SH |
Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT Jalan alternatif elak sesak IPOH – Kesesakan di Pekan Bercham dekat sini bakal berakhir apabila sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk membina satu laluan alternatif bagi mengatasi masalah tersebut yang berpunca daripada pembangunan pesat di kawasan berkenaan. Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Kawasan Bercham, Ir Lai Kong Phooi berkata, laluan alternatif dibuat dari Pekan Bercham ke Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) melalui jalan susur keluar di persimpangan jalan Bercham. Menurutnya, pada peringkat permulaan tiga cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah kesesakan di situ, namun akhirnya cadangan ketiga membina satu laluan alternatif diterima. "Pekan Bercham dengan keluasan 8, 877 hektar semakin membangun termasuk terpaksa menampung sebanyak 154, 000 penduduk ketika ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Kawasan berkenaan semakin sesak dengan pelbagai aktiviti pembangunan termasuk menjadi pusat perindustrian ringan, kawasan penempatan dan pusat perniagaan. Difahamkan bahawa kira-kira 56 peratus kawasan Bercham telah digunakan di mana 36 peratus melibatkan perumahan, 11 peratus industri ringan, dan 9 peratus lagi merangkumi aktiviti pertanian. "Keadaan tersebut menyebabkan kawasan Bercham mula dibelenggu masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak iaitu antara jam 7.30 hingga 9.30 pagi dan 5.30 hingga 8 malam," katanya. Jelasnya, setelah cadangan tersebut diterima, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mereka bentuk jalan susur keluar berkenaan. "Malah pihak JKR juga memaklumkan bahawa mereka telah bersiap sedia dengan reka bentuk berkenaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober nanti. "Apabila kerja-kerja mereka bentuk itu siap sepenuhnya, kita akan pastikan kerja-kerja fizikal akan dimulakan secepat mungkin," katanya.
|

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan