SH |
Cuaca panas punca api cepat merebak Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Cuaca panas punca api cepat merebak
JENGKA 4 – Seluas lebih 0.8 hektar kawasan pengumpulan tandan kosong kelapa sawit di Jengka 4 terbakar kira-kira jam 5 petang kelmarin menyebabkan kawasan tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Salah seorang belia tempatan, Mohd Ali Awang berkata, kejadian dipercayai bermula seawal jam 5.30 pagi kelmarin dengan hanya kebakaran kecil di bahagian atas kawasan pengumpulan tandan kosong itu sebelum merebak kira-kira jam 5 petang Menurutnya, pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran namun ekoran cuaca panas dan keadaan angin yang kuat, kebakaran merebak dengan pantas. "Kawasan ini juga bertindak sebagai Pusat Penimbangan dan Pengumpulan Kelapa Sawit bagi beberapa kawasan seperti Jengka 4, 6, 7 serta sebilangan kampung tradisional sekitar kawasan ini seperti Kampung Jara dan Kampung Kuala Sentul. "Malah kawasan ini juga menjadi pusat pengumpulan tandan kosong dari Kilang Sawit Jengka 3 yang dihantar ke sini ekoran kawasan yang terhad di kilang itu," katanya. Mohd Ali berkata, kerja menimbang dan pemunggahan kelapa sawit tergendala buat sementara waktu disebabkan kejadian ini. Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 9 malam mendapati keadaan asap semakin tebal menyebabkan kerja pemunggahan kelapa sawit di kawasan pengumpulan yang berada di bahagian atas Kilang Sawit Jengka 4 terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Kebakaran cepat merebak Bahagian Operasi Balai Bomba Maran, Che Khalid Ali berkata, pihak balai menghantar sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota pada pagi kejadian untuk memadamkan kebakaran. Menurutnya, namun disebabkan kebakaran yang berpunca daripada tandan kosong kelapa sawit tersebut cepat merebak, kerja pemadaman agak sukar dilakukan. "Kita juga mengawal keadaan di sebelah pusat pengumpulan kelapa sawit supaya api tidak merebak ke kawasan tersebut bagi mengelakkan kerja pemunggahan kelapa sawit terus tergendala," katanya. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang kerugian dan kemalangan jiwa. Penduduk dinasihatkan berhati-hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin ketika melawat kawasan kejadian berkata, penduduk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mempertingkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian kebakaran di kawasan kediaman mahupun ladang kelapa sawit. "Penduduk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali kerana bimbang melibatkan kemalangan jiwa dan mendatangkan kerugian," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Cuaca panas punca api cepat merebak

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan