Jumaat, 2 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rancang perjalanan elak kesesakan lalu lintas

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rancang perjalanan elak kesesakan lalu lintas

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dinasihatkan memulakan perjalanan selepas jam 6 petang hari ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berikutan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya itu.

Twitter PLUS pada petang ini melaporkan kenderaan semakin bertambah menyebabkan trafik bergerak perlahan di KM 226 hingga KM 230.5 arah Selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Perak.

Sementara laluan dari Plaza Tol Juru menuju ke arah Kuala Lumpur juga sesak, serta dari Yong Peng menuju ke Pagoh, Johor berikutan satu kemalangan di KM 101.9 arah utara.

Sementara itu, petugas Pusat Kawalan Plus, trafik berkata jumlah trafik di lebuh raya itu juga bertambah dari R&R Seremban menuju ke Nilai dan di R&R Sungai Perak menuju ke Terowong Menora, Perak.

"Bagaimanapun, trafik masih bergerak lancar di Plaza Tol utama iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

Demam denggi turun 63 kes

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

Demam denggi turun 63 kes

KUALA LUMPUR - Sebanyak 302 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan bagi tempoh 21 sehingga 27 Ogos lalu berbanding 365 kes tanpa kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata kes demam denggi pada minggu ke-34 menurun 63 kes atau 17 peratus, namun terdapat tiga buah negeri yang menunjukkan peningkatan.

"Berbanding minggu lalu, Negeri Sembilan mencatat peningkatan tujuh kes, Sarawak lima kes dan Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak dua kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hasan berkata, terdapat satu kematian demam denggi dilaporkan di Negeri Sembilan membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Beliau mula demam pada 7 Ogos dan mendapat rawatan di klinik swasta tetapi dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Jempol pada 9 Ogos dan mendapati masih tidak pulih," katanya.

Beliau berkata, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 11 Ogos dan meninggal dunia akibat 'Dengue Shock Syndrome' pada 21 Ogos lalu.

"Terdapat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman pesakit dan pihak kami menjalankan aktiviti kawalan seperti semburan kabus di semua kediaman sekitar tempat tinggal pesakit," katanya.

Bermula Januari sehingga 27 Ogos lalu, 13,402 kes demam denggi dengan 22 kematian dilaporkan berbanding 32,688 kes dan 103 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi, yang dipantau di seluruh negara, mendapati terdapat 63 lokasi disyaki terbabit berbanding 58 lokasi pada minggu sebelumnya.

"Dua lokasi dikenal pasti yang membabitkan 36 kes Demam Denggi iaitu Taman Melati Utama (Platinum Hill), Setapak, Kuala Lumpur serta Seksyen 4 (Teres) daerah Petaling, Selangor. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved