Selasa, 23 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Terima bantuan gereja kerana desakan hidup

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terima bantuan gereja kerana desakan hidup KUALA LUMPUR - Kesempitan hidup, membuatkan Asmah, 31, menerima apa juga bantuan yang tiba tanpa usul periksa.

Semuanya bermula apabila perniagaan makanan diusahakan jatuh merudum ditambah dengan sakit ketumbuhan di dalam perut membuat hidupnya semakin susah.

"Ketika itu saya mengalami masalah kewangan, perniagaan menghadapi masalah sehinggakan belanja sekolah empat anak dan sewa rumah tidak mampu bayar. Satu hari, sepasang suami isteri Islam datang ke gerai saya dan menawarkan bantuan.

"Katanya, dia tahu saya menghadapi masalah, pasangan itu memberitahu mereka dari pertubuhan kebajikan di Petaling Jaya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, badan kebajikan yang diwakili pasangan terbabit banyak membantunya, sebagai permulaan, mereka membayarkan sewa rumah tertunggak RM1,800, kemudian bantuan bulanan RM500.

Menurutnya, pasangan itu memperkenalkan dia kepada seorang lelaki Kristian yang kononnya mampu menyelesaikan masalahnya.

"Saya dipertemukan dengan seorang pastor, kemudian dia memberikan sebuah buku Kisah Jalan Yang Lurus kata pastor itu, buku itu elok untuk dibaca.

"Pada awalnya saya masih tidak jelas dengan niat mereka, lama kelamaan mereka mesra dengan kami sekeluarga, sehinggakan anak-anak diberikan buku berkisarkan Mariam dan Nabi Isa," katanya.

Menurut Asmah, sejak daripada itu, dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena, dia sempat juga beberapa kali mengikuti kelas anjuran pasa-ngan terbabit di gereja dekat Damansara Utama dan Cheras.

"Setelah pasti dengan apa yang diajar itu salah, saya beberapa kali cuba mengelak untuk tidak sertai kelas tersebut, namun mereka datang mencari sampai ke rumah.

"Pastor yang menjaga saya itu tidak henti-henti menghubungi saya, setelah dua bulan terjebak dengan mereka, penyakit saya semakin serius, mereka juga pernah datang beramai-ramai ke rumah berdoa untuk kesembuhan saya," katanya.

Asmah yang juga anak bekas imam berkata, beliau mula merasa terganggu dan takut dengan gangguan pihak kebajikan dan gereja terbabit dan beberapa kali melarikan diri, namun berjaya di kesan mereka.

"Saya cuba mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, namun diberitahu, saya tidak layak atas alasan masih mempunyai suami.

"Saya diberhentikan kerja ketika itu, akibat sering ambil cuti untuk menjaga suami," katanya.

Asmah ketika ditemui, baru sahaja menjalani pembedahan di perut dan dijangka akan melakukan sekali lagi pembedahan dalam masa terdekat ini.

Tubuh pusat kesan kes murtad

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tubuh pusat kesan kes murtad SHAH ALAM – Sebuah pusat penyelidikan bagi mengesan kes murtad perlu diwujudkan, bagi mengenal pasti kes murtad yang berlaku pada peringkat awal sebelum ia semakin meruncing.

Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, pusat itu perlu berada di bawah salah satu agensi Islam dan disertai jaringan pertubuhan dan individu seluruh negara supaya boleh bertindak segera sekiranya mendapat laporan.

"Saya percaya, pencegahan awal boleh membanteras masalah murtad. Selain itu, pusat ini juga boleh menerima aduan atau lapo-ran orang ramai.

"Setiap kes murtad adalah unik. Saya sarankan, pihak bertanggungjawab perlu menjalankan kajian ke atas mereka yang berisiko tinggi dan terdedah kepada masalah ini. Ia perlu dijalankan bagi memahami apa yang mendorong seseorang membelakangkan agama," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan faktor penyebab utama adalah percintaan, terlanjur, kesempitan hidup, bantuan di saat kesempitan kewangan, konflik keluarga dan pegangan agama yang longgar.

"Sebenarnya seorang Muslim yang menjaga iman dengan teliti, mudah dipesongkan pengaruh yang bukan sahaja datang dari agama lain.

"Amalan, cara hidup, pegangan ideologi serta pengambilan hukum dari sumber lain sehingga bertentangan dengan Islam, jika dilakukan tanpa landasan, boleh membawa kepada syirik atau kufur," katanya.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya umat Islam membina pemahaman, menanam iman yang mendalam serta beramal dengan ajaran Islam dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.

"Kita percaya ini bukan sahaja benteng kukuh dari gejala murtad, syirik atau kekufuran tetapi sebenarnya, ia amalan hidup insan yang diredai Allah. Jadi usaha mendidik ini adalah jalan terbaik bagi jangka masa panjang," katanya.

Zaid berkata, sehingga kini JIM dapat membantu beribu-ribu saudara baru melalui pendekatan Hidayah Centre.

"Alhamdulillah muafakat dan kerjasama dalam kalangan pertubuhan dan agensi Islam menjadikan usaha memberi khidmat kepada saudara baru berjalan dengan baik. Namun, bebanan kerja ini bertambah besar dan masih banyak perlu diperbaiki.

"Setiap orang memeluk Islam melalui berbagai cara. Semuanya mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan menjadi tanggungjawab kita menghulurkan bantuan," katanya.

Beliau berkata, JIM turut menggalakkan ahlinya merebut peluang berdakwah secara peribadi, dengan penuh hikmah kepada rakan sekerja, jiran atau siapa sahaja ditemui.

"Melalui Hidayah Training Centre kita berusaha melahirkan mubaligh. Usaha dakwah secara bersemuka menggunakan buku, risalah dan program berbentuk karnival juga kita laksanakan.

"Kita akan terus berusaha menerangkan keistimewaan Islam berbanding cara hidup dan ideologi lain, memperjuangkan keadilan walaupun tidak memihak kepada keluarga sendiri serta menjunjung al-Quran dan al-Sunnah," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved