Isnin, 8 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Helah guna MPV tumpas

Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT

Helah guna MPV tumpas RANTAU PANJANG – Taktik penyeludupan mercun menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya ditumpaskan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang, Jumaat lalu.

UPP turut merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 dalam serbuan kira-kira jam 12.10 pagi di Pengkalan Haram Kubur, Kampung To'Deh.

Komandan UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, tangkapan itu adalah kejayaan pertama UPP Kelantan dalam usaha membanteras penyeludupan mercun sempena musim perayaan tahun ini,

Menurutnya, penyeludup aktif melakukan aktiviti penyeludupan setiap kali menjelang musim perayaan, berikutan pulangan diperolehi begitu lumayan iaitu sekitar 200 peratus sekiranya berjaya memasarkan mercun tersebut.

"Berdasarkan maklumat orang ramai, Komander Kawasan UPP Rantau Panjang, Cif Inspektor Zubaidi Md Ariffin bersama 16 anggota melakukan intipan dan mendapati beberapa lelaki sedang memunggah beberapa bungkusan dipercayai mercun ke sebuah kereta," katanya kepada pemberita pada sidang media di UPP Lubok Gong, semalam.

Bagaimanapun, katanya, semasa serbuan, lelaki tersebut berjaya melarikan diri ke dalam semak dan Sungai Golok.

Mazlan berkata, ketika membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, pihaknya mendapati terdapat 37 jenis mercun dari Negara Cina di percayai di seludup dari negara jiran untuk tujuan pasaran tempatan dan Terengganu.

Menurutnya, mercun yang dirampas, termasuk jenis bola, roket, Thunder King, Ketupat, Happy Bom dan Dragon Take.

"Selain mercun, kita turut merampas MPV yang digunakan untuk tujuan tersebut bernilai RM60,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada sidang media sama, Mazlan berkata, sehingga Julai tahun ini, UPP merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM1.2 juta yang cuba diseludupkan ke negara ini.

Menurutnya, daripada nilai itu, beras mendahului senarai rampasan terbanyak iaitu RM600,000.

"UPP juga menahan seramai 120 pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Thailand, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan Vietnam," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved