Ahad, 7 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan TRIPOLI - Kekurangan sumber tenaga dan petrol terutama pada bulan Ramadan ini meningkatkan kekecewaan penduduk di ibu negara Libya terhadap campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di negara itu.

Penduduk Tripoli, bandar kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terpaksa berhadapan catuan elektrik yang semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan rumah tidak dapat menggunakan penghawa dingin dan peti sejuk semasa kemuncak musim panas serta bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka sempena Ramadan.

Bekas Menteri Kesihatan Libya, Mohamed Abu Ajeela Rashid yang kini menjadi pegawai perubatan di sebuah hospital di Tripoli berkata, kekurangan tenaga elektrik menyebabkan masalah serius di bandar itu.

"Sabtu lalu, bekalan diputuskan semasa saya sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada lampu telefon bimbit untuk meneruskan pembedahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Revolusi Israel?

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Revolusi Israel? TEL AVIV - Sekurang-kurangnya 250,000 penduduk Israel berarak di seluruh negara, kelmarin bagi menuntut penurunan kos sara hidup dalam demonstrasi besar-besaran yang dilihat semakin buruk dan dianggap menyerupai revolusi Arab di beberapa negara Timur Tengah yang berlaku pada awal tahun ini.

Menurut polis, penduduk di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar-bandar lain di seluruh Israel menyertai protes itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung dasar ekonomi negara.

Sejak tiga minggu lalu, protes di negara dengan penduduk seramai 7.7 juta itu semakin berkembang, bermula dengan sekumpulan pelajar universiti mendirikan khemah di Tel Aviv sebelum bertukar kepada gerakan besar-besaran disertai rakyat kelas pertengahan negara itu.

Dasar ekonomi membebankan diguna pakai Israel menyebabkan jurang pendapatan negara yang tinggi antara kelas atasan dan pertengahan serta peningkatan harga rumah melampau.

Pentadbiran Israel dilihat mula gerun dengan kebangkitan rakyatnya dan cuba menenangkan keadaan dengan berjanji mengambil langkah menurunkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan merancang membentuk kumpulan khas dalam Kabinet bagi membincangkan tuntutan penunjuk perasaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved