Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Media baru medan aktivisme alternatif Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Lebih kurang 1,000 orang menghadiri Wacana Sinar Harian "Apa Selepas 9 Julai?" pada 26 Julai lalu. Lebih 43,000 orang di 61 buah negara menonton siaran langsungnya di televisyen internet Malaysian Observer (mobtv.my). Ramai lagi melayari media baru untuk mengikuti dan menyertai perbincangan mengenainya. Jumlah yang menghadiri perhimpunan 9 Julai itu, kalaupun tidak sampai 50,000, tentulah lebih daripada 6,000. Jumlah yang menghadirinya secara jarak jauh lebih ramai, iaitu sama ada di perhimpunan di luar negara atau di siaran langsung melalui media baru. Ramai lagi melayari media baru sebelum, semasa dan selepasnya. Apabila ada media konvensional dan arus perdana memberikan gambaran kurang tepat tentang perjalanan dan kandungan wacana dan perhimpunan itu, maka, mereka yang menghadirinya, menontonnya dan melayarinya sama ada menyatakan "usah perbodohkan kami" atau mentertawakannya atau memulaukannya. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa masyarakat kita sedang melalui satu transisi. Saya memahaminya sebagai transisi dari realiti lama kepada realiti baru. Satu daripada realiti baru ialah media baru. Tetapi, bukan media baru sebagai sekadar alat komunikasi semata-mata. Sebaliknya, ialah media baru sebagai gelanggang untuk beroperasi dan berkongsi. Perdana Menteri memahami realiti baru ini kerana beliau aktif menggunakan media baru untuk berkomunikasi, beroperasi dan berkongsi. Soalnya, sejauh manakah kita semua memahami dan menggunakan sepenuhnya? Media baru terdiri daripada tiga elemen utama. Pertama, ia meliputi tiga komponen, iaitu artifak – peralatan-peralatan yang membolehkan dan memanjangkan kemampuan manusia untuk berkomunikasi dan berkongsi makna; amalan – aktiviti-aktiviti yang disertai manusia dengan menggunakan dan mengembangkan peralatan tersebut; dan aturan – bentuk-bentuk organisasi dan sosial yang dicipta serta dibina oleh manusia dengan menggunakan artifak dan amalan tersebut. Kedua, ia melahirkan dua bentuk kegunaan utama, iaitu perubahan berkombinasi – ia bertentangan dengan sifat stabil dan sentiasa berubah dengan mengkombinasikan sistem-sistem lama dengan yang baru melalui inovasi; dan jaringan-atas-jaringan – ia menghubungkan teknologi dengan teknologi, individu, kumpulan, organisasi dan masyarakat; dan begitu juga sebaliknya. Ketiga, ia menghasilkan dua kesan sosial utama, iaitu kewujudan di mana-mana dan bila-bila masa; serta 'inter-aktiviti' yang memberi peluang untuk memilih, mengguna, menyuarakan, menghubung, mengongsi dan sebagainya. Dari segi berita, rencana, gambar dan video, sekiranya media konvensional tidak berubah, iaitu tidak menggunakan media baru sebagai saluran tambahan serta mengurangkan laporan dan penulisan yang kurang objektif, maka, ia akan diatasi media baru. Media baru akan menjadi media konvensional yang baru. Begitu juga media arus perdana. Jika tidak mempunyai saluran media baru dan mengurangkan kandungan kurang objektif, maka ia akan diatasi media baru. Media baru akan menjadi media arus perdana yang baru. Pemberita dan kamera media konvensional serta arus perdana berada di tempat dan masa tertentu sahaja. Ceritanya disiarkan pada saluran dan waktu yang terhad. Tetapi pemberita dan kamera media baru berada hampir di semua tempat serta setiap masa. Ini kerana setiap orang mampu menjadi pemberita dan jurukamera. Ceritanya disiarkan di pelbagai saluran dan sentiasa. Bagi aktivis yang dipinggirkan media konvensional dan arus perdana, maka media baru adalah gelanggang alternatif. Bukan sahaja gelanggang untuk bersuara dan berperanan, malah bagi menegakkan aktivisme alternatif. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Perlukah kementerian bukan Islam? Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke-65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim atas tindakannya selama ini. Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican. Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini. Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian. Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan benarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies. Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama Peribumi. Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini. Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan 'berjaya' walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan. Pertama, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak harus secara menjadi Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan Mahkamah Syariah tetapi oleh Mahkamah Sivil. Keempat, tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. Kelima, Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang. Keenam, pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. Kelapan, orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluarganya yang memeluk Islam (jika meninggal). Kesembilan, orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang guna perkataan-perkataan suci dalam Islam. Ke-10, bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. Ke-11, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar di sekolah seperti mana pelajaran Islam. Ke-12, program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing Ke-13, orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam. Ke-14, Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi). Ringkasnya, belum pun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan, sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. Apa lagi yang kita mahu? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan