SH |
Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT Imej gereja hiasi bekas kuih
KUANTAN - Kesucian dan kemeriahan Aidilfitri dicemari apabila ada sebuah syarikat pengeluar yang berani meletakkan gambar gereja pada penutup bekas kuih raya dan dijual di sebuah pasar raya di sini.
Gambar gereja dan lambang salib yang dipercayai menyerupai gereja di Rusia itu turut dihiasi dengan perkataan Selamat Hari Raya Aidilfitr bagi mengaburi mata pembeli. Bagaimanapun, seorang suri rumah yang membeli produk itu dapat mengesan gambarnya dan kesal kerana ada peniaga mengambil peluang dengan keghairahan umat Islam menyambut 1 Syawal. Siti Mariam Abdul Wahab, 48, berkata, pada mulanya dia sendiri tidak menyedari situasi tersebut dan membeli tiga jenis kuih raya yang berlainan dengan harga RM10.90 sebekas. Menurutnya, lebih menyedihkan logo halal yang diletakkan di tepi gambar gereja itu dipercayai tidak sah dan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Siti Mariam berkata, dia membeli biskut perisa coklat itu kelmarin untuk menjamu rakan dan saudara mara yang datang bertandang. "Bagaimanapun, anak bongsu saya, Mohamad Nur Idris Mohd Jalil, 17, memberitahu mengenai gambar gereja dan lambang salib pada bekas kuih raya itu. "Pada mulanya saya kurang percaya tetapi apabila saya melihatnya dengan kanta pembesar, saya mula percaya dan nampak lambang salib di atasnya," katanya. Suri rumah itu juga terkilan dan kesal dengan keadaan ini kerana ada pihak yang mengambil kesempatan secara halus untuk memesongkan akidah Islam. Katanya, mungkin ramai lagi pengguna yang tertipu dengan taktik licik pembekal kuih raya berkenaan dan dia percaya kuih raya itu diedarkan di seluruh negara. "Jika kita lihat sepintas lalu, kita tidak akan perasan dengan taktik yang digunakan mereka," katanya yang berharap perkara itu mendapat perhatian serius Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Jakim. Siti Mariam berharap, perkara tersebut dapat diatasi dan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan akidah umat Islam. Sementara itu, sumber Jaip memberitahu, pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan perkara itu. Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan logo halal dan ada unsur agama lain yang diletakkan pada bekas kuih raya terutama yang diimport. "Jangan mudah terpedaya dengan logo halal malah pengguna perlu lebih serius dan kenal dengan logo halal yang disahkan Jakim atau Jaip bagi mengelakkan membeli produk yang tidak diketahui kesahihan halalnya," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan