Selasa, 23 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Suntikan awal syawal

Posted: 21 Aug 2011 05:00 PM PDT

Suntikan awal syawal JOHOR BAHRU - kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 120 anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Majidee apabila diberi peluang membeli belah bagi kedatangan Aidilfitri hujung bulan ini.

Biarpun dalam kepenatan menunaikan ibadat puasa, kanak-kanak ini teruja memilih sepasang baju Melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan) serta aksesori seperti songkok dan tudung mengikut pilihan hati mereka.

Guru besar sekolah berkenaan, Zamani Ahmad berkata, pihaknya mahu memberi suntikan keceriaan bagi sambutan Syawal akan datang kerana ada di antara mereka dalam keadaan bersedih teringatkan orang tersayang.

"Manakala ada di antara mereka yang tidak mampu membeli pakaian raya dan sedikit sebanyak sumbangan guru-guru ini dapat memberi erti Hari Raya yang berbeza buat mereka," katanya yang ditemui di Plaza Kotaraya, di sini, semalam.

Sumbangan tersebut merupakan wang tabung kebajikan sekolah dengan seorang murid diberi peruntukan RM40 seorang.

Namun Zamani berkata, ekoran kekangan kewangan yang kecil, guru-guru sekolah itu berinisiatif menambah peruntukan kewangan itu dengan menjadikan dua murid tersebut sebagai anak angkat.

"Tugas guru bukan sahaja mendidik dan mencurahkan ilmu tetapi juga mencurahkan kasih sayang dan jika sebelum ini kita membawa barang-barang keperluan rumah untuk diberikan kepada mereka.

"Tahun ini kita membawa kelainan dengan bawa sendiri pelajar ini untuk memilih apa yang diinginkan mengikut kehendak mereka dan ianya lebih menyeronokkan," katanya.

Bagi Siti Norimah Mohd Noor, 11, berkata sumbangan tersebut cukup bermakna buat dirinya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih atas sumbangan ini, ibu telah membeli kain untuk dibuat baju raya namun belum dijahit, dengan baju baru ini raya saya lebih ceria," katanya.

Manakala bagi, Sharil Shazali, 12, dengan adanya baju ini dapatlah saya menikmati kemeriahan sambutan hari raya pada tahun ini.

"Nenek ada belikan baju Melayu, tapi dengan :sumbangan ini saya ada dua helai baju, rasa lebih meriah biarpun hanya akan beraya bersama ayah dan nenek," katanya.

Bagi guru yang telah 15 tahun berkhidmat di sekolah itu, Asiah Munajam berkata, inisiatif guru turut menyumbang kepada keceriaan murid ini mendapat sambutan yang baik di kalangan mereka.

"Kita sedar sekarang barang keperluan agak tinggi, jadi dengan bonus yang diterima baru-baru ini, kami sedikit sebanyak berkongsi buat murid-murid ini," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved