Ahad, 7 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan TRIPOLI - Kekurangan sumber tenaga dan petrol terutama pada bulan Ramadan ini meningkatkan kekecewaan penduduk di ibu negara Libya terhadap campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di negara itu.

Penduduk Tripoli, bandar kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terpaksa berhadapan catuan elektrik yang semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan rumah tidak dapat menggunakan penghawa dingin dan peti sejuk semasa kemuncak musim panas serta bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka sempena Ramadan.

Bekas Menteri Kesihatan Libya, Mohamed Abu Ajeela Rashid yang kini menjadi pegawai perubatan di sebuah hospital di Tripoli berkata, kekurangan tenaga elektrik menyebabkan masalah serius di bandar itu.

"Sabtu lalu, bekalan diputuskan semasa saya sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada lampu telefon bimbit untuk meneruskan pembedahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Revolusi Israel?

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Revolusi Israel? TEL AVIV - Sekurang-kurangnya 250,000 penduduk Israel berarak di seluruh negara, kelmarin bagi menuntut penurunan kos sara hidup dalam demonstrasi besar-besaran yang dilihat semakin buruk dan dianggap menyerupai revolusi Arab di beberapa negara Timur Tengah yang berlaku pada awal tahun ini.

Menurut polis, penduduk di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar-bandar lain di seluruh Israel menyertai protes itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung dasar ekonomi negara.

Sejak tiga minggu lalu, protes di negara dengan penduduk seramai 7.7 juta itu semakin berkembang, bermula dengan sekumpulan pelajar universiti mendirikan khemah di Tel Aviv sebelum bertukar kepada gerakan besar-besaran disertai rakyat kelas pertengahan negara itu.

Dasar ekonomi membebankan diguna pakai Israel menyebabkan jurang pendapatan negara yang tinggi antara kelas atasan dan pertengahan serta peningkatan harga rumah melampau.

Pentadbiran Israel dilihat mula gerun dengan kebangkitan rakyatnya dan cuba menenangkan keadaan dengan berjanji mengambil langkah menurunkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan merancang membentuk kumpulan khas dalam Kabinet bagi membincangkan tuntutan penunjuk perasaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gejala ketagih hidu gam makin parah

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Gejala ketagih hidu gam makin parah Masih ingatkah lagi kisah tiga rakan karib yang ditemui mati dipercayai selepas menghidu gam secara berlebihan berhampiran kawasan semak di atas bukit antara Flat Sri Sabah dengan Jalan Loke Yew di Cheras, Kuala Lumpur pada 10 April 2000?

Muhamad Abdul Hamid, 18, Gucharan Singh Arbantha Singh atau nama Islamnya, Mohamad Abdullah, 14, dan Alun Harris, 20, dipercayai mati dua jam lebih awal sebelum ditemui penduduk dalam keadaan terbaring kira-kira jam 8.40 pagi.

Turut ditemui di kawasan itu adalah empat tin gam dengan kapasiti 100 mililiter bagi setiap tin yang dipercayai digunakan untuk melepaskan gian pada waktu malam sebelum mayat mereka ditemui.

Bagi penghidu gam, barangkali mereka tahu atau buat tak tahu.

Gam yang dihidu itu mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh mengganggu fungsi jantung.

Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Jika tidak mati, bersedialah untuk hilang ingatan, gila, hilang upaya deria dan lumpuh pada anggota badan tertentu.

Walaupun berita itu menggemparkan negara satu ketika dahulu, namun masalah ketagihan gam yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan.

Pemantauan yang dilakukan Sinar harian mendapati beberapa 'port' di sekitar Bandaraya Georgetown ini dijadikan tempat 'selamat' mereka untuk melepaskan gian bagi menyedut sebungkus plastik berisi cecair warna putih.

Tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang berhampiran mereka, golongan itu tetap dengan dunia khayalan mereka selepas menyedut dan menghembus plastik itu seperti mahu meniup belon.

Sinar Harian terus memerhatikan gelagat mereka dari jauh dan mendapati selepas beberapa minit melayan plastik putih itu, golongan itu tersenyum sendirian sambil tangan ditunjukkan ke arah atas seolah-olah menunjukkan sesuatu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, disebabkan gam mudah diperoleh dan lebih murah untuk dibeli menyebabkan gejala tidak sihat ini semakin menular.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil sesuatu tindakan sebab sehingga kini tiada sebarang akta yang diperuntukkan bagi membendung dan mengatasi masalah ini.

Bekalan gam mudah diperoleh

PELAJAR berusia 16 tahun yang mahu dikenali sebagai Nila mengakui baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti menghidu gam.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dan tekanan yang menyebabkan dia menghidu gam sebaliknya memberitahu perasaan ingin mencuba membuatkan dia terjebak dengan gejala tidak sihat itu.

Anak tunggal yang menetap bersama ibu bapanya di Jelutong ini mengakui hanya menghidu gam setiap hujung minggu bersama rakan-rakanya bagi menghilangkan rasa bosan dan sekadar menikmati khayalan selepas menghidu plastik berisi cecair putih.

"Saya tidak ketagih menghidu gam sebaliknya ia hanya diambil pada hujung minggu sahaja. Bagi saya, nikmat hidu gam ini tidak menjejaskan langsung kehidupan saya kerana ia sekadar hanya untuk suka-suka dan 'layan kepala' (khayal).

"Walaupun baru sebulan saya menghidu gam namun perbuatan saya ini langsung tidak dikesan keluarga. Saya sedar apa kesan buruk yang akan terjadi sekiranya saya meneruskan perbuatan ini, namun ia sangat menyeronokkan kerana saya dapat berhibur bersama kawan-kawan," katanya kepada Sinar Harian.

Nila yang juga pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah perempuan di sini juga berkata, dia akan meletakan gula-gula di dalam plastik itu bagi mengelakkan bau gam dapat dihidu keluarganya selepas pulang ke rumah.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM3 untuk mendapatkan satu tin gam tanpa sebarang masalah.

"Wang belanja untuk persekolahan yang diberikan ayah, saya simpan untuk membeli gam dan kadang-kadang rakan akan belanja saya sekiranya mereka mahu saya menemani mereka layan kepala.

"Sehingga hari ini saya dan rakan tak pernah 'kantoi' (diketahui) lagi cuma kadang-kadang 'port' kami diganggu pengawal keselamatan. Bagaimanapun sebelum kami layan kepala di mana-mana tempat, kami akan pastikan terlebih dahulu tempat itu selamat," katanya.

Hampir dicabul

RAKAN karib Nila yang mahu dikenali sebagai Nora, 16, pula mengaku mula ketagihan gam sejak berusia 13 tahun, namun dia berhenti seketika apabila kegiatannya diketahui ahli keluarganya.

Nora berkata, aktiviti menghidu gam yang bermula selepas diajar bekas teman lelakinya bertukar menjadi tabiat apabila dia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada sapaan sebelum bekerja

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiada sapaan sebelum bekerja PARIT - "Tiada sapaan daripada suami sebelum dia keluar bekerja menjadi tanda saya akan kehilangan dia buat selama-lamannya," luah Sazura Mohd Yahya, 37, isteri kepada Aminuddin Kamarudin, 42, yang terbunuh dalam satu kemalangan maut di Kilometer 8 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, pagi kelmarin.

Sazura berkata, setiap pagi, suaminya akan memberitahu dan memaklumkan sebelum melangkah keluar rumah, namun pada pagi kejadian buat pertama kali arwah melangkah keluar rumah tanpa menyapa.

"Ketika itu saya sedang mengemas di bahagian dapur, dan apabila saya lihat diruang tamu beliau sudah pun keluar bekerja, tidak seperti biasa arwah akan menyapa saya terlebih dahulu sebelum keluar bekerja," katanya.

Sazura berkata, kebiasaannya setiap kali sebelum kehadiran Ramadan, arwah suaminya akan membelikan pakaian dan baju untuk anak-anak, namun Ramadan tahun ini arwah bercadang untuk membeli pakaian hari raya menjelang Aidilfitri.

:"Sayu hati jika terkenangkan persiapan menjelang Ramadan, arwah akan membawa anak-anak ke Teluk Intan membeli baju raya.

"Malah arwah akan memastikan baju anak akan sentiasa baru menjelang Aidilfitri, namun Aidilfitri kali ini tidak semeriah tahun sebelumnya dan ia akan menjadi kenangan," katanya.

Katanya, walau bagaimanapun, hasrat arwah untuk menikmati bubur lambuk masjid Teluk Intan akhirnya terlaksana apabila arwah membawa pulang bubur lambuk masjid Teluk Intan.

Sementara itu, isteri ketiga Mohamad Termizi, Norhana Ahmad Kamal, tidak menyangka berbuka kali terakhir dan masih terkenang makanan telur goreng ketika berbuka puasa bersama.

Norhana berkata, ketika di tempat kerja arwah sempat menghubunginya sebelum pergi ke Teluk Intan.

Menurutnya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Ipoh berkata, arwah sempat berpesan kepadanya supaya mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah kerana ada urusan penting di Teluk Intan.

"Saya reda dengan ketentuan Tuhan walaupun terpaksa berhari raya bersama anak sulung yang kini berusia lima bulan," katanya.

:Dalam kejadian awal pagi itu dua beradik terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan dekat Parit.

Aminuddin Kamaruddin, 42, dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan, Parit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Muhamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Aminuddin Kamaruddin, 42, dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan dalam perjalanan ke Teluk Intan.

"Kereta yang dipandu Aminuddin dirempuh sebuah lori di satu selekoh dan kedua-dua beradik itu meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mereka yang tersepit di dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita.

Katanya, pemandu lori dan kelindan hanya cedera ringan selain dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama serta telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hidu bau busuk setiap hari

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hidu bau busuk setiap hari KAMPUNG PULAU - Usaha untuk memastikan tidak berlakunya pembuangan sampah haram di kawasan Kampung Pulau tampaknya tidak berhasil apabila masih wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa perkilangan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pulau, Jimmy Tan Chin Chai berkata, beliau menerima aduan penduduk yang tidak tahan dengan kawasan sekeliling mereka sehingga terpaksa menghidu bau busuk pada setiap hari.

Menurutnya, aktiviti membuang sampah haram kepunyaan kilang berkenaan bukan sahaja menjejaskan persekitaran kawasan tetapi memberi pandangan negatif masyarakat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Selain itu, kita mahu pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap aktiviti haram yang dilakukan sejak beberapa bulan yang memberi kesan kepada penduduk di sini.

"Bagaimanapun, usaha memantau pihak yang membuang sampah dan sisa-sisa kilang berkenaan akan diteruskan supaya dapat diambil tindakan sewajarnya supaya tidak mencemarkan nama kampung," katanya kepada Sinar Harian.

Jimmy Tan, berkata, beliau kesal dengan pihak berkenaan yang mengambil jalan mudah untuk mencari kawasan kampung sebagai lokasi pembuangan sisa kilang mereka selain membiarkan sisa-sisa berkenaan bertaburan tanpa di selia dengan baik.

Menurutnya, pelbagai aduan negatif diterima setiap hari namun tiada tindakan diambil walaupun dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hidu bau busuk setiap hari KAMPUNG PULAU - Usaha untuk memastikan tidak berlakunya pembuangan sampah haram di kawasan Kampung Pulau tampaknya tidak berhasil apabila masih wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa perkilangan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pulau, Jimmy Tan Chin Chai berkata, beliau menerima aduan penduduk yang tidak tahan dengan kawasan sekeliling mereka sehingga terpaksa menghidu bau busuk pada setiap hari.

Menurutnya, aktiviti membuang sampah haram kepunyaan kilang berkenaan bukan sahaja menjejaskan persekitaran kawasan tetapi memberi pandangan negatif masyarakat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Selain itu, kita mahu pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap aktiviti haram yang dilakukan sejak beberapa bulan yang memberi kesan kepada penduduk di sini.

"Bagaimanapun, usaha memantau pihak yang membuang sampah dan sisa-sisa kilang berkenaan akan diteruskan supaya dapat diambil tindakan sewajarnya supaya tidak mencemarkan nama kampung," katanya kepada Sinar Harian.

Jimmy Tan, berkata, beliau kesal dengan pihak berkenaan yang mengambil jalan mudah untuk mencari kawasan kampung sebagai lokasi pembuangan sisa kilang mereka selain membiarkan sisa-sisa berkenaan bertaburan tanpa di selia dengan baik.

Menurutnya, pelbagai aduan negatif diterima setiap hari namun tiada tindakan diambil walaupun dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Doktor menang tuntutan

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Doktor menang tuntutan

KUALA TERENGGANU- Kesenangan yang diharap, derita pula yang diterima.

Begitulah nasib seorang doktor apabila menggunakan agensi untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah bagi meringankan tugasnya.

Namun, penderitaan doktor itu berhubung pertikaian mengenai pembantu rumah berakhir apabila Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Terengganu memerintahkan ejen pembantu rumahnya memulangkan kembali wang RM5,000.

Pihak yang menuntut, Fairuz Mohd Ibrahim, 32, dari Kampung Ladang Sekolah dalam pernyataan tuntutannya berkata, dia telah mengambil pembantu rumah asing (PRA) warga Indonesia pada 3 November tahun lalu, daripada pihak penentang, Norul Aini Mohd Tajuddin, 49, yang merupakan seorang ejen membekalkan pembantu rumah, di rumahnya di Pengkalan Chepa.

Berdasarkan perjanjian yang dibuat, pembayaran RM7,200 merangkumi permit kerja selama dua tahun, tempoh percubaan selama tiga bulan dan bekerja empat bulan tanpa gaji.

» selanjutnya...

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Doktor menang tuntutan

KUALA TERENGGANU- Kesenangan yang diharap, derita pula yang diterima.

Begitulah nasib seorang doktor apabila menggunakan agensi untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah bagi meringankan tugasnya.

Namun, penderitaan doktor itu berhubung pertikaian mengenai pembantu rumah berakhir apabila Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Terengganu memerintahkan ejen pembantu rumahnya memulangkan kembali wang RM5,000.

Pihak yang menuntut, Fairuz Mohd Ibrahim, 32, dari Kampung Ladang Sekolah dalam pernyataan tuntutannya berkata, dia telah mengambil pembantu rumah asing (PRA) warga Indonesia pada 3 November tahun lalu, daripada pihak penentang, Norul Aini Mohd Tajuddin, 49, yang merupakan seorang ejen membekalkan pembantu rumah, di rumahnya di Pengkalan Chepa.

Berdasarkan perjanjian yang dibuat, pembayaran RM7,200 merangkumi permit kerja selama dua tahun, tempoh percubaan selama tiga bulan dan bekerja empat bulan tanpa gaji.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

52,500 netbook untuk Pahang

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

52,500 netbook untuk Pahang BENTONG – Pelajar yang layak tetapi tidak terpilih bagi menerima netbook 1Malaysia bagi fasa pertama dan kedua tahun ini disarankan untuk bersabar kerana mereka dijangka memperolehnya menerusi pembahagian fasa ketiga dijangka selewatnya-lewatnya awal tahun depan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur, Shahrizal Husin berkata, bagi fasa ketiga, Pahang memperoleh 52,500 unit netbook yang bakal diagihkan kepada pelajar.

Menurutnya, negeri ini cukup bertuah kerana jumlah unit netbook bagi fasa ketiga adalah lebih banyak berbanding fasa pertama dan kedua.

"Bagi fasa pertama, jumlah netbook yang diagihkan ialah sebanyak 18,500 manakala fasa kedua ialah 7600 unit sahaja.

"Senarai nama pelajar yang layak sudah ada dalam simpanan jawatankuasa khas pemberian netbook ini dan mereka diharap bersabar untuk menerimanya dalam fasa ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Kepada Pelajar Sekolah Menengah Parlimen Bentong bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, Datuk M Davendran; ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd Lotfie dan Pegawai Pelajaran Daerah, Liew Kim Choon.

Shahrizal berkata, pemilihan pelajar bermula dari pihak sekolah dan dikemas kini di Pejabat Pelajaran Daerah seterusnya senarai ini akan dibuat pengesahan oleh Ahli Parlimen dan ADUN setempat sebelum diserahkan SKMM bagi tujuan pengagihan.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah menengah yang tidak mempunyai komputer dan langganan jalur lebar di rumah serta dikategorikan sebagai kurang berkemampuan.

Nyawa pengguna terancam

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nyawa pengguna terancam KOTA BHARU- Jambatan tunggu mangsa. Biarpun sudah lebih seminggu pagar Jambatan Lapang Pari rosak selepas sebuah lori terbabas di kawasan itu tetapi sehingga kini ia tidak baiki lagi.

Pada 28 Julai lalu sebuah lori yang membawa muatan 29 tong gas terjunam ke dalam sungai selepas kenderaannya gagal dikawal dan kemudiannya merempuh pagar jambatan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tidak berpagar sepanjang hampir empat meter berkenaan hanya diletakkan dengan pita penghalang.

Bagaimanapun tindakan itu, masih tidak selamat kepada pengguna yang melalui kawasan tersebut dan langkah terbaik ialah perlu dibaiki dengan segera.

Jambatan kayu berkenaan menjadi laluan alternatif Pantai Cahaya Bulan ke Pengkalan Chepa dan ia juga digunakan oleh penduduk ketika jalan-jalan utama ditenggelami banjir.

Ia juga lebih membahayakan kepada pelajar yang menggunakan laluan tersebut untuk ke sekolah setiap hari dan keadaan itu turut menggugat keselamatan penduduk laluan berkenaan sekiranya ia tidak terus dibiarkan.

Kebimbangan berkenaan juga turut diakui oleh seorang murid, Suriri Abdullah, 11, yang menggunakan laluan tersebut setiap pagi untuk ke sekolah.

"Memanglah saya takut ketika melalui jambatan ini kerana pagarnya masih belum digantikan dengan yang baru, tetapi laluan ini paling dekat untuk saya ke sekolah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Seorang penduduk, Salleh Mamat, 35, berkata, pihak berkaitan juga perlu menggantikannya dengan jambatan konkrit supaya ia tahan lebih lama dan selamat kepada pengguna.

"Sebelum ini, ketika hari raya jambatan ini juga digunakan oleh orang ramai untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya dan saya berharap ia mendapat perhatian pihak berkaitan," katanya.

Sementara itu, wakil peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Hassan Mamat ketika dihubungi memberitahu, jambatan baru akan dibina dengan dalam jangka masa terdekat.

"Kita akan gantikan jambatan yang baru kerana pemaju pembinaan jambatan sudah dipilih dan ia dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM3 juta untuk keselesaan semua," katanya.

Terpedaya janji manis ejen

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Terpedaya janji manis ejen JOHOR BAHRU – Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki bertindak licik apabila mendakwa dirinya ejen program pengampunan pekerja asing untuk memperdayakan dua pemilik restoran dengan melarikan wang sebanyak lebih RM5,000.

Dua pemilik restoran itu melaburkan duit mereka selepas terperangkap taktik 'janji manis' penipuan ejen terbabit yang dikatakan menawarkan perkhidmatan pendaftaran sempena program pemutihan pekerja asing yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Mangsa, Oh Ser Ser, 28, berkata, pada mulanya dia dihampiri seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Zai di sebuah Restoran di Taman Setia Indah dan menawarkan perkhidmatan itu kepadanya.

"Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000, termasuk deposit RM1,000 untuk mendaftarkan pekerja asing yang menyalahi undang-undang dan saya akan diberikan kad untuk membuktikan bahawa pekerja saya sudah menjalani program pemutihan.

"Saya tidak tahu banyak tentang program pengampunan, jadi saya percaya apa yang dikatakan kerana saya fikir ia boleh menyenangkan saya kerana tidak perlu beratur panjang di pejabat Imigresen, namun tidak sangka pula sebenarnya saya ditipu," katanya.

Ser Ser berkata, dia telah membayar sebanyak RM4,200 kepada ejen terbabit untuk mendaftar dua pekerja asing yang bekerja dengannya.

Menurutnya, dia turut menawarkan perkhidmatan ejen itu kepada sepupunya, Kee Yong Yeu, 28, yang juga pemilik sebuah restoran, pada 30 Jun lalu.

"Sepupu saya membayar RM1,000 kepada ejen terbabit dan apabila kami menerima kad tiga minggu kemudian, kami merasakan sesuatu yang tidak kena kerana kad yang diberikan itu kelihatan sangat palsu.

"Saya kemudian mengambil keputusan untuk ke ibu pejabat Jabatan Imigresen di Setia Tropika pada Khamis (4 Ogos) di mana salah seorang pegawai memberitahu saya bahawa tiada kad itu dikeluarkan selepas menjalani proses itu," katanya.

Merasakan dirinya ditipu, Ser Ser bersama sepupunya itu membuat laporan polis dan turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta perlu merujuk sesuatu perkara dengan pihak jabatan terlebih dahulu.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved