Selasa, 23 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Edar 5,973 pil kuda

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Edar 5,973 pil kuda KOTA BHARU – Angkara dadah, seorang pemuda bakal berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dikaitkan dengan tuduhan mengedar hampir 6,000 biji pil kuda di Jalan Dusun Muda, di sini, tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah dalam keputusan di akhir pendakwaan kes berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan pendakwaan dan saksi-saksi pihak berkenaan di mahkamah itu sebelum ini.

Berikutan itu, Azman mengarahkan Abu Hanifah Abdul Aziz untuk membela diri pada 2 Oktober depan.

"Elemen pemilikan secara langsung berdasarkan motosikal yang ditunggang tertuduh berseorangan semasa tangkapan dibuat dapat dibuktikan dan anggapan mengedar boleh diguna pakai," katanya.

Penganggur berusia 24 tahun itu dituduh mengedar 5,973 biji pil kuda atau seberat 115.9 gram (G) dadah jenis Metamphetamine berhampiran sebuah hotel di Jalan Dusun Muda, di sini, 27 Ogos lalu.

Susulan penahan pada jam 6 petang itu, tertuduh kemudiannya dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Abu Hanifah memilih keterangan bersumpah bagi membela dirinya pada tarikh tersebut sebelum hukuman terhadapnya diputuskan seminggu selepas itu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved