Isnin, 8 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wang pengaruh tukar agama

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

Wang pengaruh tukar agama KUALA LUMPUR – Kesempitan hidup menjadi punca seorang mangsa beragama Islam dimurtadkan oleh sebuah 'pertubuhan bukan kerajaan' yang berselindung di sebalik kegiatan kebajikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin berkata, dirinya mengalami kesempitan setelah ditinggalkan suami dan perlu menanggung dua anak yang masih kecil.

"Gaji yang sebanyak RM700 tidak cukup untuk menampung kami sekeluarga kerana perlu membeli keperluan harian dan tanggungan anak-anak yang masih bersekolah di Tahun 2 dan 3.

"Ini kerana bantuan Baitulmal juga tidak lagi diterima dengan hanya berharap daripada bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan," katanya.

Bantuan diberhentikan kerana kononnya Azlin telah mampu berdikari.

Azlin berkata, seorang ejen pertubuhan itu mendekati dirinya ketika sedang bekerja di sebuah pusat latihan kecergasan dengan menjanjikan bantuan kewangan untuk membantunya mengatasi kesempitan hidup.

Ibarat mengantuk disorong bantal, bantuan tersebut diterimanya tanpa berbelah bahagi kerana percaya pertubuhan itu dapat membantu dirinya sekeluarga.


Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JPJ pantau pengangkutan awam

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

JPJ pantau pengangkutan awam KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memantau pergerakan pengangkutan awam selama empat minggu pada musim perayaan berkuat kuasa pada 14 Ogos ini mengurangkan kadar statistik kemalangan ini.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata, operasi yang diadakan akan bermula dua minggu sebelum dan selepas musim hari perayaan.

"JPJ juga akan melakukan pemantauan terhadap bas ekspres di setiap pintu masuk dan keluar di lebuh raya sekitar Kuala Lumpur untuk memastikan setiap bas tersebut mempunyai pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh," katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter online 1JPJ di tapak Pasar Tani Danau Kota, semalam.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan teknikal seperti cengkaman brek dan tayar serta akan melakukan ujian saringan air kencing ke atas setiap pemandu bas berkenaan di atas kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Kami mahu memastikan kadar kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam dapat dikurangkan agar pengguna yang pulang beraya selamat sampai ke destinasi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan ulat tiket di beberapa pusat penjualan tiket perjalanan.

"Pada pemerhatian awal, kami mendapati kegiatan ulat tiket di Hentian Puduraya sudah berkurangan secara drastik, walau bagaimanapun kami tetap akan memantau kegiatan ini dari masa ke semasa, kami juga tidak akan bertoleransi dengan ulat tiket ini, " katanya.

Dalam perkembangan lain, kaunter online 1JPJ bersama MyEg mendapat sambutan daripada orang awam sejak ia dilancarkan dua minggu lalu oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, matlamat utama program ini adalah untuk JPJ mendekatkan diri dengan komuniti, di samping membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan serupa tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

"Kami menyediakan khidmat nasihat, semakan senarai hitam JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), semakan saman JPJ, pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM), pembayaran kompaun, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan cermin gelap," katanya.

Selain di tapak Pasar Tani Danau Kota, Kuala Lumpur kaunter sedemikian dibuka di Pasar Tani Mega di Stadium Shah alam, tapak Pasar Tani Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi, Putrajaya Sentral dan Stadium Paroi, Seremban.

Mohd Nadzri berkata, kaunter ini dibuka setiap hari minggu di setiap negeri untuk kemudahan komuniti setempat.

"Pengguna juga boleh membuat sendiri urusan memperbaharui lesen dan cukai jalan dengan melakukannya di rumah atau di pejabat tanpa perlu mengambil cuti dan pergi ke pejabat JPJ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved