Jumaat, 2 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Pelari maraton tertua dunia kongsi rahsia

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pelari maraton tertua dunia kongsi rahsia

EDINBURGH - Dia dikenali sebagai pelari maraton tertua di dunia dan pada umur 100 tahun, Fauja Singh tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti berlari.

Dan kini, lelaki yang dilahirkan pada 1 April 1911 itu mendedahkan rahsia bagi mendapatkan kekuatan fizikal luar biasa pada umur itu adalah dengan memakan kari halia serta meminum teh dengan banyak.

"Tetapi bagi saya, perkara utama untuk mendapatkan kecergasan ini adalah sentiasa gembira, lakukan kebajikan, jaga kesihatan dan berfikiran positif," katanya yang melakukan larian sejauh 16 kilometer setiap hari sebagai latihan untuk maraton.

Singh, warga Britain yang memegang rekod maraton dunia dalam kategori lelaki berumur 90 tahun ke atas juga menegaskan satu-satunya rahsia untuk hidup lebih lama adalah bebas daripada tekanan.

"Jika ada sesuatu yang anda tidak dapat ubah dalam hidup ini, mengapa perlu bimbangkan mengenainya? Bersyukurlah dengan apa yang anda ada dan jauhkan diri daripada orang yang berfikiran negatif," katanya.

Lelaki tua itu yang telah menyertai dan menghabiskan larian dalam tujuh maraton sejak berumur 89 tahun turut mendaftarkan diri untuk larian maraton Edinburgh 2012 di bandar itu pada tahun depan.

Rumah dari RM300 sebuah diperkenalkan

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rumah dari RM300 sebuah diperkenalkan CALIFORNIA - Kepada sesiapa yang tidak mampu membeli rumah, ciptaan terbaru ini mungkin boleh membantu anda.

Syarikat Tumbleweed Tiny House milik warga Amerika Syarikat, Jay Shafer menghasilkan rumah kecil dan comel bermula pada harga murah, AS$99 (RM294).

Rumah paling murah ditawarkan datang dalam bentuk kotak nipis untuk dipasang sendiri oleh pembeli tetapi jika anda kurang mahir bertukang, versi siap dibina juga ada dijual pada harga AS$38,997 (RM116,000).

Dengan keluasan bermula pada 65 kaki persegi, rumah kecil itu turut dilengkapi dengan dapur, bilik air dan bilik tidur.

Menurut Shafer, rumah itu bukan sahaja mesra alam tetapi juga mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah.

"Saya rasa orang ramai kini mula faham bahawa sikap berlebih-lebihan dalam kehidupan tidak semestinya menggambarkan kemewahan, tetapi ia lebih kepada bebanan," katanya yang turut tinggal dalam rumah kecil keluaran syarikatnya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tanjung sesak

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tanjung sesak
GEORGETOWN - Aliran trafik di sekitar negeri ini termasuk di Jambatan Pulau Pinang kembali sesak apabila orang ramai memilih untuk pulang ke kediaman semalam selepas menghabiskan cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan mendapati ribuan kenderaan menyelusuri jalan-jalan utama di negeri ini termasuk di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari Sungai Dua menghala ke Juru.

Jurucakap Plus ketika dihubungi mengesahkan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu bertambah sejak jam 10 pagi (semalam) dan dijangka semakin padat sehingga lewat malam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Superintenden Wan Aziz Wan Husin berkata, aliran trafik dijangka sibuk pada hari ini dan Ahad berbanding semalam.

Katanya, seramai 105 anggota polis ditugaskan di semua kawasan 'panas' di negeri ini bagi mengawal aliran trafik sepanjang Ops Sikap ke 24 yang telah dilancarkan sempena Aidilfitri.

"Sehingga semalam, sebanyak 1,172 kemalangan direkodkan termasuk lapan kematian melibatkan pengguna jalan raya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

» selanjutnya...

Jalan alternatif elak sesak

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jalan alternatif elak sesak

IPOH – Kesesakan di Pekan Bercham dekat sini bakal berakhir apabila sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk membina satu laluan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut yang berpunca daripada pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Kawasan Bercham, Ir Lai Kong Phooi berkata, laluan alternatif dibuat dari Pekan Bercham ke Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) melalui jalan susur keluar di persimpangan jalan Bercham.

Menurutnya, pada peringkat permulaan tiga cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kesesakan di situ, namun akhirnya cadangan ketiga membina satu laluan alternatif diterima.

"Pekan Bercham dengan keluasan 8, 877 hektar semakin membangun termasuk terpaksa menampung sebanyak 154, 000 penduduk ketika ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kawasan berkenaan semakin sesak dengan pelbagai aktiviti pembangunan termasuk menjadi pusat perindustrian ringan, kawasan penempatan dan pusat perniagaan.

Difahamkan bahawa kira-kira 56 peratus kawasan Bercham telah digunakan di mana 36 peratus melibatkan perumahan, 11 peratus industri ringan, dan 9 peratus lagi merangkumi aktiviti pertanian.

"Keadaan tersebut menyebabkan kawasan Bercham mula dibelenggu masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak iaitu antara jam 7.30 hingga 9.30 pagi dan 5.30 hingga 8 malam," katanya.

Jelasnya, setelah cadangan tersebut diterima, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mereka bentuk jalan susur keluar berkenaan.

"Malah pihak JKR juga memaklumkan bahawa mereka telah bersiap sedia dengan reka bentuk berkenaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober nanti.

"Apabila kerja-kerja mereka bentuk itu siap sepenuhnya, kita akan pastikan kerja-kerja fizikal akan dimulakan secepat mungkin," katanya.

Gesa bincang bersama pemaju

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gesa bincang bersama pemaju

RAWANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meminta penduduk Pinggiran Pelangi Rawang berbincang dengan pemaju bagi menyelesaikan ketidakpuasan hati berhubung isu struktur kekuda bumbung perumahan mereka.

Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, saranan itu berikutan tempoh pembaikan kerosakan rumah selama dua tahun masih di bawah pemaju.

"Sekiranya (pemaju) tidak patuhi untuk menukar keseluruhan struktur kayu itu seperti diharapkan, penduduk sendiri boleh mengambil tindakan jika mahu membuat laporan kepada pihak Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

"Terpulang kepada pihak TTPR untuk membuat keputusan berhubung permintaan penduduk itu," katanya ketika mengulas berhubung isu penduduk Pinggiran Pelangi mempertikaikan tindakan MPS mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) biarpun perumahan itu didakwa berdepan masalah struktur kayu bumbung berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bangunan MPS, Azam Mohamad berkata, kelulusan CF diberikan pihaknya untuk perumahan melibatkan 107 unit rumah itu setelah mendapat ulasan teknikal konsultan pemaju berkenaan.

Menurutnya, perkara berkaitan isu timbul ini sudah pun dibincangkan MPS dengan penduduk dan wakil setempat.

"Didapati kayu digunakan itu tidak sama dengan apa yang terdapat dalam dokumen jual beli (S&P) rumah itu," katanya.

Difahamkan, berkaitan tuntutan sebahagian penduduk perumahan berkenaan terhadap isu air dan bekalan elektrik berdepan kesulitan sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan ia sudah dibawa ke TTPR.

MPS enggan memberikan komen berhubung isu tersebut dan meminta supaya penduduk terlibat menunggu tindakan diputuskan TTPR nanti.

Terdahulu, penduduk teres setingkat berharga antara RM145,000 hingga RM200,000 itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaan struktur kayu kekuda bumbung rumah diduduki kerana terdapat keretakan dan melendut.

Sinar Harian pernah mengetengahkan demonstrasi aman penduduk membantah penggunaan kayu itu baru-baru ini kerana bimbang keselamatan penghuni rumah dan berharap ia dapat ditukar dengan material kayu lain lebih berkualiti.

Penduduk melahirkan rasa kecewa dengan masalah dihadapi berikutan baru menduduki rumah berkenan kira-kira tiga bulan lalu.

Terperosok ke bahagian depan kereta

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Terperosok ke bahagian depan kereta BESUT– Seorang kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Kuala Terengganu terbunuh apabila motosikal yang dinaikinya terbabas sebelum dilanggar sebuah kereta di selekoh Kampung Padang Bual, Hulu Besut, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa Mohd Nor Hasrul Basiran, 24, menaiki motosikal bersendirian dari arah Keruak, Hulu Besut ke Jerti:h.

:Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas alami kecederaan parah.

Menurutnya, mangsa dari perjalanan dari rumah rakan di Keruak dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Besi namun apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal mangsa telah terbabas akibat jalan licin.

"Setelah terbabas motosikal dan mangsa telah menggelongsor ke laluan bertentangan, malangnya pada masa sama datang sebuah kereta lalu merempuh mangsa dan motosikal.

"Oleh sebab jarak dekat, pemandu kereta, Mohd Noor Che Seman, 35, dari Kampung Chalok, Setiu tidak sempat mengelak menyebabkan motosikal terperosok di bahagian depan kereta," katanya.

Mayat mangsa yang masih bujang di hantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Kemalangan maut ini yang kedua dicatatkan berlaku di daerah ini sepanjang Ops Sikap 24 dilaksanakan.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Azmi Che Harun, 26, berkata, sebelum itu mangsa dan 19 rakan lain telah berkonvoi dengan motosikal ke rumah rakannya (Mohd Azmi) di Kampung Keruak.

"Kami tiba di Kampung Keruak kira-kira jam 6 petang tetapi 15 minit kemudian belum pun sempat naik ke atas rumah kawan saya, Mohd Nor Hasrul tergesa-gesa mahu pulang semula ke Dungun.

"Kami larang dia balik seorang diri dan minta dia pulang bersama selepas Isyak tetapi katanya ada kenduri di rumah keluarganya," katanya.

Mohd Azmi berkata, dia mengetahui rakan sekampungnya itu meninggal dunia kira-kira jam 9 malam setelah dihubungi waris mangsa di Bukit Besi.

Ribut landa 3 keluarga

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ribut landa 3 keluarga RANTAU PANJANG – Kegembiraan tiga buah keluarga menyambut Aidilfitri kedua hanya seketika apabila ribut yang melanda Kampung Lubok Setol kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah rosak apabila bumbung diterbangkan angin sementara dua lagi termasuk sebuah kedai makan dihempap pokok besar berusia lebih 15 tahun yang terletak di hadapan rumah mereka.

Pokok tumbang bukan sahaja merosakkan kediaman dan kedai terbabit, malah jalan turut tidak dapat dilalui menyebabkan satu lencongan sementara dibuat melalui jalan belakang Balai Polis Lubok Setol sebelum Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang mengalihkan pokok tumbang tersebut.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM18,000 berikutan kerosakan bahagian hadapan rumah serta kerosakan sebuah kereta serta motosikal yang baru sahaja dibeli kira-kira sebulan lalu.

Salah seorang mangsa, Mohd Shukri Abdul Rahman, 54, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan baru hendak keluar mengalihkan kereta anaknya yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Menurutnya, sebaik sahaja melangkah ke arah pintu rumahnya, pokok tumbang sehingga menyebabkan rumahnya bergegar.

"Ketika kejadian saya berada di rumah bersama anak lelaki, Mohd Rosdi,30, sementara anak-anak dan isteri tiada di rumah.

"Selepas pokok tumbang, saya terpaksa keluar ikut pintu belakang rumah untuk melihat keadaan kereta dan keadaan di luar rumah," katanya.

Berikutan kejadian itu, bahagian bumbung kereta anaknya rosak teruk dan motosikal yang baru sahaja dibelinya juga perlu dibaiki.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Rancang perjalanan elak kesesakan lalu lintas

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rancang perjalanan elak kesesakan lalu lintas

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dinasihatkan memulakan perjalanan selepas jam 6 petang hari ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berikutan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya itu.

Twitter PLUS pada petang ini melaporkan kenderaan semakin bertambah menyebabkan trafik bergerak perlahan di KM 226 hingga KM 230.5 arah Selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Perak.

Sementara laluan dari Plaza Tol Juru menuju ke arah Kuala Lumpur juga sesak, serta dari Yong Peng menuju ke Pagoh, Johor berikutan satu kemalangan di KM 101.9 arah utara.

Sementara itu, petugas Pusat Kawalan Plus, trafik berkata jumlah trafik di lebuh raya itu juga bertambah dari R&R Seremban menuju ke Nilai dan di R&R Sungai Perak menuju ke Terowong Menora, Perak.

"Bagaimanapun, trafik masih bergerak lancar di Plaza Tol utama iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

Demam denggi turun 63 kes

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Demam denggi turun 63 kes

KUALA LUMPUR - Sebanyak 302 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan bagi tempoh 21 sehingga 27 Ogos lalu berbanding 365 kes tanpa kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata kes demam denggi pada minggu ke-34 menurun 63 kes atau 17 peratus, namun terdapat tiga buah negeri yang menunjukkan peningkatan.

"Berbanding minggu lalu, Negeri Sembilan mencatat peningkatan tujuh kes, Sarawak lima kes dan Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak dua kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hasan berkata, terdapat satu kematian demam denggi dilaporkan di Negeri Sembilan membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Beliau mula demam pada 7 Ogos dan mendapat rawatan di klinik swasta tetapi dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Jempol pada 9 Ogos dan mendapati masih tidak pulih," katanya.

Beliau berkata, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 11 Ogos dan meninggal dunia akibat 'Dengue Shock Syndrome' pada 21 Ogos lalu.

"Terdapat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman pesakit dan pihak kami menjalankan aktiviti kawalan seperti semburan kabus di semua kediaman sekitar tempat tinggal pesakit," katanya.

Bermula Januari sehingga 27 Ogos lalu, 13,402 kes demam denggi dengan 22 kematian dilaporkan berbanding 32,688 kes dan 103 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi, yang dipantau di seluruh negara, mendapati terdapat 63 lokasi disyaki terbabit berbanding 58 lokasi pada minggu sebelumnya.

"Dua lokasi dikenal pasti yang membabitkan 36 kes Demam Denggi iaitu Taman Melati Utama (Platinum Hill), Setapak, Kuala Lumpur serta Seksyen 4 (Teres) daerah Petaling, Selangor. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Imej gereja hiasi bekas kuih

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Imej gereja hiasi bekas kuih KUANTAN - Kesucian dan kemeriahan Aidilfitri dicemari apabila ada sebuah syarikat pengeluar yang berani meletakkan gambar gereja pada penutup bekas kuih raya dan dijual di sebuah pasar raya di sini.

Gambar gereja dan lambang salib yang dipercayai menyerupai gereja di Rusia itu turut dihiasi dengan perkataan Selamat Hari Raya Aidilfitr bagi mengaburi mata pembeli.

Bagaimanapun, seorang suri rumah yang membeli produk itu dapat mengesan gambarnya dan kesal kerana ada peniaga mengambil peluang dengan keghairahan umat Islam menyambut 1 Syawal.

Siti Mariam Abdul Wahab, 48, berkata, pada mulanya dia sendiri tidak menyedari situasi tersebut dan membeli tiga jenis kuih raya yang berlainan dengan harga RM10.90 sebekas.

Menurutnya, lebih menyedihkan logo halal yang diletakkan di tepi gambar gereja itu dipercayai tidak sah dan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Siti Mariam berkata, dia membeli biskut perisa coklat itu kelmarin untuk menjamu rakan dan saudara mara yang datang bertandang.

"Bagaimanapun, anak bongsu saya, Mohamad Nur Idris Mohd Jalil, 17, memberitahu mengenai gambar gereja dan lambang salib pada bekas kuih raya itu.

"Pada mulanya saya kurang percaya tetapi apabila saya melihatnya dengan kanta pembesar, saya mula percaya dan nampak lambang salib di atasnya," katanya.

Suri rumah itu juga terkilan dan kesal dengan keadaan ini kerana ada pihak yang mengambil kesempatan secara halus untuk memesongkan akidah Islam.

Katanya, mungkin ramai lagi pengguna yang tertipu dengan taktik licik pembekal kuih raya berkenaan dan dia percaya kuih raya itu diedarkan di seluruh negara.

"Jika kita lihat sepintas lalu, kita tidak akan perasan dengan taktik yang digunakan mereka," katanya yang berharap perkara itu mendapat perhatian serius Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Jakim.

Siti Mariam berharap, perkara tersebut dapat diatasi dan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Sementara itu, sumber Jaip memberitahu, pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan perkara itu.

Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan logo halal dan ada unsur agama lain yang diletakkan pada bekas kuih raya terutama yang diimport.

"Jangan mudah terpedaya dengan logo halal malah pengguna perlu lebih serius dan kenal dengan logo halal yang disahkan Jakim atau Jaip bagi mengelakkan membeli produk yang tidak diketahui kesahihan halalnya," katanya.

Ibu Nur Ain terkilan

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ibu Nur Ain terkilan ULU TIRAM – Keluarga mangsa tikam 19 kali dan simbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, terkilan tidak dapat meluangkan lebih masa bersama sebelum mangsa disahkan meninggal dunia 7 Januari lalu.

Ibu mangsa, Tuminah Samsuri, 55, berkata, anak kedua bongsu dari enam beradik itu baru setahun tinggal bersamanya kerana sebelum itu dihantar ke Tunas Bakti selama dua tahun.

"Dia dihantar untuk ke sekolah itu pada tahun 2008, ketika arwah suami masih ada kerana Nur Ain mempunyai masalah untuk meneruskan persekolahan.

"Biarpun arwah bersekolah jauh, namun setiap kali perayaan, dia pasti balik ke rumah. Saya lihat sepanjang dia di sana, ada bibit-bibit perubahan ke atas dirinya dan saya bersyukur," katanya yang ditemui Sinar Harian, di sini, baru-baru ini.

Pemergian Nur Ain amat dirasai

Bagi kakak sulung mangsa, Marlina Jemedi, 32, berkata, pemergian adiknya amat dirasai keluarga khususnya ibunya.

"Adik seorang yang ramah dan suka mengusik emak. Dia suka ajak emak berbual dan sejak kepulangannya dari Tunas Bakti, dia memang rapat dengan emak.

"Emak ada menyatakan perasaan ada kalanya teringat pada arwah adik dan kadangkala menitiskan air matanya secara tiba-tiba," katanya.

Biarpun insiden itu berlaku Disember lalu, namun kisah itu masih berbekas dalam kehidupan keluarga memandangkan penjenayah merupakan anak angkat keluarga tersebut.

Marlina berkata, simpati dan sedih apa yang berlaku ke atasnya adiknya, dia hanya menemui Nur Ain tiga hari sebelum itu dan hanya mendengar suaranya pada malam sebelum kejadian.

"Saya kerja syif pagi dan jarang berjumpa sebab ketika saya tidur, adik baru pulang dari mengikuti pakcik berniaga udang di pasar malam. Tapi saya sempat mendengar suaranya pada malam sebelum kejadian dan dia kelihatan ceria.

"Tiada petanda pelik, cuma adik kelihatan rajin seminggu sebelum kejadian kerana sebelum ini Nur Ain jarang untuk membantu di dapur, namun ia berlaku sebaliknya," katanya.

Marlina berkata, kesan tompokan darah di tilam dan bilik air masih kelihatan membuatkan mereka sekeluarga sering teringatkan Allahyarham setiap kali memandangnya.

"Tidak sangka tahun lepas merupakan tahun akhir kami beraya bersama. Biarpun selama ini adik tinggal berasingan, namun setiap kali raya, kami pasti bersama," katanya.

Sementara itu, bagi abang mangsa, Khamis, 26, berkata, dia sememangnya pernah menegur lelaki terbabit (penjenayah) agar tidak mendekati adiknya, namun tidak diendahkan.

"Dia kerap datang dan saya banyak kali bersemuka memberitahu jangan paksa adik menyukainya, namun dia tetap berdegil.

"Perbuatannya (penjenayah) terhadap adik tidak boleh dimaafkan. Ia perbuatan yang kejam dan zalim," katanya.

Jenazah Nur Ashikin dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid, sehingga mengakibatkan dirinya melecur 75 peratus.

Habin Sulaiman, 42, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Tinggi, kerana cuba membunuh dan menyebabkan kecederaan parah dengan menikam 19 kalli dan menyimbah asid terhadap pada pertengahan Disember lalu.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Enam penjenayah putih mata

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enam penjenayah putih mata PETALING JAYA – Biarpun sudah menebuk dua lubang pada dinding dua premis, enam penjenayah tetap berputih mata dalam cubaan memecah masuk kedai pajak gadai setelah penggera keselamatan premis itu berbunyi dalam kejadian di Sungei Way, awal pagi semalam.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, enam suspek lelaki menaiki tiga kereta, dua jenis Naza dan sebuah Mercedes Benz, memecah masuk kedai kasut melalui pintu belakang.

Suspek kemudiannya membuat dua lubang di kedai kasut dan masuk ke kedai gambar.

Bagaimanapun, dalam usaha mereka menebuk lubang pada dinding kedai gambar untuk masuk ke kedai pajak gadai tersebut, penggera keselamatan dari premis itu berbunyi.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia yang mahu tidur di bilik di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu, terdengar bunyi bising, namun diabaikan.

Dia seterusnya dikejutkan dengan bunyi penggera keselamatan dan terus menghubungi polis.

Sepasukan polis dari Balai Polis Sungei Way, iaitu kurang 100 meter dari lokasi kejadian terus mengepung dan memberkas semua suspek.

"Mereka menebuk premis dan menggunakan vakum untuk membuang batu bata bagi mengelakkan ia dikesan.

"Namun alat penggera berbunyi menyebabkan saya terus hubungi polis dan semua mereka dapat ditahan," kata saksi itu ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, menurut sumber, pemeriksaan polis menemui pelbagai alatan menebuk dan menggerudi selain lantai dua premis tersebut basah kerana mesin gerudi yang digunakan memerlukan air untuk mengurangkan bunyi bising selain memudahkan proses menggerudi.

Belum tentu dapat selesai kes

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Belum tentu dapat selesai kes SHAH ALAM - Penubuhan Unit Selamat Akidah di Selangor belum tentu dapat menyelesaikan kes murtad, sebaliknya 'mendidik' masyarakat malas dan terlalu mengharapkan bantuan tanpa perlu berusaha.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, banyak faktor lain yang menyebabkan seseorang itu terperangkap dalam kes murtad yang perlu ditangani segera Pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selanor.

"Bukan kita tidak sokong usaha itu, tetapi kita perlu lihat, tidak semua kes murtad di negara kita berpunca daripada kemiskinan, banyak faktor lain yang turut mempengaruhi.

"Kalau cara itu (beri bantuan) sudah lama kita praktikkan di Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. Tetapi cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, malah ia dilihat lebih mendorong masyarakat menjadi 'manja' dan terlalu mengharapkan bantuan tanpa berusaha terlebih dahulu," katanya.

Namun begitu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kawasan Meru mengakui, usaha mengawal penularan murtad di negeri ini perlu diselesaikan secara menyeluruh.

"Ini berkaitan soal kefahaman dan akidah, jadi, kita perlu menggunakan pendekatan menyeluruh dengan mempertingkatkan penguatkuasaan dan penerangan, dakwah serta pemulihan akidah kerana kita sudah ada ketiga-tiga unit tersebut.

"Apa yang perlu kita besarkan, peranan unit ini kerana peranannya lebih berkesan daripada unit tersebut," katanya.

Abd Rani turut menyokong pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya Akta Murtad diwujudkan segera bagi membendung gerakan cuba memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Akta itu perlu kerana masalah umat Islam murtad semakin berleluasa, malah usaha memesongkan akidah umat Islam itu seolah-olah bukan rahsia," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berpendapat unit berkenaan perlu diselaraskan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar tidak berlaku salah guna kuasa.

"Kita sudah ada majlis dan jabatan agama kita sendiri. Jadi, hal-hal berkaitannya itu perlu diselaraskan di bawah jabatan berkenaan. Tidak perlu diasing-asingkan kerana kita takut ia akan dipolitikkan sesetengah pihak," katanya.

Abdul Shukor berkata, USA perlu telus dan tidak berat sebelah.

Beliau yang juga Adun Selangor kawasan Kuang berkata, sebarang penubuhan unit atau jawatankuasa mengenai Islam adalah di bawah Mais perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tubuh sesuatu unit tanpa perkenan daripada baginda tuanku," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kenderaan bertambah di Lebuhraya Plus, trafik masih terkawal

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kenderaan bertambah di Lebuhraya Plus, trafik masih terkawal

KUALA LUMPUR - Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai meningkat dari kedua-dua arah utara dan selatan sejak jam 10 pagi ini, namun ia masih terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik bergerak perlahan di beberapa lokasi di lebuh raya utama itu. "Dari arah utara, trafik bergerak perlahan dari Sungkai menghala ke Slim River, dan sebelum Plaza Tol Juru menghala ke Juru dan Kuala Lumpur.

"Dari arah Selatan, trafik bergerak perlahan dari Nilai menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berikutan satu kemalangan.

"Kemalangan pada jam 12 tengah hari tadi mebabitkan kedua-dua arah, iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menghala ke Shah Alam dan dari Shah Alam menghala ke Seremban. Kenderaan terbabit sedang dialihkan dan terdapat lorong yang ditutup," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari ke-10 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 184 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya hari ini melaporkan, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 14 orang.

Sebanyak 15 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, tiga kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (lapan), jalan negeri (dua), diikuti dengan satu kematian masing-masing di jalan bandaran dan jalan lain.

Sebanyak 6,334 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. - Bernama

Kanak-kanak perempuan maut digilis bas

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak perempuan maut digilis bas

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas apabila dia terjatuh daripada motosikal yang ditunggang ibunya di KM 40 Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.20 petang semalam, Nor Ezwin Mohd Erwan, 6 berasal dari Kampung Bakar Arang, Kota Setia, Sungai Renggam, Perak Tengah.

"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya Rodiah Abdullah, 40-an dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Katanya akibat kejadian itu mangsa tercampak di atas jalan dan gilis oleh sebuah bas yang datang dari arah belakang, manakala ibu mangsa terselamat.

Sementara itu seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Km 285.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada pukul 3 petang semalam.

Mangsa Rohaya Darus, 41 berasal dari Taman Mulia, Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suami mangsa terselamat dalam kejadian itu.

Ketika kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari Utara ke Selatan apabila sebuah tayar kereta yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Terserempak objek misteri malam raya

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ya, sudah lama sangat. Malam raya tahun 1987. Sudah 24 tahun. Namun sampai sekarang, saya masih tidak ada jawapan, apa makhluk atau objek yang saya lihat tengah malam itu. Memang, ikut cerita orang kampung, tempat yang saya lalui itu agak 'keras'. Dulunya, semasa saya budak-budak, kami dimomokkan dengan cerita kononnya di tempat itu ada hantu kicap.

Sebabnya, pada waktu tertentu, sesiapa yang lalu di tempat itu akan terbau kicap. Tetapi sekarang, di tempat itu, sudah pun ada rumah orang. Entah ke mana si hantu kicap pergi bawa diri, tidaklah pula saya tahu!

Pada 1987, saya masih bersekolah Tingkatan Empat. Oleh kerana tinggal di asrama dan jarang-jarang dapat peluang meronda kampung, malam raya saya manfaatkan secukupnya. Lepas sahaja berbuka puasa, saya bersama Atan terus keluar meronda, berjalan.

Tujuan kami adalah di mana sahaja ada geng yang sebaya bermain meriam karbaid, atau di mana sahaja ada orang melepak, selain di rumah-rumah yang sudah buka tudung saji awal untuk kami jamah lemang atau ketupat, dodol atau halwa muscat (disebut maskat).

Selepas beberapa jam merayau, dan beberapa platun meriam karbaid sudah kami ziarah, sama ada yang guna meriam buluh atau meriam tanah, lewat malam baru kami balik ke rumah. Pada masa itulah, kami lalu tempat hantu kicap.

Pada mulanya, saya tidak pula terbau apa-apa. Tidak ada bau kicap, apa lagi bau rendang atau gulai daging, kalau-kalau hantu kicap juga mengubah hidangannya sempena malam raya. Memang tidak ada.

Maka saya dan Atan pun leka berbual sambil melangkah mengharung gelap malam. Sedang asyik berbual, saya mendongak ke langit. Kebetulan malam itu, cahaya bulan agak terang. Nun di hujung dahan getah yang menjulang, saya melihat sesuatu yang sangat indah.

Terlalu indah hingga sukar hendak saya gambarkan dengan kata-kata. Rupanya adalah limpahan cahaya yang berwarna-warni, bersegi-segi umpama sebuah astaka tempat musabaqah al-Quran. Sukar saya hendak pastikan sama ada objek itu statik atau bergerak, kerana jika bergerak pun, pastinya amat perlahan.

Namun pada masa itu, saya langsung tidak terfikir hal keanehan objek misteri itu melainkan apa yang melintas hanya sekadar kata-kata kosong: "Cantiknya menara masjid ni!"

Serentak dengan itu, saya tundukkan kepala untuk terus berbual dengan Atan. Pada masa sama, barulah akal waras saya menjengah: "Menara masjid apa pulak? Ini kampung aku, mana ada masjid di sini?" Dan saya pun mendongak semula.

Anehnya, meskipun baru beberapa saat, objek itu sudah tiada. Puas saya meninjau ke serata penjuru langit, memang tidak ada! Saya kemudiannya terus berjalan laju-laju. Tiba-tiba sahaja dan Atan yang sedang leka bercerita kehairanan. Mulanya memang saya sengaja tidak mahu beritahu dia kerana saya amat tahu, dia pun seperti saya juga - penakut.

Tetapi apabila dia terus bertanya, akhirnya terpaksa saya buka rahsia. Rupa-rupanya, apabila saya beritahu hal itu, dia jadi lebih laju daripada saya hingga saya pula yang tertinggal di belakang dan terpaksa berlari mengejarnya. Termengah-mengah saya. Selang beberapa ratus meter dari tempat itu, saya nampak sesuatu yang lebih menakutkan dari tadi.

Api merah yang menyala bergerak sama paras dengan muka kami, hampir dan semakin hampir hingga akhirnya jadi terlalu hampir. Saya terus berhenti, begitu juga Atan. Terasa seperti mahu memejamkan mata, dan biarkan apa sahaja yang terjadi tanpa saya melihatnya. Sebabnya saya tidak sanggup untuk melihat rupa hantu yang sudah terlalu hampir dengan kami.

Tiba-tiba, terdengar satu suara garau menjerkah: "Hoi! Mana tengah-tengah malam ni?" Saya pun buka mata: "Lorrr! Pakcik... dari mana?" "Aku beraya di rumah Mak Lang Tun tadi, ralit (asyik) bersembang dengan Jaie," kata bapa saudara yang panggil Pakcik itu.

Dia berhentikan basikalnya yang saya perhatikan tidak berlampu. Manakala api rokok di tangannya masih nampak merah. Ya! Rupa-rupanya dialah yang saya sangka hantu puntung berapi tadi.

Nilai merdeka bagi generasi baru

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Saya dilahirkan pada 1964, iaitu tahun sama meninggalnya Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru (74 tahun) dan tokoh Perang Korea Jeneral Douglas MacArthur (84 tahun). Pada tahun itu, Muhammad Ali (asalnya Cassius Clay) menumbangkan Sonny Liston untuk menjadi juara tinju dunia tapi Nelson Mandela ditangkap bersama tujuh lain dan dipenjara seumur hidup di Pulau Robben. Di Palestin, pejuang Fatah pimpinan Yasser Arafat menyerang Israel buat pertama kalinya.

Malaysia ketika itu dilanda Konfrontasi - provokasi ketenteraan, ekonomi dan diplomasi rejim Sukarno – ke atas sebuah negara baru merdeka tujuh tahun. Ini berikutan gagalnya sidang menteri tiga negara (Indonesia, Filipina dan Malaysia) mengenai kedudukan dan masa depan negeri-negeri di kepulauan Borneo. Maka bermulalah siri ancaman dan serangan Indonesia ke atas negara kita. Pada 5 September tahun itu, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat.

Gerila asing dibantu ejen-ejen komunis mendalangi pelbagai kekacauan dan rusuhan di negara ini (termasuk Singapura) dan menyebar risalah Ganyang Malaysia. Mereka juga mencolek sekian ramai nelayan tempatan. Pasukan keselamatan kita berjaya menangkap puluhan komando Indonesia yang mendarat di beberapa lokasi sepanjang pantai Johor termasuk Muar, Pontian Kecil dan Labis, serta kapal Indonesia yang menyeludup keluar bijih timah dan bahan makanan melalui Selat Melaka.

Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, yang baru memenangi 89 daripada 104 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, menyeru semua rakyat bersatu padu. Atas sifat patriotisme, berduyun-duyun warganegara antara 21 dan 29 tahun mendaftar pasukan Khidmat Nasional, yang diluluskan di Parlimen pada Julai tahun itu, untuk selama lima tahun.

Sekumpulan wanita berani telah tampil sukarela untuk menjalani latihan ketenteraan dengan Askar Wataniah dua jam seminggu dan belajar menggunakan senjata api untuk mempertahankan negara. Lebih 200 doktor sanggup bekerja secara sukarela membantu pasukan keselamatan sepanjang negara diancam Konfrontasi.

Semasa Minggu Perpaduan Negara diadakan di kesemua 14 negeri pada November 1964, ratusan ribu rakyat Malaysia keluar beramai-ramai mengadakan rapat umum, pameran dan menzahirkan perpaduan dengan laungan 'Berjaya'. Semua hasil kutipan daripada jualan bendera, pelekat dan sumbangan orang ramai disalurkan kepada Tabung Pertahanan Negara, yang dilancarkan Tunku bulan sebelumnya.

Tidak ketinggalan, baginda Raja-Raja Melayu serta gabenor Melaka, Sarawak, Pulau Pinang dan ketua-ketua negeri Singapura dan Sabah masing-masing menderma RM1,000 kepada tabung itu.

Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Husin berkata Malaysia akan mempertingkatkan kekuatan ketenteraan, lalu memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang baru dianggotainya tiga tahun lebih awal, bahawa negara akan membalas serangan dan mengejar musuh bagi mempertahan hak dan kedaulatannya seperti yang diperuntukkan dalam Piagam PBB.

Walaupun Malaysia memerlukan sokongan antarabangsa ketika itu, beliau menolak tawaran bantuan kewangan Amerika Syarikat kerana syarat-syarat tidak munasabah. "Apa yang kami pertahankan bukan sahaja kemerdekaan kami, tetapi juga demokrasi," ikrar Tun Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan, di Parlimen pada 30 Disember.

Inilah nilai dan makna kemerdekaan. Rakyat sanggup berjuang, berkorban dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan, keamanan dan cara hidup. Bagi generasi hari ini, pelajaran terpenting ialah menyambung perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu, dan berusaha menjadi lebih baik dalam memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Bak kata Presiden John Kennedy: "Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu; tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara." Pencapaian ekonomi dan pendidikan, kestabilan politik dan perpaduan kaum tidak datang bergolek. Selama setengah abad, pengisian kemerdekaan menjadi agenda utama negara. Pembangunan negara dirancang dengan rapi. Hari ini, fokus Rancangan Malaysia ke-10. Model Baru Ekonomi dan program transformasi negara ialah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita bertekad untuk menjadi lebih patriotik, berikrar untuk memberi sumbangan lebih bererti kepada masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban untuk negara.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved