politik, tidak semestinya terhad kepada ahli pembangkang, akan mengeksploitasi peluang untuk cari publisiti dengan gembar-gemburkan isu berkenaan. Amalan seperti ini pasti akan disifatkan sebagai dipolitikkan.

Justeru, pihak berkuasa kini punya alasan untuk mewajarkan keberatan mereka dalam menyelesaikan masalah timbul kerana mereka pantang kelihatan tunduk kepada teguran dan kritikan. Tindakbalas demikian hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap parti pemerintah kerana masalah akan berkekalan tanpa penyelesaian.

Dalam perspektif perhitungan politik kepartian, perkembangan seperti ini hanya akan menguntungkan pihak pembangkang kerana isu yang menjadi kemelut itu akan terus memberikan mereka modal politik yang subur dalam pertarungan politik kepartian.

Dari sudut kepentingan rakyat pula, kalaulah maruah atau kewibawaan pihak berkuasa yang dijadikan perhitungan pokok apabila berdepan dengan sesuatu isu kontroversi, keberatan atau kelembapan untuk mencari penyelesaian sudah tentu akan mendatangkan akibat lebih parah dalam menjejaskan kewibawaan pihak berkuasa.

Dalam negara kita, masih terdapat banyak gejala lapuk namun ia tetap subur. Senario ini wujud bukan kerana warga kita kekurangan akal untuk mencari jalan keluar bagi kemelut itu, tetapi berpunca daripada sikap angkuh dan takuk minda jumud dalam kalangan sesetengah pemimpin politik dan pentadbiran awam yang berkuasa dalam membuat keputusan.

Mengikut logik sejagat, sesuatu masalah itu tetap masalah, tidak mengenali benteng perkauman dan agama.Jika dibiarkan menular dalam sesebuah masyarakat majmuk tanpa dibendung, kesan tempiasnya juga akan turut dirasai kaum-kaum lain.

Oleh yang demikian, tidaklah wajar sebarang masalah dalam masyarakat kita ditangani mengikut prejudis kaum atau agama. Pendekatan sedemikian hanya akan merugikan negara dan kesannya tidaklah terhad kepada sesuatu pihak saja.

***Penulis ialah Ahli Parlimen Pandan, bekas Presiden MCA.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved