Isnin, 8 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemandu berlagak gengster tendang kereta Peronda Polis

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

MARANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong di sini, apabila pemandu kenderaan awam itu bertindak ganas dan menyerang kenderaan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anggota peronda terbabit dalam perjalanan dari Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu menuju ke Kuala Terengganu selepas menghantar seorang remaja kurang siuman ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

Pemandu kereta peronda terbabit, Koperal Wan Mustapha Wan Mat, berkata, setiba di persimpangan itu, kereta peronda dipandu berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton yang datang dari arah Kam-pung Rawai menuju ke Kam-pung Surau Haji Mat Zin.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan awam itu keluar dari kenderaannya dan terus meluru ke arah kami lalu menendang pintu hadapan bahagian pemandu sebanyak dua kali sehingga mengakibatkan cermin kereta pasukan (peronda) pula pecah.

"Ketika menendang lelaki itu juga mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya dan rakan dengan mengatakan 'polis bodoh' beberapa kali," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, semalam.

Wan Mustapha yang juga anggota dari Balai Polis Chabang Tiga, berkata, dia juga keluar dari kereta untuk menghalang lelaki terbabit daripada terus 'naik minyak' tetapi dihalang oleh beberapa orang awam berada di tempat kejadian.

Menurutnya, keadaan menjadi terkawal selepas anggota kereta ronda Marang dan balai polis berhampiran (Bukit Payong) datang membantu dan meredakan kekalutan itu sekali gus menahan lelaki tersebut untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved