Isnin, 8 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


160 perusuh ditahan

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

160 perusuh ditahan LONDON - Polis Britain sehingga semalam menahan lebih 160 orang di London selepas beberapa kedai dipecah masuk dan anggota pihak berkuasa diserang sekumpulan perusuh pada malam kedua keganasan terburuk di negara itu.

Seramai sembilan anggota polis cedera dalam keganasan yang bermula di Tottenham, utara London dan semakin merebak ke beberapa kawasan lain di ibu negara Britain itu.

Timbalan Datuk Bandar London, Kit Malthouse mempersalahkan sekumpulan kecil penjenayah sebagai pencetus keganasan itu dan menyangkal dakwaan bahawa rusuhan itu dilakukan kerana ketidakpuasan hati golongan miskin berhubung masalah ekonomi negara.

Rusuhan bermula pada malam Sabtu lalu apabila upacara menyalakan lilin untuk seorang lelaki yang ditembak mati polis, bertukar menjadi ganas.

Mangsa berumur 29 tahun ditembak selepas didakwa melepaskan tembakan ke arah polis semasa pihak berkuasa cuba menahannya dalam satu sekatan jalan raya di Tottenham, Khamis lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Indonesia digesa ubah kertas undi

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

Indonesia digesa ubah kertas undi JAKARTA - Adakah pengundi yang tidak memilih mana-mana calon semasa pilihan raya perlu dibenarkan menyuarakan pendirian mereka di dalam kertas undi?

Jawatankuasa Bebas untuk Pemantauan Pilihan Raya Indonesia (KIPP) percaya ia perlu dilakukan dan mengemukakan cadangan kepada penggubal undang-undang untuk memberikan hak baru dengan menyediakan ruangan 'tiada undi' dalam kertas pembuangan undi.

Penyelaras KIPP, Girindra Sandino berkata, ruangan itu dapat membantu mengurangkan calon terlibat dengan rasuah atau muka lama yang gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat dipilih semasa pilihan raya serta memberi galakan positif kepada kerajaan supaya berkhidmat lebih baik.

Bagaimanapun, pengerusi Dewan Rakyat Indonesia, Chairuman Harahap berkata, ia bukan cadangan baik kerana undian itu akan menggalakkan rakyat untuk tidak mengundi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved