Jumaat, 2 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Pelari maraton tertua dunia kongsi rahsia

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pelari maraton tertua dunia kongsi rahsia

EDINBURGH - Dia dikenali sebagai pelari maraton tertua di dunia dan pada umur 100 tahun, Fauja Singh tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti berlari.

Dan kini, lelaki yang dilahirkan pada 1 April 1911 itu mendedahkan rahsia bagi mendapatkan kekuatan fizikal luar biasa pada umur itu adalah dengan memakan kari halia serta meminum teh dengan banyak.

"Tetapi bagi saya, perkara utama untuk mendapatkan kecergasan ini adalah sentiasa gembira, lakukan kebajikan, jaga kesihatan dan berfikiran positif," katanya yang melakukan larian sejauh 16 kilometer setiap hari sebagai latihan untuk maraton.

Singh, warga Britain yang memegang rekod maraton dunia dalam kategori lelaki berumur 90 tahun ke atas juga menegaskan satu-satunya rahsia untuk hidup lebih lama adalah bebas daripada tekanan.

"Jika ada sesuatu yang anda tidak dapat ubah dalam hidup ini, mengapa perlu bimbangkan mengenainya? Bersyukurlah dengan apa yang anda ada dan jauhkan diri daripada orang yang berfikiran negatif," katanya.

Lelaki tua itu yang telah menyertai dan menghabiskan larian dalam tujuh maraton sejak berumur 89 tahun turut mendaftarkan diri untuk larian maraton Edinburgh 2012 di bandar itu pada tahun depan.

Rumah dari RM300 sebuah diperkenalkan

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rumah dari RM300 sebuah diperkenalkan CALIFORNIA - Kepada sesiapa yang tidak mampu membeli rumah, ciptaan terbaru ini mungkin boleh membantu anda.

Syarikat Tumbleweed Tiny House milik warga Amerika Syarikat, Jay Shafer menghasilkan rumah kecil dan comel bermula pada harga murah, AS$99 (RM294).

Rumah paling murah ditawarkan datang dalam bentuk kotak nipis untuk dipasang sendiri oleh pembeli tetapi jika anda kurang mahir bertukang, versi siap dibina juga ada dijual pada harga AS$38,997 (RM116,000).

Dengan keluasan bermula pada 65 kaki persegi, rumah kecil itu turut dilengkapi dengan dapur, bilik air dan bilik tidur.

Menurut Shafer, rumah itu bukan sahaja mesra alam tetapi juga mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah.

"Saya rasa orang ramai kini mula faham bahawa sikap berlebih-lebihan dalam kehidupan tidak semestinya menggambarkan kemewahan, tetapi ia lebih kepada bebanan," katanya yang turut tinggal dalam rumah kecil keluaran syarikatnya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved