Isnin, 24 Oktober 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Angkara litar pintas

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Angkara litar pintas BALING - Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin di Kampung Charok Sikin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana sebelum kebakaran, bunyi letupan kedengaran di bahagian meter rumah berkenaan.

Pemilik rumah, Mohd Asroh Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah jiran yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

"Semasa saya berbual dengan rakan, saya terdengar bunyi letupan di bahagian bumbung rumah. Kemudian, api marak dengan pantas sehingga saya tak sempat selamatkan apa-apa.

"Saya hanya dapat berlari masuk ke ruang tamu untuk mendapatkan barangan berharga, namun gagal kerana bahang api terlalu panas selain risau bumbung rumah runtuh," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Asroh yang bekerja kampung berkata, dia turut berlari keluar meminta pertolongan jiran, namun, kebakaran tersebut terlalu cepat sehingga hampir memusnahkan keseluruhan rumahnya.

"Mujurlah semua keluarga saya termasuk isteri, Azlina Aziz, 37; dan anak Mohd Faiz Fahmi, 19; Mohd Nurul Nor Fahatun, 17; Mohd Faiz Farhan, 13; dan Ani Nur Fatihah, 11, berada di luar rumah ketika kejadian," katanya.

Mohd Asroh berkata, anggaran kerugian RM80,000 melibatkan wang tunai dan perabot rumah.

"Segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan. Semua buku rujukan anak saya yang bakal menduduki SPM tahun ini juga hangus," katanya.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Rakyat Baling meluluskan peruntukan membina sebuah rumah ganti.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, RM33,000 diluluskan bagi membantu mereka. Hadir sama, Penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Pegawai Jasa Dun Bayu, Othman Md Noor.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lima kementerian dinilai

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lima kementerian dinilai IPOH – Kumpulan lima kementerian, antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran akan dinilai melalui tahap pencapaian bagi penyediaan bajet 2013.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan prestasi semua kementerian berkembang mengikut pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Model ini diambil dari beberapa negara termasuk Australia, New Zealand dan Singapura, di mana sebuah unit di Kementerian Kewangan ditugaskan untuk mengkaji dan menyiapkan kriteria yang perlu dilepasi lima kementerian ini.

"Penilaian akan dibuat melalui kriteria yang ditetapkan dan kita tidak lagi berdasarkan perbelanjaan sebaliknya turut mengambil kira pencapaian dan prestasi kesemua kementerian terbabit," katanya selepas menyampaikan bantuan projek khas rakyat di Kampung Manjoi, semalam.

Katanya, kementerian lain pula akan dinilai melalui model yang sama mulai tahun 2013 bagi penyediaan bajet tahun seterusnya.

Tambahnya lagi, kriteria setiap kementerian pula adalah berbeza mengikut fokus dan bidang masing-masing yang tidak akan menimbulkan sebarang masalah dalam penyediaan bajet seterusnya.

"Dengan model baru ini, ianya mampu menjana ekonomi negara terus berkembang maju dan meletakkan negara tinggi di mata dunia," katanya.

Tegasnya lagi, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mempraktikkan ETP yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik.

"Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) setiap kementerian turut dinilai melalui pencapaian mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Adik beradik’ khalwat dicekup

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Adik beradik' khalwat dicekup PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

:Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena beriku�tan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

"Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang," katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

Warga emas ditoreh penyamun

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga emas ditoreh penyamun BESUT - Seorang warga emas cedera pada bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang oleh lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat Jerteh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, warga emas berusia 69 tahun yang tinggal berdua dengan isterinya yang lumpuh berumur 68 tahun itu mengalami cedera parah dan pendarahan banyak.

:Mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kira-kira sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa bagaimanapun stabil setelah menerima lapan jahitan akibat bergelut dengan penyamun tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang bersiap hendak tidur terdengar bunyi kaca pecah di bahagian dapur rumah namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menyangka perbuatan kucing.

"Bagaimanapun beberapa minit kemudian, mangsa terdengar kaca pecah kali kedua menyebabkan dia keluar dari bilik untuk memeriksa dan pada masa sama, dia terserempak dengan suspek yang memegang dua bilah parang menerpa ke arahnya," kata Kamaruddin dalam sidang media di sini semalam.

Kamaruddin berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek menyebabkan suspek berusia 27 tahun itu sempat menghiris bahu dan dada kiri mangsa sebelum melarikan diri.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun bertindak terus melawan suspek menyebabkan suspek bengkak pipi dan bibir kanan akibat ditumbuk, malah telefon bimbit dan jam tangan suspek turut terjatuh di tempat kejadian.

Katanya, tindakan pantas polis dengan kerjasama penduduk kampung telah berjaya menahan suspek kira-kira jam 8.10 pagi semalam ketika suspek menyorok dalam semak di Kampung Bukit Kenak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pacakan, Pasir Puteh, Kelantan itu turut cuba melawan dengan menggunakan sebilah parang yang dibawanya tetapi berjaya diberkas polis.

:Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methanphetamine dan dia direman untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Remaja remuk jari kaki

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Remaja remuk jari kaki KOTA BHARU- Gara-gara bermain mesin menuai padi bersama rakan, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun putus sebatang jari kaki dalam kejadian tengah hari, Jumaat lalu.

Mangsa, Mohd Amirul Mohd Jusoh, 16, berasal dari Kampung Pak Koja, Mahligai, Bachok berkata, dalam kejadian tersebut, empat jari yang lain pada bahagian kaki kirinya turut remuk.

"Kira-kira jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu, saya bersama seorang rakan keluar ke tengah sawah untuk bermain mesin menuai padi di Kampung Kubang Palas, Mahligai.

"Setiap kali berasa bosan, biasanya saya ke sawah itu untuk melihat keadaan mesin menuai padi, tetapi kali ini saya tidak bernasib baik setelah tergelincir dari atas mesin dan kaki kiri terkena kipasnya," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Mohd Amirul berkata, semasa kejadian, dia sempat mengelak kaki kirinya daripada terlekat pada kipas mesin tersebut, namun kelima-lima jarinya didapati remuk.

Menurutnya, selepas kejadian itu, darah berterusan keluar dan terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit sebelum dihantar ke hospital Bachok.

"Rakan saya terkejut melihat keadaan kaki saya, lalu dia menghantar saya ke Klinik Kesihatan Mahligai, Bachok dan kemudian pihak klinik pula menghantar saya ke HUSM.

"Doktor memberitahu saya, satu jari kaki yang terputus itu sempat disambung semula, namun doktor tidak memberi jaminan ia boleh berfungsi seperti biasa atau tidak," katanya.

Pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Bachok itu berkata, jika kaki itu tidak boleh bergerak atau aktif, mungkin jari berkenaan akan dipotong untuk mengelak sebarang jangkitan kepada bahagian anggota badan yang lain.

Sementara itu, ibunya, Norhasliza Zahari, 32 berkata, dia terkejut setelah dimaklumkan anak kedua daripada empat beradik itu terkena mesin menuai padi dan ketika kejadian dia berada di HUSM melawat saudaranya sakit.

Bapanya, Mohd Jusoh Deris, 43 berkata, dia turut risau jika kos rawatan dan pembedahan dikenakan tinggi memandangkan mereka datang dari keluarga miskin.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Wanita Thailand cuba seludup 20 ketulan mampat ganja

ALOR SETAR - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia negeri Kedah telah menahan wanita warganegara Thailand 28 tahun yang membawa 20 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja berhampiran plaza tol Jitra pada Khamis lalu, jam 9.10 malam.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Saidi Ismail berkata, wanita itu meletakkan ganja seberat 18.634 kg itu di dalam beg pakaian yang turut diletakkan di bahagian bagasi bas ekspress yang dinaiki menghala ke Johor Baharu.

Beliau berkata, ganja yang dibawa wanita itu bernilai kurang RM44,700 dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - SH Kedah/Shahni Farhana Mat Sahir

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu tunggal terharu rumah dibaiki

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ibu tunggal terharu rumah dibaiki

PASIR PUTEH - Kesempitaan hidup menyebabkan Rahimah Jusoh, 54, ibu tunggal terpaksa menangguhkan keinginannya untuk memiliki rumah yang lebih selesa di Kampung Seligi di sini.

Namun selepas mendapat perhatian daripada Dun Limbongan, akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan apabila rumah yang didiami bersama cucunya itu dibaik pulih dalam satu program Anak Muda Kelantan Masuk Kampung. - SH Kelantan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua beranak maut dirempuh bas

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dua beranak maut dirempuh bas MENTAKAB – Dua beranak terbunuh apabila kereta dinaiki empat sekeluarga dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan dekat kilang Mardec Batu 5 di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu pemandu kereta, Mohd Khairi Abdullah Jis, 31, yang berasal dari Felda Panching Utara, Kuantan serta anak perempuannya Nurul Najwa Hannani, 6, yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian berlaku semasa bas yang dari arah Mentakab ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Khairi menyebabkan mangsa dan anaknya tersepit.

"Semasa kejadian bas terbabit dinaiki 15 penumpang, namun kesemua penumpang selamat. Turut bersama dalam kereta malang itu isteri Mohd Khairi, Suryati Sudin dan anak lelakinya Muhammad Airell Zikry 4,' katanya.

Mohd Nor berkata, isteri dan anak lelaki mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku di satu selekoh dan permukaan jalan ketika kejadian kering dan cuaca baik.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihati semua pemandu supaya berhati-hati di jalan raya terutama ketika keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini," katanya.

Perkasa beri amaran tegas

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perkasa beri amaran tegas

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta umat Islam membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam jika tahu mana-mana individu cuba menyampaikan dakyah sehingga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, aduan itu boleh dihantar kepada sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk tindakan.

"Masyarakat perlu ingat matlamat Himpun tidak terhenti setakat kelmarin sahaja, tetapi akan terus membanteras percubaan memesongkan akidah umat Islam," katanya pada sidang media di Pejabat Perkasa di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun Himpun tidak mencapai sasaran seperti diharapkan (iaitu kira-kira 100,000 hadirin), namun perhimpunan tersebut paling berjaya kerana dapat menyaksikan pemimpin Umno dan Pas di atas satu pentas serta berjaya menyatupadukan umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya percaya ahli Umno, Pas dan Melayu dalam PKR menyokong Himpun tetapi atas kapasiti individu. Mereka harus akur dengan arahan pemimpin atasan mereka. Yang saya tidak faham mengapa mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Perhimpunan ini membuktikan kepada mereka di luar sana jangan sesekali cuba bertindak untuk memesongkan akidah umat Islam kerana Perkasa akan lantang menghalang golongan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak sesuai ISA

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tidak sesuai ISA

SHAH ALAM- Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam tidak sesuai dimasukkan di dalam undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ISA dibentuk khusus bagi menangani perkara yang mengganggu gugat keselamatan negara.

"Saya tidak melihat undang-undang baru itu boleh memperuntukkan perkara ini, kerana fokus utama adalah keselamatan negara.

"Bagaimanapun, undang-undang itu boleh digunakan jika ada perkara tertentu berlaku, seumpamanya, apabila ada ge�rakan cuba mengkristiankan orang Islam dan orang Islam bangkit menentang. Ini boleh menggugat keselamatan negara," katanya.

Semalam, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menyenaraikan 10 deklarasi yang memerlukan pemerhatian kerajaan bagi memelihara akidah umat Islam.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu diberi penekanan dan menjadi kandungan utama dalam dua undang-undang baru yang menggantikan ISA.

Katanya, peruntukan itu perlu bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Tambah beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad dalam kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.

"Pihak berkuasa agama Islam seharusnya melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

"Kami merasakan kita tidak cukup serius dalam mengadakan penguatkuasaan," katanya selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Menurut Nik Ahmad, di dalam Perlembagaan Persekutuan setiap negeri dibenarkan untuk membentuk enakmen yang boleh mencegah gerakan memesongkan akidah umat Islam, bagaimanapun dilihat kurang mendapat perhatian.

"Adalah lebih baik setiap negeri membentuk perundangan tersebut bagi mengekang usaha-usaha memesongkan akidah umat Islam," katanya.

Tambah beliau, ada negeri yang sudah ada perundangan itu tetapi tidak mengimplementasikannya.

"Mana-mana negeri yang sudah ada perlu memperkemaskan lagi perundangan tersebut supaya bersesuaian dengan keadaan semasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lagi projek rumah terbengkalai

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lagi projek rumah terbengkalai JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 daripada 611 pembeli dua jenis kediaman di Taman Desa Kempas, di sini, menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap pemaju selepas mendakwa projek berkenaan terbengkalai selepas dibeli kira-kira 11 tahun lalu.

:Juru dandan rambut, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli seunit rumah kos murah berharga RM22,000 pada tahun 2000 dan sudah membayar bayaran berbentuk bunga sebanyak RM40 sebulan sejak sembilan tahun lalu.

Dakwanya, dia sudah membuat aduan khususnya kepada pemaju tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan diambil, malah pemaju sering berdalih dengan menghantar wakil sahaja untuk berjumpa.

"Sekarang sudah 11 tahun saya menunggu. Saya masih ingat lagi ketika rumah ini ditawarkan oleh pemaju di Plaza Angsana, dan pada ketika itu saya terpaksa beratur hampir tujuh jam bagi mendapatkannya.

"Sudahlah terpaksa membayar sewa rumah di Taman Desa Tebrau sebanyak RM350 sebulan. Saya kecewa dan tertipu dengan pemaju kerana gagal menyiapkan projek seperti dijanjikan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

:Suri rumah, Arihasni Arifin, 33, berkata, kebanyakan pembeli kini bergelumang dengan masalah bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung.

"Saya membeli seunit rumah berharga RM80,000 dan terpaksa melunaskan bayaran bunga sebanyak RM380 sebulan kepada pihak bank. Sedangkan bayaran sewa bulanan rumah di Taman Bukit Kempas masih juga perlu dibayar sebanyak RM450.

"Sakit hati bila tengok rumah masih tidak siap-siap lagi. Buang masa sahaja tunggu. Asyik bayar sahaja tetapi rumah tidak dapat didiami. Kos kehidupan harian termasuklah perbelanjaan sekolah empat anak juga perlu difikirkan lagi," katanya.

Menurutnya, dia bersama pembeli lain langsung tidak mengetahui tempoh sebenar kediaman dibeli akan siap, malah masih meletakkan harapan supaya kerajaan dapat campur tangan menyelesaikan masalah itu.

"Janji wakil pemaju ini tidak betul. Kejap kata awal tahun, kejap hujung tahun dan ada pula ambil masa tiga bulan sahaja, tetapi sama sahaja tidak siap-siap," katanya.

Bagi pekerja keselamatan di Singapura, R Linggam, 56, berkata, dia membeli rumah seunit berharga RM80,000 sejak tahun 2001, namun sehingga kini masih lagi menetap di rumah anaknya di Taman Kempas Indah.

"Tidaklah terlalu besar gaji berkerja di Singapura. Bulanan pula perlu bayar kepada pihak bank sebanyak RM350.

"Kami juga pernah dijanjikan akan menerima ganti rugi kelewatan apabila menerima kunci kelak, tetapi tidak pasti kebenarannya," katanya.

Turut hadir adalah Penyelaras Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor Syed Othman Syed Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved